Journal 2015 - # 873

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Chapter 2: Pusat Kuarantin Haiwan

Assalamualaikum! Hi uols! Kalau semalam aku share pasal Import Eksport Haiwan Kesayangan Anda hari ni aku nak share pasal Stesen Kuarantin Haiwan yang terletak di Kinarut bersebelahan dengan Institusi Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut. Hari pertama sampai di Kota Kinabalu airport Terminal 1 setelah selesai mengambil bagasi aku terus berjumpa dengan Pegawai Veterinar yang menanti betul-betul di balai tuntutan bagasi untuk membawa aku ke Pejabat Veterinar Airport bagi mengisi beberapa borang untuk tempoh kuarantin.

Benda pertama sekali yang perlu pastikan adalah kucing anda sama ada dia sihat dan cuba belai serta tenangkan kucing anda. Kedua anda perlu menyerahkan dokumen seperti kad vaksin dan kad pengenalan haiwan serta permit import. 

Kad Vaksin, Kad Pengenalan Haiwan & Permit Import

Kemudia Pegawai Veterinar akan mengisi beberapa borang untuk pengesahan kuarantin.
Examination Form - Live Animals & Animal Quarantine Agreement
Untuk makluman anda semua tempoh kuarantin kucing selama 21 hari ini bertujuan untuk memastikan kucing kita bebas daripada rabies (penyakit anjing gila) dan kos untuk kuarantin termasuk penjagaan dan makan kucing anda adalah RM4 sahaja dan RM10 adalah caj perkhidmatan penghantaran kucing daripada airport ke Stesten Kuarantin Haiwan Kinarut, so total semua kos adalah RM94.

Perlu di ingatkan jika tempoh tahanan kucing anda jatuh pada hari cuti umum dan ada pegawai atau kakitangan meminta ambil kucing anda awal daripada tempoh kuarantin iaitu kurang bilangan hari pastikan anda tidak mengambil lebih awal kerana caj akan dikenakan penuh bukan mengikut hari yang ditetapkan.

Mr. Salem dalam kuarantin, rindu gila tinggalkan dia selama 21 hari


 

No comments: