Journal 2011 ~ #221

Hari ni aku nak sembang pasal industri seni di M'sia, mungkin entri ini telah aku shared kan pada teman-teman blog sebelum ini, namun atas kesedaran dan isu ini tak pernah lapuk aku ambil keputusan untuk sekali lagi utk menulis entri ini untuk dikongsikan bersama-sama. Semalam aku melewati FB aku seperti biasa aku akan post pd setiap wall kawan-kawan yang ada. Tiba-tiba aku terlihat post di wall Norazlan Abdul Aziz a.k.a Lann AtoZ "Kalau ANDA claim anda termasuk dalam kategori ORANG-ORANG SENI, agaknya apa yang ANDA buat untuk INDUSTRI SENI?? Setakat jadi PENGKRITIK TAK BERTAULIAH?? Itu bukan membina seni, itu MEROBOH seni namanya .. Peace!!". Sejenak aku berfikir ada betul yg dikatakan oleh beliau tu, tapi pernah x kita terfikir bagaimana utk memajukan industri seni kita walaupun kita tidak dilahirkan dalam industri ini. Mungkin ini option aku atau opinion aku sendiri untuk menyahut cabaran ini dan membantu industri ini walaupun tak nampak tapi impaknya amat besar jika kita bersungguh untuk majukan industri seni di M'sia. Dulu aku pernah kata apa kata kita support our local music, sama juga kali ini kita sokong industri seni M'sia tak kira apa sekali pun genre muzik yang ada.

Zaman sekarang ni byk artis tak kira band, group mahupun solo. Tapi apa nilai kualiti mereka? Tak kurang hebatnya artis2 yg lahir drpd program realiti TV atau aku panggil artis 'Mee Segera' bagaimana artis2 yg lahir dengan bakat semula jadi. Memang betul seorang orang boleh menyanyi, cuma cara persembahan dan latihan yang berterusan mampu menaikkan nama mereka melalui saluran yang perlu mereka lalui. Nilai kualiti mereka dinilai oleh pendengar yang berbeza ketika ini. Tapi zaman sekarang tak sama dengan zaman dahulu, so para artis juga perlu menyahut cabaran ini utk memajukan diri dalam industri ini jika ingin bertahan lama.

Ok aku tak mahu bercerita pasal semua tu sebab aku bukan pakar dalam industri seni ini yang aku ingin kongsikan bagaimana kita nak majukan industri seni kita sendiri biar mendapat tempat di dunia. Mungkin orang lain tak nampak tapi pada aku pasti membantu biarpun sedikit. Jika artis luar negara seperti Justin Bieber, Adam Lambert, Celine Dion, MLTR dan artis indonesia mendapat tempat di negara ini terutama skali dalam penajaan konsert mengapa tidak diberi peluang kepada artis2 kita untuk mendapat penajaan yg sama di luar sana. Kata orang jangan pilih buluh sebab artis kita juga punya bakat dan skill tersendiri jangan di perkecilkan kalau tak kerana mereka mungkin M'sia tak akan punya artis yg sama hebat seperti Siti Nurhaliza, Shiela Majid, Sharifah Aini, Bunkface, Hujan, Raihan yang telah memasuki pasaran luar negara. So kenapa tidak diberi pulang pada artis2 yg punya bakat ini. Kebanyakan artis2 ini terpaksa tampung kos sndiri tp jasa mereka pd mereka2 yg sepatutnya tahu akan hal ini pandang sebelah mata, kalau da terkenal baru nk support tp support pun main2 kata orang. Inilah sikap org kita sebenarnya.

Industri kita cukup besar sebenarnya walaupun ada yg mengatakan industri seni di M'sia ni kecil tp pada aku ia cukup besar kerana kita punya artis yg pelbagai dan verstail. Mungkinkah lambakan artis2 dr luar negara itu telah mempengaruhi masyarakat kita di M'sia ni. Bagi aku artis2 dari luar ni tak salah di promosikn d M'sia tp biarlah berpadah-padah sbb bukan sume budaya mereka cara mereka itu sesuai d M'sia kerana kita punya adat dan kesopanan yg tinggi. Kadang kala aku melihat masyarakat begitu mengangungkan artis2 luar negara ini. Mungkin kerajaan perlu menyekat kemasukan artis luar negara ini ataupun menapis artis2 ini mengikut nilai moral kita. 

Cuba lihat di kaca2 TV kita, buka chennal tu cerita daripada indonesia, buka chennal  ni chennal citer daripada mat saleh. Tak salah sebenarnya tapi keterlaluan, kadangkala bukan mendatangkan kebaikan. Pernah satu isu atau kontroversi timbul bila M'sia atau penerbit kita membuat drama bersiri 'Delima Sakti' di TV3 di GAM kerana isu bertentangan dgn ajaran islam. Tapi bila TV3 menyayangkan cerita dr indonesia lagenda, sintron yg ada unsur ilmu hitam tak pula di GAM malah disiarkan setiap minggu tepat pada masa yg sama. Ini adil ker pada industri seni M'sia? 

Kalau dengar kat Radio tempatan kita fuh!! sepanjang masa lagu indonesia dan lagu orang putih. Lagu artis M'sia boleh dikira berapa sangat di mainkan, tapi bukan semua stesten radio mainkan lagu2 luar negara kerana M'sia masih lagi punya stesten radio seperti XFM yg hanya memainkan 100% lagu buatan M'sia terutama skali muzik2 indie yg ketika ini mendapat tempat dihati golongan muda-mudi ketika ini. Maka lahirlah HUJAN, Buckface, Meet Uncle Hussien, Yuna dan lain2 lagi menempah nama di tanah air kita ini. Dan mereka ini juga telah mendapat tempat di hati peminat2 luar negara seperti HUJAN, Buckface dan Yuna. Tahniah pada mereka.

Sikap orang kita, sikap wartawan kita juga memainkan peranan penting meningkatkan nama artis2 kita. Kalau buka akhbar ruangan hiburan atau majalah hiburan kalau ada artis terdedah sikit pakaian mesti kena kutuk kaw2 punya, tp cuba tgk kalau artis luar negara pakai pakaian terdedah mcmna fuh!! hebat puji melambung itulah ini la tapi bukan sume wartawan ok seglintir jer. Ok la aku rs cukup dulu setakat ini ada ms aku smbg lagi, mana yg baik jd kn  tauladan mna buruk d jd kn sempadan, tepuk dada tnya minda.. adiosazz!!

Journal 2011 ~ #220

Beautiful girls all over the world
I could be chasing but my time would be wasted
they got nothin' on you baby
nothin' on you baby
they might say hi and I might say hey
but you shouldn't worry about what they say
cause they got nothin' on you baby
nothin' on you baby..

Seorang teman menghantar MP3 pada aku 'Nothing On You - B.O.B' mula2 aku pikir just a song, tp rupanya dia mahu aku fahami maksud lirik lagu tu, patut la sia suruh aku dgr berkali-kali rupanya ada makna tersirat. Sebenarnya sebelum ni aku byk terima email dr rakan blogger yg lain kata aku menulis ikut suka ati aku jer x pikir hal org lain. Tapi bg aku memang itu hak masing2 nk tulis apa kat weblog, sebab weblog aku utk catatan journal aurora ni adalah ibarat diari harian aku atau journal perjalanan hidup aku, aku x kesah apa org nk kata sbb hak aku utk melontarkan apa yg tersirat di ati.. hahaha.. rupanye sbb tu kawan aku bg lagu ni pd aku, 'Nothing On You' sbb dlm lirik tu kata mungkin org akan menyapa atau berkata 'hai' dan 'hey' pada aku, tp aku x perlu risau atau bimbang sbb mereka x dpt apa2 dari aku pon ngeh..ngeh..ngeh..

So pada org2 yg suka komen or email tu paham2 sndiri la yer apa yg d maksudkan klau x pon korg layan lagu B.O.B tu baru korg paham.. adiosazz!!


Journal 2011 ~ #219

1st aku nk wish takziah buat En. Safuan sekeluarga atas pemergian ibu mertua beliau pada 5.30 pagi tadi, Al-Fatihah.. 

Seketika aku termenung sendiri, melihat ruang meja aku kat rumah ni sedikit berselerak. Semuanya nota-nota berkaitan dengan draf cerpen terbaru aku iaitu "Kembara Kasih", actully cerpen ni dah lama ada dalam simpanan aku dari tahun 2004 lagi tp belum ada kesempatan utk aku kongsikan bersama teman2, baru beberapa hari ni aku cuba menyelam kembali cerpen ini. Banyak pula ayat dan pindaan bahasa dlm cerpen ni, pindaan cerita pon berlaku juga huh!! penat plak otak aku berfikir nak cr pembaharuan dlm cerpen ni n penat plak jd Editor ni yerk. Baru aku tahu hihihi.. 
Actully baru skarang aku mula menulis semula setelah sekian lama aku tinggalkan hampir 5 tahun semuanya aku tinggalkan baru terfikir kenapa lama benar aku tak menulis dan kali ni aku nekad untuk menulis semula melalui ruangan weblog aku khusus utk koleksi cerpen aku iaitu "Koleksi Cerpen Qaseh Qisya". Mungkin ini satu permulaan buat aku manalah tau ada rezeki siapa tahukan. Allah tu maha adil dan maha berkuasa yang pasti usahanya itu mesti ada, wokeylah masa itu time, mo tintun dulu esok2 ada ms aku update lg utk korg baca.. askum.. adiosazzz!!

Journal 2011 ~ #218

Hari ni terasa nak update weblog aku ni, nk shared dgn korg pasal cerita ari semalam.. mesti korg x percaya atau pon pd korg perkara besa je, tp pada aku benda ni luar besa sbb aku bleh d katakan bkn jenis yg suka lupa pd hutang2 bil yg ada hihi. Actully smlm menghuru hara bila aku terlupa tentang 3 perkara ni.. bil broadband, bil astro n bil telefon aku huhu.. menang cuai sungguh aku, mula la aku kelam kabut. Isk!! benci betul aku bila ketiga-tiga benda ni kena cut warrggghhh bagai nk meraung, mula la cr ATM utk  bankin bil astro tertunggak 2  bulan, broadband kena g centre dia credit card jg la penyelamat sbb x ingat nk bawa kuar cash money 2 bulan pnya bil jg kena bayar lepas tu telefon aku plak adeiiii x bleh call out kena bar terpaksa la call customer services bayar melalui talian erm.. credit card lg huhu.. Jadi PERINGATAN buat aku next time jg lupa byr bil huhu.. Entah mcmna bleh lupa, selama ni aku ingat jer benda2 remeh ni, isk!! rs mcm nk hantuk je kepala aku ni kt meja huhu.. Teringat Tag Line Najmie Raja Lawak "AKU LUPA, LUPA LAGI" ngeh..ngeh..ngeh..
Aku lupa bayar BIL weiii

Wokey kita lupakn pasal bil aku yg terlupa bayar, pagi ni aku jalan2, aku godek2 weblog rakan blog yg lain. Macam2 citer aku bc n gmbr pun pelbagai.. tp yg menarik ati aku ada satu gmbr ni mng best dia bgtau gmbr tu lokasi dia kata kat area Selangor ntah betul atau x, x tau ler teman.. let check it the picture 1st.

Hebat orang kita ni
Gambar ni aku ambik dr weblog rakan blog tp x ingat yg mna satu URL dia, tp yg ni yg dpt aku add on kt weblog aku ni yg buat aku x tahan perut ni nama kedai kopi ni. Kalau kt KL ni popular dgn Starbuck Cafe tp kt tmpt tu popular dgn Setarbak Kopi hihi.. canggih..canggih.. apa2 pon sekadar hiburan n tontonan jer wokey.. yg penting indentiti kita tetap sama. Wokey la nk smbg keje dulu huhu (Rajin ler plak). Adiosazz!!

Journal 2011 ~ #217


Sepanjang minggu ni amat memenatkan, entah apa yang dipenatkan pon aku x tahu.. otak aku seolah-olah jam x bleh nk berfikir, keje?? ermm.. jgn tanya sbb aku rs x de la byk sgt yg byk sgt tu pasal koding website je yg aku pening.. weekend pon malas nk g mna2 rs nk tdo jer.. Baru ni aku company tmpt aku keje tu anjurkan 'Jelajah Pencarian Pemain Bowling' da lama aku x main bowling ntah boleh atau x lg ni? so aku pegi la kt tmpt yg slalu aku pg tu dgn kekawan opis. Dah lama x guna set bowling aku taw2 je tapak kasut aku da terbuka gam dia, adoiiyai cian tul kasut aku tu huhu.. tu la penangan kaki aku main luncur plak haha.. mcm hebat sgt, actully aku baru nk mencuba da lama sgt teringin main mcm tu tp x menjadi sgt so aku g la cuba2 dpt plak makin ligat la kaki aku ni hihi.. wokey la aku pon da x de idea nk update apa next time aku citer lg yerk, adiosazz!!

Journal 2011 ~ #216

Ayam dulu ker atau telur dulu??
Hmm.. walaupun isu agak basi bagi aku tapi skg ni di media2 massa sibuk citer pasal telur ayam tiruan hahaha.. best betul tgk berita ari2 citer pasal telur ayam.. kalau dulu org sibuk persoalan ayam dulu ke atau telur dulu?? kekadang aku sndiri pon x tahu nk jawab yg mana satu. Agaknya ayam pon tertanya-tanya mcmna dia wujud d muka bumi ni hihi..


Kadang kala pengguna jd serba salah nak beli telur d pasaran selain terlalu banyak gred, tp pada aku sama je yg gred A ke gred B ke apa ke janji telur. Tp buat aku jarang membeli terus sebegini sbb nye aku lebih suka membeli telur LTK Omega Plus tak pun NutriPlus Low Cholesterol Content. Biar mahal tp berkhasiat itu sebab bukan selalu ambil telur ni cuma seminggu skali jer pon. Apa2 pon ni ada sedikit info yg aku dpt drpd teman2 blog lain utk perbezaan telur ayam yg asli dgn yg tiruan. So pada pengguna bijak berfikir sebelum membeli, kata org ala membeli menang memakai so pikir2kan la yer..

Journal 2011 ~ #215

Buka jer TV citer politik, berita pun sama.. adoii pening kepala aku da bosan aku tgk.. naik muak aku dengar telinga aku ni klau boleh bercakap naik benana da weii.. x de citer lain ke nak sembang org tu kata org ni, org ni kutuk org tu.. menang jd pemerinta mcm2 korg nk ckp boleh la tp rakyat?? slalu jer tertipu. Pernah ker korg pikir tanya n selami ati rakyat. Skg korg pikir ker soal menangi masalah pengangguran, masalah kenaikan harga minyak, gula dan sbg nyer. Pernah ke org tnya kualiti pembelajaran di sekolah2 n IPT dan IPTS tu memenuhi keperluan pasaran?? sebenarnya itu yg penting bukan tunding jari sana sini. Aku sbg rakyat kekadang da naik bosan dgn cerita politik. 

Yang terpelajar tapi kelakuan moralnya plak kurang, masih lagi nk menegakkan keadilan diri kekadang aku tgk perjuangan parti tu jd parti perjuangan peribadi. Hmm.. ntah la x tau siapa yg betul siapa yg salah. Aku sbg rakyat jadi bosan dengan sume ni. byk omongan kosong yg terlaksana dan di laksanakan tu alhamdulillah terima kasih, tp klau x laksana pancing undi plak x dpt tu yg masa kempen sume all out. 

sekadar suka-suka saja

Journal 2011 ~ #214

Weekend its coming again.. feel a little bit free, selepas je exam aku rs tenang sikit tekanan pon kurang.. tp aku dpt rs kan paper comm theory mesti fail pnya sbb aku rs x selesa dgn jawapan yg aku beri memang blank ms jawab paper ari tu.. apa yg aku belajar aku buat latihan hilang mcm tu saja, padahal soalan x la susah mana tp sume yg ada kt kepala aku ni seolah-olah di kunci.. arr lupakan sume tu sbb aku x nk bebankan kepala hotak aku ni dgn sume tu, yg aku mahu adalah ketenangan dan relax dr sebarang gangguan. Tp ada jg yg x paham2 kekadang aku rs privacy aku di ragut.. dengan SMS nyer, dengan Phone Call nyer.. seolah-olah x reti bahasa juga ada bila x jawab bertalu-talu yg call yg SMS.. Hello!! Please la give me some space n privacy okey.. i need a rest n i need some space to my life.. how come u do like that.. soal keje tolak tepi ler.. yg kekawan plak asyik sibuk ajak kuar.. eh!! cari org lain ler ok byk lg yg bleh ajak kuar bkn aku je sorg. Sampai satu tahap aku lebih rela hilang kawan dari hilang ketenangan dalam hidup, so think twice b4 i do that ok.

Bila tutup handphone plak risau keluarga kt kampung call that why aku x suka sgt on handphone tp ini lah masalahnya.. tomorrow i have date with my fren from Sabah, so i want spend time with my fren on privacy. Pada korg yg slalu sgt da aku jumpa tu tlg2 la yer paham.. Aku bukan minta banyak pon just some space n time 4 privacy life that all..

Journal 2011 ~ #213

"Pernahkah terfikir untuk berubah?" itu yang selalu orang berpesan padaku..  tanpa ragu aku menjawab "Yes I am!!" who care if i said like that.. ermm.. actully itu yg semestinya.. berubahlah ke arah kebaikan bkn keburukan. Pernahkah kita terbayang bila esok kita tak bangkit lagi? sesungguhnya pahala bagi org yang sentiasa mengingati hari matinya. Ermm.. zaman sekarang ni aku tgk ramai yang x sayang nyawa.. ramai yang x kuat iman.. gagal sikit nak terjun bangunan, kecewa patah hati kena tinggal pakwe nak kelar lengan ler.. seolah-olah orang yg disayangi itu bagaikan nyawa. 

Ada teman siap buat survey "siapa yang paling penting dalam hidup anda?" wow!! nice question actully.. rata2 jawapan yg di beri adalah 'family', it's true.. but i have difference answer :-
  1. Aku pentingkan Allah S.W.T kerana dia Pencipta seluruh makluk.
  2. Aku cintakan Rasul kekasih Allah kerana dia aku hidup dalam agama suci Allah iaitu Islam.
  3. Aku sayangkan ibu aku kerana dia aku lahir ke dunia ini.
  4. Aku pentingkan keluarga dan insan tersayang aku kerana mereka sebahagian umat Rasululallah
Suatu petang aku mendengar siaran IKIM.FM, mendengar topik yang cukup menarik pada aku dan membawa aku sedar segala-galanya bermula dengan nama Allah, kerana Dia aku masih bernafas lagi kerana Dia juga aku masih di sini, kerana Dia juga aku di beri rezeki dan kerana Dia aku merasa sentiasa dikasihi oleh-Nya. Seperti firman Allah S.W.T bermaksud :-  

Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah.
(al- Baqarah: 165)

Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada Allah sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia. Saban waktu sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya.

Menyebut cinta kepada Allah atau menyebut nama Allah terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan Allah itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.

Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni. Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih. Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai Allah ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan Allah yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika, pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung. Allah berfirman sebagai mengingatkan hamba-hambaNya dengan nikmat-nikmat ini:
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl: 18).
Hanya dengan merenung sejenak, kita akan mendapati bahawa Allah adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga. Saban hari, kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya?

Punca bagi segala permasalahan ini ialah butanya mata hati, ceteknya tauhid dan pengetahuan manusia tentang Allah. Tidak mungkin seseorang itu mengasihi sesuatu jika dia tidak mengenalinya. Cinta hanya akan datang setelah didahului dengan pengenalan. Pada hari ini, manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Oleh kerana itu, hati mereka gersang dari cinta Ilahi, cinta yang hakiki. Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi Pemiliknya yang mutlak dilupai sehingga segala suruhan dan larangan-Nya tidak dipeduli. Agama Tuhan hendak ditegakkan tetapi Tuhan Pemilik agama itu tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana tuhan hendak dikenali, apatah lagi dicintai. Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah, Allah meletakkannya di kedudukan yang hina; menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya.

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur. Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Journal 2011 ~ #212

Hari ni Jumaat, Pengulu segala hari.. cepat betul masa berlalu hari ni da 1 April 2011 tp bukan APRIL FOOL tau.. hari ni aku nk sembang beberapa perkara yang pertama ni aku nk citer pasal solat jumaat. Hari ni aku cuti sbb esok nk exam.. so ms yg ada ni aku ambik kesempatan.. kiranya aku selesaikan perkara yg patut. Entah knapa aku rs terhingin nk pegi Tesco Selayang hari ni da la tu time tghari plak.. mungkin x de org kut sbb aku berpendapat mesti ramai yg g solat jumaat. Nyata tekaan aku meleset, org tetap ada tp yg memalukan dan menjelek kn mata aku ni kaum adam yg sepatut nye ada kt Masjid dgr kutbah jumaat sedang asyik menemani sang isteri SHOPPING!!. Weiii.. cik kak x kn x tau ari ni ari jumaat kak oii.. Tak kan x bleh pegi shopping barang dapur sndiri atau tunggu lepas Solat Jumaat kak oiii.. kan solat Jumaat tu adalah fardu ain bagi setiap lelaki yang mukalaf. Sekiranya tidak menunaikan Solat Jumaat tanpa sebarang alasan adalah berdosa besar. Jika dia meninggalkannya selama tiga kali berturut-turut dia dikategorikan sebagai seorang yang kufur sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja maka kufurlah ia". Melalui hadis ini jelaslah kepada kita tentang betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosa jika meninggalkannya dengan sengaja.

Entahlah aku tgk kaum lelaki bangsa lain kurang ler plak kt situ yg ada pon pekeje Tesco n pengunjung yang membeli bela. Ya Allah Engkau berikan petunjuk kpd mereka yg alpa akan kewajiban mereka itu.

Ok habis citer pasal Solat Jumaat, kali ni nk citer pasal isu Bung Mokhtar kata 'PEMANDU WANITA MERBAHAYA?' Hey!! it's not the deal k.. lepas tu Sharizat plak minta pd pihak bertanggungjawab utk keluarkan stastik Kemalangan yang berlaku dan ternyata pemandu lelaki lebih banyak berbanding wanita., aleh2 kata kenyataanya itu di salah tafsir. Ok aku nk ulas aku nk bg pendapat aku sndiri nk buka mata pd seorg MENTERI yg tahu bercakap sebelum berfikir. Pada aku kedua2 nye sama aje.. masing2 ada ego masing2 nak tunjuk hero, tunjuk pandai tp sebenarnya mempunyai kelemahan tersendiri. Klau masa nak ambik lesen dulu kenapa ikut peraturan, bg signal tgk cermin sisi baru memotong.. ikut peraturan had laju dan mcm2 lg.. tp bila da LULUS lepas tu da dpt lesan. Massallah.. Sume tu hilang.. pantang d cabar tekan minyak smpi 180 huh!! bahaya2.. ni bukan nk kata pd jantina lain tp kedua2 jantina klau terasa pedas tu.. mungkin diri kita. So pada Bung Mokhtar sebelum mengeluarkan kenyataan, perkataan tolong teliti, buktikan asas jgn tunding jari pd satu jantina sahaja. Kadang2 kita x sedar kita pon ada melakukan kesalahan yg kita x nmpk tp pd mata org sape tahu.. Ingat bila berkata sedemikian sure kaum hawa ni akan terasa ati.. pikir sama jg ler pd anak2 awak tu isteri2 awak tu bkn perempuan ke? so the end of my story.. kata org tua2 cakap siang pandang2 cakap malam dengar2.. tepuk dada tnya minda.. adiosazz!!