Journal 2015 - # 872

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Chapter 1: Import Eksport Haiwan Kesayangan Anda

Assalamualaikum! Hi uols! Memandangkan aku telah berpindah semula ke Sabah, So hari ni aku nak cerita pasal kucing kesayangan aku iaitu Mr. Salem. Mungkin ada yang mempunyai haiwan kesayangan tak kira kucing atau anjing yang mungkin sukar atau tidak mempunyai info bagaimana cara kita untuk membawa kucing atau anjing anda pindah bersama. Kebanyakan kita sanggup melepaskan kucing/anjing di tempat awam (pasar) sekiranya gagal untuk mendapatkan keluarga baru untuk mereka. Berikut adalah tips dan info yang berguna untuk anda yang tidak mahu berpisah dengan kucing anda. Tips ini khusus pemilik kucing yang tinggal di Semenanjung berpindah ke Sabah/Sarawak!!

Proses untuk mendapatkan permit atau dokumentasi ini tidaklah memakan masa yang panjang sehari dalam masa seminggu boleh selesai dengan syarat anda mengikut saluran yang betul. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda lakukan:
  1. Pertama sekali anda perlu mencari CAGE yang sesuai untuk kucing anda. Pastikan cage tersebut selesa untuk kucing anda dan kucing anda boleh berdiri bergerak dalam cage tersebut.
    Ketika check in dia pun kena timbang
  2. Jika kucing anda belum diVAKSINkan sila bawa mereka ke klinik haiwan untuk mendapatkan vaksin. Vaksin ini khusus untuk kucing yang berusia 3 bulan ke atas. (Kos untuk vaksi adalah RM75 jika di klinik swasta dan klinik haiwan kerajaan hanya RM35)
  3. Jika kucing anda tiada MIKROCIP anda perlu membuat mikrocip. (Disyorkan untuk melakukannya di klinik haiwan kerajaan kerana kosnya lebih murah berbanding dengan klinik haiwan swasta. Anggaran kos dalam RM35)
  4. Setelah itu anda perlu dapatkan PERMIT IMPORT daripada negeri yang anda bakal menetap. Jika di Sabah, Anda perlu berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terletak di Aras 3, Blok B, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik, Luyang (Off Jln Maktab Gaya) atau anda boleh menghubungi JPH di talian 088-287400/287422/28742. Kos untuk permit import hanya RM12 sahaja.
  5. Setelah mendapatkan permit import anda perlu mendapatkan PERMIT EKSPORT daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri di mana anda menentap. Contoh: Jika anda menetap di Selangor anda perlu ke JPH Selangor yang terletak di Lot 2, Jalan Utas 15/7, Shah Alam. Perlu diingatkan anda perlu membawa kucing anda untuk pemeriksaan kesihatan dan jangan lupa bawa kad vaksin dan jika kucing anda mempunyai kad pengenalan kucing bawa sekali. Permit ini hanya laku selama 7 hari so lebih baik buat beberapa hari sebelum tarikh penerbangan anda, kerana permit siap dalam tempoh sehari sahaja. Kos permit tersebut adalah RM40.
  6. Setelah anda mendapatkan kedua-dua permit tersebut anda perlu membawa permit dan salinan surat kebenaran ke MOQIS KLIA untuk mendapatkan Permit, Lesen dan Perakuan Import & Eksport. Kos RM40.
  7. Akhir sekali ialah masa anda berada di airport, bawa SEMUA dokumen termasuklah kucing anda ketika check in, perlu di ingatkan harga tambang kucing anda adalah mengikut berat kucing. Anggaran 7kg adalah RM75 dan tambahan sekilo bergantung kepada budi bicara syarikat airlines anda. (Harga tambang untuk kucing aku RM180 sebab kucing aku gemok hahaha).
Cage begini lebih sesuai untuk kucing anda
Kad Pengenalan Haiwan
Kad Vaksin & No Mikrocip
Dokumen yang perlu di bawa ketika hendak check in
Nanti bila anda sampai di destinasi anda, pegawai veterinar akan menyambut kucing anda di bahagian tututan bagasi. Di situ anda perlu berhubung dengan mereka untuk proses kuarantin. Perlu diingatkan kucing anda akan dikuarantinkan selama 21 HARI bagi menggelakkan Rabies (Penyakit Anjing Gila) ini kerana di Sabah setakat ini adalah bebas Rabies. Kalau di Kota Kinabalu lokasi Pusat Kuarantin terletak di Kinarut. Okeylah cukup setakat ini dulu cerita import eksport kucing, Esok aku share cerita pasal tempoh kuarantin pula okey! See yaa..

P/s: Pstt!! Jgn lupa share artikel ni pada rakan-rakan anda (^_^)

No comments: