Journal 2009 ~ #80

Rinduku bertandang lagi
Tiada kata seindah bahasa
Untuk ku menghuraikan maksud erti rinduku
Apa yang ku faham aku amat rindu
Rindu pada kekasih yang jauh di mata
Tetapi dekat di hati

Rinduku bertandang lagi
Wahai angin pagi
Sampaikan salam rinduku ini
Pada kekasihku
Katakan padanya bahawa aku amat merinduinya
Rindu pada senyumannya
Rindu pada sentuhannya
Rindu pada bisikan cintanya
Rindu pada gelak tawanya
Rindu pada usikannya
Rindu pada segalanya

Rinduku bertandang lagi
Andai aku ada kuasa
Ingin ku pergi kepadanya
Untuk Meluahkan rasa rinduku ini
Kekasih sesungguhnya aku rindu padamu
Adakah kau berperasaan yang sama seperti diriku
Wahai kekasihku?

No comments: