Journal 2015 - # 876

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

SESB OH SESB!!


Assalamualaikum! Hi uols! Keperluan elektrik adalah keperluan asas kepada umat manusia ketika ini, service atau perkhidmatan elektrik adalah keperluan penting ketika ini. Oleh itu syarikat Bekalan Elektrik haruslah lebih efisyen dan cekap dari segi pengurusan dan penyalurannya. Namun tidak bagi segelintir penduduk di sekitar Tuaran. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja gangguan belakan oleh #SESB iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd

Slogan 'Working Hard For Better Power' tidaklah mengambarkan perkhidmatan yang baik tapi cukup buruk dan lemah pada pendapat aku! Kenapa!? Sebab hari-hari blackout, yang tak masuk akal langsung bekalan akan terganggu acap kali waktu kemuncak iaitu pada waktu malam bila orang awam ingin berehat!!

Bila dihubungi alasan yang sama akan diberikan iaitu kerosakan pada pencawangan! Ada masalah dekat tranformer itulah inilah.. Again.. and again begitulah alasan yang diberi. Siapa tak marah kalau blackout sehari sampai empat ke lima kali. Barangan elektrik orang awam bagaimana??? Asyik-asyik shutdown! TV, Peti Ais, Laptop or Personal Komputer, Periuk karan!! What Else?? SESB nak tanggung ker??

Persoalan sekarang.. Apa perancangan SESB sebenarnya, mengapa pengurusan kerosakan mereka
tidak efisyen seperti mana pembekal bekalan elektrik yang lain. Contoh macam Tenaga Nasional Berhad (TNB). Jujur aku katakan perkhidmatan TNB lebih efisyen bila menerima aduan kerosakan yang besar atau mereka akan mengantikan generator sementara bagi mendapatkan bekalan elektrik kepada pengguna! Tapi tidak pada perkhidmatan SESB yang aku rasa service pengurusan mereka terlalu lembab dan lemah! Mana tidaknya Malam pun boleh blackout!! Kata mereka mengikut prosedur mereka. Mengapa tidak dilakukan pembaikan pada waktu siang??? Persoalan itu menjadi tanda tanya!! 
Generator Bergerak TNB
Aku bayar perkhidmatan untuk dapatkan service yang baik bukan asyik-asyik blackout!! Tapi service yang ditawarkan kurang memuaskan dan begitu menyakitkan hati! Dahlah notis untuk penyelenggaran tidak pernah di hebahkan kepada pengguna melalui medium media sosial, ada saja front page FB SESB tapi tak pernah update! Kalau rasa bodoh atau buta IT siarkan pada newspaper atau tampal notis pada surau,  balai raya atau bangunan kedai di kawasan yang mengalami gangguan!! Biarpun sebulan orang awam pasti akan faham! Dan satu lagi buatlah waktu siang hari mengikut waktu bekerja 8 pagi hingga 5 petang!! Bukan fikir untuk nak isi duit poket dengan over time saja doe!!

9 Tahun aku di semenanjung!! Service TNB aku tak boleh nafikan memang terbaik!! Sebab apa TNB beri perkhimatan yang cukup efisyen bukan macam SESB ni! Sekolah saja tinggi tapi lembab!! Orang kampung yang tak bersekolah pun tahu berfikir dengan cara rasional!! Ingat orang awam atau rakyat beli perkhimatan SESB untuk keselesaan tapi bukan untuk kesengsaraan!! Orang kampung mungkin bolehlah korang perbodohkan kerosakan begitu begini tapi orang yang cerdik akan sentiasa mempertikaikan setiap jawapan yang diberi!! Ingat rakyat bayar service SESB sebab nak yang terbaik daripada korang, lebih baik jangan di swastakan SESB tu kalau pengurusan masih lagi di tampuk yang lapuk!!

Korang tak fikirkah kalau dah 40 orang maki hamun korang rezeki atau gaji korang terima tu jadi berkat atau tidak?? fikir-fikirkanlah wahai warga SESB terutama yang ISLAM!!

No comments: