Journal 2011 ~ #185

Cepat betul masa berlalu hari ni dah 31hb Januari 2011, sedar x sedar dah hujung bulan.. semalam aku pon da masuk semester baru dah semester 3 rupanya aku hihi.. x sabar nk great sebenarnya hihi. Malam td masa aku godek2 lappy aku sambil aku on MP3 Underheadlights-Jangan Kau Tiada tetiba jer aku terasa nk menyanyi sendiri, lagu tu betul2 buat aku gila hahahaha.. mana x tnya setiap bait lirik tu buat aku terasa jauh sgt dgn 'si dia' alahai payahnye bercinta jarak jauh ni.. hmm sehari x dgr suara sure aku demam rindu adeii mcmna ni.. esok da kahwin pom sure PJJ juga ni arrrggghhh!! jauhnyer.. x mauuuuuu.... huhuhu...

~Underheadlights - Jangan Kau Tiada~
Kau bisikan impianmu padaku
Kau lafazkan padanya cintamu
Whoa ohh
Whoa ohh
Kau lah detak hatiku
Selamanya kau ku inginkan
Apa yang ku pinta
Jangan kau tiada
Yeahh

Kau nyalaan, nyalakan hidupku
Kau elusan, tenangkan resahku
Whoa oh
Whoa oh
Yeahhh..

Kaulah detak hatiku
Selamanya kau ku inginkan
Apa yang ku pinta
Jangan kau tiada

Kaulah detak hatiku
Selamanya kau ku inginkan
Apa yang ku pinta
Jangan kau tiada

Kaulah detak hatiku
Selamanya kau ku inginkan
Whoa oh
Whoa oh

Kaulah detak hatiku
Selamanya kau ku inginkan
Apa yang ku pinta
Jangan kau tiada

Kaulah detak hatiku
Selamanya kau ku inginkan
Apa yang ku pinta,
whoa oh
Jangan kau tiada
WOO!

Na na na na nana na na na na na
Na na na na nana na na na na na

(C)Copyright Underheadlights. All Rights Reserved.

Journal 2011 ~ #184

Hari ni aku cuma ingin membuka minda membuka mata utk berkongsi cerita isu yg tgh hangan d M'sia ni. Terdetik hati aku nk buat surfing pepagi ni pasal soal sejarah jd aku jmpa artikel ni kat salah sorg rakan blogger kita (http://malaysiaheaven.blogspot.com/2010/07/bangsa-asing-cuba-menghilangkan-sejarah.html) jd aku copy n paste citer ni utk kita pikir2 kan..

Bangsa Asing Cuba Menghilangkan Sejarah Bangsa Melayu

FAKTA tidak boleh dibahaskan… Itulah sanggahan daripada salah seorang peserta yang menegaskan bahawa sesuatu fakta sejarah tidak boleh dibahaskan. Ia sudah menjadi fakta, dari itu kita kena terima seadanya. Ini kerana topik yang dibahaskan adalah suatu yang sensitif dan diperakui sebagai sejarah.
Menarik penghujahan yang dilontarkan oleh peserta berkenaan. Bertambah menariknya apabila beliau mengakui telah mengajar subjek sejarah sejak 10 tahun lalu dan sekarang mengajar subjek kenegaraan pula.
Bagi menjawab persoalan itu, saya meletakkan sebotol air mineral di atas rostrum dengan labelnya mengadap saya lalu bertanya, apakah objek tersebut. Beliau menjawab, botol air minuman.

Apabila ditanya apa yang tertera di belakang botol tersebut, jawapannya tidak tahu kerana tidak nampak. Saya bertanya pada peserta yang berada di hujung kiri dan kanan dewan apa yang mereka lihat? Jawapannya berbeza antara satu sama lain. Masing-masing mendakwa apa yang dilihat itulah bahagian hadapan. Apabila ditanya perkataan apa yang tertulis di bahagian belakang yang mengadap saya? Mereka menjawab tidak tahu kerana tidak nampak. Maka saya pusingkan botol dan bertanya adakah para hadirin nampak keseluruhan perkataan serta gambar yang tertera pada botol itu, jawapannya Ya.

Begitu juga sejarah, ia perlu dilihat dari pelbagai sudut barulah kita dapati perkara yang sebenarnya berlaku.
Bagaimanapun, peserta yang menggesa supaya fakta sejarah tidak dibahaskan masih bertegas dengan pendiriannya dengan mendakwa saya mengelirukan para hadirin. Keliru! Tiada niat sama sekali tetapi peserta itulah yang mengelirukan pemikiran dan bersifat tertutup untuk menerima sesuatu yang baru, kerana persepsi awalnya mendakwa saya yang berkelulusan jurutera tidak layak untuk membicarakan mengenai sejarah negara dan kenegaraan.

Sebagai seorang yang berkelulusan teknikal dan dilatih untuk melihat sesuatu itu dari pelbagai aspek, begitu juga apabila mengkaji sejarah negara, kita tidak boleh melihat ia dari satu sudut sahaja, sebaliknya ia perlu dilakukan secara menyeluruh, barulah mendapat gambaran yang sebenarnya.

Perdebatan ini berlaku dalam satu wacana ilmu mengenai sejarah penubuhan Malaysia yang dihadiri oleh golongan pendidik. Ia bermula apabila seorang peserta bukan Melayu menyatakan bahawa orang Melayu di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah masyarakat tertutup dan ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Beliau mendakwa, Melaka maju hanya disebabkan kehadiran pedagang Cina dan India. Jika kedua-dua bangsa tidak membantu, orang Melayu Melaka akan terus berada dalam keadaan daif dan tidak bertamadun.

Tersentak saya dengan dakwaan tersebut. Saya bertanya jika Melaka tidak maju mana mungkin, pelabuhan Melaka yang dikendalikan oleh orang Melayu Melaka didatangi oleh pedagang-pedagang dari seluruh pelusuk dunia? Seperti yang ditulis sejarawan Portugis, Tome Pires di dalam bukunya Suma Oriental, antara negara yang datang berdagang di Melaka selain Portugis ialah Kaherah, Mekah, Aden, Malindi, Ormuz, Parsi, Rom, Turki, Turkomans, Armenia, Gujarat, Malabar, Klings, Ceylon, Bengala, Arakan, Pegu, Siam, Patani, Kambodia, Champa, China, Brunei, Lucoes, Laue, Banka, Linga, Banda, Bima, Timor, Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Minangkabau, Siak, Arqua, Aru, Bata,Tomjano, Pase, Pedir, Maldives dan banyak lagi.

Di dalam buku berkenaan juga mencatatkan terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan sehari di pelabuhan Melaka, tetapi jika tidak tahu berbahasa Melayu mereka tidak dibenarkan berdagang. Ini menunjukkan sistem pentadbiran Melaka diterima pakai oleh masyarakat pedagang ketika itu.

Maknanya, pedagang Cina dan India sama peranannya seperti pedagang negara lain, cuma pedagang Cina dan India diberikan sedikit keistimewaan berbanding yang lain. Ini kerana berdasarkan sejarah, Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan maharaja Ming telah memperakui Melaka sebagai sebuah negara di bawah naungannya.

Berdasarkan hubungan itu, orang Melayu Melaka telah 'mempelawa' orang Cina untuk bersama-sama memajukan ekonomi Melaka. Manakala India, antaranya berdasarkan pengembangan agama Islam dan percayanya orang Melayu ketika itu, turut meletakkan orang India di dalam sistem pentadbiran Istana Melaka. Mulia sungguh hati orang Melayu!

Adakah dengan alasan ini, bermakna orang Melayu tidak 'cerdik' dalam mengurus ekonomi dan pentadbiran negara, atau orang Melayu sebenarnya 'mengajar' pedagang-pedagang asing bagaimana untuk menjadi seorang pedagang dan pentadbir yang cemerlang termasuk kepada pedagang Cina dan India. 

Cuba lihat kenyataan Damio de Geos di dalam bukunya Bibilotheca de Classicos Portuguezes, bab 1, m.s 117, perenggan 14; "Bandar Melaka terletak di tepi lautan Siam, di muara sebatang sungai yang kecil. Ia merentangi sepanjang pesisir pantai dan sempit. Terdapat dusun yang sangat subur dan air tawar yang begitu banyak. Sumber-sumber bekalan dibawa dari luar." 

Begitu juga dalam Bab 1, m.s 117, Perenggan 13, Damio de Geos mencatatkan bahawa Melaka dikenali sebagai bandar yang terkaya di dunia memandangkan bahawa pedagang-pedagang yang menduduki bandar tersebut adalah sangat kaya. 

Kekayaan mereka dinilai dari segi jumlah emas yang dimilikinya. Emas ditukar dalam bahar - satu bahar adalah sama dengan 4 quintaes (satu quintaes adalah sama dengan 100 kilogram). Terdapat pedagang di Melaka yang memiliki emas dan permata antara 10 hingga 12 bahar"

Jika dikaji kenyataan di atas, ia menyatakan bahawa Melaka dikenali sebagai bandar yang terkaya di dunia. Tiada perkataan 'antara' diletakkan. Ini bermakna Melaka adalah negara yang terkaya di dunia ketika itu, mengatasi negara-negara maju di Eropah. Tidak cerdikkah orang Melayu?

Damio de Geos, turut menyatakan "Terdapat rumah-rumah berbatu yang kelihatan indah dan terdapat istana-istana yang indah." Juga seperti mana yang dikatakan oleh M.B. Lewis, pensyarah Bahasa Melayu Universiti London dalam A Handbook of Malay Script dicetak pada tahun 1954. 

"Kalakian maka datang sebuah kapal Feringgi dari Goa maka ia berniaga di Melaka. Maka dilihat oleh Feringgi itu negeri Melaka terlalu baiknya dan bandarnya pun terlalu ramai," Secara logik apabila Melaka maju, bermakna orang Melayu ketika itu bukan sahaja bangsa yang kaya malahan bijak dari segi pentadbiran, ekonomi termasuklah hubungan antarabangsa. Itu sebab wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Persoalannya, apabila ada dakwaan menyatakan bahawa orang Melayu tidak mampu berdikari tanpa bantuan orang bukan Melayu dari segi ekonomi, pendidikan mahupun pentadbiran, sejarah membuktikan sebaliknya. Adakah penanya berkenaan cuba memanipulasi fakta sejarah, supaya berpihak kepadanya?

Dilihat masa era penjajahan yang bermula pada 24 Ogos 1511 iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, sistem atau ketamadunan Bangsa Melayu telah dimusnahkan. Dalam tempoh 446 tahun dijajah, siapa sebenarnya yang mendapat manfaat daripada penjajahan tersebut? Adakah orang Melayu atau bukan Melayu yang menerima 'laba' daripada penjajah?

Apabila dihujah sedemikian, para peserta berkata, mereka tidak tahu. Mereka tidak diajar di sekolah. Apa yang diajar sekarang? Pelik! Saya memperoleh fakta ini semua di dalam buku sejarah yang dibaca di peringkat sekolah, cuma saya kembangkan untuk mendapatkan fakta tambahan bagi mengesahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Adakah benar fakta Sejarah tidak boleh dibahaskan? Adakah fakta yang disogokkan sekarang perlu dipertahankan, atau kebenaran perlu dicari! Fakta tetap fakta, yang perlu dicari ialah kaitan antara satu sama lain sehingga memberikan satu gambaran yang jelas berhubung sesuatu peristiwa itu.

Malangnya, terdapat segelintir mereka yang mempunyai kuasa, tidak membenarkan perkara-perkara sedemikian dibahaskan secara ilmiah dan yang lebih menyedihkan dengan kuasa yang mereka ada mengarahkan apa-apa yang melibatkan orang Melayu terutama konsep Ketuanan Melayu tidak boleh dibahaskan. Alasannya takut akan dianggap bersifat perkauman.

Jawapan saya mudah, mereka tiada roh Melayu Ultra. Jika benar mereka bangsa Melayu, fakta sejarah bangsa Melayu tidak harus 'disembunyikan'. Golongan inilah yang sebenarnya mengkhianati perjuangan nenek moyang mereka yang terkorban demi mempertahankan kewujudan bangsa iaitu bangsa Melayu. Sedarlah bangsa Melayu.

Sumber : Utusan malaysia

Journal 2011 ~ #183

Interlok oh Interlok?? Hari ni paper BHarian bercerita tentang Buku Teks Komsas Novel Interlok.. "Interlok dikekalkan, tapi bahagian tertentu dipinda.." apa cer?? isk!! memang politik sungguh knapa x terima kenyataan?? sedang kan itulah hakikat sebenar.. kata mereka Interlok tu berunsur perkaum.. abis tu da berabad da buku tu d guna x de pon budak2 sekolah bergaduh pasal perkauman?? POLITIK sungguh. Mengutip citer2 dlm weblog kekawan lain seharusnya Novel tersebut x perlu dipolitikan, provokasi atau kontroversi.. apa citer sebenarnya.. umat manusia skg ni da tahu berfikir yg baik n yg buruk menilai antara intan n permata yg korg sibuk kata Interlok tu berunsur perkauman apa citer?? sesungguh manusia zaman skg ni buta sejarah n x tau menilai kehidupan sebenar.. Pernah ke korg rs mcmna hidup zaman2 bermulanya Malaya d tubuhkan?? seperti pemimpin terdahulu?? rs nye x pernah klau setakat hidup selepas MERDEKA tu x yah bercerita soal unsur perkauman.. hakikatnya memang sedemikian kehidupan yg susah membentuk perpaduan kaum itu telah lama dilaksanakan cuma org skg ni jer yg x reti nk memahami sejarah sebenar..
Novel Interlok berusia 40 tahun.. apa dosa, ada salah novel ini menjadi isu politi negara
Bukan soal perkauman yg hendak di isu kan sebenarnya tetapi kehidupan itu yg menyebabkan mereka mengatakan sedemikian. Entahlah korg ada otak korg pikir la sendiri, korg lebih pandai korg lebih hebat.. sebab lebih berkuasa n berpangkat.. org mcm kami hanya mendengar, melihat n menolog sndiri.. so pandai2 la korg memikirkannya.. lepas ni Novel mana plak akan jd mangsa politik korg lagi??

Journal 2011 ~ #182

Hari ni aku nk berciter pasal produk HR Marketing.. sejak aku jadi member pada produk HR Marketing alhamdulillah kesihatan aku bertambah baik terutamanya lelah aku ni, klau dulu pantang kena sejuk pasti lelah.. Fuhh!! sengsara kehidupan ketika itu, tp sejak amalkan Susu Kambing HiGoat ni alhamdulillah lelah aku bertambah baik n skg ni bila check kt klinik doktor kata lelah da x de tu yg paling aku suka sbenarnya hihi alhamdulillah.. sehingga kini aku amalkan minum Susu Kambing HiGoat ni. Sambil2 tu aku teruskan juga amalkan Kopi SpyHRu, sbenarnya kopi ni elok utk org2 yg menghidap kencing manis, darah tinggi n kolestrol tinggi. So memandangkan family aku ni ada penyakit kencing manis n darah tinggi jadi aku amalkn la kopi SpyHRu. Sejak dari itu aku berkongsi maklumat dgn kekawan tentang produk ini demi kesihatan yg terjamin. So korg yg berminat bleh la layari weblog aku kt http://product-hi-goat2u.blogspot.com kt sana mcm2 maklumat korg bleh dpt n tanya.. wokey adiosazz!!

Journal 2011 ~ #181

Wah!! pejam celik pejam celik da rabu rupanyer.. baru ari ni sempat update blog ni hihi byk plak nk share dgn korg tp yg ni aku nk share. Mcm besa aku akan pastikn halwa telinga aku ni setiap pg akan mendengar XFM radio so tetiba aku terlayan plak lagu 'Under Head Lights - Jangan Kau Tiada' so pada korg yg minat muzik indie jom layan lagu ni..




Journal 2011 ~ #180

 18hb Januari 2011, 1st time nk fly with firefly airlines.. kata member-member yang dah pon menggunakan perkhidmatan firefly dr KLIA ke Kuching kata diorg best.. x tau la plak aku hihi.. tp today it time 4 me nk merasa penerbangan mengunakan khidmat firefly. Tambang pun berbaloi ler juga walaupun x tau pada ms akan datang tp hopely yg terbaik ler.. kini aku ada 3 pilihan utk memilih penerbangan mana yg ingin aku naiki MAS, FireFly n AirAsia. BUT dalam kamus hidup aku last year its the last aku menggunakan perkhidmatan AirAsia. Sebab perkhidmatan yg ditawarkan sebenarnya bkn yg memuaskan sebaliknya menyusahkan dan byk plak caj tersembunyi. Harap2 Firefly x de la caj tersembunyi n kekalkan perkhidmatan sedia kala. Lepas ni mesti ramai yg akn memikir utk perkhidmatan yg terbaik. Kata org ala membeli menang memakai hihi.. Mula2 pikir firefly ni guna kapal yg kipas kt luar tp bila servey kt website utk penerbangan Kuching n Kota Kinabalu ni mereka menggunakan Boeng 737-800 so kapal besar tu. Lagipun penerbangan bkn dr Subang Airport tetapi dr KLIA, so pengangkutan yg d sediakan BAS n KLIA Xpress. Kalau BAS ikut Airport Coach tambang RM10 dr KL Sentrel memakan masa sejam, kalau KLIA Xpress RM35 memakan masa 28 minit dr KL Sentrel. So pikir2 kn la n selamat beramal..

Journal 2011 ~ #179

Balik keje mesti Jam.. so aku dlm keta yg sentiasa di temani oleh kamera kesayangan aku ni akan buat candit x kira tempat, waktu n masanya hahaha so enjoy!!

Tengok berapa panjang daaa..
Pemandangan sepanjang jalan
cute jer aku ambik


pokok da mati tp cantik

nampak mcm monyet jer kan, tp ini sebenarnya kehidupan

Journal 2011 ~ #178

I Follow U.. hihi mcm lagu iklan DiGi plak hikhikhik.. actully bkn nk citer pasal iklan DiGi ke apa, cuma aku nk bercerita pasal Twitter! Huh!! mesti byk yg tertanya-tanya sejak bila n knapa tiba2 jer hikhikhik.. actully aku mng suka mcm tu wat gempak hikhikhik BTW aku baru nk berjinak-jinak dgn dunia twitter, rs da bosan plak dgn FB, actully best gak dgn twitter ni nmpk privacy ckit bleh follow ramai artis, DJ n kekawan yg lain.. so pada korg yg ada twitter tu jgn lupa tweet aku yerk cr jer nama aurora_ahtila pasti korg akan jumpa pnya. Wokey la nk g tgk twitter dulu, adiosss!!

Journal 2011 ~ #177

Hari ni nak citer pasal skuad harimau muda Malaysia, tak habis2 lg berita diorg ni sejak 2 menjak ni, ada plak yg hura-hura mengatakan pemain kita dpt offer dr pasukan luar negara, klau betul alhamdulillah yg pasti pengalaman tu lebih bermakna, tp bg aku baik menabur bakti pd negara sblum beralih ke pasukan luar. Smlm ms tgk berita aku tgk bkn main gah lg kerajaan bg inisiatif pd sume pemain skuad harimau muda kita ni, klau d hitung d kira dlm RM65k sorg dpt termasuk ler jurulatih K.Rajagopal. Yang best tu Amanah Saham 2020 pn kena bg tiap sorg dpt RM50k fuh!! smpi pencen pn berbaloi hihi..

Berikut adalah beberapa gmbr yg aku kutip dr blog2 kekawan blogger yg lain..

Skuad Harimau Muda bersama PM

PM bersama penyokong Malaysia ketika menentang Indonesia

Sanggup duduk di jalan raya bersama rakyat walaupun disediakan tempat khas namun PM berbesar hati duduk bersama penyokong Skuad Harimau Muda menyaksikan bersama-sama

Journal 2011 ~ #176

Hmm.. smalam tgk kt berita TV3 pasal kapal terbang TERBABAS!?.. cepat-cepat aku naikkan volume TV kt umah bila tgk kapal terbang AirAsia rupanya yang terhempas n terbabas.. fuh!! AGAIN.. the samething happen.. 2007 pon benda sama gak AirAsia terbabas kt KLIA tahun sudah AirAsia tergelincir dr landasan KKIA heyuuu.. menakutkan. Kata menteri berkenaan faktor cuaca menjadi punca kejadian.. iyer ker?? tahun sudah pun cuaca macam tu gak, tp x kata pon faktor cuaca menjadi punca? isk!! ataupun pilot dia tu kut yg rabun atau gagal mengawal pesawat sebab keletihan.. Maklumlah AirAsia ni yg aku tgk klau flight smpi jer kt terminal rehat kejap jer lepas tu gerak balik. Kekadang aku terfikir gak buatnya kapal meletup camner?? erk!! minta simpang 44 malaikat. Berikut berita penuh dari sumber Utusan Malaysia :

AirAsia siasat insiden pesawat terbabas di KIA
11/01/2011 6:59pm

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, akan melakukan siasatan penuh dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)kejadian pesawatnya yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) semasa hujan lebat malam tadi.

Menurut satu kenyataan AirAsia hari ini, laporan awal mendapati darjah penglihatan ketika itu adalah cukup baik untuk melakukan pendaratan.

Juruterbang berjaya mengawal pesawat untuk berhenti dengan selamat dan melaksanakan pemindahan para penumpang selaras dengan prosedur operasi standard syarikat.

Kesemua 123 penumpang pesawat penerbangan AK5218 dari Kuala Lumpur dipindahkan dengan selamat. Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital untuk pemerhatian sebelum dibenarkan keluar kemudian.

Penerbangan AirAsia dari Kuching yang terjejas akibat insiden itu adalah AK6036 (ke Kota Kinabalu - 6.10 pagi), AK5203 (ke Kuala Lumpur - 6.15 pagi), AK6562 (ke Bintulu - 6.20 pagi), AK6526 (ke Bintulu - 8.35 pagi) dan AK5201 (ke Kuala Lumpur - 9.35 pagi).
Penerbangan lain yang terjejas adalah AK6673 (ke Singapura - 9.50 pagi), AK5843 (ke Johor Baharu - 10.30 pagi), AK6546 (ke Miri - 11.10 pagi), AK5205 (ke Kuala Lumpur - 11.55 pagi), AK6505 (ke Pulau Pinang - 12.20 tengah hari) dan AK5207 (ke Kuala Lumpur - 1.55 petang).
Para penumpang AirAsia yang terjejas akibat penutupan lapangan terbang ekoran insiden itu dinasihatkan menghubungi talian 03-2614 2999 dengan kata laluan 1231 10111. - Bernama

Ini adalah antara gambar2 yg aku kutip dr sumber weblog teman2 blogger utk di kongsi bersama..



Journal 2011 ~ #175

Masa cuti new year baru ni.. aku x de wat apa benda pon jd aku ambik la gmbr2 yg aku rs nk kongsi dgn korg sume.. so korg tgk sambil2 tu beri la komen klau korg rs nk komen hikhikhik..
Xmas tree kat The Curve, Mutiara Damansara
Sambil2 tunggu nk tgk movie aku ambik la The Curve pnya bangunan ni
Yang ni korg mesti nk gelak, kotex luxe tp special ckit sbb kotak dia tin hikhikhik
Macam design ada taw mcm syg plak nk pakai hikhikhik
Kecil tp cute
ada 6 sume nye tp murah jer hikhikhik

Journal 2011 ~ #174

AJL25 akhirnya terjawab juga milik Ana Raffali
Hari ni aku lewat masuk opis.. isk!! tension betul ari2 jam x de hal tiap2 hari jam, yg x tahan tu jam yg luar biasa ntah apa sbb nyer pon x tau.. tp tolak tepi dulu citer pasal jam ni sbb malas nk layan ari ni aku nk layan pasal AJK25 mlm td hihi.. memang best siut walau terpaksa tgk kt depan TV jer tp berbaloi bleh on FB dgn kekawan yg sesama mcm aku hihi..

Malam td merupakan pertandingan yang cukup2 berbaloi-baloi sbb nye artis atau band yg bertanding adalah dr kalang muzik indie n realiti dan sudah pasti aku akan menyokong muzik indie. Pembukaan pertama dari Yuna dgn lagu cinta sempurna nye tu memang best siut x de apa yg lebih best, Yuna always the best. Begitu juga persembahan dari A.P.I dengan lagu Pelita mereka fuh!! bila dgr jer Lan tarik key note tinggi meremang bulu roma aku hikhikhik..

Persembahan daripada Ana Raffali jg x kurang hebatnya, penuh dramatik dan bermakna, mesej lagu pn memang baik pnya, tapi apa pon persembahan artis n band indie smalam memang yg terbaik aku suka sgt.. kira ni zaman kebangkitan buat diorg semua. Semoga tahun depan lebih banyak artis/band indie akan masuk lg ke AJL. 

Akhirnya AJL25 terjawab juga, Tuah lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian oleh Ana Raffali telah merangkul sebuah trofi dan juga RM35k dalam gengaman. Buat Ana Raffali tahniah n syabas atas kemenangan anda, kemenangan yang x d sangka tp berbaloi untuk AJL25, teruskan usaha dan kecemerlangan d masa hadapan. Syabas!!

Journal 2011 ~ #173

Esok kt TV3 ada AJL25. Macam best jer sbb aku tgk byk artis2 Indie yg masuk bertanding x kurang hebatnya artis realiti pon ada hmm.. kira AJL25 : Artis Indie VS. Artis Realiti hihi.. so kena tunggu n lihat la esok malam yerk.. terasa bahang kehangatan walaupun hujan hihi kita nantikn nya jgn lupa mlm esok yerk!!

Journal 2011 ~ #172

Talk to my hand!!
Baru hari ni dapat update weblog ni.. fuhh!! nk kata byk keje x de jg mungkin masa membataskn sgalanya kut.. dua tiga hari ni mood x berapa nk elok asyik nk marah jer, kekadang aku rs mcm x bleh nk control everything yg aku pikir. Mungkin perubahan hormon dlm badan kut hihi, by the way aku bkn nk citer pasal mood aku tp nk la kongsi kn suasana tmpt keje aku yg kekadang x de privacy, x mcm kekawan aku yg keje tmpt lain x kira la d mna je sama ada company besar atau kecil diorg ada studio sndiri jika membuat keje best nyerrr jeles kekadang aku huhu terhingin mcm diorg gak tp sabar.. mayb one day i hope so.. yg x bestnye tu bila org2 kt sekeliling ni berciter atau bersembang mengalahkan pasar bising mcm ckp 10 batu dr jarak org lain adeiii kekadang bila ada idea tu hilang terus terpaksa sumbat telinga ni dgn headphone on MP3 full volume baru puas tp idea da kurang n x de yg menarik da sbb da hilang tu yg aku kekadang x phm knpa nk sembang kuat2 sgt mcm korg x hormat org lain, yg x bestnye tu bila kita kt talian tepon kekadang x dgr apa yg org dlm talian tepon tu sembang adoii kata ambik communication coursems study x tau ke nk applikasi kn atau praktik kn apa yg korg belajar huh!! (*&?!#) Bosan tul bila x phm bahasa.

Sebelum ni bkn x de bos  yg tegur siap kata mcm pasar lg tp x reti2 jg still lg mcm tu x berubah huh!! pk ni market ker?? tp masuk telinga kanan kuar telinga kiri.. x pk ke nko tu duduk sebelah bilik MD tlg la jaga privacy org lain jg, kata corporate communication tp macam pasar.. ntah la pandai korg la korg lebih tua dr aku tau pk yg baik n buruk.. korg ada hotak korg pikir la sndiri..

Journal 2011 ~ #171

3 Januari 2011, genaplah 6 tahun aku bekerja dgn company yg sama, alhamdulillah rezeki masih ada bersama company, berkat bekerja membantu warga miskin di Malaysia. Inilah 1st job aku after great dr college.. moga-moga rezeki masih lagi bersama company ni, amin..


Journal 2011 ~ #170

1 Januari 2011, cepat betul masa berlalu usia pun makin meningkat tp itu bukan persoalannya. Semalam aku g tgk movie 'The Tourist' kt The Curve Damansara, dalam perkiraan lepas nk tgk movie tu kononnya nk tunggu smpi countdown 2011, kebetulan mlm tu ada konsert kt IKANO tp niat aku x nk g tgk Konsert just nk tunggu Countdown.. tp oleh kerana penat aku batalkn niat nk tnggu countdown tmbhan plak aku g dgn kawan erm.. what ever la bkn jd masalah pon x tnggu countdown next year klau ada umur bleh la g tngu countdown sorg2 pon x pe g kt genting ker best gak hahaha..

Erm.. mlm td inbox hp aku penuh dgn wish new year 2011 klau dr kekawan bkn seagama tu x pe la aku accpet tp ni kekawan yg muslim camner tu?? masa Awal Muharam ari tu x de sorg pn nk wish kt aku huhu dunia da nk terbalik da agaknya.. bkn nk pertikaikan sbenarnya tp itulah hakikatnya kata Malaysia ni negara ISLAM tp tgk la rupanya.. klau sambutan Awal Muharam x pe pon konsert kena taja oleh mana2 pihak.. tp bila new year fuh!! masyukkk byk plak tu siap taja artis luar negara lg datang Malaysia.. lepas tu klau tgk penonton yg dtg tu anak2 muda melayu kita.. isk!! kt situ la gejala sosial melanda, mungkin tgk konsert tu x salah cuma yg salahnya bila perkara yg x di 'hingini' berlaku.

Aku terpandang pd post wall FB kawan aku br ni.. memang betul jg kenyataannya gejala sosial makin bertambah n katanya lg bulan 9 ni pasti byk bayi2 yg akan d buang.. mula2 terpikir jg apasal plak?? rupa2nya kes new year huh!! lepas tu pagi td aku terlihat post wall sorg kwn lg ayat dia mng sempoi "menurut perangkaan malaysia malam td ramai yg kehilangan dara" fuh!! mng ngancam ayat tu tp x di nafikan sebenarnya mng berlaku pn benda2 mcm ni slalunya mng akn terjadi sbenarnya.

So korg ada mata guna utk melihat yg  baik, korg ada telinga dgr nasihat org tua, korg ada otak korg pk la sndiri!!