Aku Pendatang Tanpa Syarat

Tika aku duduk sendirian di sebuah kedai kopi sambil ditemani tabletku, seakan aku lupa akan hal aku ketika ini. Aku berhenti menekan setiap bait keypad pada tablet ku, hati kecilku berkata dan bertanya 'Siapa Aku Sebenarnya? Siapa aku dibumi ini? Kenapa aku hidup dibumi ini? Mengapa aku?' Ya Tuhan aku mula bermonolog sendirian. Ilham terpancar, maka aku mula mengambil note book dan pen dari beg aku, aku menulis point-point penting agar tidak terlupa untuk penulisan seterusnya, Satu persatu baris aku tulis dan ku perincikan. 

Bermulanya sebuah epilog:
Ya Tuhan aku mula sedar betapa kerdilnya aku di bumi ini, terlalu kerdil dan terlalu malu aku kepada Mu. Hai lah manusia inilah sifatmu menabik dada mengaku paling berkuasa di bumi ini, kerana akal fikiran mu yang pinjamkan dan berikan kepada mu kau mula lupa siapa diri kau sebenarnya di bumi milik Dia yang berkuasa. Dari tanah kejadian manusia itu kembali juga ia ke dalam tanah. Allahu Akhbar!

Melihat persekitaranku, aku mula mencari dan terus mencari jawapan yang sememangnya aku telah ketahui. Melihat manusia disekelilingku, melihat kejahilan dan kealpaan ini aku mula sedar siapa aku pada diri aku sendiri. Gelagat manusia, perangai manusia, tutur bahasa manusia aku pelajari dan adakalanya aku tersenyum sinis kesemua itu, betapa bodohnya aku menjadi manusia kerdil dan tidak sedar diri siapa aku di bumi ini. Memiliki kekayaan, harta benda, rumah, kereta, jawatan, pangkat dan darjat keturunan bukan menjamin sesiapa manusia itu, ternyata manusia itu miskin papah kedana walaupun kaya tapi semua itu pinjaman semata-mata, Duduk di rumah mewah, menaiki kenderaan mewah, tidak menjamin siapa kita kepada DIA yang berhak dan berkuasa. Sedarkah kita siapa kita pada sisi dan mata DIA yang satu itu? 

Ada apa pada BANGSA dan KETURUNAN mu yang kau laungkan sebagai peribumi asal di negeri ini, apa kau mula lupa siapa kau dari mana asal usul dan keturunanmu dari mana? Lupakan kau asal kejadian diri mu dari setitis air mani yang jijik dan hina ketika kau membesar dirahim seorang wanita yang bernama IBU mu, kau ditiupkan roh ke dalam jasadmu oleh sang Pencipta iaitu Allah azawajal!? Lupakah kau bagaimana kau dilahirkan ke dunia ini sebagai seorang pendatang di bumi ini juga!? Lahirmu disambut dengan rasa kesyukuran dan tanda kasih kepada Ilahi, sedarkah kau juga seorang pendatang di bumi ini tanpa ada sebarang syarat, perbezaan agama, bangsa dan keturunanmu siapa di bumi ini? Kenapa mesti kau bangga dengan keturunan, pangkat dan darjatmu? Sedangkan kau manusia hina di mata Tuhan pencipta mu!? Mengapakah kau masih bangga dengan asal usulmu? Mengapakah kau lupa bumi ini dunia ini milik siapa? Sedarlah diri mu bukan milikmu, semua itu pinjaman daripada Allah swt.

Siapa kita menghukum sesuatu kaum itu, datang mereka sebagai pendatang atau pelarian, sedangkan kita semua ini pendatang di bumi milik Tuhan tanpa sebarang syarat. Sedarilah kita juga pendatang di bumi ini.
Allahu Akhbar! Malunya aku kepadaMu ya Allah.. Siapakah aku pada Mu yang selalu menabik dada bangga dengan keturunan, pangkat dan darjat yang aku miliki, sedangkan aku seorang gelandangan dan pendatang di bumi Mu ini ya Allah. Aku lupa aku alpa asal usulku? Aku malu kerana apa yang aku miliki dan aku kecapi hari ini adalah pinjaman daripada mu semata-mata.  Dosa silam itu, datang menghempap jiwaku… Aku tak mampu bersuara Seolah-olah semuanya tersekat dan terikat. Adakah masih ada tempat untuk ku pulang ke pangkal jalan? Atau terus menyimpang di jalan kelalaian dunia ini? Ya Allah ya tuhanku, ku hambaMu yang kerdil, meminta secebis jalan kemampunan demi keinsafan.. Jauhkan aku dr nafsu  keduniaan Kau berikan aku kekuatan untuk menepis hawa nafsu keduniaan yang menghancurkan jiwa ini. Kau runtuhkan tembok ego ku ini agar aku tunduk kepada kuasaMu ya Allah.

Aku Lelah

Saat aku terlalu memerlukan orang-orang
yang aku sayangi dan kasihi belum tentu akan hadir disisi ini. Ahh! Pedulikan mereka, mereka hanya perlukan kau ketika kau senang. Jangan pernah kau lupa betapa kau rapuh ketika kau dalam sengsara. Tiada siapa pernah tahu. Hinggakan kau sendiri tak sedar luka itu terlalu dalam.

Allahu akhbar, selama ini aku abaikan hati dan jiwaku, aku abaikan soal kebajikan diri ku, patutlah aku sering memendam rasa itu. Masa kan aku lupa berapa banyak yang datang memohon bantuan pertolongan daripadaku suatu ketika dahulu? Sehingga aku abaikan kehendak aku demi membantu mereka tak kira dalam bentuk apa sekali pun tenaga, akal fikiran mahupun kewangan.

Aku lelah dengan semua ini, penat dengan situasi itu yang sering kali aku hadapi sehingga aku abaikan kebajikan diri aku. Adakalanya aku bosan dengan situasi acap kali aku terpaksa tempuhi. Aku sukar melafaskan 'TIDAK' pada mereka. Kesukaran itu buat aku lelah tak terhingga.

Maaf kali ini aku terpaksa menjauh dan membawa diri, hati aku tawar bila aku perlu kalian saat aku jatuh dan memerlukan teman. Aku perlukan ruang untuk diri sendiri yang tiada kesakitan dan sarat dengan fikiran untuk memikirkan hal orang lain, bersama insan-insan yang masih sudi bersamaku kala aku sakit, sedih, duka, jatuh mahupun dalam tawa ku. Kerana ini aku lebih memilih untuk bersendirian walau aku dalam duka dan sedih.

Aku Bangkit

Sedari kehidupan ini adakalanya di atas dan adakalanya di bawah, aku merasakan adakalanya ia tidak berlaku adil terhadap apa yang berlaku, mungkin zaman sekarang bukan sembang soal adil atau tidak, tapi hak kepentingan diri sendiri. Manusia selalu lupa dan alpa akan roda kehidupan itu.

Jika setahun aku jatuh dan lemas dengan masalah yang hadir dalam hidup ini, pada mulanya aku menyerah kalah tanpa seorang pun sedar akan kekecewaan dalam hidup ini, apatah lagi melibatkan soal keluarga. Ditambahkan lagi aku menghadapi masalah kewangan yang amat kritikal ketika itu kerana aku tiada sumber pendapatan yang tetap. Seriously tekanan yang aku hadapi membuat aku rasa hina dan tak bermaya untuk menghadapi cabaran itu. Masa tu barulah aku sedar, nampak serta jelas nyata siapa kawan ketika susah dan senang. Banyak yang hadir tapi berlalu pergi. Baru kau akan nampak belang dan warna serta perangai kawan-kawan kau yang hanya akan bersama ketika suka dan senang sahaja.

Disitu aku mula memilih kawan dan mengenali lawan. Kawan banyak jenis ada yang baik membantu tapi di bibir sahaja. Ada yang hadir tapi sementara sahaja membiarkan kau lemas tanpa tali. Ketika itu barulah sedar kawan yang setia mendengar adalah ketika kau sujud 5 waktu dia maha mendengar tak kita kau gembira atau sedih adalah Allah swt.

Setahun berlalu, aku masih mencari kekuatan diri untuk bangkit dari kekecewaan hidup ini. Aku mula mengorak langkah, perlahan aku bangkit walau aku ia perit. Perlahan aku menyepikan diri dari mereka-mereka yang ku rasa tak perlu lagi diri aku dan aku tak perlu menganggu mereka. Cukup aku bangkit dari tempat lamaku, biar aku lakukan sendiri tak perlulah mencari bahu untuk menangis dan mengadu, aku ada Allah cukup pada dia tempat aku meluah segala apa yang ku rasa. Ku tinggalkan segalanya demi menjaga hati aku sendiri.

Aku dan Dunia ku

Aku bebas untuk melakukan apa saja yang aku mahu selagi aku tahu batas dan hukum alam ini. Dunia ku penuh cerita suka dan duka, aku bebas memilih sama ada aku perlu lalui atau tidak, perlu menangis atau ketawa. Mengenali, mempelajari dan menjiwai sesuatu perkara itu adalah seni, menilai dan mengkaji itu adalah ilmu yang perlu di manfaatkan. Mungkin aku lebih suka bersendirian menghadapi segala masalah dan ujian itu cuba aku pikul tanpa perlu aku mengadu kepada sesiapa kini. Dan aku terpaksa berlakon atau perlu sembunyikan kesedihan itu daripada sesiapa pun. Bila mana aku gembira dan bila mana aku kecewa. Menghayati sisa kehidupan ini adalah suatu rahmat dan anugerah. Aku bersyukur kerana peluang itu tetap aku kecapi saban hari walaupun aku terpaksa berhadapan dengan ragam manusia. Menyendiri itu perkara biasa.. Tak ada apa perlu kau risaukan yakinilah Allah itu sentiasa ada disisimu. Ketahuilah Allah itu tak pernah mengecewakan hambaNya. Selagi kita yakin dan sujud kepada Dia yang satu.

Pengalaman mengajar aku lebih kuat dan mengajar aku erti kehidupan ini. Hidup jangan terlalu bergantung dan berharap pada manusia. Hidup jika telah memberi atau menolong jangan berharap untuk dapat balasannya. Hidup dalam berkawan jangan mengharap kawan itu akan ada bersama kita.

Ketahuilah bila mana musibah datang belum tentu ada tangan atau bahu untuk dipinjamkan pada kita untuk mendengar dan mengadu setiap apa kita lalui, belum tentu ada kecuali bila mana kita mengadu pada Allah swt. Dia maha mendengar walaupun kita tidak mendengarnya, dia ada disisi kita ketika suka atau duka walau kita tak pernah melihatnya. Percaya pada Dia pasti selamat.

Kini aku lebih menghargai perjalanan kehidupan ini. Hidup ini bukan takdir tapi sebuah perjalanan yang perlu dilalui sama ada suka atau tidak itulah kehidupan.. Membahagiakan diri sendiri lebih bermakna daripada membahagiakan orang lain namun hati ini sering disakiti. Maka itu aku lebih suka melakukan hal sendirian tanpa ada sesiapa yang menganggu atau mengikat pergerakan aku. Cukuplah pengalaman sebelum ini mengajar aku mengenali siapa kawan siapa lawan. Cukuplah aku mengenali mana kaca dan mana intan permata. Dan aku tak pernah kesali setiap apa yang berlaku, namun anggaplah ia sebagai panduan dan pengajaran hidup agar lebih berhati-hati dalam soal kehidupan apatah lagi soal menjaga hati. Cukup-cukuplah apa yang telah berlaku buat aku serik dengan permainan kehidupan ini. Biar aku lalui kehidupan ini dengan fasa baru dan dunia baru aku.

Hancurnya Sebuah Jiwa

Pernahkah aku terfikir berapa banyak hati telah kau melukakan dan kau hancurkan menjadi retak serta berderai kecapi? Bila kau berbicara soal hak terhadap aku, apa yang
kau tahu soal hak? Sedangkan kau sendiri lupa pada asal hak kau. Cukuplah apa yang berlaku ketika ini, aku malas dengan agenda tersembunyi itu. Jangan jadi manusia hipokrit hidup dalam kepura-puraan sedangkan kau sendir lupa tangungjawab terhadap dia selama ini.

Cukuplah aku membuang diri, diam seribu bahasa, aku jauh dari segala yang ada ketika ini, kerana aku terdidik tidak seperti kalian bertindak mengikut nafsu . Sarat dengan masalah sendiri apatah lagi ditambah dengan masalah yang dicipta oleh manusia-manusia seperti kalian, hidup dalam hipokrit, plastik berpura-pura baik dan penuh dengan kepalsuan. Mendabik dada terpelajar memiliki segalanya, berjawatan tinggi tapi sebenarnya pinjaman dunia semata-mata? Pada manusia kau mulia tapi pada mata Tuhan kau terlalu hina.

Aku bosan dengan semua itu, semua yang jahil tentang kehidupan, bermegah dengan pangkat dan kekayaan, sedangkan kau papah kedana di depan Tuhan pun lebih hina pada pandangan-Nya.

Siapa kamu untuk menentukan dan menghukum hak terhadap aku? Jika kau sendiri lupa menunaikan tangungjawab mu terhadap DIA? Jangan sesekali berbicara hak dengan hbaku sedang kau lupa asal usul mu.