Journal 2014 - # 513

Hi uols!! Salam keamanan salam 1Sabah! Di mana bumi dipijak disitu langit di junjung! kpd rakan-rakan yang berketurunan cina Selamat Menyabut Tahun Baru Cina utk uols specially pada rakan-rakan Sabahan!! Apa pun kita kukuhkan perpaduan kita di bumi Sabah okey!!
Happy Chines New Year!! Sapa lahir tahun kuda ^_^

Ok guys!! Entri aku kali ini lebih berat utk kita fikirkan, lupakan dahulu soal budak #Zef_Fithry tu seketika. Zaman skg ini semakin mencabar dan semakin menguji keimanan kita. Walaupun kita berbilang bangsa dan agama tapi kita tetap satu rumpun. Sekitar minggu ini aktiviti aku membuat searching, surfing dan membaca pelbagai sumber yg sukar utk kita percayakan. Kalau sebelum ini aku telah share dlm entri yg lepas berkaitan dgn sebuah Page dlm FB yang mengelarkan diri mereka 'Semenanjung Malaysia Anti Sabah Sarawak' Fuh!! hebat btl nama mereka pilih isu dan matlamat mereka adalah mengecam agama kristian di borneo!!

Link ini telah sy adukan kpd SKMM utk tindakan lanjut!!

Siapa dalang di sebalik sume ini?? Kenapa mereka begitu berani bermain dgn sentiment agama org2 di Sabah/Sarawak?? Apa masalah mereka sebenarnya?? Page ini mng sungguh biadap dan tidak menjaga adap dan menyentuh soal hal agama org lain!! Mengapa isu agama org lain mereka cuba persendakan.

Namun dengan sikap dan tindakan segelintir yang terbabit dalam isu ini mencalar imej dan identiti mereka sendiri. Meskipun tindakan itu membabitkan sebilangan saja, kesannya tetap tercalit pada keseluruhan. Pelbagai tanggapan timbul, malah tidak keterlaluan ada suara mengatakan mereka ini masih belum matang dan terpengaruh dengan pihak tertentu.

Bagaimanapun, apakah justifikasi anda apabila bercakap mengenai isu ini? Apakah pembabitan mereka berpaksi kepada kebenaran demi sebuah perjuangan yang tulus ataupun sekadar retorik dan berlandaskan emosi?

Tepuk dada tanya minda!? Apa yang kamu mahukan sebenarnya keamanan atau peperangan?? Siapa pun kamu tindakan undang2 dunia mungkin kamu terlepas tp tangan2 yg kotor yg membuat onar ini pasti akan terbalas juga d akhirat kelak!

Walau apapun mereka kata, aku bangga jadi sebahagian warga Sabah! Lahir di Sabah hidup dgn pelbagai bangsa dan keturunan, Dgn jolokan negeri yg unik budayanya Aku Anak Sabah! Tanpa kira apa sekali pun aku tetap mempertahankan kedaulatan Negeri Aku.

Aku bangga sebab lagu 'Gagasanku' ini membakar semangat aku utk meneruskan usaha ini utk membuka mata mereka2 yg sepatutnya perhalusi masalah dan isu sebegini. Nampak remeh tp sebenarnya berat utk menyelesaikannya.



Journal 2014 - # 512

Hi uols!! Salam keamanan, salam perpaduan salam perjuangan!! Breaking news utk sume yg menantikan berita gembira ini..


Hasilnya bila kita bersabar sebenarnya.. so uols lepas ni kita tgk siapa lagi yg hendak di ban oleh pihak yg berkenaan, yg pasti kami tidak akan putus berjuang!! 1 United Pis Yaw

Journal 2014 - # 511

Hi uols!! Salam kedamaian salam keamanan!! Berikut adalah rentetan isu panas atas penghinaan negeri Sabah yang ditimbulkan oleh sorg yg x bertanggungjawab maka dengan ini weblog aku akan terus menulis tentang isu2 ini bagi menutup mulut2 longkang yg x berinsurans.

Memandangkan dlm entri aku semalam (Journal ~ 2014 #510) berikut adalah ulasan aku terhadap apa yg berlaku. Dikatakan budak Zef Fithry tu telah membuat report juga berdasarkan bukit yg d war-warkan dlm FB.

Kononnya da buat report polis!?
Dalam report tersebut dia mengatakan FB dia kena Godam atau dlm bahasa yg mudah di fahami kena Hack la katakan.. iya ker kena hack!? Persoalan dan isu aku sekarang ni? Bkn sebelum ni dia ada buat kenyataan mohon maaf ker sbb dia kata dia itu hanyalah GURAUAN KEPADA SESORANG BERBANGSA SABAH!! Setahu akulah kan klau org nk hack FB atau mana2 account Media Sosial or Email skali pun mesti nko ada share password n Id pd org lain kan.. so what the point klau nk hack account org!? Can someone explain to me about hacker?? maybe aku ni buta pasal ilmu Hack kut huhu..

Dalam laporan tu lagi.. Katanya (ala-ala Azwan Ali gitu) hal itu bukan dibuat oleh dia dan telah merosakkan nama dan maruah dia. Wow! Hebat kenyataan nko tu dik oii!! Katanya lagi.. nama, gambar dan facebook dia di muat turun dan tersebar dlm Facebook!! Huh! Ambik nko!! Habis tu klau x de bukit macamana org nk tunjuk bukit kan dik oii!! 

Katanya lagi.. Dalam google tersebut terdapat komen yang mengancam keselamatan diri dia, dan menjatuhkan maruah dia kerana telah di ketahui oleh rakan2nya! Hadap nko dik oii!! Sapa suruh buat onar dik oii!! Itu sume dlm report polis yg dia buat ok!! 

Ini kenyataan maaf dlm FB budak tu!!

Dah hina, dah cemuh, dah maki hamun baru nko nk mohoh maaf dik oii!! Isu ini memang sensetif mari kita tgk satu persatu apa lg yg dia buat sebelum ni dlm kenyataan FB dia.
panggilan rakyat Sabah Bodoh then ayat 'Sabahanjing'
Kata org da terhantuk baru ternada tak berguna terlajak perahu boleh undur terlajak kata badan binasa, so hadaplah kesannya. If klau btl u account FB kena Hack kenapa x keluarkan kenyataan Media or buat Media Conferences utk clearkan keadaan ini. Isu penghinaan ini amat berat bukan saja mengganggu gugat keamanan dan kestabilan kedamaian negara ini juga boleh membawa perpecahan kepada dua benua iaitu antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak.
kenyataan yg cukup biadap!!

Seharusnya rakyat Malaysia khususnya remaja Malaysia lebih bijak dan tahu baik buruk sesuatu perkara yg hendak dilakukan bukan bertindak mengikut perasaan! Oleh kerana kesilapan ini sukar utk dimaafkan makan ramai rakyat sabah terutama sekali golongan belia merasa tercabar dgn sikap dan tindakan yg dilakukan. Ok! Now what should we do adalah mengajar atau erti kata yg lain menyekolahkan semula budak2 yg golongan ini sehingga menjejaskan perpaduan negara ini. Bukan cara kasar tetapi secara berhemah! Kita sbg rakyat Sabah yg penuh budi pekerti dan adab sopan yg terdidik maka ini misi kita utk memberitahu kpd mereka bahawa jg sesekali atau sewenang-wenangnya menghina atau mengeluarkan kata-kata kurang sopan dan tak beradap!!

Bumi Malaysia bukan milik semenanjug sahaja tp milik sume rakyat di Malaysia termasuklah Sabah, Sarawak dan Labuan!!

Journal 2014 - # 510

Hi uols!! Salam Keamanan salam kedamaian, hari ni kira double entri utk weblog aku kali ni x sabar nk share apa yg aku rasa patut d buat. Memandangkan isu ini aku pandang serius dan tiada kesudahan tindakan undang-undang diambil maka dengan ini saya mengambil keputusan berani walaupunn secara individual d sini tp harus aku akui isu ini adalah isu yg cukup menyinggung sume pihak!

8 tahun aku merantau d bumi semenanjung Malaysia ni utk mencari rezeki secara aman tanpa ada sebarang tomahan dan provokasi, walaupun isu ini ada setengah pihak pandang enteng tp smpi bila bumi borneo di hina di caci sewenang-wenangnya. Persoalan aku apakah bumi borneo ni bkn sebahagian drpd Malaysia yg mereka-mereka yg x beretika ini sanggup menghina dgn rasa bangga.

Bukan menunjuk 'SIAPA HERO SIAPA ZERO' tp kebenaran, keadilan perlu di tegakkan oleh pemimpin yg sewajarnya. Mungkin undang-undang cyber sedia ada tidak mencukup kuat faktanya atau undang-undang Fitnah & Hasutan perlu di perhalusi lagi sehingga dikaitkan dengan akta jenayah cyber!
Balai Polis Bandar Sri Damansara
Jika pagi td aku telah mengambil langkah utk membuat aduan SKMM secara online tengahari tadi aku bergegas ke Balai Polis Bandar Sri Damansara utk meneruskan niat ini. Aku x nk org kata cakap byk.. propa lebih serupa tin kosong, so inisiatif ini aku ambil sbg hak aku bersuara dan tanggungjawab aku sbg anak pribumi Sabah walaupun aku berketurunan Brunei tp hakikatnya aku tahu apa yg aku perlu lakukan.

Salinan aduan SKMM
Salinan laporan Polis
Oleh itu, jgn perlekehkan setiap aduan atau apa saja laporan yang diterima perlu di siasat sama ada bendar atau pun palsu utk kepentingan keamanan negara sendiri. Aku perlu sokongan drpd kawan2 khususnya dr Negeri Bawa Bayu n Negeri jiran iaitu Sarawak Bumi Kenyalang utk terus bersuara. Mungkin kekuatan aku lebih kpd dunia blogger ini so bermula episode ini aku akan terus menerus menulis isu Penghinaan yg melampau.

AMARAN KERAS!! utk mereka2 yg bermulut longkang sila hentikan sentiment ini, jgn sesakli melempar sebarang kata-kata kesat dan nista korg pd bumi borneo ini, Kita sume d bawah rumpun Malaysia kita bangsa Malaysia kenapa harus mencaci menghina negeri org sesuka hati!! 

Setelah lebih 50 Tahun merdeka masih lagi ka ada perasaan perkauman antara bumi semenanjung dgn bangsa borneo?? Jangan jadi kolot serupa buta sejarah Malaysia...

Journal 2014 - # 509

Hi uols! Salam keamanan salam kedamaian.. sejak kebelakangan ni cuaca cukup dingin kan terutama skali kt area rumah aku ni haiss!! jd malas plak nk bangun pepagi bila nk ready g keja hihi.. ok la air ni aku nk buat entri pasal isu 'Penghinaan ke Atas Negeri Kelahiran aku iaitu Sabah' oleh manusia-manusia yg x bertanggungjawab.

Kalau sehari dua ni kita d kejutkan dgn isu gempar by Zef Fithry yg cukup lancang dlm FB nya mengeluarkan kata-kata kesat n nista nya terhadap rakyat negeri Sabah, isu ni telah pun aku post dlm entry weblog aku sblum ni (Journal 2014 - # 508) tapi kali ini aku nekad utk lanjutkan isu ini ke peringkat yg lebih serius ini melibatkan byk pihak dan isu yg berkaitan.

Kalau sebelum ini aku telah memaklumkan dlm inbox facebook Polis Diraja Malaysia dan SKMM dgn harapan ada yg mendengar dan tindakan yg di ambil. Namun hanya pihak PDRM yg sudi memaklumkan hal ini dan pihak SKMM melalui inbox facebook hanya sepi (dlm fikiran maybe mereka sibuk)
Inbox Facebook drpd PDRM

Inbox Facebook kpd SKMM

Walauapa pun tindakan ini cukup serius bila ada yg cuba membuat sentimen sebegini. Aku tak tau la budak ni sedar atau tak apa kesannya d kemudian hari. yg menjadi persoalan aku ketika ini kenapa negeri Sabah jadi bahan?? kenapa?? Bkn ka Sabah ini terletak dalam Malaysia??  Walau apa sekali pun negeri atau negara jgn sesekali menghina!

dimana adab dan budi bahasa anak melayu yg di jolok penuh dgn adab dan kesopanan
Rentetan begitu, ada pihak yang tampil dgn laporan polis yang mewakili penduduk Kota Belud menyatakan hasrat tidak PUASHATI dgn tindakan dan kenyataan Zef Fithry yang telah dibuat di Balai Polis Daerah Kota Belud.


Selain itu, pagi ini bila aku bukan FB ada plak yg postkan bahawa budak Zef Fithry ni da buat report polis kononnya FB nama baik dan maruahnya telah diperburukan atas tersebarnya gambarnya dalam seluruh rangkaian Google. Hakikatnya laporan yg di buat agak mengelikan hati aku yg membaca kononnya lagi FB dia kena hack.. Iya ker kena hack? Habis tu kenyataan pengakuan mohon maaf dlm FB tu sapa yg buat dik oii??
Pelik bin Ajaib klau btl FB Kena Hack!!!

Susulan daripada itu aku juga mengambil keputusan utk membuat aduan melalui Aduan SKMM Online kerana isu ini telah berlarutan sekian lama dan tidak kesudahannya.

Selain drpd pemerhatian aku terhadap isu budak Zef Fithry ni aku juga memandang serius terhadap sebuah FanPage dlm FB iaitu Semananjung ANTI Sabah Sarawak. Hal ini juga menjadi isu penting dlm menangani krisis yg d alami ketika ini bkn sahaja berbaur Fitnah & Hasutan tetapi ia juga berbaur isu perkauman dan agama. 
Cukup berani cukup tak bermoral

Penghinaan yang tak bermoral

Oleh itu, aku dan beberapa orang rakan dlm FB semalaman berbincang isu ini yg kami pandang serius dan berat, sampai bila isu ini hendak d bualkan dan d perhangatkan, setakat melapor kpd pihak berwajib kesudahannya tiada. Apapun kita sbg rakyat sabah punya hak punya suara utk bersuara namun cara dan salurannya perlu betul apa pun kita kena bersatu utk menangani isu ini agar membuka mata byk pihak.

Rentetan ini juga aku sehabis berfikir akan menuju ke Balai Polis Bandar Sri Damansara utk meneruskan perjuangan ini demi negeri kelahiran aku Sabah Negeri di Bawa Bayu! Pis Yaw!!

Journal 2014 - # 508

Hi uols!! Salam kedamaian salam keamanan, semakin hari semakin kurang kasih sayang budak2 skg ni, entah kat sekolah or mak bapak diorg x pernah ajar kut tentang mcmna nk respect org lain. Kalau dulu isu penghinaan pernah tercetus dan dlm journal ini pernah menulisnya dlm Journal 2012 ~ #310 dah pun d ambil tindakan tp kali ni seorang remaja lelaki yg berusia 21 tahun plak tlh memulakan isu yg sepatutnya x perlu timbul lagi yg boleh mencetuskan isu perkauman.. 

Bergurau x kena tempat inikah yg d katakan rakyat yg intelektual dan terpelajar?? Masyallah ni kalau mak bapa dia tgk anak dia macam ni mesti malukan. Meh tgk ckit apa yg budak ni komen sebenarnya...
Sumber FB

Kononnya inilah budak Zef Fithry tu!!

Entahlah apa nk jadi diorg ni di harap pihak #Polis Diraja Malaysia dan #Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dapat mengambil tindakan selanjutnya. Dikatakan budak ni da minta maaf dlm FB tp x tau la sahih atau x, namun sikap mereka bergurau tak kena tempat so apa tindakan yg sewajarnya utk mereka ini agar mereka ingat seumur hidup??

kononnya dah mohon maaf
Pesanan kat adik2 yg baru nk kenal erti hidup! Kita hidup d dunia ni bkn sehari dua, krn kehidupan ini saling memerlukan antara satu sama lain, klau rasa diri tu x malu lakukan sedemikian tp pikirkanlah aib yg kamu buat itu terpalit pada muka mak bapak n ahli keluarga kamu.

Kalau tanya aku, aku nk isu ini di perbesarkan biar mak bapa dia biar tahu macamana perangai anak tu.. Malu x malu soal kedua, so berani buat berani tanggung la yer dik oii!!

Journal 2014 - # 507

Hi uols! Salam kedamaian salam keamanan.. apa pun terjadi d muka bumi ini adalah ujian, jika hidup tak pernah dilanda musibah itu adalah bohong, sakit pun adalah musibah utk kita rasa bersyukur n sentiasa ingat pada Allah swt.

Dua Sifat yang Tidak akan Pernah Berkumpul


lawanDi bawah ini beberapa sifat yang tidak akan terkumpul dengan sifat yang lain. Semoga menjadi bahan pengetahuan dan amalan.

Tidak akan terkumpul:
- Debu berjihad di jalan Allah dengan Asap Neraka Jahannam
- Sifat bakhil (kikir) dengan keimanan.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ يَجْتَمِعُ غُبَارٌ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ فِى جَوْفِ عَبْدٍ أَبَدًا وَلاَ يَجْتَمِعُ الشُّحُّ وَالإِيمَانُ فِى قَلْبِ عَبْدٍ أَبَدًا ».

Artinya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan terkumpul selamanya debu di dalam perperangan di jalan Allah dengan asap neraka Jahannam di dalam mulut seorang hamba dan tidak akan terkumpul selamanya sifat bakhil dan keimanan di dalam hati seorang hamba.” HR. An Nasai dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 7616.
- Orang kafir dengan pembunuhnya

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ يَجْتَمِعُ كَافِرٌ وَقَاتِلُهُ فِى النَّارِ أَبَدًا ».

Artinya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan terkumpul seorang kafir dengan pembunuhnya di dalam neraka selamanya.” HR. Muslim.

- Kekafiran dengan keimanan
- Dusta dengan kejujuran
- Sifat khianat dengan amanah

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لا يجتمع الإيمان و الكفر في قلب امرئ ، و لا يجتمع الكذب و الصدق جميعا ، و لا تجتمع الخيانة و الأمانة جميعا ».

Artinya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak terkumpul keimanan dan kekafiran di dalam hati seorang muslim, dan tidak terkumpul kedustaan dan kejujuran selamanya dan tidak terkumpul sifat khianat dan amanat seluruhnya.” HR. Ibnu Wahb di dalam kitab Al Jami’, dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, no. 1050.
- Keimanan dengan sifat hasad

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ يَجْتَمِعَانِ فِى النَّارِ مُسْلِمٌ قَتَلَ كَافِرًا ثُمَّ سَدَّدَ وَقَارَبَ وَلاَ يَجْتَمِعَانِ فِى جَوْفِ مُؤْمِنٍ غُبَارٌ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَفَيْحُ جَهَنَّمَ وَلاَ يَجْتَمِعَانِ فِى قَلْبِ عَبْدٍ الإِيمَانُ وَالْحَسَدُ ».

Artinya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan terkumpul di dalam nerakan seorang yang telah membunuh seorang kafir, kemudian dia mendekatkan diri kepada kebaikan, tidak akan terkumpul keduanya di dalam mulut seorang beriman debu di dalam perperangan dan asap neraka Jahannam dan tidak akan terkumpul keduanya di dalam hati seorang hamba keimanan dan sifat hasad.” HR. An Nasai dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Shahih At Targhib Wa At Tarhib, no.  1271.
- Ikhlas dengan kecintaan terhadap pujian, sanjungan
Syeikh Abdul Muhsin hafizhahullah berkata:

لا يجتمع الإخلاص ومحبة المدح والثناء في قلب المؤمن إلا كما يجتمع الضب والنون يعني: حيوان البحر مع حيوان البر، واجتماعهما لا يكون؛ لأن حيوان البحر إذا خرج منه مات، وحيوان البر إذا دخل البحر مات، فاجتماعهما لا يكون،

Artinya: “Tidak akan terkumpul ikhlas dan kecintaan terhadap pujian dan sanjungan di dalam hati seorang beriman kecuali sebagaimana terkumpulnya hewan dhabb dengan ikan, maksudnya adalah hewan air dengan hewan darat tidak akan kumpul keduanya terjadi, karena hewan laut jika keluar dari laut maka ia akan mati, dan hewan darat jika jika masuk ke dalam air dia akan mati, maka kumpulnya keduanya tidak akan terjadi.” Syarah Sunan Abi Daud.
- Kuburan dengan masjid

 إنه لا يجتمع في دين الإسلام قبر ومسجد والحكم للسابق منهما؛ فإن كان القبر موجوداً أولاً وأتي بالمسجد وبني عليه يهدم المسجد، وإن كان المسجد مبنياً أولاً وأدخل الميت في المسجد ينبش الميت ويخرج من المسجد ويبقى المسجد كما كان، ولا يجمع بين المسجد والقبر.

Artinya: “Sesungguhnya tidak akan terkumpul di dalam agam Islam, kuburan dan masjid dan hukum untuk yang lebih dahulu dari keduanya, jika kuburan ada lebih dahulu dan kemudian masjid dan dibangun di atasnya maka dihancurkan masjid, dan jika masjid di bangun duluan lalu mayat dimasukkan ke dalam masjid, maka dibongkar kuburan mayat dan dikeluarkan dari masjid dan dibiarkan masjid seperti semula dan tidak akan terkumpul antara masjid dan kuburan.“ Syarah Sunan Abi Daud.
- Ikhlas dengan kecintaan terhadap pujian, sanjungan dan kecintaan terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain.
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

لا يجتمع الإخلاص في القلب ومحبة المدح والثناء والطمع فيما عند  الناس إلا كما يجتمع الماء والنار والضب والحوت

Artinya: “Ikhlas tidak akan terkumpul di dalam hati dengan kecintaan terhadap pujian dan sanjungan serta kerakusan terhadap apa yang dimiliki oleh manusia kecuali terkumpulnya antara air dan api atau antara adh Dhabb (binatang darat) dan ikan (binatang air).” Lihat kitab Al Fawaid.

Journal 2014 - # 506

Hi uols! salam kedamaian salam keamana, wow arini double entry weblog ni.. apa pun entri petang ni adalah utk promosi sebuat novel karya penulis baru iaitu Encik Zakaria Mamat yang bertajuk 'Air Mata Buaya'. Gaya bahasa dan penyampaiannya cukup santai dan mudah difahami, namun penuh bermesej dan pengajaran, Apa kata uols baca sinopsis karya ini lebih terlebih dahulu, check it Out!!


Sinopsis
Betapa bodohnya manusia, apabila hidup berpaksikan dunia. Lebih sia-sia andai menafikan kebesaran Yang Maha Pencipta. Heiya lahir bagaikan puteri raja dan Buaya anak kaum Orang Asli yang kurang serba-serbinya adalah antarainsan yang hanyut dalam badai nafsu yang bermaharajalela. Memang indah hidup apabila membiarkan diri hanyut dalam lumpur maksiat dan menobatkan wang sebagai raja!

Walau bagaimanapun, asyiknya cuma sementara. Hebat dihimpit masalah bergelora yang mengundang kepada kecewa, ternyata menongkah rahmat keinsafan dan hidayah Allah SWT di hati mereka.

Kehadiran Zulkifli Alias dan Ustaz Nuruddin Al-Medani ternyata bagaikan peyuluh cahaya. Namun mampukah kejayaan itu tercapai dengan sempurna? Lantaran kepayahan pendakian mereka untuk mencari petunjuk agama terlalu mencabar dan menuntut pengorbanan banyak nyawa serta air mata! Segalanya bakal terjawab dalam Air Mata Buaya!

Okey uols!! Apa tunggu lagi jom dapatkan novel ini di kedai2 buku berhampiran atau menerusi facebook penulis sendiri iaitu  Encik Zakaria Mamat, check it out yaw!!

Journal 2014 - # 505

Hi uols!! Salam kedamaian dan salam keamanan.. jom baca artikel ini untuk renungan bersama.

Sendi-sendi Kekufuran
hatiSendi-sendi kekufuran itu ada empat: al-kibr (kesombongan), al-hasad (rasa iri), al-ghadab (marah atau emosi) dan asy-syahwat (nafsu syahwat)

Kesombongan akan menghalangi seseorang dari berbuat taat. Rasa iri menghalangi seseorang dari menerima atau memberikan nasehat. Marah menghalangi seseorang dari berbuat adil. Nafsu menghalangi seseorang dari memfokuskan diri pada ibadah. Artinya, jika sendi kesombongan itu sirna, maka seseorang akan dengan mudah melakukan ketaatan. Jika tidak ada rasa iri dengki, maka seseorang akan mudah menerima atau memberikan nasehat. Jika tidak emosi, maka seseorang bisa berlaku adil dan tawaddhu’ (merendahkan diri) dengan mudah. Jika syahwat tidak ada, maka dengan mudah seseorang bisa bersabar, menahan diri dan memfokuskan diri untuk beribadah.

Keempat sifat tercela ini tidak bisa hilang begitu saja. Gunung yang kokoh lebih mudah sirna dibandingkan empat sifat ini. Terutama jika sifat-sifat ini sudah menjadi perangai yang melekat, maka tidak ada satu amalan pun yang bisa dilakukan dengan konsisten serta jiwa pelakunya tidak bisa bersih selama sifat-sifat buruk ini masih melekat meskipun dia melakukan amal shalih. Tiap kali berusaha melakukan amal shalih, empat sifat ini datang merusaknya. Dan semua bencana yang menimpa seseorang bermula dari empat sifat ini. Jika sifat-sifat sudah bertengger di hati, dia akan mengubah pandangan hati, yang bathil terlihat haq dan yang haq terlihat bathil, yang ma’rûf terlihat mungkar dan begitu sebaliknya. Sifat-sifat ini akan mendekatkan pelakunya kepada dunia dan menjauhkannya dari akhirat.

Jika kita merenungi kekufuran berbagai umat, kita akan dapati bahwa kekufuran mereka itu berawal dari sifat-sifat tercela ini. Sifat-sifat inilah yang menyebabkan azab. Berat atau ringannya azab tergantung pada berat atau ringannya sifat-sifat buruk ini pada seseorang. Barangsiapa memberi kesempatan kepada sifat-sifat ini untuk bertengger dihatinya, berarti dia telah membuka seluruh pintu keburukan bagi dirinya, di dunia dan akhirat. Sebaliknya, barangsiapa yang menutup celah bagi sifat-sifat ini, berarti dia telah menutup semua jalan keburukan. Sifat-sifat buruk ini menghalangi seseorang dari ketaatan, ikhlas, taubat, menerima kebenaran, menerima nasehat serta menghalangi dari tawaddhu’ kepada Allah Azza wa Jalla dan sesama makhluk.

Sifat-sifat buruk ini bisa muncul disebabkan oleh ketidak-tahuan seorang hamba terhadap Rabb-nya dan ketidak-tahuannya terhadap dirinya. Orang yang mengenal Rabb-nya dengan berbagai sifat keagungan dan kesempurnaan-Nya, juga mengenal dirinya sendiri dengan berbagai aib dan kekurangannya, maka dia tidak akan sombong, tidak akan emosi dan tidak akan merasa iri dengan nikmat yang Allah Azza wa Jalla anugerahkan kepada orang lain. Memendam rasa iri sebenarnya termasuk pembangkangan terhadap Allah Azza wa Jalla . Kerana dia membenci anugerah Allah Azza wa Jalla yang ada pada seorang hamba, padahal Allah Azza wa Jalla menyukai pemberian ini. Si pendengki ini menginginkan anugerah Allah Azza wa Jalla itu lenyap dari si hamba, padahal Allah Azza wa Jalla sebaliknya. Dengan demikian, berarti si pendengki menentang Allah Azza wa Jalla dalam qadha’, mahabbah dan kemurahan-Nya. Dengan sebab sifat sombong dan iri dengki inilah, setan menjadi musuh hakiki bagi Allah Azza wa Jalla .

Kedua sifat tercela ini bisa ditakhlukkan dengan mengenal Allah Azza wa Jalla , mentauhidkan-Nya, merasa ridha dengan Allah Azza wa Jalla serta bertaubat kepada-Nya.

Sifat murka atau emosi bisa ditundukkan dengan mengenal diri sendiri dan menyadari bahwa dia tidak pantas untuk murka demi membela hawa nafsu. Jika dia marah demi membela hawa nafsu, berarti dia lebih memilih menyenangkan hawa nafsunya dan murka terhadap Allah Azza wa Jalla . Padahal, seorang Mukmin tidak boleh seperti itu. Cara paling jitu untuk menghilangkan sifat marah yaitu membiasakan diri untuk merasa marah hanya karena Allah Azza wa Jalla atau ridha hanya karena Allah Azza wa Jalla . Karena setiap kali marah dan ridha seperti ini datang, maka lawannya akan menghilang, begitu pula sebaliknya.

Sedangkan obat hawa nafsu yaitu dengan meyakini bahwa mengikuti semua keinginan nafsu sebenarnya menjadi penyebab utama terhalangnya nafsu kepada kenikmatan hakiki; dan memelihara nafsu itu menjadi penyebab utama bagi terhalangnya nafsu untuk mendapatkan kenikmatan. Setiap kali engkau membuka pintu syahwat berarti sama saja engkau berusaha menghalanginya dari kenikmatan yang hakiki, dan setiap kali engkau menghalanginya nafsu syahwat berarti engkau berusaha untuk menghantarkan nafsu agar bisa mencapai kenikmatan yang hakiki. Rasa marah terhadap takdir itu sama seperti binatang buas. Jika dilepas, dia akan mulai menerkam pemiliknya.

Syahwat itu ibarat api. Ketika dinyalakan, dia siap membakar orang yang menyalakannya. Rasa sombong itu seperti kaum pemberontak, jika dia tidak berhasil membunuhmu, maka dia akan mengusirmu dari wilayah kekuasaanmu, dan rasa iri itu sama seperti pembangkang terhadap Dzat yang lebih berkuasa darimu (yaitu Allah Azza wa Jalla )

Jika orang yang berhasil menaklukkan syahwat dan emosinya, maka setan akan menjauhinya; sedangkan orang yang bertekuk lutut terhadap nafsu syahwat dan emosinya, maka dia takut terhadap bayang-bayangnya sendiri.

Ya Allah, jadikanlah jiwa-jiwa kami jiwa yang bertakwa, bersihkanlah ia. Engkaulah Dzat terbaik yang bisa membersihkan jiwa-jiwa kami

Journal 2014 - # 504

Hi uols!! Salam kedamaian salam keamanan sentiasa.. agak sepi pula weblog ni x d update utk beberapa hari lalu.. sedikit busy dgn tugasan harian sehingga lupa akan weblog ni.. bkn itu saja skg ni tgh sibuk nk produce cerpen 'Aku, Kau & Dia' kat weblog Karya Lara Cleopatra. so uols klau ada masa tu singgah2 la yer utk baca cerpen aku tu..

Okeylah memandangkan hari ni ari cuti bagi negeri2 yg terlibat dgn cuti Thaipusam adalah masa aku nk update cerita-cerita terbaru sbg hits issue.. Sebelum ini pernah x uols dgr pasal Anti Pemerdagangan Orang?? Confirm uols tahukan isu ni hari2 masuk iklan dlm TV kt Malaysia ni. Sebelum itu aku nk ucapkan tahniah kpd  Kelab Komuniti sayang sabah dan Majlis Belia Sabah kerana menyokong dan mengaktifkan kampen tersebut. Credit juga utk DJ Othoe dan teman2 beliau kerana menjadi tongkak utama dalam kampen ini.. semoga usaha murni mereka ini kita sokong bersama okey!!
Credit to Dj Selipar Jepun

Berikut adalah artikel yang di petik melalui sabahdaily.com berkenaan dengan Anti Pemerdagangan Orang

PEMERDAGANGAN ORANG KAUT USD 44.3 BILLION?
ORGANISASI Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa jenayah Pemerdagangan Orang mengaut keuntungan sebanyak USD 44.3 billion setahun selepas jenayah senjata api dan dadah. Pemerdagangan Orang merupakan satu perbuatan yang dikeji di mana manusia dijadikan sebagai bahan dagangan bagi mengaut keuntungan.

Berikut ucapan Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah Sempena Persidangan Media Untuk Memperkenalkan Projek Membanteras Pemerdagangan Orang Rentas Sempadan Malaysia Indonesia 2010-2011 Fasa Kedua pada jam 11 pagi, 24 Jun 2010 di Function Room 6, Level 3, Pacific Sutera, Kota Kinabalu.

Terima kasih Pengerusi majlis. Selamat pagi saya ucapkan kepada;
Yang Dihormati Encik Fatimana Agustinanto, Pengurus Program Nasional, ICMC Indonesia,
Yang Dihormati Encik Dominic Lim, Penyelaras Program, AHDC,
Yang Berusaha Encik Othoe, DJ Suria FM,

Para wartawan media massa serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Tujuan Persidangan Media ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan projek Membanteras Pemerdagangan Orang Rentas Sempadan Malaysia Indonesia 2010-2011 fasa kedua dan seterusnya memperkenalkan Othoe sebagai ‘Juara Sabah’ menentang Pemerdagangan Orang.

Sidang Media yang dihormati,
Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah dikuatkuasa di negara kita pada 28 Februari 2008. Setelah itu, Majlis Anti Pemerdagangan Orang telah ditubuhkan bagi memantau pembentukan polisi dan keberkesanan program dalam membendung jenayah ini.

Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa jenayah Pemerdagangan Orang mengaut keuntungan sebanyak USD 44.3 billion setahun selepas jenayah senjata api dan dadah. Pemerdagangan Orang merupakan satu perbuatan yang dikeji dimana manusia dijadikan sebagai bahan dagangan bagi mengaut keuntungan dan jika kita tidak mengambil langkah untuk membanteras jenayah ini, negara kita akan menjadi lemah.

Anasir-anasir negatif lain juga akan menular di negara kita kerana Pemerdagangan Manusia saling berkaitan dengan jenayah lain seperti dadah kerana terdapat bukti bahawa sindiket menggunakan dadah bagi mengelakkan mangsa daripada melarikan diri.

Salam Media yang dihormati,
Pada Jun tahun lalu, negara kita telah diturunkan kepada Teir 3 oleh Laporan Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat. Kerajaan kita telah mengambil langkah yang drastik bagi memperbaiki imej negara dan seterusnya mengekang masalah ini daripada menular di kalangan masyarakat tempatan.

Pada 31 Mac lepas, Pelan tindakan Nasional Menentang Pemerdagangan Orang telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Kementerian Dalam Negeri. Antara objektif pelan Tindakan Nasional tersebut adalah untuk memperkukuhkan undang-undang dan latihan serta memperketatkan sempadan Negara bagi menyekat masalah ini.

Selain itu, pelbagai usaha bagi mencapai golongan masyarakat yang berisiko tinggi telah juga dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan NGO. Agensi-agensi Penguatkuasa seperti Polis, Imigresen, Kastam dan Jabatan Maritim juga meningkatkan usaha mereka dalam menangani isu ini. Kerjasama dari semua pihak ini telah menghasilkan beberapa tangkapan dibawah Akta APO.

Sidang Media yang dihormati,
Saya ingin memetik dari ucapan Ambassador Luis CdeBaca dari Pejabat Memantau dan Membanteras Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat semasa membentangkan Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang ke 10 pada 14 Jun 2010, bertempat di Washington D.C:

“Sepanjang tahun lalu, kerajaan Malaysia telah mengakui dan mula serius menangani masalah pemerdagangan manusia, termasuk penglibatan intensif dengan Kerajaan Asing. Untuk pertama kalinya, Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan. Hasil usaha mereka dalam program Anti Pemerdagangan Manusia United Nation di luar Bangkok, mereka telah mengenalpasti dan membantu mangsa buruh paksa di perahu nelayan di pantau Sarawak. Kes-kes terdahulu buruh paksa, serta apa yang mereka lakukan pada perdagangan seks, telah menyentuh hati selain komitmen yang mula dilakukan oleh Kerajaan Malaysia.”

Pada minggu lalu, Negara kita telah dinaikkan ke Tier 2 (dalam pemerhatian) oleh Laporan Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat. Ini adalah satu pengiktirafan yang boleh dibanggakan.

Salam media yang dihormati,
Statistik dari Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) telah menunjukkan bahawa 149 kes eksploitasi seks telah dilaporkan di negara kita dari 28 Februari 2008 sehingga 18 April 2010. Ini diikuti dengan perhambaan paksa, 42 kes; penyeludupan manusia, 11 kes; penjualan bayi, 5 kes dan eksploitasi kanak-kanak untuk visa, 1 kes. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pemerdagangan manusia di Negara kita sebanyak 208 kes.

Statistik dari Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) ini juga menunjukkan bahawa Warganegara Indonesia mencatatkan jumlah mangsa yang mendapat Perintah Perlindungan (PO) tertinggi iaitu sebanyak 105 mangsa.

Ini diikuti warganegara Filipina, 60 mangsa; warganegara Thailand, 36 mangsa; warganegara China, 29 mangsa; warganegara Myanmar, 23 mangsa; warganegara Vietnam, 20 mangsa; warganegara Malaysia, 12 mangsa; warganegara India, 6 mangsa; warganegara Cambodia, 2 mangsa dan warganegara Sri Lanka, 2 mangsa. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan mangsa yang mendapat Perintah Perlindungan di negara kita sebanyak 295 mangsa.

Sidang media yang dihormati,
Media Massa memainkan peranan yang penting bagi menjangkau setiap golongan masyarakat tentang bahaya Pemerdagangan Orang. Ini adalah kerana media massa merupakan medium perhubungan yang berkesan bagi meningkatkan tahap kesedaran golongan masyarakat.

Media massa juga merupakan mata, telinga dan mulut pihak masyarakat. Persidangan masyarakat hari ini sangat relevan dengan matlamat kita untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing bagi membendung jenayah Pemerdagangan Orang.

Salam media yang dihormati,
Saya ingin memetik dari ucapan YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein semasa pelancaran Pelan Tindakan Nasional Menentang Pemerdagangan Orang pada 31 Mac lepas :

“Adalah tanggungjawap Kerajaan Negeri untuk menjaga kesejahteraan rakyatnya dan untuk melindungi kawasan sempadan negeri daripada sebarang kemungkinan bahaya.”

Dalam isu ini, negeri Sabah juga tidak terkecuali. Pepatah melayu ada mengatakan, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’ Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengembleng tenaga dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang.

Di sini saya ingin memperkenalkan DJ Othoe sebagai “Juara Sabah Menentang Pemerdagangan Orang” atau dalam Inggeris “Sabah Champion Against Human Trafficking”. Beliau telah dilantik AHDC dan ICMC Indonesia dalam peranan ini sepanjang Projek Membanteras Pemerdagangan Orang Rentas Sempadan Malaysia Indonesia 2010-2011.

Saya berharap dengan adanya kerjasama dari pihak media massa, mesej yang akan disampaikan oleh Juara kita dapat disiarkan secara luas.

Dengan itu, saya sudahi ucapan saya dengan “1Malaysia Komitmen Bersama untuk Membendung Pemerdagangan Orang.”

Sekian dan Terima Kasih.
Sumber: Sabahkini 

Apa pun usaha mereka, kita sebagai manusia punya akal patut menjayakan usaha ini so now  'Say No 2 Human Trafficking'

Journal 2014 - # 503

Hi uols! Salam keamanan salam kedamaian, hari ni aku just nk share satu sajak yg cukup menyentuh hati aku sehingga mampu mengeluarkan air mataku sendiri, Sajak ini aku tujukan kpd seluruh kaum hawa x kira siapa pun kita ambil lah iktibar ambil lah pengajaran drpd sajak ini, jgn kita jd jahil jgn kita jd manusia alpa kerana kesilapan yg kita lakukan..

Monolog dari Rahim

 
 
Wahai, manusia yang sudi mendengar !
Tahukah engkau bagaimana rasanya...
Dikandung oleh seorang ibu yang membenci kandungannya ?
Apakah rasanya bernyawa di dalam rahim perempuan yang sedang berkira-kira untuk membunuh anaknya ?
Apakah rasanya terbentuk daripada dosa perzinaan yang jelik ?
Apakah rasanya menjadi bayi yang tidak diakui hak keturunannya ?
Aku telah dikeji sejak dalam kandungan.
Aku telah dihina sejak manusia mengetahui kewujudanku.

Hanya Allah Yang Maha Tahu...
Betapa takutnya aku untuk lahir ke bumi.
Akan adakah manusia yang menyayangiku ?
Akan adakah insan yang melindungiku ?
Akan adakah orang yang mengazan dan mengiqamatkan aku ?
Aku tidak bersalah.....salahkah aku untuk mendengar seruan agung daripada adzan dan iqamat ?

Aku akan tetap lahir juga...
Tapi lahirku tidak sama seperti kawan-kawanku yang lain.
Mereka disambut....sedangkan aku amat takut.
Mereka dihias pakaian baru yang comel....sedangkan aku dibungkus dengan plastik hitam.

Mereka tidur di atas tilam empuk yang wangi.....sedang aku akan bakal dihumban ke dalam tandas yang busuk.
Mereka ditunggu dengan nama yang baik-baik....sedang namaku hanyalah sumpah seranah.

Tolong....tolong....tolong....
Dimanakah pembelaku ? Dimanakah pelindungku ? Kemanakah pelarianku ?
Tolonglah manusia.....ada binatang menggigitku, ada anjing merobek kulit dan dagingku!


Tolonglah manusia....aku kelemasan dalam ruang yang gelap ini.
Aku amat sejuk ! Aku kehausan ! Aku lapar ! Aku takut !
Aku keseorangan....memang beginikah dunia ini ?

Wahai, Allah ! Ambillah aku kembali....biarkan aku pulang ke hadrat-Mu Ya- Allah....aku tak sanggup tinggal disini.
Menanggung dosa perempuan yang tidak akan sekali-kali ku panggil ibu.
Menanggung dosa lelaki yang aku haramkan lidahku memanggilnya ayah.
Aku ingin pulang ya Allah.....Kasihanilah aku....Wahai Yang Maha Mengasihani.

Kepada yang sudi mendengar,
Kutitipkan kata-kata ini...
Sebelum alam yang menyiksakan ini ku tinggalkan.
Jadikanlah diri kalian pembela dan pelindung.
Penyelamat dan rahmat kepada semua lapisan umat ini.
Jangan biarkan ramai lagi yang senasib denganku.
Ia terlalu pahit dan sukar untuk ditanggung oleh insan selemah aku.
Ia terlalu pahit dan berat untuk dipikul oleh bayi kerdil sepertiku.
Tegakkanlah amar makruf dan nahi mungkar.

Nukilan Rasa: Ustazah Norhafizah Musa.
 

Journal 2014 - # 502

Hi uols! Salam kedamaian salam keamanan, Hmm.. agak lama juga aku x update weblog ni, al-maklumlah awal2 tahun begini sedikit sibuk dgn tugasan di pejabat, perancangan kerja dan sbgnya kenalah update kan, utk kesenangan kemudian hari. So malam ini ada kesempatan utk singgah sekejap d ruangan weblog ni. Tak ada citer yg best utk aku share kan cuma beberapa hari ni sibuk menyiapkan beberapa cerpen yg tertangguh utk siaran weblog 'Karya Lara Cleopatra' so ada masa jg lupa baca yer.. 

Skg ni aku kembali dalam dunia penulisan selain drpd dunia penghasilan parody muzik video, huh! mesti uols x percayakan aku boleh menulis, mana x nya aku kan background IT mustahil org mcm aku ni bleh menulis, well it's that me!! Walhal ini la hakikatnya aku mula menulis sejak 1996 lagi tp karya2 aku itu aku simpan begitu saja, so bila ada kelapangan ni aku mula menulis semula. Tp ayat2 aku x lah bombastik sgt boleh la d baca dgn bahasa2 pasar org kata, janji boleh d fahami.. ok la uols! hope uols enjoy okey!! jangan lupa baca cerpen aku kat 'Karya Lara Cleopatra' ni sebarang komen n cadangan d alu-alukan okey!! Adiosazz!!

Journal 2014 - # 501

Hi uols!! Salam keamanan, mungkin minggu ini miggu aku bercerita pasal GST.. Bkn apa kita harus faham apa itu GST sebenarnya, bkn setakat dgr drpd ckp2 org namun pengetahuan drpd membaca dapat membantu kita memahami apa itu GST, kenapa GST d laksanakan dan GST sebenarnya utk apa? Jom baca..

GST Rahmat Tersembunyi Buat Rakyat

Pengurangan subsidi bahan api dan gula adalah langkah pertama dalam pelaksanaan rasionalisasi berkala yang lebih besar. Untuk masa akan datang, tambahan dan perubahan yang sepatutnya akan dilakukan terhadap program subsidi ini. Jika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah:
  1. Hutang kerajaan akan meningkat - hutang Malaysia telah berkembang sebanyak lebih 10 peratus sejak 1997. Kita mesti mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber yang mencukupi bagi pelaburan masa hadapan.
  2. Ia akan melambatkan aspirasi kebangsaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju pada 2020.
  3. Ia akan mengurangkan daya tarikan di kalangan pelabur asing - syarikat antarabangsa lebih tertarik kepada negara yang menyediakan peluang perniagaan yang sama dan menggunakan sepenuhnya harga pasaran. Pelaburan asing terhadap kilang dan perniagaan menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat Malaysia.
Oleh kerana rasionalisasi subsidi berkaitan dengan perancangan transformasi secara keseluruhan, tidak melakukan rasionalisasi subsidi bukanlah satu pilihan. Subsidi terhadap barangan pengguna perlu seperti pendidikan dan kesihatan akan kekal - subsidi diperkenal bagi membolehkan barangan keperluan utama dan perkhidmatan boleh didapati pada harga yang berpatutan, selain perkhidmatan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia. Untuk itu, kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi untuk barangan pengguna yang penting, termasuk pendidikan dan kesihatan.
Kerajaan hanya melakukan rasionalisasi - dengan pengurangan ini pun, kerajaan tetap membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion pada 2010 terhadap subsidi. Ini adalah langkah pertama terhadap pelaksanaan berkala terhadap usaha rasionalisasi lebih besar - untuk masa hadapan, tambahan, berkala dan perubahan sepatutnya akan dilakukan terhadap rejim subsidi kerajaan bagi memastikan Malaysia dapat mencapai sasaran pembangunannya dan masih menyediakan keperluan rakyat Malaysia.
Program subsidi pada masa ini menjadi tidak lagi efektif dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukannya - program subsidi kerajaan menjadi tidak berkesan dalam membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, dengan terlalu banyak kemudahan mengalir kepada golongan kaya, warga asing dan perniagaan besar. Ini adalah perkara berkaitan ekonomi fiskal - pengurangan membolehkan Malaysia mengurangkan defisit dan mencapai sasaran pembangunan - Malaysia perlu menguruskan dan mengurangkan defisit.
Di waktu kita mempunyai polisi yang tepat untuk memandu kepada kemajuan, polisi yang membantu kita mencapai pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama 2010, kita juga perlu mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber mencukupi untuk melabur pada masa hadapan.
Mengurangkan perbelanjaan membolehkan pelaburan terhadap masa hadapan Malaysia - perbelanjaan subsidi kita menjadi penghalang bagi mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan ini membolehkan Malaysia melabur untuk masa hadapannya - bagi pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pembangunan masyarakat, latihan dan mewujudkan pekerjaan - pelaburan yang menyediakan kemudahan berterusan untuk generasi kini dan masa depan.
Langkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 - rasionalisasi subsidi adalah satu daripada beberapa langkah dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10. Dengan melaksanakan langkah ini yang mana seperti dikatakan Perdana Menteri akan "memperbaiki tahap kompetitif dan kebolehan pasaran... dan akan memastikan penggunaan sumber yang optimum," Malaysia sudah mengambil langkah konkrit terhadap pelaksanaan inisiatif pembaharuan ini.
Subsidi bagi gula dan bahan api dikurangkan kerana dengan mengurangkan subsidi bahan api dijangka memberi impak besar kepada perbelanjaan negara, manakala subsidi gula pula membolehkan kita mempromosi gaya hidup sihat. Pengurangan subsidi bahan api (petrol, diesel dan LPG) mempunyai kesan kecil kepada rakyat tetapi memberi impak besar kepada kerajaan bersandarkan penggunaan perkapita negara yang bernilai tinggi seperti petrol yang dianggarkan bernilai 13.4 billion liter pada 2010.
Dengan pengurangan subsidi sebanyak satu sen bagi setiap harga jualan petrol, membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM134 juta. Faedah subsidi bahan api tidak lagi masuk dalam poket golongan yang tidak memerlukan seperti warga asing yang memiliki kenderaan dengan enjn berkapasiti besar. Kos gula yang rendah di Malaysia menyebabkan terlebih penggunaan yang menyumbang kepada peningkatan 105 peratus (dari 1996 ke 2006) rakyat Malaysia yang berat badan berlebihan dan obesiti - jumlah ini merangkumi 40 peratus daripada populasi penduduk. Setiap tahun kita berdepan lima peratus peningkatan kes diabetes dan hampir 1.4 juta penduduk Malaysia sekarang menghidap penyakit itu.

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Royal Malaysian Customs Department (RMCD) untuk mendapatkan segala maklumat tentang GST.

Sumber: Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna, Kuala Lumpur

Journal 2014 - # 500

Hi uols!! Salam keamanan 1Dunia.. di doakan uols sume di bawa lindungan #Allah swt sentiasa. Hari ni aku nk kongsi satu isu yg cukup hangat di pasaran, walaupun agak lambat utk update namun aku x nk update tanpa sebarang pengetahuan yg mendalam atau memahami apa fungsinya sbenarnya. Insya Allah dgn cara ini kita dpt memahami akan hal sebenar dan lambat laun kita akan menerimanya dgn ilmu bkn tanpa ilmu pengetahuan.

GST - PENGGUNA PERLU BERPENGETAHUAN

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods & Service Tax) atau uols kenali sbg GST merupakan kaedah yang dpt mengurangkan cukai korporat serta cukai pendapatan individu. Walaupun maklumat tersebut tampak menarik bagi golongan yang terbabit namun pengetahuan rakyat tentang cukai tersebut masih di tahap sederhana. Di dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia akan melaksanakan sistem GST mulai 1 April 2015. Masa untuk cukai tersebut dijadikan sebahagian sistem percukaian kepada rakyat sebagai pengguna perkhidmatan dan pembeli masih panjang.

GST bukan cukai tambahan kepada cukai yang telah dikenakan kepada pengeluar barangan. Rakyat dimomokkan bahawa GST merupakan cukai berganda yang menyebabkan dompet rakyat nipis dan peniaga semakin kaya-raya.

Rakyat perlu difahamkan apakah perkara yang boleh dikenakan cukai dan apakah perkara yang tidak boleh dikenakan cukai. Buat masa ini maklumat yang diuar-uarkan, GST tidak akan dikenakan ke atas beberapa barang makanan asas yang menjadi keperluan harian rakyat.

Jika makanan asas spt berasa menjadi nasi goreng dan diniagakan di restoran berhawa dingin sudah pasti harganya akan melambung. Dalam soal ini harga makanan itu sendiri sepatutnya lebih rendah.

Namun apabila dikaitkan dengan cukai perkhidmatan sudah pasti makanan yang tidak dikenakan cukai menjadi suatu yang boleh cukai kerana ia dijual di tempat yang istimewa dan selesa pula. Dalam soal ini jika tidak mahu dibebani GST makan sahaja di rumah dan di restoran tom yam yang berlambak di negara ini.

Perlaksanaan GST ini sebenarnya tidak patut di politikkan selagi Kerajaan Pusat mampu meningkatkan kecekapan pengurusan kementerian dan jabatan yang terlibat. Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Industri dan Asas Tani perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan perlaksanaan GST tidak menjadi dasar fiskel yang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu peniaga sedang pengguna terus ditekan secara langsung dan tidak langsung.

Pemantauan teliti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia terhadap setiap syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu lebih telus agar rakyat negara tidak menjadi mangsa pihak-pihak yang sering sahaja mencari lompang-lompang (loop hole) dalam sistem penyampaian dasar kerajaan.

Justeru, untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu oleh peniaga, penerangan dari semasa ke semasa yang lebih jelas kepada rakyat oleh Kementerian Kewangan perlu dibuat secara menyeluruh.

Kerajaan juga memperkenalkan program penampan yang lebih mantap untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar.

Perlaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan sepertimana yang dilaksanakan di negara lain. Kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung kepada GST. Di dalam konteks Bajet 2014 penurunan kadar cukai tertentu utk golongan sederhana amat dialu-alukan.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM300 untuk golongan muda dengan syarat tertentu, golongan muda dengan syarat tertentu, golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM3,000 mendapat BR1M sebanyak RM650 dan golongan berpendapatan sehingga RM4,000 mendapat BR1M sebanyak RM450 membuktikan Kerajaan Pusat benar-benar komited untuk membantu rakyat menyerap kenaikan harga barangan akibat pengurangan subsidi minyak petrol.

Mungkin bila GST dilaksanakan rakyat yang layak sama ada akan mendapat BR1M yang lebih tinggi atau sebaliknya. Berikan sistem ini peluang untuk membuktikan kebaikannya.

Justeru, pembangkang sebagai penyemak dan pengimbang (check dan balance) juga sepatutnya bersifat membantu Kerajaan dalam menerangkan isu GST kerana ia tidak wajar dipolitikkan kerana ia melibatkan ekonomi negara secara holistik.

Tidak perlu melihat semua perkara sebagai bola tanggung kerana jika GST tidak memberi faedah mengapa 160 negara di dunia sudah melaksanakannya. Cuba bersifat empati sekali ini. Jangan dikompromi perkara bersangkut-paut ekonomi kerana perlaksanaan GST dengan kerjasama semua pihak bukan sahaja memberi faedah kepada rakyat malah kepada pemimpin dan penyokong pembangkang itu sendiri. 

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Royal Malaysian Customs Department (RMCD) untuk mendapatkan segala maklumat tentang GST.

Sumber: Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna, Kuala Lumpur

Journal 2014 - # 499

Hi uols!! Salam kedamaian salam keamanan, slmt tahun baru utk uols!! seperti yg di janjikan tahun lepas weblog ini akan byk berkongsi berkenaan ilmu yg bermanfaat so apa kata kita mulakan di sini..

Mungkin ada yg telah tahu pesan atau nasihat Luqman Al Hakim kpd anaknya so apa kata kita review kembali bagi mengingatinya semula agar kita tak pernah lupa akan nasihat2 itu:

50 Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya


Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan menasihati anaknya: 
  1. “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.
  2. “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
  3. “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
  4. “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”
  5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya." 
  6. “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.”
  7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”
  8. "Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
  9. "Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.” 
  10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.” 
  11. “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
  12. “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.” 
  13. “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.” 
  14. “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.” 
  15. “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakan hartamu.” 
  16. “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”
  17. Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.” 
  18. "Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”
  19. Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
  20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.” 
  21. “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”
  22. “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.” 
  23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.” 
  24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.” 
  25. “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.” 
  26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada  anjing sahaja.” 
  27. “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.” 
  28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.” 
  29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.” 
  30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.” 
  31. "Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.” 
  32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.” 
  33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”
  34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.” 
  35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.” 
  36. "Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”
  37. “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”
  38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti."
  39. "Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”
  40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.” 
  41. “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.” 
  42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?
  43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”  
  44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.” 
  45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.” 
  46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.” 
  47. “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.” 
  48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.” 
  49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTlebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu. 
  50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”