Journal 2009 ~ #59

Dengan aluanan lagu dan irama yang memecah suasana dalam hidupku..Yang menjadikan ia sebagai sebuah penghibur dan pengubat di dalam suka duka sesebauh kehidupan..
Bilaku renungkan setiap penjuru hidupku banyak perkara yang sentiasa bermain di dalam perasaanku.

Adakalanya aku tersenyum sendiri, terasa pilu, terasa terharu, dan terasa hidup ini mula dihargai. Terima kasih sekiranya ada juga orang yang masih mengingatiku dan menghargaiku di dalam kehidupannya.

Dengan setiap kenangan yang aku lalui, sedar tidak sedar ia telah membentuk diri menjadi seperti orang lain yang pada mulanya tidak selesa, yang akhirnya diri ni mula lenyap dengan sendirinya sehingga aku lupa siapakah diriku yang sebenar. adakah ini aku?

Dan sekarang aku mula mengerti, walaupun ianya bukan diriku yang sebenar tetapi aku lebih selesa dengan kehidupan begini. Adakah ianya palsu? tapi masalahnya aku serasi dengannya.

Dalam situasi ini barulah aku mula sedar tentang hati dan perasaanku yang selama ini seolah-olah telah lama mati tetapi dihidupkan semula dengan corak dan warna kehidupan sekelilingku yang pada mulanya aku sendiri pun tidak mengerti.

Bila hati ini mula bergetar, tanpaku sedar ianya telah menjadi sebuah buku yang memcorak cerita di dinding hatiku yang menjadikan aku lebih memendam rasa yang membuatkan aku terlupa siapakah aku yang sebenarnya.

Kini aku cuba sebaik-baiknya menyimpan buku itu berada jauh di dalam pelusuk hatiku yang tiada siapa pun akan tahu apakah yang telah tertulis di dalam buku tersebut.

Biarlah buku itu memakan diriku sendiri. Aku tetap cuba membiasakan diri dengannya kerna ia adalah diari hidupku.

Kini aku cuba menyelesakan diriku sebagai seorang insan yang menyimpannya sebagai kenangan dan menjadikan ia sebagai berahsia hidupku..Yang kini aku mula selesa menjadi seorang yang suka berahsia.

No comments: