Journal 2009 ~ #40


Dari semalam mood aku agak terganggu sedikit, entahlah sebab apa pun aku kurang pasti, adakah disebabkan aku kehilangan orang yang terlalu aku sayang dalam hidupku atau aku merajuk dengan sikap pak su aku yang terlewat untuk memberitahuku akan kehilangan insan yang aku sayang selama ini. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bersendirian untuk menenangkan fikiran aku seketika. Memang sedih bila kehilangan seseorang yang amat kita sayangi, namun aku perlu tabah dan perlu meneruskan kehidupan ini.

Tapi aku tak berseorangan 'si dia' ada bersama aku, walaupun jauh tapi aku syukur kata-kata nasihatnya buat aku lega dan aku tenang, terharu pun ada gak sebab dia sudi berkongsi kesedihan aku, walaupun aku menyatakan aku ingin bersendirian buat seketika waktu, thanks dear kerana memahami keadaan aku ketika itu.

Dan hari ini mood aku agak kurang sedikit rasa nak melenting pun ada gak tapi aku cuba control, hanya istigfar dan zikir dalam hatiku laungkan, alhamdulillah aku melaksanakan kerja-kerja aku dalam keadaan tenang, ku cuba meluahkan semua idea yang ada kat kepala otak aku ni untuk memberi nafas baru pada layout design baru aku. Mungkin kebahagiaan pada hasil karya aku itu tak bertahan lama, selepas sahaja solat zohor atas meja aku ada sepucuk sampul surat ekspress.. 'ni lain tak bukan mesti dari Maybank Credit Card Centre lagi ni!!!' (monolog aku sendirian) hmm.. panjang aku lepaskan keluhan aku sehinggakan rakan sekerja aku menegur aku tapi aku cuba tersenyum kelat, dalam hati Tuhan saja yang tahu.

Perlahan aku buka juga sampul surat tersebut walaupun aku tahu isi kandungannya, Ya Allah besar betul dugaan aku untuk melupakan dia yang banyak melukakan hati aku selama ini, kenapa mesti dia mesti hadir dalam hidup aku ketika ini saat aku ingin lenyepkan dia dari kotak memori aku ketika ini.

Mungkin inilah satu kesilapan besar yang aku lakukan dalam hidup aku ketika ini. Terlalu baik pada orang akhirnya kehidupan aku sendiri hampir musnah, Ya Allah sesungguhnya aku terlalu kerdil untuk melakukan pembaikan ini. Mungkinkah aku perlu menghadapinya seumur hidupku setelah apa yang telah berlaku.

Aku ingin mengadu pada 'si dia' tapi tak sampai hati, sebab ketika ini dia sendiri pun punya masalah, so aku tak nak tambah masalah aku ini pada dia, apa yang mampu aku lakukan doakan dia terus tabah dan terus bersabar dengan ujian ini.

Hanya ketika ini aku hanya mampu berserah pada-NYA moga DIA sahaja yang bisa memberi aku kekuatan untuk terus melawan setiap masalah dan ujian ini. Aku tahu dan seharusnya aku mengerti ujian dari-NYA menguji kesabaran setiap insan yang dikasihi oleh-NYA.

Pada-Mu Ya Allah, aku berserah diatas segala kehendak yang Engkau inginkan, sesungguhnya ujian ini membuat aku lebih tabah dan terus sabar untuk melaluinya dan memberi aku kematangan dalam hidup ini. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk terus hidup dan terus berjuang dalam hidup ini, sesungguhnya pada-Mu aku memohon dan kepada-Mu jua aku berserah kerana Engkau mengetahui segala apa yang berlaku dalam hidupku ini, Amin..

Buat 'si dia' aku mengerti saat ini dirimu perlukan sokongan, namun aku mampu mendoakan dari jauh agar dirimu tabah dan sabar untuk meneruskan kehidupan ini, mungkin ini ujian dari-NYA melihat insan-insan yang sabar dan dikasihi oleh-NYA, aku ingin bersama dengan mu saat suka dan duka namun mungkin kita perlu ruang untuk bersendirian untuk merenung setiap apa yang berlaku dalam hidup ini, percayalah suatu hari nanti pasti bertemu sinar kebahagian dalam diri kita..

No comments: