Journal 2014 - # 840

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Adab Kita Berkunjung ke Rumah Ibadat

Assalamualaikum! Hi uols! Walaupun kehidupan kita berbilang bangsa, kaum, keturunan, berbeza fahaman agama namun seharusnya kita sebagai manusia mempunyai norma-norma kehidupan dan menghormati antara satu sama lain.

Sejak kebelakangan ini aku kerap berkunjung ke Masjid Negara yang terletak di Jalan Perdana, Tasik Perdana, Kuala Lumpur bukan sahaja untuk bersolat di masjid tersebut malahan photography pun selalu juga di sekitar Masjid Negara.

Masjid Negara kini antara satu menjadi tarikan pelancong tak kira dari luar atau dalam negara Malaysia, namun aku sedikit gusar dan bimbang dengan pelancong-pelancong yang datang daripada luar negara ini. Bukan apa kelihatan mereka berpakaian memang menjolok mata dan pada presepsi aku seharusnya pihak berkaitan seharusnya meletakkan garis panduan ketika melawat mana-mana sahaja rumah ibadat tak semestinya institusi masjid itu sendiri, malahan Gereja, Kuil atau mana-mana sahaja rumah ibadah di Malaysia ni bagi menjaga kesucian rumah ibadat masing-masing.

Walaupun pihak Masjid menyediakan jumpa khas untuk pelancong, namun ada pihak seharusnya meletakan tataterib dan adab ketika berkunjung ke mana-mana rumah ibadat. Tidaklah pelancong-pelancong ni datang dengan pakaian yang menjolok mata.

Sedia kita ketahui rumah ibadat adalah tempat untuk kita melakukan ibadat seperti berdoa dan mendekatkan diri kepada Tuhan, oleh itu adab kita berpakaian juga haruslah sopan dan menutup angota badan kita sepenuhnya dan bersih, bukannya berpakaian seperti memakai seluar atau skrit pendek, baju blaus yg nipis atau tanpa lengan (tube) dsbnya. 
Selain itu, agen-agen pelancongan, kementerian pelancongan dan juga pemandu pelancong bertanggungjawab untuk menyebarkan peraturan atau maklumat ini. Bukan dipertanggungjawab kepada pihak pengurusan masjid.

Seharusnya kerjasama dan maklumat memasuki mana-mana rumah ibadat perlu disebar luas untuk menghormati rumah ibadat dan orang tempatan yang berkunjung ke rumah ibadat. 

Kepada agensi pelancongan, kementerian pelancongan dan juga pemandu pelancong, sila ambil berat dan harus bertanggungjawab untuk perkara sebegini. rumah ibadat terutama sekali masjid adalah tempat yang suci dan tempat kita mengabdikan diri kepada Tuhan. Oleh itu, seharusnya adab dan cara kita berada di mana-mana saja rumah ibadat harus dijaga bukan dipandang enteng!

Journal 2014 - # 839

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Muzium Kesenian Islam (Chapter 2) - Palestin: Sejarah & Budaya Yang Dilupai

Assalamualaikum! Hi uols! Dalam catatan aku yang lepas, aku share pasal Muzium Kesenian Islam di Malaysia. Kali ini aku nak share yang wujud kat dalam Muzium Kesenian Islam, Sudut ini telah menarik perhatian aku dan menyentuh hati aku. Mereka letakkan tajuk "Palestin: Sejarah & Budaya Yang Dilupai". Sudut ini menceritakan dari awal sejarah Palestin hingga ke hari ini.

Palestin merupakan tempat bermulanya tamadun manusia, budaya dan berbagai agama. Nadi Palestin terletak di Jerusalem (Al-Quds), bandar suci Islam yang ketigaa. Ia merupakan kiblat pertama umat Islam, serta tapak masjid al-Aqsa dan Kubah al-Sakhrah.

Di sini juga terdapat kronologi peristiwa-peristiwa penting sejarah Palestin dalam sekilas pandang melalui gambar-gambar kesenian, kraf dan warisan budaya Palestin. Tradisi sulaman tangan, pakaian dan barangan kemas yang diperbuat daripada manik merupakan antara komponen yang menarik bagi budaya dan gaya hidup bangsa ini. Sudit ini adalah untuk menghargai sumbangan masyarakat palestin dan berkongsi usaha mereka untuk mengekalkan warisan dan identiti. Terlalu banyak info yang menarik yang patut kita perlu ketahui dan lihat. 


Kronologi Sejarah Palestin
Tahun 60M
63M - Palestin ialah sebahagian drpd empayar Rom.

Tahun 600M
638M - Khalifah Umar bin al-Khattab ra. menawan Palestin.
685-705M - Khalifah Abd al-Malik membina Kubah al-Sakhrah (Kubah batu/ Dome of the Rock).

Tahun 700M
705-715M - Khalifah al-Walid membina Masijidil Aqsa.
Tahun 1000M
1071M - Tentera Seljuk menawan Jerusalem.
1099-1187M - Tentera Salib menubuhkan Kerajaan Jerusalem.

Tahun 1100M
1187M - Sultan Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib dan mengambil alih Jerusalem.
1187-1260M - Dinasti Ayyubiyah memerintah Palestin.

Tahun 1200M
1260M - Dinasti Mamluk mengalahkan Ayyubiyyah dan memerintah Palestin dari Kaherah.
1517M-1917M - Palestin menjadi sebahagian drpd Daulah Uthmaniyyah.

Tahun 1800M
1882-1903M - Kumpulan imigran Yahudi pertama memasuki Palestin melalui Eropah Timur.
1896M - Theodore Herzl, seorang penulis Yahudi Austro-Hungary menyokong penubuhan negara Yahudi.

Abad ke-20 M (1900-1999)
1904-1914M - Kemasukan kumpulan kedua imigran Yahudi.
1909M - Tel Aviv diasaskan.

1910M
1916M - Perjanjian Sykes Picot membahagikan wilayah Arab Empayar Uthmaniyyah kpd Britain dan Perancis.
1917M - Pengisytiharan Balfour (Declaration of Balfour) menyatakan bahawa kerajaan British "menyokong penubuhan wilayah Yahudi di Palestin".
1918M - Palestin diduduki oleh pasukan Bersekutu (Allied forces) di bawah Jeneral Allenby.
1919M - Kongres Kebangsaan Rakyat Palestin yang pertama di Jerusalem menghantar memorandum ke Persidangan Keamanan Perancis menolak Pengisytiharan Balfour dan menuntut kemerdekaan.

1920M
1922M- Setiausaha kolonial British, Winston Churchill, menyediakan 'Kertas Putih' (sebuah laporan kerajaan/ dokumen dalam bentuk bertulis) yang mengeluarkan Transjordan drpd skop Pengisytiharan Balfour.

-Analisa peribadi: Transjordan tidak termasuk di dalam kawasan yang akan dijadikan 'negara' Yahudi.

1922M - Bancian British yang pertama di Palestin menunjukkan 78% Arab Muslim, 11% Yahudi, 9.6% Arab Kristian.
1924M, Mac 3 - Kejatuhan Khilafah/Daulah Uthmaniyyah secara rasmi.

1930M
1939M - Parlimen British mengundi untuk kemerdekaan bersyarat bagi Kesatuan Negara Palestin selama 10 tahun, kemasukan tahunan 15,000 imigran Yahudi ke Palestin selama 5 tahun dan perlindungan hak2 tanah air Palestin menentang anggota Zionis.

1940M
1945M - Setiausaha Luar British mengumumkan kemasukan orang Yahudi ke Palestin diteruskan selepas kuota pada 1939 tamat.
1947M - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations/UN) mencadangkan pelan pembahagian untuk mengagihkan 56.5% kepada yahudi dan 43% kpd Arab. Jerusalem diberi status antarabangsa.

Budaya dan Seni Textile
Pada abad pertama di Palestin, jauh sebelum lahirnya agama Islam, wanita-wanita Arab Palestin juga
sudah memakai skirt panjang sampai pergelangan kaki lengkap dengan tudung kepala, hanya wajahnya tidak ditutup. Kerudungnya biasanya diletakkan di atas topi yang kaku atau tidak lembek. Mereka memang juga memakai topi. Di atas topi, mereka memakai tudung. Di sekeliling topi bergantung wang pengikat yang mereka terima dari suami mereka saat menikah. Wang pengikat tersebut dalam bentuk wang logam. Wang tersebut, mereka jahitkan di sekeliling topi mereka. Sampai saat ini pun, para wanita petani di luar bandar-luar bandar di Palestin masih memakai pakaian adat seperti itu. Pada jaman kejayaan Kerajaan Yunani dan Kerajaan Rom, di Saudi Arabia, wanita-wanita Arab Saudi tidak mempunyai adat memakai tudung atau kebiasaan bertudung. Penyebabnya adalah kerana Saudi Arabia dulu bukan jajahan Kerajaan Yunani dan Kerajaan Rom. Jadi, pengaruh dua kerajaan itu tidak ada di Arab Saudi. Kaum wanita Arab Saudi mula pakai tudung baru ketika Nabi Muhammad mewajibkan kaum Muslimah untuk bertudung. Seperti umumnya busana wanita, potongan dan gaya bertudung pun dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara lain adanya peraturan, keperluan, adat, trend mode dan sebagainya. Berbeza kepercayaan ataupun berbeza tradisi berbeza pula cara mengenakan tudungnya. Misalnya perbezaan dalam kepercayaan antara Islam dan Nasrani. Secara umum ada khas yang membezakan cara bertudung wanita penganut masing-masing kepercayaan itu. Itu misalnya boleh dilihat dari cara berpakain para biarawati dengan cara berpakaian muslimah umumnya.
Di antara muslimah sendiri, banyak ragam dalam cara mereka bertudung, cenderung banyak dipengaruhi oleh adat dan alam sekitar setempat Itu boleh di lihat dari cara wanita arab, Iraq, Iran yang umumnya memakai baju luar yang menutup rapat seperti jubah dengan warna hitam atau gelap. Mereke menyesuaikan dengan iklim gurun pasir yang panas dan berdebu. Berbeza dengan cara Muslimah di India, Pakistan, Malaysia atau di Indonesia yang cenderung menyesuaikan dengan pakaian adat tradisional. Busananya lebih berwarna dengan kerudung yang terkadang hanya disampaikeun di kepalanya. Bagaimanapun cara muslimah bertudung, tentu saja yang penting harus sesuai dengan yang digariskan dalam Al-Quran dan As Sunnah. Fakta-fakta sejarah itu membuktikan bahawa semakin rapat wanita menutup auratnya maka darjatnya akan semakin tinggi di mata manusia maupun di hadapan Tuhan.
Seni Bina Di Bawah Dinasti Umayyah
Khalifah Umayyah merupakan dinasti pertama yang memerintah keseluruhan Semenanjung Tanah Arab. Ibu kotanya ialah Damsyik, Syria. Secara beransur-ansur, bahasa Arab telah menjadi bahasa rasmi dan syiling telah dicetak membawa mesej tawhid. Dalam seni bina, teknik-teknik corak dan hiasan yang sedia ada diubah mengikut ajaran Islam. Rangka masjid "hypostyle" berkembang sebagai bentuk yang sesuai untuk binaan masjid-masjid yang tersegam dan bersejarah di dunia Islam, manakala seni tempatan seperti seni ukir batu dan jubin telah digunakan sebagai hiasan seni bina.
Kubah al-Sakhra merupakan bangunan yang paling lama bertahan dalam Islam. Ia terletak di tanah suci Islam yang ketiga, Jerusalam (Al-Quds), bersebelahan dengan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Pada tahun 691 M, Khalifah Umayyah, Abd al Malik ibn Marwan telah mengarahkan pembinaan Kubah Al-Sakhra seperti sebuah struktur bersegi lapan mengelilingi batu tersebut. Batu, ataupun Sakhra (dalam bahasa Arab) merupakan tempat yang pernah dilawati oleh Rasulullah s.w.a sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj dimana Baginda diangkat naik ke langit. Corak jubin di dalam bangunan ini menggambarkan pemandangan syurga seperti digambarkan di dalam Al-Quran.

Di antara 220 buah monumen bersejarah di al-Quds (Jerusalem) Kubah al-Sakhrah merupakan satu mercu tanda yang paling jelas bagi kota suci ini. Dibina pada abad ke 7 M dan dihiasi dengan corak-corak geometri dan bungaan, kubah ini mempunyai kepentingan khusus bagi ketiga-tiga agama monotiestik di situ.

UNESCO memainkan peranan penting dalam melindungi dan menjaga monumen, agama dan budaya Jerusalem. Ini merupakan salah satu daripada perkara yang dititikberatkan oleh UNESCO sejak tahun 1967.


Journal 2014 - # 838

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Muzium Kesenian Islam (Chapter 1)

Assalamualaikum! Hi uols! Masa Deepavali hari tu aku dan emak aku telah pergi ke Muzium Kesenian Islam. Ini kali pertama aku ke Muzium tersebut, kerana teruja sangat aku teringin sangat untuk ke sana.

Memang menarik dan cantik galeri pameran yang di adakan, pelbagai benda, sejarah dan ilmu
pengetahuan terbentang luas bila berada di dalam Muzium Kesenian Islam ini. Sebenarnya Muzium Kesenian Islam merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Atas dasar inilah Muzium Kesenian Islam telah ditubuhkan. Muzium Kesenian Islam Malaysia yang dirasmikan pada 12 Disember 1998 bersamaan 1419 Hijrah, merupakan satu sumbangan daripada Yayasan al- Bukhary kepada umat Islam di Malaysia dan dunia Islam.

Muzium yang menelan perbelanjaan sebanyak RM50 juta ini dibina dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Muzium ini berperanan sebagai menyimpan, pembaik pulih, pemuliharaan dan pendidik kesenian Islam agar generasi alaf baru tidak terasing untuk mengamati dan menghargai kesenian Islam yang berharga ini.

Bangunan Muzium Kesenian Islam ini direka oleh rakyat Malaysia yang mempamerkan keindahan senibina Islam. Ciri-cirinya yang paling menonjol adalah binaan lima kubah. Empat kubahnya boleh dilihat dari luar, sementara kubah kelima hanya boleh dilihat dari dalam bangunan. Muzium Kesenian Islam memuatkan sehingga 7 ribu artifak termasuk contoh kerja logam dan seramik Islam. Ia juga memiliki perpustakaan mengenai buku-buku kesenian Islam.

Objektif muzium ini adalah untuk mempamerkan koleksi kesenian Islam yang benar-benar mewakili keseluruhan dunia Islam. IAMM memberikan penekanan kepada hasil kesenian dari Asia dan tidak bertumpu semata-mata kepada hasil seni dari Parsi dan Timur Tengah.

Hasil seni dari negara China dan Asia Tenggara juga banyak terdapat di sini. Komponen ketiga terutama di dalam masyarakat Malaysia ialah India yang juga telah diberikan penghormatan yang sepatutnya. Malahan dunia India, China dan Melayu membentuk kategori eksklusifnya yang tersendiri.

Bahan-bahan artifak yang lain pula dipamerkan di 12 buah galeri lain berdasarkan jenis artifak tersebut dan bukan tempat asalnya. 
Berikut adalah koleksi yang dipamerkan dalam Muzium Kesenian Islam Malaysia:-







Journal 2014 - # 837

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Indahnya Seni Bina Masjid di Melaka

Assalamualaikum! Hi uols! Agak lama tak update weblog ni, terlalu sibuk dengan tugasan hakiki.. Apapun kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya. Well baru-baru ini iaitu minggu lepas aku telah berkunjung ke Melaka setelah sekian lama tak ke sana sejak tahun 2007. Tapi kali ini aku ke Melaka kerana urusan kerja, alang-alang dah ke Melaka selesai saja kerja aku terus bercuti-cuti Malaysia, kebetulan urusan kerja aku terkena hari akhir minggu bekerja. So memang langkah kanan ler katakan.

Memandangkan ramai dah tahu apa istimewanya Melaka dengan tempat-tempat bersejarah aku tak
nak cerita benda yang sama, namun demikian Melaka kini banyak dah berubah dan bertambah cantik. Kalau dulu aku ke Melaka Monorail tak ada lagi tapi kini Monorail boleh dikatakan hampir 80% dah nak siap sepenuhnya. Hebat sangat, so kalau tak nak naik river cruse boleh naik monorail pusing Bandar Hilir.

Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010. Kos pembinaannya adalah RM 16.5 juta. Ia mula dibina pada Mei 2008.

Gerabak monorel boleh memuatkan seramai 22 penumpang pada satu-satu masa dan ia bergerak pada kelajuan kira-kira 12 km sejam. Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa. Bagaimanapun, akibat pelbagai masalah yang timbul, perkhidmatan monorel ini pernah dihentikan selama beberapa bulan. Perkhidmatan ini telah tergendala sekurang-kurangnya 22 kali setakat November 2011.

Melaka bukan sahaja merupakan sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah tetapi ia juga merupakan sebuah pusat penyebaran dan perkembangan Islam yang terulung di Nusantara. Sehubungan itu, masjid-masjid telah didirikan untuk dijadikan tempat belajar ilmu agama seperti fikah, usuluddin, tasauf, tafsir dan mengaji al-Quran.Masjid-masjid yang kekal hari ini menjadi monumen dan warisan sejarah yang tidak ternilai harganya.Tidak hanya setakat itu, kerajaan negeri Melaka turut membina masjid-masjid baru dalam usaha meningkatkan lagi syiar Islam di samping memenuhi keperluan berikutan pertambahan penduduk di negeri itu sendiri.

Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka yang dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia. Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah. Daripada jumlag RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta. Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006.

 
Masjid yang dibina di atas permukaan laut berdekatan pulau buatan manusia ini akan menjadi satu lagi mercu tanda dan tarikan pelancongan di negeri ini. Untuk pengetahuan bersama, masjid tersebut merupakan ilham daripada Ali Rustam yang pernah menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dahulu. Jika kita meninjau masjid ini dengan lebih dekat lagi, pastinya seribu ketenangan jiwa tercipta bagi melupakan sebentar segala cengkaman masalah dunia. Masjid yang didominasi rona putih lambang kesucian, benar-benar jelmaan keindahan dan kehalusan seni bina bagi menarik hamba-hamba-Nya supaya lebih dekat dengan Allah SWT.

Bersujud di dalamnya sambil dihembus angin selat yang bertiup pastinya aman dan tenang. Pada masjid ini terdapat pelbagai keunikan yang sukar untuk diungkap melalui kata-kata. Namun yang paling ketara ialah binaan menaranya yang setinggi 30 meter. Menara yang menjulang tinggi di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat itu sebenarnya tidak sekadar menara untuk melaungkan azan ke seluruh alam. Sebaliknya, dengan kedudukan fizikal terletak di pinggiran selat itu maka menara itu mempunyai dwi fungsi sebagai Rumah Api.

Rumah Api yang mengeluarkan cahaya amaran kepada perahu-perahu sehinggalah kapal-kapal yang melalui Selat Melaka itu. Memberikan juga panduan kepada pesawat yang terbang di ruang udara.Kubah Besar Masjid Selat yang mampu dilihat jelas dari jarak jauh dengan warna biru keemasan yang bergabung dengan birunya air laut, mencetuskan satu lagi fenomena perpaduan yang menjadi tunggak Melaka Bersejarah.

Ini kerana ada rekod sejarah yang mengatakan walaupun bangsa-bangsanya terdiri dari Melayu, Cina yang digelar Baba dan Nyonya sehinggalah India dikenali sebagai Jawi Peranakan atau Chettiar, itulah uniknya Melaka, mereka kesemuanya bersatu atas nama Islam.Siri lawatan ke Melaka kini tidak akan lengkap jika kita tidak mengunjungi Masjid Selat. Walaupun mungkin akan lebih dipengaruhi emosi dan nostalgia sejarah dengan keunikan-keunikan Masjid-masjid lain seperti Masjid Tengkera, Masjid Kampung Kling, Masjid Kampung Hulu, Peringgit dan sebagainya.

Rekaan masjid ini mendaulatkan konsep seni bina Melayu. Ini apabila kita dapati elemen batang buluh yang pangkalnya dibelah atau pecah dua dan membentuk beberapa bahagian menjadi konsep rekaan. Empat kubah kecil yang terletak di setiap penjuru mengapit kubah yang besar. Iaitu kubah besar yang indah dan unik menaungi Dewan Besar Solat yang berukuran 24 diameter.

Masjid Selat begitu lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi segala fungsi dan aktiviti yang mengimarahkan masjid. Selain Dewan Solat, terdapat Dewan Serba Guna, Perpustakaan, Kelas-kelas Pengajian dan sebagainya. Namun pandangan mata begitu tertumpu juga kepada keindahan seni buatan mimbar masjid ini. Berasaskan kepada kayu jati, mimbar tersebut diukir dengan seni ukiran yang sangat halus bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga.Seni-seni kaligrafi, ayat-ayat suci al-Quran turut memenuhi ruang dan dinding masjid. Seni muqarnas di bahagian atas mihrab terdiri dari jubin-jubin yang terpilih namun dibina dengan paten-paten geografi dengan kedalaman yang berbeza bagi menghasilkan sistem bunyi akustik baik dan mengurangkan gema.Untuk kenal lebih dekat, marilah ke Masjid Selat.
Rekaan kubah utama

Seni bina dalam masjid

Nasihat kepada Rakan-rakan Non Muslim

Walaupun keindahan ini patut dikongsi bersama namun kepada rakan-rakan non muslim silalah menutup aurat dan menjaga adab ketika berada di rumah ibadat kami iaitu Masjid tak kira di mana-mana masjid sekali pun. Janganlah pakai pakaian yang menjolok mata atau berseluar pendek dan berbaju tanpa lengan. Tutuplah tubuh anda dengan pakaian sopan sama seperti mana kalian ke rumah ibadat kalian.

Journal 2014 - # 836

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Ketupat Palas dipagi AidilAdha


Assalamualaikum! Hi uols! Selamat Hari Raya AidilAdha, Selamat Menunaikan Fardu Haji buat kaum Muslimin dan Muslimat seluruh dunia. Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk menyambut AidilAdha tahun ini. Tak sangka masih lagi berkesempatan pada usia sebegini.

Okeylah memandangkan tahun ini malahan daripada tahun-tahun sebelum ini aku memang sambut Hari Raya AidilAdha ni di perantauan, malahan tahun ni lebih mengembirakan bila sambut AidilAdha ni bersama emak aku sendiri di rumah baru aku hihi..
Lapat Pulut a.k.a Ketupat Palas

So story kami malam tadi sebelum pagi ini adalah misi membuat lapat pulut a.k.a ketupat palas. Well sebenarnya dah lama x buat ketupat palas ni, almaklumlah kalau raya sorang-sorang ni aku lebih suka pergi bercuti atau bersiar-siar sekitar KL.

Macam-macam rupa ada ketupat palas kami ni, ada kecil ada besar haha.. memang tergelak aku tengok rupa ketupat palas aku ni, apa pun janji boleh makan hihi.. ada setengah orang ketupat palas ni direbus tapi mak aku lebih suka kukus so nasik pulut tu masak rata dan lemak berkrim ^_^

Beginilah ketupas palas kami, daripada proses mendadih a.k.a tanak nasik pulut sampailah jadi ketupat palas...

Ketupat Palas Sabah Style Okey!!

Masak santan dulu

Bila pulut dah masuk ginilah rupanya
Ready to made
Dah siap tinggal nak kukus jer
Jemput makan semua.. makan dengan kuah kacang jer

Journal 2014 - # 835

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

My New House

Assalamualaikum! Hi uols! Yeah!! Finally aku duduk rumah sendiri juga setelah urusan pindah milik nama selesai. Before puasa hari tu aku dah start renovation rumah, nasib baik dapat tukang buat rumah orang tempatan dan harga amat berpatutan. Seriously memang banyak benda aku kena settle sendiri dari apply TNB sampailah pemilihan mozek dan cat rumah. Apapun sekarang ni aku tak perlulah nak menyewa lagi, yang penting aku duduk rumah sendiri dah.
Ruang dapur yang simple jer

Ruang pintu utama

Yang ni ruang kerja aku
Ruang tamu dan ruang makan
 

Journal 2014 - # 834

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum! Hi uols! Isnin lepas satu program Kempen Derma Darah telah diadakan oleh student praktikal agensi aku. Happening dan best betul bila sambutan yang diterima amat baik. Well tahniah pada team student praktikal yang menganjurkan program ini. Dalam masa yang sama aku juga turut serta dalam program ini. Of cos la aku dan seorang lagi team UKK jadi org pertama dalam kempen menderma darah ni untuk donate darah kita orang. Berikut antara gambar sekitar program tersebut:-








Journal 2014 - # 833

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

K3G 2014 yang mengecewakan!

Assalamualaikum! Hi uols! Kalau semalam aku cerita pasal MaGIC, hari ni aku nak cerita pasal satu lagi pameran yang agensi aku join. Apa pula halnya kali ni. Wow!! Memang hot buat aku geram dan angin satu badan!

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2014 (K3G) telah diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya Kuala Lumpur pada 26hb - 28hb September 2014. K3G ini sebenarnya bertujuan untuk melahirkan usahawan dikalangan Graduan. K3G ini adalah program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaya.
http://myum.um.edu.my/doc/banner%20k3g.jpg
Tahun 2013 K3G telah dianjurkan di PWTC dan sambutan agak menggalakan. Tapi tahun ini K3G 2014 boleh aku katakan tak semeriah di PWTC.

Penganjuran ini memang nampak hebat kerana hebahan sana sini telah dibuat. Apatah lagi lokasi memang menarik dan cukup hebat. Tapi pada hari pertama kejadian pagi-pagi lagi aku dah bising dengan pihak penganjur berkenaan dengan parking yang disediakan. Dahlah parking jauh lepas tu komunikasi antara penganjur dengan sekuriti parking entah apa-apa. Mula-mula kata parking B terletak bersebelahan dengan Marquee Tent, kemudian Sekuriti parking kata itu bukan parking B. Yang orang jadi marah adalah penanda arah untuk parking tak disediakan. Malahan cukup mengecewakan bila parking untuk peserta pameran yang terlibat adalah terhad dan pemilik parking A dan B juga adalah sama saja.
Bayar mahal-mahal tapi service yang diberi tak setimpal dengan apa yang dibayar. Terutama sekali pada gerai jualan yang pihak agensi aku telah beli. Dahlah kawasan open tak ada tempat letak barang keselamatan pun tak terjamin. Kawasan Marquee Tent pula agak suram dan tak begitu banyak sambutan boleh dikira, pengunjung yang datang, terutama sekali di booth agensi aku. Hmm.. Memang mengecewakan. Sehinggakan ada agensi yang membuka booth hanya sehari sahaja kemudian blah begitu sahaja. 

Apapun kejadiannya, perkara dah berlaku tahun depan kalau ada offer lagi, nak cakap kat boss sorry not interested anymore!