Journal 2009 ~ #73

Hampir seminggu aku meninggalkan journal ni, rasa rindu teramat sangat.. alhamdulillah segala-galanya selamat, mom kat kampung pun sihat dan urusan untuk mencari tukang untuk buat rumah pun dah selesai, cuma sekarang ni aku kena betulkan design sedia ada. Hmm.. pada kekawan yang kat Sabah tu sorry lah tak dapat jumpa korang semua sibuk dengan urusan ada masa dan jodoh kita akan bertemu lagi (",)

Seminggu di kampung bagai setahun rasanya, tak tahan duduk kat rumah cuaca agak panas dan sejarah berulang kembali aku dah cut rambut aku yang panjang curl ni huhu memang sedih tapi nak buat camner memang aku dah niat nak potong at least rasa lega dan tak lah rimas sangat.

Hari-hari yang aku lalui cukup bermakna, kesabaran dan kerinduan amat teruji aku bagai terputus hubungan (al-maklumlah internet tak der kat kampung) cuma sms dan telefon sahaja menjadi penghubung, rindunya aku pada 'si dia' teramat sangat rasa nak demam pun ia tapi kena tahan dan sabar. Beginilah adat orang berjauhan, nak kata bahagia adakalanya perit bila berjauhan, terpaksalah tanggung entah esok kalau dah kahwin macamana yerk ?!hihihi (",)

Aku hanya menghitung waktu demi waktu moga-mogaan hari yang dilalui cepat berakhir dan aku segera kembali ke KL, setiap detik dan waktu aku cuba kuatkan semangat untuk melalui hari-hari tersebut, perasaan tu aku sorok daripada kaum kerabat aku takut-takut pecah rahsia, bukan tak nak share tapi buat masa ni biarlah semua tu kemudian sebab ia masih awal biarlah keadaan menentukan segalanya. Nasib baik anak-anak saudara sepupu menemani aku sekurang-kurangnya ada juga penghibur aku, tapi pengalaman ni mengajar aku lebih erti bersabar dan erti kerinduan sebenar. Kekadang seronok juga sesekali berjauhan hihi (",)

Buat 'si dia' now I'm home hope lepas ni tak nak lagi naughty-naughty tau hihi, kalau tak biar orang balik kampung duk lama-lama hihi (",)

Journal 2009 ~ #72

Hari ni 21 Mei 2009, alhamdulillah bernafas lagi di bumi Allah ini, hari ni flight aku ke Sabah 9.25 Malam.. entah rasa macam tak ada mood pula tapi aku ada tanggungjawab yang perlu laksanakan. Tapi aku terasa berat nak lepaskan sesuatu yang bakal aku tinggalkan buat seketika.

Buat 'si dia' jangan bersedih ya.. izinkan aku pergi buat sementara waktu, jangan bersedih aku pasti akan kembali buat dirimu.. bersabarlah sayang kerana akan pasti ada waktu untuk kita berdua lepas ini. Yakinlah pada takdir kita jika aku untuk mu pasti segalanya akan engkau miliki jua.

Malam ini terlalu sukar untuk aku lalui, kini aku berada di LCCT untuk menanti berlepas ke kota halaman ku, moga-mogaan segalanya selamat. Tapi hati ini sedikit hiba dan rindu begitu meruap buat 'si dia' entah apa yang dia rasa ketika ini mungkin jua seperti ku yang terlalu merindui antara satu sama lain. Doa ku sentiasa mengiringi dirimu selalu..

Journal 2009 ~ #71

Aku menghitung hari untuk bercuti tak sabar rasanya aku nak bercuti, dah lama aku tak bercuti sejak awal tahun. Destinasi kali ni aku pilih untuk balik ke kampung, namun makin aku hitung hari dan waktu ada sesuatu bakal aku tinggalkan untuk sementara waktu, pasti aku merinduinya. Memang tak lama tapi terasa dihati begitu sayu untuk berpisah walaupun sekejap. Mungkin aku perlu membiasakan diri ini untuk menjalani kehidupan sebegini. Kadangkala aku merasakan hidup ini terlalu istimewa disisinya terlalu banyak perkara telah dikongsi bersama, nasihat demi nasihat dan pandangan demi pandangan aku terima darinya.. aku bersyukur bertemu dengannya, kehidupan ini lebih menarik bila bersama dengannya.

Tapi kadang-kala aku tidak pernah memikirkan tentang perasaan dirinya. Hmm.. sukar buatku untuk mengikis apa yang telah berlaku dalam hidup ini. Tapi ada benar katanya.. aku telah lama menghabiskan waktu, tenang, wang ringgit dan pengorbanan aku selama ini tidak pernah dihargai, ketika ini aku sahaja yang memikirkan tentang diri orang lain tapi adakah orang itu memikirkan diri aku ketika ini? aku memilih untuk berdiam diri dan memohon maaf jika selama aku berada disisinya aku sering ulangi perkara yang sama, lalu aku merenung kembali dan sedalam-dalamnya memang betul dikatakan oleh nya.

Aku nekad untuk melepaskan segalanya.. kali ini biarlah aku menjadi yang baru dalam hidupku lupakan segalanya demi kebaikan hidup aku ketika ini. Sesungguhnya kegembiraan aku ketika ini ada bersamaku bukan ditempat yang lain.

Journal 2009 ~ #70

Hari ni rasa macam nak gila…rindu sangat-sangat kat 'si dia', duduk kat rumah ni macam orang gila…dok seriau sorang-sorang.. termenung bagaikan patung tak begerak-gerak. Adoiii angau rindu sangat-sangat hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika ini rinduuuuuuu... rindu serindu-rindunyaaaaaaaaaaaaaa...

Journal 2009 ~ #69

Di antara pilihan di-hati,
Pujangga penghias diri...
Wajah-Wajah keperibadian tinggi,
Indah nya perhiasan dunia...

Di-antara diri ku dan diri mu,
Hanya mengharap cinta yang satu..
Ku kan binakan mahligai impian mu,
Sayang ikhlaskan lah hati Mu...

Senyuman mu bernilai,
Kata-Kata mu berhikmah..
Hati mu tulus suci dan murni,
Hanya diri ku yang halal,
Engkau serah kan segala nya.
Untuk mencari keredhan ALLAH...

Kau permata di-hati ku,
Di dunia kau penghibur,
Menjunjung kasih amanah ILLAHI...
Ku pasti akan terus menyayangi,
Terima Kasih ucapan ku beri..
Kau hadiah kan ku cahaya hati,
Ku pimpin tangan mu meniti hari..
Semoga kita kekal hingga AKHIR HAYAT nanti... AMIN..

Journal 2009 ~ #68

Aku kaca ditengah ribuan permata... Senandung rindu mendayu... Mengiring langkah yang makin tersungkur..Terlalu jauh pendakian..Begitu tingginya pengharapan....Bermusim lama mencari tak ku temui sampai kini.. Tak henti jiwa dipalu..Dugaan demi dugaan menguji..Rebah dan bangun sendirian.. Mencari bumbung perteduhan..Mereka sering riang tertawa...Sedangkan aku hanya sepi sendiri...Perjalanan masa..Mengajar hati..Semakin tabah kini....Di dalam kemarau dan gerimis.Aku tetap tabah mengharungi liku-liku perjalanan tak pasti... Tuhanku..Aku bagaikan sebutir pasir..Yang lemah lagi kerdil..Teguhkanlah keimanan jiwaku..Agar tidak aku terpesong dari MU...Beribu teman ketawa..Payah sekali untuk ku temui...Yang sanggup bersatu..Di dalam susah mahu dalam senang...Yang hadir cuma kepalsuan ..Dugaan demi dugaan..Aku pasrah menadah tangan....

Journal 2009 ~ #67

Hatiku berlagu riang hari ini walaupun adakalanya aku terasa rindu untuk bertemu dengan 'si dia' tapi buat masa ini biarlah waktu menentukan segalanya kerana aku tahu dia kini sibuk dengan tugasannya. Seharusnya aku memahaminya kerana aku juga sama sepertinya, biarlah rindu ini terubat dengan tugasan-tugasan di pejabat ini.. namun dihati ini hanya nama dia saja yang tersebut berulang kali selain dari nama DIA yang Maha Esa.

Kepada 'si dia' bersabarlah ada waktu dan masa terluang Insya Allah pasti bertemu jua. Saat ini biarlah kita habiskan masa kita dengan tugasan harian dan rutin-rutin yang kita lalui sebelum ini, ku tahu memang perit memang sukar namun apakan daya masa dan waktu memaksa kita untuk belajar bersabar. Ku pasti suatu hari nanti segala halangan dan rintangan ini pasti akan berakhir..



~SEMPURNA~
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujimu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Journal 2009~ #66

Kalau pada saat nanti aku tak lagi mampu berada di sisimu.. tak lagi sanggup menjunjung setia sumpahku.. apa yang layak kukenang di hadapmu..?
Tunggulah sebentar.. hingga sempat kuakhiri pergulatan sunyi ini. Kuusaikan segala cedera hidupku.. juga luka sejarahku.. sungguh, aku tidak akan menyerah atas semuanya.. sebab, apa yang kuikrarkan, kubisikkan, kuderaikan, kulabuhkan, adalah lanskap keberartian yang tidak boleh kuurungkan kehadirannya. Pun itu mesti mengelakkan pahammu akan diriku pada anggapan yang asing.

Kalau pada masa nanti kau tak lagi mampu membaca adaku di hatimu.. tak lagi sanggup menahan jemumu, merobek gelisahmu tentang diriku.. apa yang tersisa untuk kututurkan di belakangmu..?

Tunggulah sebentar.. hingga bisa kurebut ragu di rasamu.. kurenggut kelu di benakmu… sungguh, titipkanlah sekejap ikhlasmu untukku di jalan itu.. karena, apa yang kau harapkan, kau catatkan, kau deraukan, kau nyanyikan, adalah hamparan makna yang selalu kuteguhkan niatku di dalamnya. Pun itu harus menyilangkan segenap tempuhan dan cita-citaku pada pelangi yang lain.

Tunggulah sebentar.. mungkin dengan itu krisis waktuku kan terubat.. dan sudut kalut mimpiku kan terjarak..

Journal 2009 ~ #65

Ada sesuatu yang bermain dalam fikiran aku ketika ini.. sejak kebelakangan ini fikiran ku asyik terganggu dengan kisah-kisah silam aku, tambahan pula bila melibatkan orang-orang yang aku sayangi menjadi beban di benak fikiran ini. Namun aku berusaha untuk melupakan cerita duka yang terlalu banyak menyakiti hati ini kerana aku ingin memulakan sesuatu yang baru dalam hidup ini dan aku ingin menjadikan kehidupan ini lebih indah walaupun aku tahu pasti aku akan melalui hari-hari yang mencabar tapi kali ini biarlah berakhir dengan keindahan dan kebahagiaan yang ku cari selama ini.
Pada 'si dia' maaf kiranya mood minggu ni acu tak acu sahaja pada dirimu, bukan niat untuk melukakan hatimu tapi aku terlalu emosional minggu kebelakangan ini terlalu sukar untuk aku berhadapan dengan situasi sebegini. Pelbagai persoalan yang bermain dan tidak kurang juga dari teman-teman yang rapat. Tapi ku sedar seharusnya padamu ku lebihkan perhatian bukan dengan masalah lampau ku ini.

Buat teman-teman maaf kerana aku terpaksa membuat keputusan berdiam diri dan menjauhkan diri dari kalian semua kerana ku sedar aku kini bukan lagi seorang yang lebih layak bergelar teman atau sahabat, terlalu banyak penipuan dan pengkhianatan yang berlaku dalam hidup ini. Aku terlalu daif untuk melawan semua itu kerana aku sendiri tertipu dengan soal perasaan dan juga hati budi masing-masing.

Buatmu insan yang sebelum ini ku kenali seorang yang amat ku kagum terima kasih kerana melukakan hati ini dan meragut segala kegembiraan serta kebahagiaan yang ku miliki sebelum ini, terima kasih kerana mengajar aku erti kebencian dalam hidup ini, terima kasih kerana memberi aku satu pengajaran hidup untuk tidak mempercayai insan sepertimu lagi yang terlalu banyak hipokarsi dalam kehidupan ini. Jika inilah takdir kehidupan aku yang ditentukan oleh-NYA aku terima dengan pasrah kerana ku tahu pasti akan ada lebih baik dihadapan bakal ku temui.

Syukur kerana kini aku cuba menjalani kehidupan normal aku walaupun kekadang terasa perit melupakan kisah silam ini, tapi berkat doa, kesabaran dan sokongan dari 'si dia' serta teman-teman aku bangkit dari hidup kesedihan.

"Allaahumma antas salaam, waminkas salaam, wa-ilaika ya-'uudus salaam, fahayyinaa rabbanaa bissalaam, wadkhilnal jannata daarassalam, tabaarakta rabbanaa wata-'aalaita yaazal jalaali walikraam."

Journal 2009 ~ #64

Ada banyak lagu yang sentiasa menggambarkan pasal hidup aku..antaranya masa aku dalam sedih-sedih..keluar lah lagu nie..

"Tidak kesampaian cinta kita, kubawa harapan ku pendam rahsia..ku dikejauhan mendoakan agar kau bahgia tiada lagi duka.. (FAZLEY ZAINAL,HARAPAN)

"Begitu berat melangkah, melihat kau bersamanya.. Adakah aku yang salah atau hanya helah saja..ku.. masih mencintai diri kamu.. bila kau menjauh, ku rindu.. (FAIZAL OIAM,MAHAKARYA CINTA)

tapi bila episod kesedihan dan bertukar, aku akan menyanyi dengan riang, lagu-lagu ini dalam hatiku..

"Pastikan kau dengan aku..jangan ada cinta lain..tak pernah aku terlintas, niatku untuk berpaling.. maafkanlah daku sayang, bila belum kau bahagia.. sejauh langit diatas, kan ku kejar bahagiamu.. (SITI NURHALIZA, PASTIKAN)

"Berdua denganmu, pasti lebih baik, aku yakin itu, bila sendiri.. hati bagai langit.. berselimut kabut.. (ACHA SEPTRIASA,BERDUA LEBIH BAIK)

dan kini aku bernyanyi lagu kegemaraan aku buat 'si dia'..

"Cinta antara kita tiada penghalangnya..Walau akhir usia ku menyinta dirimu..Ku hanya menunggumu bila tak kau cintaku.. Ku kan berjanji menyintamu sayang".. (DUTA, CINTA ANTARA KITA)
walau apa pun lagu-lagu berkumandang yang pasti hati ini, jiwa ini, naluri ini sentiasa ada pada 'si dia'

Journal 2009 ~ #63

Lambaian itu menyapa hati ini.. Aku masih tidak menyambut.. Hati ini tenteram memudar. Lambaian itu setia tidak pasti.. Aku menunggu dan memerhati.. Hati ini kesediaan yang samar. Lambaian itu diharapkan ikhlas untuk aku ke hati ini.

Journal 2009 ~ #62

Biarku Sendiri Menjaring Sepi

Terkadang aku ingin berlagu riang
berlari di persisiran pantai
mengejar pelangi petang
mencari jejak-jejak yang hilang
ditelan ombak semalam..........
Terkadang aku ingin menoleh kebelakang
mencari memoir semalam
yang ditinggal tanpa kesan
yang pergi tanpa ucap salam.
Sesekali aku ingin seperti dulu..
dikasihi..disayangi dan dicintai
Saat terlalu sepi begini.
Namun segalanya telah sirna
sendiri aku di kamar sepi ini
menunggu saat aku dipanggil pergi.
Berdosakah menjadi seorang AKU
yang masih memburu mimpi semalam..
mimpi indah yang akhirnya
menjadi mimpi ngeri......
Salahkah menjadi seorang AKU
yang masih setia pada janji.
Sedangkan kau ntah di mana..
dibuai mimpi indah pasti.
Duhai kenangan sirnalah dari hati ini
jangan hampiri diri ini...
Biar ku menjaring sepi sendiri.

'sesekali bila rindu menggamit..ku pejam mata
ku seru namamu"

Journal 2009 ~ #61

Hari ini kerja tak lah banyak sangat cuma fikiran aku agak terganggu sedikit.. hatiku mula kacau macam ada sesuatu berlaku kenapa ya?? adakah aku terlalu memikirkan soal dunia atau memikirkan soal kematian pada bila-bila masa. Seharusnya aku lebih bersedia dari segi ini. Soalan itu ku ajukan kepada 'si dia' hatiku terlalu hiba dan pilu sebak pun ada.. segera dia menelefon aku menasihati aku agar aku banyak kan selawat ke atas Nabi dan memberi kata-kata semangat.. aku tahhu kadang kala aku tak mampu berseorangan menangani sesuatu masalah aku perlu sesorang untuk bersama aku. sesungguhnya aku bersyukur bertemu dengan nya membuat sedikit sebanyak perubahan dalam hidup ku terutama aku kini lebih banyak berfikir dan merenung ke dalam diri ini, Walaupun kekadang terasa memberi beban pada dia pun ada gak disebabkan permasalahan aku hadapi ketika ini, but thanks dear hopely I'll be fine don't wory about me k, you always in my heart, aku hargai semua itu..

Journal 2009 ~ #60

MENGENALI DIRIMU
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.... Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti UKHWAH DAN KASIH SAYANG.

Journal 2009 ~ #59

Dengan aluanan lagu dan irama yang memecah suasana dalam hidupku..Yang menjadikan ia sebagai sebuah penghibur dan pengubat di dalam suka duka sesebauh kehidupan..
Bilaku renungkan setiap penjuru hidupku banyak perkara yang sentiasa bermain di dalam perasaanku.

Adakalanya aku tersenyum sendiri, terasa pilu, terasa terharu, dan terasa hidup ini mula dihargai. Terima kasih sekiranya ada juga orang yang masih mengingatiku dan menghargaiku di dalam kehidupannya.

Dengan setiap kenangan yang aku lalui, sedar tidak sedar ia telah membentuk diri menjadi seperti orang lain yang pada mulanya tidak selesa, yang akhirnya diri ni mula lenyap dengan sendirinya sehingga aku lupa siapakah diriku yang sebenar. adakah ini aku?

Dan sekarang aku mula mengerti, walaupun ianya bukan diriku yang sebenar tetapi aku lebih selesa dengan kehidupan begini. Adakah ianya palsu? tapi masalahnya aku serasi dengannya.

Dalam situasi ini barulah aku mula sedar tentang hati dan perasaanku yang selama ini seolah-olah telah lama mati tetapi dihidupkan semula dengan corak dan warna kehidupan sekelilingku yang pada mulanya aku sendiri pun tidak mengerti.

Bila hati ini mula bergetar, tanpaku sedar ianya telah menjadi sebuah buku yang memcorak cerita di dinding hatiku yang menjadikan aku lebih memendam rasa yang membuatkan aku terlupa siapakah aku yang sebenarnya.

Kini aku cuba sebaik-baiknya menyimpan buku itu berada jauh di dalam pelusuk hatiku yang tiada siapa pun akan tahu apakah yang telah tertulis di dalam buku tersebut.

Biarlah buku itu memakan diriku sendiri. Aku tetap cuba membiasakan diri dengannya kerna ia adalah diari hidupku.

Kini aku cuba menyelesakan diriku sebagai seorang insan yang menyimpannya sebagai kenangan dan menjadikan ia sebagai berahsia hidupku..Yang kini aku mula selesa menjadi seorang yang suka berahsia.

Journal 2009 ~ #58

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanp berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. “Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.” [Raja Pedang Deir]

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu
sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua Bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian, dan kenangan adalah hal terindah yang
pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yang mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.


Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya… Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..