Journal 2009 ~ #81

Wahai pagi yang dingin
Dalam syahdu aku rindu
Dalam rindu aku pilu
Dalam pilu aku menangis
Rindu ku milik siapa ya Tuhan ?
Dan rindu mu milik siapa wahai kekasih ?

Kasih
Dalam kau berjaga siapa yang kau ingat ?
Dalam kau terlena siapa yang kau mimpikan ?
Ketika ini adakah kau ingat pada ku
Seperti mana aku mengingati mu ?

Adakah engkau menyedari kekasih
Betapa aku merindui mu
Setiap detik dan saat
Tak lekang nama mu di bibirku
Hati ku berdenyut-denyut menyeru nama mu
Adakah aku salah Kasih
Berperasaan demikian terhadap mu ?

Bukan ku pinta jadi begini
Bukan ini juga yang ku mahu
Bukan aku yang merancang
Bukan aku yang menentukan
Hadirnya resah dan gelisah
Perasaan rindu dan sayang kepada mu
Di saat kau terjaga atau terlena
Hingga menganggu kegembiraan
Dan ketenangan hati mu

Hadirnya atas kehendak Illahi
Hadirnya juga mengusik kalbu
Menganggu lena dan jaga
Memilukan naluri hati
Menganggu ketenteraman dan
Ketenangan jiwa ku

Hati sakit dan teramat sakit
Sungguh menikam sukma
Belahan jantung ku
Ibarat pisau menoreh luka
Andai tak ku luahkan
Apa yang tersirat di hati
Rasa seolah diri tak berharga
Jasad wujud tapi tak bernyawa


Sungguhnya Kasih
Rindu ku milik mu
Ibarat masa yang sering berputar
Takkan berhenti walaupun sedetik
Ibarat siang dan malam
Dibawah sinar cahaya bulan dan matahari
Ibarat pagi dan petang
Takkan pudar dan kelam
Ibarat si kumbang dan si bunga
Bernyanyi merdu
Subur dan mekar
Bercambah di sudut hati
Agarnya kekal di situ selamanya

No comments: