Journal 2014 - # 497

Hi uols! Salam kedamaian salam keamanan, hari ni merupakan hari terakhir kita berada di tahun 2013, Masya Allah cpt btl masa berlalukan.. pejam celik pejam celik da nak melangkah 2014.. ini bermakna usia kita semakin bertambah n semakin byk tanggungjawab yg akan kita pikul lepas ni. 

Selalunya uols, org akan tnya apa azam tahun baru ni?? tp pd tiap2 tahun aku punya azam yg sama walaupun ada sampingannya dari segi meterial kehidupan. Alhamdulillah beberapa azam tahun ni mencapai sasarannya.

2013 Think Target
Syukur tahun 2013 berakhir dgn kegembiraan agaknya kut.. kesemua target aku utk 2013 hampir tercapai ini termasuklah nk abiskan study tu yg d jangkakan 2015 akan tamat apa pun ia tetap termasuk dlm matlamat utama.

Sesungguhnya aku hanya berharap tiap2 masa n waktu aku jd yg terbaik pd diri aku n berubah ke arah yg lebih positif n membawa aura yg lebih baik dlm kehidupan. Alhamdulillah perubahan itu amat ketara dlm hidup aku. 

Okey guys!! Next 2014 what the new?? Azam tahun dpn hanya aku boleh impikan dan berharap serta berdoa adalah utk kemakmuran n kebahagian dlm hidup aku. Mungkin lepas2 ni nk buat perubahan utk kebaikan n berkongsi ilmu yg bermanfaat pd teman2 yg lain Insya Allah.

Journal 2013 - # 496

Hi uols!! Salam keamanan salam kedamaian.. melangkah sehari lagi utk mengakhiri tahun ini, sejak kebelakangan ni aku mula bergiat aktif kembali dlm dunia uTube, parody music utk d jadikan video terutama skali dalam perjuangan #Palestine yg cuba utk aku smpikan melalui lagu-lagu yg bersesuaian dgn kisah perjuangan mereka. So uols utk melihat beberapa koleksi video yg telah d parody kan oleh aku klik link ini yer.. Utube

Berikut adalah salah satu video yg aku nk share dgn uols!! Enjoy!!


Journal 2013 - # 495

Hi uols!! Salam kedamaian, salam keamanan, masihkah anda ingat dengan sejarah buruk bencana Alam yang melanda negara kita suatu ketika dahulu sebelum Tsunami?? Ribu Tropika Greg, Masa tu aku masih ingat lagi aku berusia 12 tahun baru balik dari kampung pada petang 25 Disember 1996. Masyallah Maha Hebat Ujian dripd Allah SWT. Jom kita imbas kembali peristiwa n sejarah tersebut.

Ribut Tropika Greg (kod JTWC: 43W) merupakan siklon tropika terakhir yang terbentuk dalam musim taufan Lautan Pasifik bagi tahun 1996. Dikesan mula terbentuk daripada lekukan tropika di Laut China Selatan pada 24 Disember 2.00 petang (waktu Malaysia), ribut ini membadai Sabah pada 26 Disember, dengan korban 238 nyawa, manakala 102 orang lagi dilaporkan hilang.[1] Ribut ini juga mengakibatkan kemusnahan harta yang besar di negeri Sabah. Ribut telah melenyap pada 28 Disember di Laut Sulawesi. Bencana ini merupakan antara bencara yang terburuk dalam sejarah negara.

Sejarah ribut
Suatu kelompok awan terbentuk pada malam 20 Disember di Laut China Selatan, di tengah-tengah Vietnam dan berdekatan dengan kawasan laut di barat laut Sabah.[2] Gangguan tropika ini dilaporkan oleh JWTC dalam Nasihat Penting Cuaca Tropika pada 21 Disember jam 2.00 petang waktu Malaysia.[3] Pada 23 Disember, gangguan cuaca ini terus berkembang dengan proses perolakan yang berterusan.[3]

Pada 24 Disember jam 12.00 tengah hari, JTWC telah mengeluarkan Amaran Pembentukan Siklon Tropika apabila imej satelit tampak dan gelombang mikro menandakan susunan perolakan sistem ini bertambah padu.[3] Sistem cuaca ini diberikan status sebagai suatu lekukan tropika oleh JTWC pada 24 Disember jam 2.00 petang.
Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada 25 Disember jam 1.00 pagi mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang yang dijangkakan memberi kesan terhadap Labuan dan barat Sabah selama 24 jam.[4]
Pada jam 8.00 pagi, lekukan tropika ini mencapai status ribut tropika, apabila tindakbalas monsun barat laut menambah kelajuan anginnya.[2][3] Pada saat ini kelajuan angin Greg yang tertinggi dicatatkan iaitu 45 knot (23 ms-1; 83 km/j) dan kelajuan ini dikekalkan sehingga ribut tropika ini bertemu daratan di Sabah.[3] Awal pagi 26 Disember antara jam 3.00 hingga 4.00 pagi, ribut itu betul-betul melanda keseluruhan bahagian Kudat sebelum membadai Sandakan.[1]

Setelah itu, ribut memasuki Laut Sulu, dan agensi JTWC mula menurunkan status ribut itu menjadi lekukan tropika pada koordinat 6.05°U 118.80°T pada 26 Disember, jam 2.00 petang. Angin selaju 40 knot (75 km/j) direkodkan. Kelajuan angin bagi lekukan tropika ini kian lemah apabila merentasi perairan Laut Sulu dan memasuki kawasan Laut Sulawesi. Amaran cuaca terakhir dikeluarkan oleh JWTC pada 27 Disember jam 2.00 petang apabila struktur perolakan dalam ribut ini mula merosot.[3] Akhirnya pada 28 Disember, jam 2.00 petang, sistem cuaca itu kali terakhir dikesan pada koordinat 3.1°U 131.2°T, dengan kelajuan angin kira-kira 20 knot (37 km/j), sebelum dikesan telah lenyap di kawasan timur Laut Sulawesi.[5]

Dalam analisis terkemudian JWTC terhadap cerapan data satelit, agensi ini mendapati bahawa Lekukan Tropika 43W berkembang menjadi Ribut Tropika Greg pada 24 Disember jam 8.00 malam. Hal ini demikian kerana imej gelombang mikro daripada satelit Defense Meteorological Satellite Program (DMSP) pada 24 Disember jam 10.52 malam menunjukkan jalur perolakan padu yang tersusun mengiringi pusat peredaran aras rendah.[3]

Fenomena luar biasa 
Siklon tropika amat-amat jarang melanda Malaysia. Sebarang sistem siklon tropika di Laut China Selatan akan lazimnya bergerak menghala kawasan Indochina. Selain itu juga, pergerakan ribut ini dari 8°U 110°T ke 3°U 126°T yang berterusan juga sungguh luar biasa. Dalam pertimbangan JWTC, pengaruh putaran Taufan Fern yang besar, yang berada di timur Filipina, mempengaruhi pergerakan ribut ini [4][6] JTWC mengandaikan tindakbalas monsun timur laut menghalang pergerakan ribut ke arah barat serta angin baratan yang kuat di kawasan selatan ribut menyebabkan pergerakan yang sedemikian.[3]

Tindakan
Pada 26 Disember jam 5.30 pagi, apabila polis menerima laporan mengenai ribut ini dan menjumpai korban pertama, operasi mencari dan menyelamat dengan kekuatan kira-kira 300 orang daripada pelbagai badan dilancarkan.[7] Mereka termasuklah 24 orang ahli SMART dengan dilengkapi anjing pengesan, pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja, dan Tentera Udara Diraja Malaysia.[8][9]

Ketua Menteri Sabah pada waktu itu, Datuk Yong Teck Lee menggerakkan Jawatankuasa Bencana Alam Negeri. Manakala tindakan yang serupa bagi peringkat daerah di pantai barat diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Datu Khalil Datu Jamalul.[10][11]

Badan swasta juga menyalurkan bantuan, seperti Sabah Air yang menyumbangkan empat buah helikopter untuk operasi mencari dan menyelamat, manakala TV3 turut membantu dalam menyumbang dana tabung bantuan.[12]

Manakala badan sukarelawan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Keningau dan Kota Kinabalu memberi seliaan kepada tiga buah pusat pemindahan mangsa yang menempatkan sejumlah 1900 orang mangsa di Keningau, selain daripada menyedia dan menghantar bantuan makanan.[13]

Pada pagi 27 Disember, pasukan SMART dikerahkan ke Keningau bersama-sama 25 orang anggota polis tugas am, 60 anggota Pasukan Polis Hutan, 10 Pengakap Sempadan dan 109 anggota Tentera Darat Diraja Malaysia.[14]

Pada 30 Disember, kerajaan negeri Sabah dijadualkan untuk memulakan kerja-kerja pemulihan di sebelas daerah yang mengalami kesan akibat ribut ini.[15]

Bantuan antarabangsa juga diterima dengan Indonesia menghantarkan barang-barang bantuan. Manakala Jepun menyumbangkan geran wang bilateral sebanyak $AS100,000 dan barangan bantuan sejumlah $AS170,190 (nilai 1996).[16] Negara lain yang turut memberikan bantuan termasuklah Korea Selatan, Brunei, New Zealand, Filipina, Thailand, dan Amerika Syarikat.[17][18]

Pengumuman penghentian gerakan mencari dan menyelamat mangsa dibuat oleh Pembantu Menteri Perkhidmatan Sosial Sabah, Datuk Markus Majihi pada 17 Januari 1997 walaupun 102 orang mangsa yang dilaporkan hilang masih tidak ditemui.[1] Ahli Jawatankuasa Bencana Alam Negara, Datuk Mohamed bin Rahmat yang juga Menteri Penerangan Malaysia pula mengumumkan bahawa pengiraan mangsa hilang akan dilancarkan pada 23 Januari 1997. Proses ini dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Keningau dengan kerjasama polis dan tentera. Dalam masa yang sama, beliau menggesa supaya ketua masyarakat Indonesia dan Filipina turut bekerjasama dalam proses ini.[19]
Tabung bantuan juga dibuka oleh kerajaan negeri sehingga 28 Februari 1997. Sumbangan yang diterima selain daripada wang termasuklah bekalan makanan, pakaian dan alat permainan kanak-kanak.[17]

Pada 5 April 1997, akhbar Sabah Daily Express melaporkan jumlah sumbangan yang didermakan kepada Tabung Bantuan Bencana Ribut Tropika Greg sebanyak RM 6.2 juta termasuklah bantuan antarabangsa. Manakala peruntukan kerajaan negeri Sabah pula ialah sebanyak RM 9 juta.[20]

Impak
Statistik mangsa[21]
Daerah Mangsa Kediaman
rosak
Kematian
Kota Kinabalu 8,730 4,717 4
Tuaran 8,136 1,697 5
Papar 772 45 2
Penampang 324 40
Keningau 5,040 500 227
Sipitang 131 25
Tenom 3,500 26
Telupid 7
Beaufort 12,867
Jumlah 39,687 7,280 238
Akibat ribut ini, kerajaan negeri Sabah mengalami kerugian dianggarkan melebihi RM 130 juta.[1]. Banyak prasarana mengalami kemusnahan, sama ada bumbung bangunan dipuput angin atau terus ranap dihempap pokok atau tiang elektrik. Mangsa ribut juga dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang ditetapkan. Pada 28 Disember, amaran ancaman wabak taun dikeluarkan terhadap tujuh buah daerah. [20]

Di Kota Kinabalu, Tenom dan Sandakan sahaja, kerosakan jalan dan jambatan mencecah RM 21 juta, manakala kos untuk pembaikan dermaga dan pelabuhan ialah sebanyak RM 10 juta. Pemulihan bekalan air memerlukan kos kira-kira RM 6 juta, dan pembaikan landasan kereta api berkos RM 1 juta. [22] Jalan-jalan dinaiki air atau terputus disebabkan tanah runtuh atau jambatan dihanyutkan.

Petempatan berdekatan banjaran Crocker dihanyutkan arus deras daripada lereng akibat hujan lebat yang dibawa oleh ribut tropika ini. Kejadian ini diburukkan lagi dengan tiupan angin kencang yang berlaku serentak dengan hujan, pada dinihari 26 Disember. Mangsa-mangsa ribut yang sedang tidur dihanyutkan oleh arus banjir kilat ini.

Sekolah-sekolah juga mengalami kerosakan. Jabatan Pendidikan Sabah menganggarkan jumlah kemusnahan sebanyak RM 1.5 juta. Kemusnahan yang dilaporkan berupa bumbung tercabut ditiup ribut, dan kerosakan melibatkan dinding bangunan dan peralatan sekolah. Ini menimbulkan masalah kerana sesi persekolahan baharu bagi tahun 1997 bakal bermula pada 6 Januari 1997, kira-kira 11 hari selepas tarikh kejadian. Untuk mengatasi masalah kekurangan dan ketiadaan kelas, sekolah diadakan dalam dua sesi buat sementara waktu. [23]

Korban nyawa yang dicatatkan akibat ribut ini ialah seramai 238 orang (bilangan termasuk jumlah mangsa yang dilaporkan hilang). Walau bagaimanapun, hanya lima belas orang mangsa ialah warga tempatan manakala yang selebihnya ialah warga asing.[24]

Umumnya mangsa yang terselamat juga mengalami trauma apabila mana-mana ribut tropika atau taufan merentasi Filipina, bimbang tragedi seperti ini berulang lagi.

Bahagian Pantai Barat

Kota Kinabalu
Di ibu negeri Sabah ini, dilaporkan bahawa terdapat bumbung serta atap beratus-ratus buah rumah, pokok-pokok dan papan-papan iklan yang ranap diterbangkan angin. Sampah sarap berupa potongan beluti dan papan bertaburan merata-rata tempat.[10] Salah satu daripada lampu limpah Stadium Likas tumbang. Akibatnya, separuh daripada jalan berdekatan terhalang. Selain itu, bumbung stadium ini juga diterbangkan angin. [20]

Bangunan Yayasan Sabah terpaksa ditutup pada 26 Disember akibat kerosakan serius pada beberapa bahagian bangunan terbabit. Semua kakitangan Jabatan Ketua Menteri dan Yayasan Sabah yang berpejabat di situ diarahkan supaya bercuti ada hari itu. Struktur yang terjejas ialah tingkat bawah yang menempatkan pintu masuk ke lif. Hal ini disebabkan oleh bahagian silingnya hampir musnah serta sebahagian dinding cermin pecah dan tercabut.[25] Tingkat 7 yang menempatkan Jabatan Ketua Menteri dan tingkat 19 yang dijadikan pejabat-pejabat bagi yayasan tersebut, juga mengalami kerosakan apabila tingkap-tingkap di bahagian menara itu pecah. [20]

Di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, tiga tingkat bangunan yang mempunyai empat tingkat itu mengalami kerosakan teruk. Antara yang terjejas ialah dewan persidangan DUN. Di situ, tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan, Datuk Joseph Pairin Kitingan; ADUN Langkon, Dr Maximus Ongkili; ADUN Dilantik, Datuk Lawrence Gimbang dan Chong Ket Wah; serta ADUN Karamunting, Datuk Lau Pui Keong, mengalami kerosakan. Selain itu, dua tempat duduk Timbalan Speaker dan Setiausaha DUN juga terjejas. Barisan kerusi ADUN lain tidak terjejas kecuali bahagian Kabinet negeri. Kerosakan pada bahagian itu disebabkan oleh serpihan atap cermin jatuh dari jarak kira-kira lapan meter, serta beberapa dinding kaca berhampiran eskalator.[25]

Sekolah-sekolah di Kota Kinabalu juga binasa. Antaranya SK Pulau Sepangar, SK Gentiasan, SK Kebagu Menggatal, SK Rampayan Menggatal, SK Tobobon Menggatal, SK Karambunai Telipok, SK Melawa Telipok, SK Lapasan Telipok, SMK Menggatal, SMK Pulau Gaya, SMK Inanam, SMK Agama Inanam, SMK Likas dan SMK Perempuan Likas. [23] Atap bangunan Sekolah Kebangsaan Darau yang baru dibina pada tahun itu telah diterbangkan angin ribut. [26]

Daerah Tuaran 
Di daerah ini, sebanyak 35 buah kampung melaporkan kes kemusnahan.[23] Selain itu, perhubungan jalan raya antara Tuaran dan Kota Kinabalu juga terputus akibat pokok yang tumbang, di samping ketiadaan bekalan elektrik ke seluruh daerah kerana kabel yang terputus atau tiang elektrik yang tumbang. Ini mengakibatkan urusan kerajaan dan pihak swasta tidak dapat dijalankan. Bekalan air juga mengalami masalah.[27]

Lima belas buah sekolah rendah dilaporkan mengalami kerosakan, dan juga tiga buah surau, sebuah gereja dan dua buah penginapan resort juga mengalami kerosakan teruk.[23][28]

Di pekan Tamparuli, SK Saradan, SK Pekan Tamparuli, SK Rungus, SK Lingga Baru, SK Guakon dan SMK Pekan Tamparuli merupakan sekolah yang melaporkan kes kerosakan. [23]

Kampung Tanjung Aru
Stesen mencatat cuaca di sini mengalami kerosakan akibat banjir.[29]Manakala bot-bot nelayan di situ ada yang tenggelam, dan ada yang terdampar di darat.[11]

Pulau Gaya
Bumbung sebuah masjid di situ dilaporkan runtuh.[11] Semua blok bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya mengalami kerosakan teruk, malah sebuah blok SK Pulau Gaya runtuh dan tidak boleh digunakan sama-sekali. [23]

Kawasan perairan
Taman Tunku Abdul Rahman mengalami kerosakan di samping kemusnahan kawasan terumbu karang [30] di pulau Manukan, Sapi dan Sulug.[31] Da;am satu kertas kerja yang diterbitkan pada tahun 2005, terumbu karang di Pulau Baik juga dipostulasikan mengalami kerosakan akibat ribut ini.[32]

Bahagian Pedalaman

Keningau
Daerah Keningau merupakan daerah yang paling teruk terjejas akibat ribut ini akibat arus deras daripada arus banjaran Crocker yang menyebabkan Sungai Pampang yang cetek melimpahi tebingnya.[8][20] Siasatan mendapati arus deras ini mula menuruni cerun pada jam 3.00 pagi dan 4.00 pagi ketika penduduk sedang tidur. Kejadian ini juga berlaku sangat pantas, maka tidak banyak yang sempat menyelamatkan diri.

Kebanyakan mangsa yang ditemui dalam timbunan lumpur dan sampah merupakan keturunan Bugis dan Tanah Toraja (Tator) yang bekerja di kilang-kilang papan berhampiran.[33] Majoriti kaum Tator yang beragama Kristian pula baru sahaja menyambut Hari Krismas pada hari sebelumnya, iaitu 25 Disember. Penempatan mereka dibina di Kampung Baru dan Kampung Contoh, rata-ratanya dibina betul-betul di tebing sungai.[8]

Kampung-kampung yang terjejas akibat banjir di daerah ini ialah Kampung Pampang, Bulu Silou, Motou, Liawan Ulu, Bingkor Lama, Minonsod, Bangulad, Limbawan dan Bakiau. Selain itu, dua jambatan utama di Sungai Liawan dan Pegalan dihanyutkan arus deras. Ini menyebabkan perhubungan utama ke daerah itu terputus.[34] Jambatan di Sungai Bayayo yang runtuh menyebabkan hubungan Keningau dengan Kota Kinabalu terputus.[8] Memburukkan keadaan lagi apabila hubungan telekomunikasi yang tidak memuaskan menyukarkan penyaluran maklumat dengan pantas.[10]

Sipitang
Sederet gerai milik Majlis Daerah Sipitang di pesisir pantai Sipitang menjadi condong akibat dipukul ombak besar. Daerah ini juga terputus hubungan dengan daerah Beaufort akibat banjir di Kampung Pantai dan Kampung Sungai Baular. [35]

Beaufort
Tiga per empat Pekan Beaufort ditenggelami banjir sedalam setengah meter. Hanya kenderaan berat yang boleh merentasi pekan itu. Selain itu perkhidmatan kereta api ke Tenom juga dihentikan akibat banjir.[35]

Tambunan
Jalan raya yang merentasi bukit-bukit berdekatan Gunung Emas ditutup akibat tanah runtuh.[34]


Journal 2013 - # 494

Hi uols!! Salam kedamaian.. sayup2 di pagi yang hening ini, cuaca agak redup n sejuk ketika ini.. Mengimbau kembali setelah 27 tahun pemergian orang tersayang meninggalkan aku ketika berusia 2 tahun membuat aku teramat rindu pada arwah bapa aku. 25 Disember 1986 tarikh itu sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga. Walaupun ada teman2 n keluarga yg non-muslim menyambut hari natal mereka saban tahun aku dan emak aku akan mengingati tarikh ini. Apa2 pun pada teman2 n keluarga yg menyambut perayaan ini slmt hari natal..

Selain itu tarikh 25 Disember ini juga adalah tarikh yg begitu terpahat dalam minda aku iaitu peristiwa d tahun 1996 Ribut Greg! Ya Allah besar kuasa Mu memperlihatkan sume ini pada hamba Mu agar aku sentiasa mengingati diri-Mu n takut akan azab Mu. Mungkin manusia seperti aku ini adakalanya Alpa dengan tindak tanduk perbuatan.

Wahai Allah andainya ini yang ditakdirkan kpd kami umat manusia, ampunilah dosa2 kami, lindungilah kami dgn rahmati kasih sayang Mu, sesungguhnya hanya pada-Mu kami memohon kepada Mu kami berlindung serta pada Mu jua kami sembah.. Ya Rahman, Ya Rahim.. Amin..

Journal 2013 - # 493

Hi uols!! Salam kedamaian salam keamanan moga hari2 yg kita lalui ketika ini penuh bermakna dan
keberkatan. Bersyukur punya dampak besar bagi kehidupan manusia. Hal ini sering diajarkan oleh banyak orang, namun mungkin banyak juga yang melupakannya. Terlebih ketika didera oleh beratnya tekanan dalam hidup, mengucap syukur sering lalai dilakukan.

Sekalipun untuk hal-hal kecil, yang mungkin dianggap remeh atau sudah biasa dinikmati, bersyukurlah. Sebab itu akan berpengaruh besar dalam kehidupan anda.
Lalu bagaimana sebaiknya cara bersyukur dilakukan?

Bagi muslim, mengucap alhamdulillah adalah hal yang biasa dilakukan. Namun ucapan syukur tersebut akan kehilangan maknanya jika tak anda resapi. Lakukanlah dengan penuh ketulusan.
Berikut ini beberapa cara untuk bersyukur kepada Tuhan.
  1. Saat beribadah. Bagi yang beragama Islam, resapi bacaan alhamdulillahirobbil ‘alamin yang selalu dibaca setiap ketika sholat. Begitupun seusai sholat, dalam doa ucapkan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah dilimpahkannya. Atau juga dengan melakukan sujud syukur. Begitu juga untuk yang beragama lainnya, bisa melakukan peribadatan sesuai cara yang diajarkan. Intinya, biasakan untuk bersyukur tiap kita beribadah, dan resapi saat kita melakukannya.
  2. Ketika bangun di pagi hari. Saat anda bangun tidur, ucapkan syukur karena anda diberi kesempatan untuk melanjutkan hidup di hari ini dengan mengisinya dengan kegiatan yang bermanfaat. Anda diberi energi untuk ACTION dan berupaya mencapai yang anda cita-citakan.
  3. Berikan senyuman. Senyum merupakan sebuah bentuk ungkapan syukur atas segala nikmat yang telah diterima. Dan kita ikut menyebarkan energi positif ini pada orang lain agar bisa ikut merasakannya.
  4. Ucapan terimakasih. Mengucapkan terimakasih kepada orang lain juga cara simpel untuk mewujudkan rasa syukur kita. Berkat kehendak Tuhan yang dilakukan melalui orang tersebut, apa yang kita inginkan jadi terlaksana.
  5. Acara syukuran. Mengadakan acara syukuran merupakan bentuk perwujudan syukur ketika hajat yang diinginkan tercapai. Acara ini positif karena juga bisa menambah erat hubungan dengan sesama.
  6. Memberi hadiah. Memberikan hadiah pada seseorang juga bisa menjadi suatu ungkapan syukur kepada Tuhan.
  7. Lakukan kegiatan sosial. Mengadakan kegiatan sosial atau hal-hal yang kelihatannya sepele seperti membersihkan lingkungan, juga merupakan wujud syukur kita kepada Tuhan.
Bersyukurlah dalam setiap kesempatan, dalam situasi yang sulit sekalipun; niscaya anda akan dilimpahi keberkahan dan kebahagiaan.
 

Journal 2013 - # 492

Hi uols! Salam ilmu salam keamanan. Semakin hari semakin mencabar kehidupan kita di muka bumi Allah ini, mcm2 kita lalui setiap ari ada yg manis, ada yg pahit, ada yg suka ada yg berduka. Kita sbg manusia ni x pernah puas dgn apa yg kita miliki betul adakalanya mereka kata itu hak individu tersebut. Adakalanya kita slalu mengeluh! merungut! menyalahkan org lain! Sedangkan kita ketika ini diuji oleh Allah swt utk mengetahui adakah kita sbg hamba Nya tahu bersyukur dgn nikmat yg d beri oleh Nya dgn ujian dan dugaan yg diberi. Ikuti entri seterusnya:

Jangan Merungut Pada Dunia.. Tips atasi masalah diri/perhubungan

Perkara biasa yang sering menjadi lumrah dunia bagi orang sekeling adalah merungut bila kita ditimpa masalah. Bukan tak boleh merungut..tapi berpadah-padah la kan. Masalah dalam kehidupan memang sentiasa adalah yang kita sebagai manusia perlu bijak untuk menguruskan masalah kita supaya tidak menjadi lebih berat. Tuhan menurunkan dugaan untuk menjadikan kita  matang dan ingat kesilapan diri. Aku percaya pada karma. Walaupun ia kepercayaan Hindu, bagi aku, dalam Islam juga kita percaya bahawa kadangkala tuhan menurunkan sedikit musibah sebagai balasan terhadap dosa-dosa kecil.

1. Muhasabah diri
Muhasabah diri sangat penting setiap kali kita ditimpa masalah dan dugaan. Lihat di mana silap kita sehingga diturunkan musibah dan dengan cara itu kita lebih tenang untuk menghadapi cabaran tersebut.

2. Jangan Salahkan Orang lain
Perkara yang paling harus dielakkan adalah menyalahkan orang lain setiap kali masalah timbul. Cari kesilapan diri terutama dalam perhubungan antara manusia mahupun hubungan suami isteri. Jika kita berganduh sesama pasangan, elakkan mancari salah pasangan kerana ia akan mengeruhkan keadaan. Lihat diri kita, adakah kita sudah menjadi yang terbaik untuk si dia. Jangan asyik kata, dia tak bagus untuk kita.

3. Lihat masalah secara positif
Sebagai contoh, sekirannya kita tersepak batu dan kaki kita sakit, selain daripada mengerang, tak kan kita nak salahkan batu itu sedangkan kita yang menyepaknya. Daripada memarahi sekeliling, lebih baik kita ucapkan syukur kerana tuhan hanya bagi kita sakit dihujung jari dan mungkin berdarah sedikit sedangkan ada yang lain, diturunkan dugaan sehingga hilang sebelah kaki. Maknanya, bila kita memikirkan masalah orang lain lebih berat dari kita, kita akan lebih bersemangat untuk mengharungi kehidupan dengan pelbagai dugaan. Bila datangnya dugaan, ucapkan alhamdullilah.

4. Jangan samakan masalah kita dengan orang lain
Kita juga jangan menyamakan masalah individu lain dengan diri kita. Sebagai contoh, aku ada rakan yang bergaduh bersama suaminya dan meminta nasihat daripada seorang lagi rakan yang baru sahaja bercerai ekoran suami yang kaki perempuan. Dia meletakkan masalah dirinya menyamai individu kedua ini yang aku rasa masalah mereka jauh panggang daripada api. Bila kita meletakkan masalah diri kita terlalu berat, maka semakin sukar kita mencari jalan penyelesaian.

5. Jadi pendengar yang baik

Kita cuba mendengar masalah orang lain. Dengan cara ini kita boleh lebih memahami masalah duniawi dan menjadi lebih matang untuk menghadapi segala kemungkinan.

6. Jangan lepas tangan.
Bila kita ada masalah..kita perlu cuba selesaikan masalah dan jangan mengambil konklusi terlalu awal. Jika masalah berhubungan perhubungan suami isteri, jangan terlalu awal untuk mengambil keputusan untuk bercerai..cari jalan penyelesaian. Jangan putus asa kerana pasangan kita adalah milik dan hak kita. Namun jika penceraian adalah jalan yang terbaik, kita harus redha.

7. Belajar untuk memaafkan.
Kita perlu belajar memaafkan individu lain terutama pasangan kita. Kita perlu ingat semua pasangan menghadapi masalah yang sama cuma membezakan bagaimana kita menghadapinya. Jika kita rasa pasangan kita tidak sesuai atau tidak cukup bagus, perlu ingat bahawa kita dipasangkan oleh tuhan ada sebabnya.. Mungkin kita hanya layak untuk dapat pasangan yang begitu. Oleh itu, berbalik kepada tip 1 iaitu Muhasabah Diri.

8. Perbaiki diri.
Bila kita sudah meneliti sedalamnya mengenai diri sendiri dan menjumpai kekurangan diri yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah anda, cuba perbaiki diri. Sebagai contoh, sekiranya anda menjadi punca kepada pergaduhan suami isteri kerana anda seorang yang suka menurungut, memaki atau mencari masalah, cuba kurangkan dan ikut kehendak pasangan kita. Sekiranya pasangan kita menyukai suami/isteri yang suka berhias, tidak salah untuk kita mengubah cara dan diri demi menambat kembali hati pasangan.

9. Dekatkan diri dengan tuhan
Tiada cara yang terbaik untuk mencari ketenangan melainkan mendekatkan diri dengan tuhan. Berdoa untuk kesejahteraan adalah digalakkan. Doa disertakan usaha..insyaallah.

10. Buka minda
Yang terakhir..bukalah minda dan cuba mendengar nasihat daripada mereka yang terdekat. Kekadang nasihat rakan-rakan sangat lah berguna. Namun, harus berhati-hati, kerana nasihat rakan2 juga kita akan mencedurng melakukan kesilapan terbesar dalam hidup kita.

Journal 2013 - # 491

Hi uols!! Salam keamanan salam kedamaian.. Entri kali ini aku nk share pasal 'Keajaiban Azan', boleh dikatakan seluruh dunia akan melaungkan Azan pada setiap waktu daripada subuh hingga ke isyak.

Ketahui 5 Keajaiban Azan


Adzan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap Maha yang Maha Kuasa dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad saw. Azan juga merupakan panggilan shalat kepada umat Islam, yang terus bergema di seluruh dunia lima kali setiap hari. Betapa mengagumkan suara azan itu, dan bagi umat Islam di seluruh dunia, adzan merupakan sebuah fakta yang telah mapan. Di negara kita sendiri misalnya, sebagai sebuah negara terdiri daripada jutaan penduduk muslim di dunia.

Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)

1. Pemersatu Umat Islam
Azan menemukan momentum sebagai penyeru dengan “kekuatan supranatural” yang sangat dahsyat. Ketika azan berkumandang, kaum muslimin bergegas meninggalkan seluruh aktivtti duniawi dan bersegera menuju masjid untuk menunaikan solat berjamaah. Dalam konteks ini, azan adalah pemersatu umat. Mercu kesedaran psiko-agama mereka bergetaran, berhubung pada masa yang sama, dan dengan kesedaran keseluruhan seorang hamba (hamba) daripada lutut mereka, berdoa kesyahduan digabungkan di dalam jemaah.

Dalam islam itu banyak mahzab dan disetiap mahzab itu pasti berbeza pula pandangan cara mengerjakan solat/bacaanya. Apalagi pemeluk agama islam jumlahnya sangat banyak 1/4 dari jumlah populasi didunia. Dengan umat yang memiliki bahasa berbeza. Namun tak ada perbezaan dalam mengumandangkan azan.

2. Sejarah
Pada saat itu, Rasulullah Saw. kebingungan untuk menyampaikan saat waktu solat tiba kepada
seluruh umatnya. Maka dicarilah berbagai cara. Ada yang mengusulkan untuk mengibarkan bendera pas waktu solat itu tiba, ada yang usul untuk menyalakan api di atas bukit, meniup terompet, dan bahkan membunyikan lonceng. Tetapi semuanya dianggap kurang sesuai.

Adalah Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaid kepada Rasulullah Saw. Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Ia langsung keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: ”Demi Tuhan Yang mengutusmu dengan Hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi). Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.” yang kemudian Rasulullah menyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat.
azan PERTAMA di kumandangkan Oleh bilal bin raabah.

3. Azan Di Perstiwa Penting:
Azan Digunakan islam untuk memanggil Umat untuk Melaksanakan solat. Selain itu azan juga dikumandangkan disaat-saat Penting. Ketika lahirnya seorang Bayi, ketika Meninggal Dunia, ketika Peristiwa besar. Peristiwa besar yang dimaksud adala: 
  • Fathu Makah : Pembebasan Mekah merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630 tepatnya pada tanggal 10 Ramadan 8H, dimana Muhammad beserta 10,000 pasukan bergerak dari Madinah menuju Mekah, dan kemudian menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Ka’bah. Lalu Bilal Mengumandangkan Azan Diatas Ka’bah .
  • Perebutan kekuasaan Konstatinopel : Konstantinopel jatuh ke tangan pasukan Uthmania, mengakhiri Kekaisaran Romawi Timur. Lalu beberapa perajurit Uthmania masuk kedalam Ramapsan terbesar Mereka Sofia, lalu mengumandangkan azan disana sebagai tanda kemenagan meraka.

4. Berbilion-bilion bahkan tak terkira sejak pertama kali Dikumandangkan:
Sejak pertama kali sampai saat ini mungkin sudah sekitar 1500 tahun lebih azan dikumandangkan. tarola tiap tahun 356 jadi kira2 gni >> 1500 X 356 = 534000 dan kalikan kembali dengan jumlah umat islam yang terus bertambah tiap tahunya. kita hitung saja. umat islam saat ini sekitar 2 bilion orang dengan persentase 2 bilion umat dengan 2 juta muadzin saja. 
534000 x 2000.000 = 1 068 000 000 000 dikalikan 5 = 5 340 000 000 000
subhanallah..mungkin malah lebih dari ini..

5. Tak Pernah Berhenti Berkumandang
Proses itu terus berlangsung dan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan waktu antara timur dan barat pulau-pulau di Indonesia adalah satu jam. Oleh kerana itu, satu jam setelah azan selesai di Sulawesi, maka azan segera bergema di Jakarta, disusul pula sumatra. Dan azan belum berakhir di Indonesia, maka ia sudah dimulai di Malaysia. Burma adalah di baris berikutnya, dan dalam waktu beberapa jam dari Jakarta, maka adzan mencapai Dacca, ibukota Bangladesh. Dan begitu azan berakhir di Bangladesh, maka ia ia telah dikumandangkan di barat India, dari Kalkuta ke Srinagar. Kemudian terus menuju Bombay dan seluruh kawasan India.

Srinagar dan Sialkot (sebuah kota di Pakistan utara) memiliki waktu azan yang sama. Perbezaan waktu antara Sialkot, Kota, Karachi dan Gowadar (kota di Baluchistan, sebuah provinsi di Pakistan) adalah empat puluh minit, dan dalam waktu ini, (Dawn) azan Fajar telah terdengar di Pakistan. Sebelum berakhir di sana, ia telah dimulai di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Adan kembali terdengar selama satu jam di wilayah Hijaz al-Muqaddas (Makkah dan Madinah), Yaman, Uni Emirat Arab, Kuwait dan Irak.

Perbezaan waktu antara Bagdad dan Iskandariyah di Mesir adalah satu jam. Azan terus bergema di Siria, Mesir, Somalia dan Sudan selama jam tersebut. Iskandariyah dan Istanbul terletak di bujur geografi yang sama. Perbezaan waktu antara timur dan barat Turki adalah satu setengah jam, dan pada saat ini seruan shalat dikumandangkan.

Iskandariyah dan Tripoli (ibukota Libya) terletak di lokasi waktu yang sama. Proses panggilan Azan sehingga terus berlangsung melalui seluruh kawasan Afrika. Oleh kerana itu, kumandang keesaan Allah dan kenabian Muhammad saw yang dimulai dari bahagian timur pulau Indonesia itu tiba di pantai timur Samudera Atlantik setelah sembilan setengah jam.

Sebelum Azan mencapai pantai Atlantik, kumandang azan Zohor telah dimulai di kawasan timur Indonesia, dan sebelum mencapai Dacca, azan Asar telah dimulai. Dan begitu azan mencapai Jakarta setelah kira-kira satu setengah jam kemudian, maka waktu Maghrib menyusul. Dan tidak lama setelah waktu Maghrib mencapai Sumatera, maka waktu azan Isyak telah dimulai di Sulawesi! Bila Muadzin di Indonesia mengumandangkan azan, maka muadzin di Afrika mengumandangkan azan untuk Isyak.

Amazing azan discovery


Journal 2013 - # 490

Hi uols!! Salam keamanan salam taqwah!! Wah arini dah ari khamis cepat benar masa berlalukan x lama lagi nk masuk tahun baru, apa azam kali ni? da tercapaikan azam tahun ni? klau da alhamdulillah mudah-mudahan sume nya positif yg x tercapai tu cuba lagi okey!! Entri aku kali ni nk masih lagi berkisarkan Kota Suci Mekah bagi umat islam. Klau entri sblom ni aku share pasal Ka'bah Pusat Bumi. Jom baca entri aku kali ni berkaitan dengan "Rahsia Ka'bah Mekkah Yang Disembunyikan Oleh Sebahagian Media Barat"

Ka'bah, rumah Allah dimana keseluruhan umat Islam rindu untuk berkunjung dan menjadi tamu Allah swt. Qiblatnya (arah) umat Islam dalam melaksanakan solat, dari manapun semua ibadah solat menghadap ke qiblat ini.
Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia
(QS. Al-Ma’idah: 97) 
Istilah Ka'bah adalah bahasa Al-Quran dari kata "ka'bu" yg berarti "mata kaki" atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. QS al-Ma'idah 5:6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dengan "Ka'bain" yg berarti 'dua mata kaki' dan ayat QS al-Ma'idah 5:95-96 mengandung istilah 'ka'bah' yang artinya nyata "mata bumi" atau "sumbu bumi" atau kutub putaran utara bumi.

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, "Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?."

 1
Makkah Pusat Bumi
Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahwa Makah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah qiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis pada peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan seksama posisi ketujuh benua terhadap Makah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan paksi garis bujur dan garis lintang.


Setelah dua tahun dlm kajian yang sulit dan berat itu, beliau dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, serta banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahwa Makah merupakan pusat bumi. Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada waktu yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos1978).


Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan. Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa plat bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar play Arab. plat-plat ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makah.


Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahawa Makah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sain di Barat.


Allah Azza wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran al-Karim sebagai berikut:

'Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..' (QS asy-Syura 26: 7)

Kata 'Ummul Qura' bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai arti yang penting di dalam kultur Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata 'ibu' memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.\


Makah atau Greenwich ?

Berdasarkan pertimbangan yang seksama bahawa Makah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahwa Kota Suci Makah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang dimulai empat dekade yang lalu.


Ada banyak hujah ilmiah untuk membuktikan bahawa Makah merupakan wilayah nol bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Inggris. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negara di dunia berada di bawah jajahan Inggris. Jika waktu Makah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat. Greenwich di UK adalah tempat asal Greenwich Mean Time (GMT) sejak tahun 1884. GMT kadang disebut Greenwich Meridian Time karena diukur dari garis Greenwich Meridian Line di Institut Observatoru (the Royal Observatory) di Greenwich. Greenwich adalah penanda aras zon-zon waktu dunia yang masa ini masih digunakan. Ditambahkan lagi daripada Imam Ja’far bersabda: Ka’bah diberi nama Ka’bah kerana ia adalah pusat dunia. Wahai umat islam seharusnya penghitungan waktu kita, bukan dari greenwich, tapi dari ka’bah.
 
Bayangkan jika titik nol nya bukan dari greenwich tapi dari ka’bah,?!! Jelas penghitungan waktu kita tidak seperti sekarang. lebih dalam lagi, persoalan solat jumaat. jika hari ini kita solat jumaat di Malaysia sementara di Arab saudi masih hari kahmis dalam hitungan GMT, padahal kita dilarang mendahului Imam. maka harusnya mulai sekarang kita sholat jumatnya hari sabtu dalam hitungan GMT.
GMT merupakan perhitungan waktu yang digagas oleh para penjajah/neo imperialis pada zaman dahulu, apabila sudah tidak sesuai dan ditemukan fakta-fakta baru harusnya kita berubah ke arah yang benar.  Seperti halnya Teori Evolusi yang sudah sangat banyak dibantah para ahli kebenaranya.  Tetapi hal yang sulit untuk kita sebagai manusia adalah mengakui kebenaran dan merubah ke arah yang benar.... 



Makah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit


1


Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, 
'Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.'(QS ar-Rahman 55:33)
 

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata 'qutr' yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Dari ayat ini dan dari beberapa hadits dapat difahami bahawa diameter lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh plat bumi). Jika Makah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Makah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit. Selain itu ada hadits yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makah, tempat Ka'bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan pembentuk bumi).

Journal 2013 - # 489

Hi uols!! Salam ilmu salam keimanan.. Hujung-hujung tahu mcm ni mesti ramai yg bercuti x kira ke mana saja uols pergi kan, well hari2 aku spt biasa menghabiskan sisa2 tahun 2013 utk melangkah ke arah 2014, InsyaAllah. Entri aku kali ini berkaitan dgn Pandu Arah Qiblat umat Islam iaitu Ka'bah yang terletak di Mekah Al-Mukarahmah. Tahukah anda bahawa Ka'bah adalah pusat dari planet Bumi? MasyaAllah, Subanallah, Allahuakhbar!!

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah  pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?”

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ditutup yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil photo planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda :
"Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam"

Journal 2013 - # 488


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un, Al-Fatihah..
Hi uols!! Kali ni double entri utk arini, apa pun aku nk share berita sedih bahawa Seniwati Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 7.29 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor (PPUM). Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009. Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Urusan pengebumian akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Journal 2013 - # 487

Hi uols!! Salam ilmu salam taqwa utk uols!! arini ada kelapangan untuk update weblog aku kali ni, nmpk gayanya semakin hari semakin kita d penghujung tahun 2013, apa pun biarlah jari jemari aku ni terus menaip utk sebarang info kpd mereka2 yg sudi membaca weblog ini.

Baru-baru ni aku dihujani beberapa soalan sedemikian oleh sorg teman non-muslim melalui inbox #facebook antara soalannya adalah:

"Knapa org islam x boleh atau haram utk makan 'kerbau pendek' a.k.a khinzir? "
"Knapa org islam sembayang sembah Ka'bah?"
"knapa org non-muslim x boleh masuk masjid/surau?"


Wow!! 3 soalan yg nmpk remeh tp serius utk menjawab soalan2 sedemikian. Agak lama aku x membalas mesej tersebut, anggapan aku biar dia fikir aku busy dgn urusan seharian atau x sempat utk bukan inbox FB aku, sebenarnya aku sengaja memberi ruang utk diri aku untuk memperkukuhkan ilmu dan memperbanyakkan membaca serta bertanya pada mereka2 yg lebih arif akan hal ini.  Soalan sebegini bukanlah hal yg remeh tapi berat apatah lagi utk menjawab kpd mereka yg ingin tahu tentang Islam.

Knapa org islam x boleh makan 'kerbau pendek' a.k.a khinzir?

Cuba bagitau aku dlm dunia ni, agama mana yg MEMBENARKAN pengikutnya drpd memakan hasil daging haiwan yg kita panggil 'kerbau pendek' a.k.a khinzir ni? Tahukah kamu bahawa sebenarnya TIADA mana-mana agama di muka bumi ini yang mengatakan makanan drpd sumber Khinzir itu boleh dimakan sama sekali. Well aku percaya kamu sudah tahu Muslim tidak memakan daging tersebut dan sebabnya. Tahukah kamu bahawa dalam agama kristian spt yg tercatat dikitab "Holy Bible" dlm Deutronomy, Leviticus n Isaiah secara terang melarang org kristian drpd mengambil makanan drpd sumber tersebut. Dalam Hindu sendiri pun kalau diperhalusi memakan makanan drpd sumber khinzir itu sepatutnya tidak boleh. 

Maaflah aku bukan nak tunjuk pandai tp sememangnya dalam kitab-kitab Veda. Malahan dalam manuskrip Manu sekalipun memang tiada perkataan khusus atau secara terang mencatatkan perkataan khinzir ini dilarang dari dimakan oleh pengikut Veda. Tapi, dalam Veda banyak disebut... 'Jangan' memakan makanan yang merosakkan diri...'Jangan' makan makanan yang boleh membinasakan tubuh badan...'Jangan' ambil haiwan eksotik atau buas atau liar. Malahan, umum tahu sifat khinzir yang pengotor dan buas (aku maksudkan nafsu seks khinzir ni terlampau buas dan tak kira tempat). Dalam Hindu juga kalau aku tak silap, mana-mana binatang yang tak senonohnya jangan dimakan kerana dikhuatiri akan mempengaruhi sifat dan perilaku kita nanti akan jadi macam binatang tu juga selepas kita makan.

Bagi agama Jainism n Buddha pula, kedua-dua agama ni melarang membunuh sebarang makhluk bernyawa (living being). Jadi, kedua-duanya secara automatik melarang penganutnya memakan binatang apa pun. Dengan kata lain, mereka makan sumber yang berasaskan tumbuhan (vegetarian). 

Agama Islam melarang pengikutnya dari makan makanan dari sumber khinzir bukan kerana mengikut ajaran agama lain. Tetapi, perintah larangan dari makan daging khinzir ini kerana sebagai Muslim, kebersihan itu bukan hanya dari pandangan mata semata. Namun, makanan yang akan kami kunyah dan telan masuk ke dalam perut juga perlu dijaga demi memastikan dalaman tubuh badan dan akal jasmani menjadi sihat.  Bila badan sihat, akal sihat baru kita cergas dan cerdas untuk menjalankan kerja harian.

Knapa org islam sembayang sembah Ka'bah?



Sebenarnya umat islam tak menyembah ka'bah. Ka’bah sendiri bererti kubus persegi empat yang dalamnya kosong, tidak ada apa-apanya. Adapun Hajar Aswad ada ditepi luar ka’bah, bukan di tengah-tengah ka’bah. Kemudian fungsi Ka’bah hanyalah sebagai arah hadap, kerana Qiblat ertinya arah hadap.

Dapat dibayangkan andaikata umat Islam tidak punya arah qiblat, maka bagaimana solat berjemaah mereka? Imamnya ingin ke utara, makmumnya mungkin ada yang ingin ke selatan, ada yang ingin ke barat, x haru biru solat berjemaah bukan. Supaya orang Islam berada di dalam satu kesatuan dengan persatuan yang kuat ketika mereka menyembah Allah ta’ala, maka Allah ta’ala menetapkan arah qiblat. Dan ini bukan bererti orang Islam menyembah Ka’bah. Walaupun mereka menghadap ka’bah tetapi ini bukan bererti orang Islam menyembah ka’bah. Kenapa? Kerana orang Islam hanya menjadikan ka’bah sebagai penanda arah. Kerana yang namanya penanda arah tidak akan sempurna kalau tidak terlihat. Maka dibangunlah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ka’bah sebagai penanda arah supaya orang melihat: "Oh ke arah sana, ke arah ka’bah", hendaknya kaum muslimin seluruh dunia menyatukan arah. Kerana tidak mungkin mereka solat menghadap ke atas, kerana Allah ada di atas langit. Tidak mungkin! Maka kaum muslimin diperintahkan menghadap ke arah yang sama dengan satu arah yang sama, iaitu ka’bah.

Knapa org non-muslim x boleh masuk masjid/surau?

Terdapat dalil dan pendapat ulamak tentang masalah non-muslim masuk masjid. Pendapat
As-Syafi’iyaah mengatakan bahawa: “Sesungguhnya diharuskan bagi kuffar (non-muslim) masuk masjid dengan kebenaran orang Islam kecuali Masjid al-Haram dan setiap masjid di Tanah Haram.”

“Adalah ditegaskan yang Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslim. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.”

Dari pandangan di atas, mengatakan bahawa orang non-muslim tidak boleh menjejak kaki atau masuk ke dalam Masjid Al-Haram dan masjid-masjid lain yang terdapat di tanah haram Mekah dan Madinah. Firman Allah swt yang bermaksud: “(Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.)”(At-Taubah : 28)

Mengikut pandangan dari Ulamak Syafi’i mengatakan bahawa orang non-muslim tidak dibenarkan masuk Masjid Al-Haram dan masjid-masjid sekitar tanah haram. Selain dari masjid-masjid tanah haram dibolehkan masuk dengan keizinan orang Islam. Ini bertujuan untuk mendekatkan non muslim terhadap keindahan Islam dan membenarkan mereka melihat segala aktiviti ibadah yang terdapat dalam masjid tersebut. Ini bertepatan dengan Pandangan Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’ mengatakan bahawa :

“Dibenarkan jika ia menepati matlamat Syariah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid untuk mendengar sesuatu yang mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah cara Nabi Muhammad dengan mengikat tawanan Baginda Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini. Mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Nabi Muhammad untuk melihat orang solat dan membaca Al-Quran, dan sebagainya." 

Sebagai tanda menghormati rumah Allah, maka orang non-muslim mestilah menutup auratnya seperti orang muslim, kerana ini tanda penghormatan mereka kepada umat Islam. Hal ini juga telah dipraktikkan di masjid Putrajaya, Masjid Negara dan lain-lain yang membenarkan pelancong non muslim masuk masjid dengan memakai jubah dan tudung khas yang disediakan kepada mereka yang ingin memasuki masjid tersebut. Di sini juga secara tidak langsung proses dakwah itu berlaku kepada mereka dengan memperlihatkan mereka tentang keindahan seni bina Islam, melihat info-info Islam dalam masjid dan melihat segala aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam masjid. 

lebih kurang begitulah jawapan yg aku beri pada teman tersebut, moga dia dpt pencerahan memahami dgn jawapan yg di beri drpd soalan yg di beri. So pada uols klau ada kawan2 yg x tahu atau bertanya berilah jawapan yg sewajarnya. Wallah wa'alam..