Journal 2009 ~ #76

Jiwaku kacau, hati ku gusar.. minggu ni memang minggu yang cukup memeritkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, sekali sekala terasa macam nak lari jer dari semua ini. Baru hari ini aku dapat membuat sesuatu yang normal dalam kehidupan aku, semalam aku keluar rumah tepat jam 6 pagi kerana terpaksa bergegas ke pejabat, mujur sempat dan pemandu telah siap menanti aku di situ. terkejar-kejar juga aku, al maklumlah aku terpaksa menghadiri satu pameran di Kg Nalays, Jasin Melaka. Memang memenatkan terlalu ramai tetamu dan aku terpaksa melalui semua itu. After 6 O'clock kami bergerak untuk pulang ke KL.. memang memenatkan tambahan pula minggu ini terlalu padat dan tiada rehat buat diri aku sendiri.

Hmm.. tadi lepas subuh emak call dari Sabah, sibuk tanya bila nak balik lagi? untuk memastikan rumah kat sana sempurna (kini projek membuat rumah telah dijalankan) entah lah aku sendiri belum ada kata putus, dalam masa yang sama emak sempat juga menasihati aku agar lebih berhati-hati dalam meneruskan kehidupan ini, thanks mom i always remember your advice.

Mungkin hari ni aku perlu bersendirian tanpa gangguan, at least aku boleh berehat tanpa ada gangguan dan yang paling penting aku perlu ambil masa untuk menenangkan keadaan diri aku, so pada teman-teman dan pada 'si dia' sorry kalau hari ni aku sepi tanpa beria.

No comments: