Journal 2015 - # 874

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Antara Sengaja Atau Tidak!!

Assalamualaikum! Hi uols! Harap korang semua sihat-sihat sentiasa. Sejak beberapa menjak berpindah ke Sabah ni banyak idea dan coretan yang ingin aku sampaikan. Namun ket erbatasan waktu membataskan ruang waktu untuk aku bersama dunia blogger aku ini. Okeylah kali ini apa cerita yer aku nak kongsi dengan korang?? Well aku mengambil langkah untuk pendedahan yang sememangnya memberi kesan sama ada yang positif atau negatif. Tapi inilah realiti yang terjadi di bumi Sabah ini.

Kalau anda tinggal sekitar Kota Kinabalu pasti anda tahu tempat di dalam gambar ini


Iya betul kawasan ini terletak di antara jalan dari 1Borneo menghala ke Indah Permai bersebelahan dengan KFC dan juga berhadapan dengan McDonald. Sebenarnya aku tak pernah kisah dengan tempat ini sehinggalah tiba suatu petang berlaku kereta merempuh meja penjual di kawasan ini.


Malahan kawasan ini pada waktu petang jalan ini menjadi sesak kerana kereta memperlahankan kenderaan dan ada yang berhenti untuk membeli ikan atau sayur di kawasan ini.

Yang hairannya kawasan ini rata-rata jika anda mendengar cara tutur atau dialek percakapan mereka ini bukanlah 100% orang tempatan, (you know what I'm means). Yang menjadi isu pada aku sign board 'DILARANG MENJAJA DI REZAB JALAN' tidak dihiraukan dari beberapa buah gerai dahulu kala kini makin bertambah!! Di mana pihak PBT atau berkuasa yang seharusnya memantau keadaan ini, atau sengaja menutup mata, atau buta akan hal ini!!


Pernah sekali singgah nak membeli ikan, oleh kerana dik tersilap sebut nama ikan saja penjual di situ bersikap baran dan mengeluarkan perkataan 'Janganlah kau beli ikan aku, baliklah kau sebelum parang letak dikepala kau!' Mentang-mentang perempuan dia bolehlah berkata sedemikian rupa! Peniaga Samseng!! Dahlah menjaja di kawasan tanah HARAM berani pula berkata sedemikian!! Bukan setakat itu saja banyak yang menyatakan harga di situ juga ada sesetengahnya melebihi harga barangan kawalan semasa! So kepada #KPDNKK, Persatuan Pengguna Negeri Sabah, Sila buat pemantauan yer!! Kepada Pihak yang bertanggungjawab silalah bangun bukan tidur dari lena yer!! Ini perkara terang dan tak perlu bersuluh!!

No comments: