Journal 2011 ~ #176

Hmm.. smalam tgk kt berita TV3 pasal kapal terbang TERBABAS!?.. cepat-cepat aku naikkan volume TV kt umah bila tgk kapal terbang AirAsia rupanya yang terhempas n terbabas.. fuh!! AGAIN.. the samething happen.. 2007 pon benda sama gak AirAsia terbabas kt KLIA tahun sudah AirAsia tergelincir dr landasan KKIA heyuuu.. menakutkan. Kata menteri berkenaan faktor cuaca menjadi punca kejadian.. iyer ker?? tahun sudah pun cuaca macam tu gak, tp x kata pon faktor cuaca menjadi punca? isk!! ataupun pilot dia tu kut yg rabun atau gagal mengawal pesawat sebab keletihan.. Maklumlah AirAsia ni yg aku tgk klau flight smpi jer kt terminal rehat kejap jer lepas tu gerak balik. Kekadang aku terfikir gak buatnya kapal meletup camner?? erk!! minta simpang 44 malaikat. Berikut berita penuh dari sumber Utusan Malaysia :

AirAsia siasat insiden pesawat terbabas di KIA
11/01/2011 6:59pm

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, akan melakukan siasatan penuh dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)kejadian pesawatnya yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) semasa hujan lebat malam tadi.

Menurut satu kenyataan AirAsia hari ini, laporan awal mendapati darjah penglihatan ketika itu adalah cukup baik untuk melakukan pendaratan.

Juruterbang berjaya mengawal pesawat untuk berhenti dengan selamat dan melaksanakan pemindahan para penumpang selaras dengan prosedur operasi standard syarikat.

Kesemua 123 penumpang pesawat penerbangan AK5218 dari Kuala Lumpur dipindahkan dengan selamat. Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital untuk pemerhatian sebelum dibenarkan keluar kemudian.

Penerbangan AirAsia dari Kuching yang terjejas akibat insiden itu adalah AK6036 (ke Kota Kinabalu - 6.10 pagi), AK5203 (ke Kuala Lumpur - 6.15 pagi), AK6562 (ke Bintulu - 6.20 pagi), AK6526 (ke Bintulu - 8.35 pagi) dan AK5201 (ke Kuala Lumpur - 9.35 pagi).
Penerbangan lain yang terjejas adalah AK6673 (ke Singapura - 9.50 pagi), AK5843 (ke Johor Baharu - 10.30 pagi), AK6546 (ke Miri - 11.10 pagi), AK5205 (ke Kuala Lumpur - 11.55 pagi), AK6505 (ke Pulau Pinang - 12.20 tengah hari) dan AK5207 (ke Kuala Lumpur - 1.55 petang).
Para penumpang AirAsia yang terjejas akibat penutupan lapangan terbang ekoran insiden itu dinasihatkan menghubungi talian 03-2614 2999 dengan kata laluan 1231 10111. - Bernama

Ini adalah antara gambar2 yg aku kutip dr sumber weblog teman2 blogger utk di kongsi bersama..



No comments: