Journal 2009 ~ #81

Wahai pagi yang dingin
Dalam syahdu aku rindu
Dalam rindu aku pilu
Dalam pilu aku menangis
Rindu ku milik siapa ya Tuhan ?
Dan rindu mu milik siapa wahai kekasih ?

Kasih
Dalam kau berjaga siapa yang kau ingat ?
Dalam kau terlena siapa yang kau mimpikan ?
Ketika ini adakah kau ingat pada ku
Seperti mana aku mengingati mu ?

Adakah engkau menyedari kekasih
Betapa aku merindui mu
Setiap detik dan saat
Tak lekang nama mu di bibirku
Hati ku berdenyut-denyut menyeru nama mu
Adakah aku salah Kasih
Berperasaan demikian terhadap mu ?

Bukan ku pinta jadi begini
Bukan ini juga yang ku mahu
Bukan aku yang merancang
Bukan aku yang menentukan
Hadirnya resah dan gelisah
Perasaan rindu dan sayang kepada mu
Di saat kau terjaga atau terlena
Hingga menganggu kegembiraan
Dan ketenangan hati mu

Hadirnya atas kehendak Illahi
Hadirnya juga mengusik kalbu
Menganggu lena dan jaga
Memilukan naluri hati
Menganggu ketenteraman dan
Ketenangan jiwa ku

Hati sakit dan teramat sakit
Sungguh menikam sukma
Belahan jantung ku
Ibarat pisau menoreh luka
Andai tak ku luahkan
Apa yang tersirat di hati
Rasa seolah diri tak berharga
Jasad wujud tapi tak bernyawa


Sungguhnya Kasih
Rindu ku milik mu
Ibarat masa yang sering berputar
Takkan berhenti walaupun sedetik
Ibarat siang dan malam
Dibawah sinar cahaya bulan dan matahari
Ibarat pagi dan petang
Takkan pudar dan kelam
Ibarat si kumbang dan si bunga
Bernyanyi merdu
Subur dan mekar
Bercambah di sudut hati
Agarnya kekal di situ selamanya

Journal 2009 ~ #80

Rinduku bertandang lagi
Tiada kata seindah bahasa
Untuk ku menghuraikan maksud erti rinduku
Apa yang ku faham aku amat rindu
Rindu pada kekasih yang jauh di mata
Tetapi dekat di hati

Rinduku bertandang lagi
Wahai angin pagi
Sampaikan salam rinduku ini
Pada kekasihku
Katakan padanya bahawa aku amat merinduinya
Rindu pada senyumannya
Rindu pada sentuhannya
Rindu pada bisikan cintanya
Rindu pada gelak tawanya
Rindu pada usikannya
Rindu pada segalanya

Rinduku bertandang lagi
Andai aku ada kuasa
Ingin ku pergi kepadanya
Untuk Meluahkan rasa rinduku ini
Kekasih sesungguhnya aku rindu padamu
Adakah kau berperasaan yang sama seperti diriku
Wahai kekasihku?

Journal 2009 ~ #79

Saat kakiku menolak hangatnya selimut pagi
Kubaca lagi goresan tinta hatiku yang kau kembalikan
Belum sempat kuselesaikan semuanya
Ada keraguan hati yang lain memintaku untuk berhenti

Bukan pelukan masa silam yang kucari
Tapi kenyakinan adanya semangat hidup yang kuinginkan
Cukup membingungkan antara kenyakinan dengan kenyataan
Hingga aku menyadari bahwa itu memang pernah terjadi

Kusambut cahaya pagi dengan senyuman
Kudapati kau baik-baik saja
Hingga kepastian itu datang
Memihak aku atau kamu bahkan bukan kita berdua

Aku mempercayai hati penuh ketulusan
Aku menyakini hati hanya termiliki seorang saja
Tapi banyak hati mempertanyakan…
Kemanakah sebenarnya pelabuhan hatiku yang terakhir?!

Journal 2009 ~ #78

Saat menjelang pagi hari
Mentari mula menyinari bumi

Apakah ini haru yang menyelimuti hatiku
Ataukah ini kepedihan dalam perjalananku
Mungkinkah ini kepenatan hanya dalam anganku

Sejenak tertunduk diam
Kutengelamkan semua masalah
Kujauhkan segala egois dan amarah

Tak pernah aku tahu
Teramat berarti hadirmu
Teramat besar pengaruhmu

Ini bukan puisi yang dipenuhi sajak aliran keindahan
Tapi..
Tapi, aku tetaplah aku
Aku yang mencintaimu
Aku yang menginginkanmu
Sampai bila pun mencintaimu

Journal 2009 ~ #77

Terciptanya kita terciptalah rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Tercipta episod penuh berwarna antara kau dan aku

Terasa segalanya sempurna tanpa cela
Lihat dari hati bukannya diri
Bagai puteri menanti putera kasih antara kita

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita

Terciptanya kita terciptanya rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Terasa semuanya sementara sumpahan antara kita

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta

dugaan berdua tiada beza
dari mana datangnya sentiasa
Kabur tiada dapat kita menghalangnya

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita

Terciptanya kita terciptalah rasa
tercipta cinta, tercipta rindu

Journal 2009 ~ #75

Hatiku gusar sepanjang minggu ni. Apa yang aku buat, semua tak menjadi. kadang-kadang aku nangis sendiri tatkala malam menjelma. Tak tau pada siapa nak kuluahkan isi hati ku.

Aku duduk di meja. Ku capai naskhah quran ku di atas rak buku ku. Tudung hitam menutupi kepalaku. Ku buka al quran dan mula membaca. Aku baca pula terjemahannya dengan harapan akan ada butir-butir nasihat dari Yang Maha Esa. Sampai ke ayat yg 40 dan 41 surah an-naziat, aku terpaku. Terasa seolah-alah Allah sedang berkata-kata denganku. Air mata bergenang tanpa disedari. 'Ya Allah...' kataku sendirian. Benarlah, al quran itu adalah penawar. Benarlah, Allah adalah sebaik-baik pemberi nasihat...

Journal 2009 ~ #74

Tika ini aku tersentak.
Bila coretan tidak bisa lagi dipadamkan
Ia tetap disitu..
menyelit di celah serat-serat hidupku
Bertamu disudut hati kecilku..

Tika ini kurenungi..
Untuk apa aku tunduk pdnya
Ia tidak bisa mengalah tidak bisa puas
Trus merobek secebis demi secebis tenangku

Tika ini aku tersekat..
Bila mahu hanya tunduk pd mampu
Bila ilmu hanya dibuku
Bila kata hanya diangin

Tika ini aku terdampar…
Bila yakin tidak lagi mahu bersahabat
Bila aku tidak lagi berharap..
Bila tumpu tidak lagi pada yang Satu..

Tika ini tidurku terjaga…
Tika air jernih itu jatuh…
menyusuri pipi yang tidak berlurah
Kuberserah ..berserah hanya pada-Mu

Journal 2009 ~ #76

Jiwaku kacau, hati ku gusar.. minggu ni memang minggu yang cukup memeritkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, sekali sekala terasa macam nak lari jer dari semua ini. Baru hari ini aku dapat membuat sesuatu yang normal dalam kehidupan aku, semalam aku keluar rumah tepat jam 6 pagi kerana terpaksa bergegas ke pejabat, mujur sempat dan pemandu telah siap menanti aku di situ. terkejar-kejar juga aku, al maklumlah aku terpaksa menghadiri satu pameran di Kg Nalays, Jasin Melaka. Memang memenatkan terlalu ramai tetamu dan aku terpaksa melalui semua itu. After 6 O'clock kami bergerak untuk pulang ke KL.. memang memenatkan tambahan pula minggu ini terlalu padat dan tiada rehat buat diri aku sendiri.

Hmm.. tadi lepas subuh emak call dari Sabah, sibuk tanya bila nak balik lagi? untuk memastikan rumah kat sana sempurna (kini projek membuat rumah telah dijalankan) entah lah aku sendiri belum ada kata putus, dalam masa yang sama emak sempat juga menasihati aku agar lebih berhati-hati dalam meneruskan kehidupan ini, thanks mom i always remember your advice.

Mungkin hari ni aku perlu bersendirian tanpa gangguan, at least aku boleh berehat tanpa ada gangguan dan yang paling penting aku perlu ambil masa untuk menenangkan keadaan diri aku, so pada teman-teman dan pada 'si dia' sorry kalau hari ni aku sepi tanpa beria.