Journal 2015 - # 900

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Berkualitikah Ramadhan kita kali ini??

Assalamualaikum! Hi uols! Alhamdulillah hari ni da masuk 8 Ramadhan 1436H, mari kita double check sepanjang 8 hari kita berpuasa dan berada di bulan Ramadhan ni apa yang kita dapat manfaatkan daripada Ramadhan tahun. Berkualiti ataupun tidak?? Masih belum terlewat untuk kita semak dan perbaiki apa yang kurang lagi untuk Ramadhan kali ini.


Mungkin ini juga Ramadhan yg terakhir kita.. Hanya Allah yang tahu. Dalam usaha kita memastikan amalan ibadat sepanjang Ramadhan berkualiti, marilah sama2 kita sandarkan amalan kita kepada nas-nas yang sahih, tanpa lagi dikongkong oleh hadis yang para ulama sendiri tidak tahu daripada mana asalnya.

Kita lihat satu hadis yg kononnya diriwatkan oleh Sayyidina Ali;

Di riwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah saw telah bersabda berkenaan dengan fadhilat solat tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma’mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam Kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke tiga puluh….
Sejak kecil lagi aku telah terdedah dengan perkara ini, bila tiba sahaja bulan Ramadhan, risalah tentang fadhilat solat terawih akan diedarkan secara meluasnya di sekolah. Hasilnya, setiap malam, saya akan check dulu fadhilat solat terawih pada malam tersebut, jika sesuai dengan kehendak aku, maka solat terawihlah saya pd malam tersebut. Betapa jahilnya aku pada waktu itu.

Berbalik pada hadis tadi, setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air tentang kedudukan hadis ini daripada manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu’aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu’(palsu) pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini

Memang tak dinafikan, hadis-hadis ini dihasilkan dengan harapan masyarakat akan lebih beribadat pada Ramadhan yg mulia ini. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, ibadat yang tanpa nas yang sahih adalah tertolak. Sanggupkah kita berdusta di atas nama Rasulullah saw semata-mata mahu mengubah sikap masyarakat yg malas beribadat???

Rasulullah saw telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya:-
“ Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka” (Riwayat Bukhari, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan ke atas Nabi s.a.w. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis sahih contohnya hadis yang bermaksud:
Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Ikhlaskan niat, yakinlah dengan janji-janji Allah dengan kemuliaan dan keberkatan Ramadhan. Sampaikan apa yang kita baca dan tahu ini kepada sahabat-sahabat, ahli keluarga dan masyarakat. Ini tnggungjawab kita. Moga Ramadhan kali ini kita lalui dgn berkat dan medapat keredhaan daripada Allah swt.

No comments: