Jangan Memanggil Dengan Panggilan Yang Buruk
Assalamualaikum! Hi uols! Menjadi kebiasaan bagi orang yang
ingkar memanggil orang lain dengan panggilan yang buruk. Maksud
sebenarnya dari kebiasaan itu tidak lain adalah untuk merendahkan orang
lain dan membuktikan kehebatan dirinya sendiri. Panggilan buruk tersebut
bisa diambil dari kekurangan fizikal ataupun kesalahan di masa lampau.
Orang-orang yang ingkar tidak akan melupakan kesalahan orang lain meskipun ia sudah bertaubat.
Akan tetapi, orang beriman berbeza dari mereka. Mereka selalu memaafkan dan menjaga persaudaraan di antara mereka. Itulah sebabnya, mereka tidak berbuat seperti itu. Lagi pula Allah telah memerintahkan,… Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk…. (al-Hujuraat: 11)
Akan tetapi, orang beriman berbeza dari mereka. Mereka selalu memaafkan dan menjaga persaudaraan di antara mereka. Itulah sebabnya, mereka tidak berbuat seperti itu. Lagi pula Allah telah memerintahkan,… Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk…. (al-Hujuraat: 11)
Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang mukmin, antaranya firman Allah swt bermaksud: ”
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan
merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu
puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu
lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan
keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil
memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah
buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa
yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah
orang-orang yang zalim “
Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta'ala menjelaskan kepada orang mukmin.
Pertama: Allah subhanahua ta”ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya.
Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda,” Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya”
Kedua: Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta'ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman yang bermaksudnya: "Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji" Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam" Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.
Ketiga: Allah ta”ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud: "Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya." Firman Allah lagi yang bermaksud: "Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah"
Allah ta'ala melarang umat Islam
daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah
antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi
sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan
Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk.
Jika kita masih meneruskannya nescaya
mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka
jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat "Dan
sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara
tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri
mereka sendiri iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka
jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."
Allah swt anugerahkan akal dan otak untuk berfikir, jika kita panggil manusia lain dengan gelaran seperti binatang maka kita pun sama mcm binatang! So berhati-hati!!
No comments:
Post a Comment