Journal 2011 ~ #244

Dlm usia aku 27thn pd thn ni, aku mula terpikir utk mbeli rumah sndiri, x smestinya aku ingin menetap di Tanah Semenanjung utk slamanya tp ia menjadi aset utk ms hdpn. Beli rumah satu pelaburan yg baik so aku kena bersiap sedia utk kebaikan ms dpn. Ada org kata klau x nk ddk bleh jual.. pd aku itu adalah satu tanggapan yg kurang baik utk di dengari tp aku buat bodoh jer dr aku memikirkan soal mereka.

Pagi tadi aku melihat rumah contoh kt Laguna Biru, Tasik Biru Sg. Buloh, rumah pangsapuri kos sederhana (850kps) kira menarik n cantik. Oleh kerana opis aku nk pinda ke Sri Damansara jarak dr Laguna Biru ke Sri Damansara mengambil masa dalam 10 minit shj.

Pelan lokasi ke Laguna Biru
Oleh kerana Laguna Biru Apartment ni adalah di bawa Syarikat Perumahan Negara Berhad so aku berminatlah nk mbelinya, just booking RM250 n diskaun 7% bagi bumiputra. Kos peguam n lain2 yg tanggung oleh pihak pemaju sdiri. Kita hanya perlu menyediakan RM3K untuk deposit.

Antara blok apartment
Apartment ni ada dua jenis iaitu jenis A dan jenis B. Jenis A merupakan end lot tp ruang dapur n basahan lebih kecil. Jenis B adalah jenis rumah tengah tp ruang dapur n basahan lebih besar sedikit.

Berikut adalah ruang yg terdpt dlm rumah contoh yg tlh aku tgk pagi td :
Ruang masuk kena lalu Dinning Zone ni dulu
ni kawasan living room dpn tu ada balconi nmpk sweet sgt
Master room
Single Room 1
Single Room 2
Apartment Laguna Biru
Taraf: Pangsapuri Kos Sederhana
Lokasi: Tepi Tasik Biru Kundang
Status: 100% siap
Kelulusan: siap ada CF
Projek: Rumah Baru dari Pemaju SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad)
Tempoh kemasukan: 3 - 4 bulan selepas Kelulusan pinjaman bank / kerajaan

Saiz: 850kps
Bentuk pilihan: Jenis A (lot tepi) / Jenis B (lot tengah)
Bilik: 3
Bilik air: 2
Lantai: Jubin seramik (seluruh rumah)

Harga: RM107,000 ke RM116,000
Diskaun Bumiputera: 7% dari harga jualan
Pinjaman bank: 90%
Pinjaman kerajaan: 100%
Tawaran tempahan unit: rm250 shj (dikembalikan jika gagal dapat pinjaman!)
Deposit cuma: 3% untuk Pinjaman Bank
Deposit cuma 1% untuk Pinjaman Kerajaan (dikembalikan utk 100% pinjaman)
Urusan pinjaman bank, kerajaan & pengeluaran Kwsp dibantu. 

 
Kemudahan yang disediakan:-
  1. Kawalan keselamatan 24 jam
  2. Tempat letak kereta terancang
  3. Taman permainan kanak-kanak
  4. Gelanggang bola keranjang & sepak takraw
  5. Tapak badminton & bola tampar
  6. Dewan komuniti
  7. Surau
  8. Tadika
  9. Kemudahan lif
10. Ruang-ruang kedai
11. Bilik pengurusan jenazah bagi orang Islam & bukan Islam

1 comment:

Natasha Aimee said...

waa ok laa ni..leh laa dayang bli umah ni..cantik pun cantik..nak2 lak dyg kan pegawai sure boleh bli umah ni ;)