Journal 2009 ~ #65

Ada sesuatu yang bermain dalam fikiran aku ketika ini.. sejak kebelakangan ini fikiran ku asyik terganggu dengan kisah-kisah silam aku, tambahan pula bila melibatkan orang-orang yang aku sayangi menjadi beban di benak fikiran ini. Namun aku berusaha untuk melupakan cerita duka yang terlalu banyak menyakiti hati ini kerana aku ingin memulakan sesuatu yang baru dalam hidup ini dan aku ingin menjadikan kehidupan ini lebih indah walaupun aku tahu pasti aku akan melalui hari-hari yang mencabar tapi kali ini biarlah berakhir dengan keindahan dan kebahagiaan yang ku cari selama ini.
Pada 'si dia' maaf kiranya mood minggu ni acu tak acu sahaja pada dirimu, bukan niat untuk melukakan hatimu tapi aku terlalu emosional minggu kebelakangan ini terlalu sukar untuk aku berhadapan dengan situasi sebegini. Pelbagai persoalan yang bermain dan tidak kurang juga dari teman-teman yang rapat. Tapi ku sedar seharusnya padamu ku lebihkan perhatian bukan dengan masalah lampau ku ini.

Buat teman-teman maaf kerana aku terpaksa membuat keputusan berdiam diri dan menjauhkan diri dari kalian semua kerana ku sedar aku kini bukan lagi seorang yang lebih layak bergelar teman atau sahabat, terlalu banyak penipuan dan pengkhianatan yang berlaku dalam hidup ini. Aku terlalu daif untuk melawan semua itu kerana aku sendiri tertipu dengan soal perasaan dan juga hati budi masing-masing.

Buatmu insan yang sebelum ini ku kenali seorang yang amat ku kagum terima kasih kerana melukakan hati ini dan meragut segala kegembiraan serta kebahagiaan yang ku miliki sebelum ini, terima kasih kerana mengajar aku erti kebencian dalam hidup ini, terima kasih kerana memberi aku satu pengajaran hidup untuk tidak mempercayai insan sepertimu lagi yang terlalu banyak hipokarsi dalam kehidupan ini. Jika inilah takdir kehidupan aku yang ditentukan oleh-NYA aku terima dengan pasrah kerana ku tahu pasti akan ada lebih baik dihadapan bakal ku temui.

Syukur kerana kini aku cuba menjalani kehidupan normal aku walaupun kekadang terasa perit melupakan kisah silam ini, tapi berkat doa, kesabaran dan sokongan dari 'si dia' serta teman-teman aku bangkit dari hidup kesedihan.

"Allaahumma antas salaam, waminkas salaam, wa-ilaika ya-'uudus salaam, fahayyinaa rabbanaa bissalaam, wadkhilnal jannata daarassalam, tabaarakta rabbanaa wata-'aalaita yaazal jalaali walikraam."

No comments: