Jiwa Rapuh

Kekuatan itu datang dan pergi, adakala aku mampu
bertahan lama dan adakala aku rapuh. Dalam keadaan ini aku bersyukur kerana aku tak pernah kalah dengan dugaan ini kerana aku tahu Allah ada bersamaku, ungkapan itu sering dititipkan kepadaku oleh saudara angkat ku. Tak lupa juga ingatan daripada bapa dan mak saudara ku walau apapun berlaku ingat Allah itu berkuasa bukan manusia.

Sering kali aku jatuh sering kali itu jugalah insan-insan ini hadir memberi aku ktia semangat untuk bangkit dari jatuh. Benar berapa ramai kawan yang kita ada belum pasti akan berdiri atau berada disisi kita menjadi tongkat kekuatan dalam hidup ini.

Puas aku berendam airmata, bila aku mengenang keadaan aku ketika ini. Mungkin pada mereka di luar sana akan nampak aku tersenyum, tertawa senda tapi hakikatnya aku lemah dan rapuh teramat sangat. Mana mungkin aku mampu berdiri sendiri ketika ini.

Bila ujian itu datang dan terus datang, membuat aku lemah dan makin tak kuat untuk dihadapinya sendirian. Saat itu, aku mula terfikir apa akan jadi lepas ini, bersediakah aku untuk seterusnya??

Mak.. Quarantine dan Transfusi Darah

Jam ditangan ku menunjukan 6.30PM segera aku mencari parkir kereta di HQE. Berlari aku ke arah anak tangga. Sempat singgah di bilik air sebelum pergi ke HDW. Setiba di HDW aku sedikit hairan mengapa ruang wad lengang tak seperti hari sebelum ini?

Melihat keadaan mak aku melihat jari mak di ikat kiri dan kanan. Mungkin mak cuba untuk mengalihkan tube pada mulut. Ketika itu mak sedar mula memberi isyarat hendak minum. Aku hanya mampu menyuruh mak bertahan. 

Tak sampai 5 minit nurse memanggil aku minta aku tidak berada dalam wad itu, ini. Kerana ada kes bakteria yang mudah berjangkit kepada manusia yang sihat juga dan tidak terkesan dengan antibiotik jika diberi. Allahu Akhbar sementara waktu ni mak bilik yang menempatkan emak tidak dibenarkan menerima pelawat. Jika hendak melawat perlu berpakaian biru khas untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Kira kira jam 7pm tadi aku menerima panggilan daripada doktor menyatakan mak kurang darah merah dan perlu transfution darah segera. Namun untuk melakukan prosedur itu pihak hospital perlu kebenaran daripada aku. Segera aku siapkan diri untuk terus ke hospital.

Setiba sahaja aku di HDW aku mencari doktor bekenaan. Beliau menjelaskan tekanan darah merah mak agak rendah tapi keadaan mak stabil, doktor juga menjelaskannya implikasi daripada prosedur tersebut walaupun aku sedia maklum beberapa implikasi yang akan berlaku seperti:-
  1. Alergik pada tubuh badan seperti ruam merah, gatal pada kulit.
  2. Berlakunya sesak nafas semasa pemindahan dilakukan.
  3. 0.01% jangkitan kuman berlaku.
Allahu Rabbi besar dugaan mak kali ini, walaupun ketika ini, punca sebenar daripada mana jangkitan berlaku masih tidak diketahui.

Aku sebagai anak hanya mampu lakukan apa yang terbaik buat mak, selain mampu berdoa buat mak. Demi mak aku cuba sebaik mungkin. Siapa yang sanggup melihat orang tuanya terlantar di katil hospital, dengan tangan yang dicucuk dengan jarum untuk ubat dan bernafas dengan bantuan pernafasan. Aku yang melihat ini cukup terkesan tak mampu untuk melihatnya. Tambahan pula kini aku terbatas untuk menyentuh mak oleh kerana terpaksa di kuarantin buat masa ini. Allahu Akhbar, tabahkan hatiku tenangkan jiwaku Ya Rabb.

Untuk Kamu Jiwa Jiwa Yang ku Sanjung

Otak aku ligat untuk bercerita, time is quality be alone am I right? Saat ini aku mula memikirkan ruang masa yang ada. Kalau dulu aku banyak menghabiskan aku bersama rakan-rakan masa aku dirumah aku kurang ada saja untuk aku lakukan bersama kawan, sampai aku abaikan masa aku bersama mak.
Aku pernah kehilangan sebelah sayap sewaktu usia ku 2 tahun. Bapak meninggal pada tahun 1986, ahh! Seusia begitu apa yang aku tahu dan mengerti. Belum kenal erti kehidupan, belum juga kenal erti kehilangan. Lama kelamaan aku mulai terasa bila melihat rakan lain punya keluarga yang sempurna, tapi tidak pada aku.

Membesar bersama mak cukup mengajar aku berdikari, serba serbi sederhana. Kadang aku merungut kerana aku tak seperti orang lain, tapi mak cuba penuhi. Mak cukup tabah dalam ujian setiap apa yang dilalui dia tenang, mungkin dari dia aku ambil kekuatan itu dan cuba bertenang ketika dilanda ujian.

Berbalik kepada masa.. Aku hampir terlupa sejak mak tak sihat aku tak punya masa yang cukup untuk bersamanya, kalau dulu hujung minggu ada saja aktiviti kami berdua. Bercuti bersama, shopping atau keluar makan bersama. Tapi sejak mak terlantar di katil aku mula lupa semua tu, semua aktiviti hujung minggu ku, aku penuhi dengan aktiviti aku sendiri. Hiking, jogging, etc aku lakukan sendirian, aku mula lupa akan mak. Allahuakbar kesilapan besar yang aku lakukan. Tapi aku tak pernah lupa keperluan harian dia seperti pampers, vitamin, makanan tambahan, urusan perubatan dll. 

Kini bila mak sekali lagi masuk HDW (High Dependency Award) masa yang ada terlalu terhad, 2 kali sehari sahaja untuk melawat dalam 2 ke 3 jam sahaja diberi. Baru terasa masa untuk mak terlalu singkat dan berapa banyak aku bazirkan masa aku sebelum ini pada kawan. Kesilapan yang aku undang sendiri dan aku bazirkan tanpa aku sedari. Allahu Rabbi. Maafkan aku mak atas segala khilaf itu.

Namun aku takkan pernah menyerah mak, biar aku sendirian aku akan kuat untuk mu mak, biar aku bukan lahir dari rahim mu, aku tahu tanggungjawab ku sebagai anak, aku tak akan biar mak sendirian, susah senang apa jua segala kemungkinan aku akan lakukan sebaik mungkin. Insya allah mak, segalanya untuk mak untuk jiwa-jiwa yang ku sanjung.


Hari ini ku kembali
Membawa cerita
Anak muda yang bermimpi
Menawan dunia

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ku impikan semuanya sempurna
Tak pernah takut aku dengan dunia
Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba di situ
Untuk kamu
Untuk kamu

Untuk kamu

Esok pasti ku kembali
Membawa ceriya
Anak muda yang berjaya
Menawan dunia

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ku impikan semuanya sempurna
Tak pernah takut aku dengan dunia
Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba di situ
Untuk kamu
Untuk kamu

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ku impikan semuanya sempurna
Tak pernah takut aku dengan dunia
Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba di situ
Untuk kamu
Untuk kamu

Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba di situ
Untuk kamu
Untuk kamu

Untuk kamu!!!

Penantian itu

15 Ogos 2018 - Hari kedua aku masih menanti di luar unit kecemasan HQE1, mak masih lagi di zon kritikal, belum ada sebarang berita. Fikiranku kusut seketika apa nasib mak kat dalam tu.

12.30PM aku bergerak balik ke rumah, dalam keadaan yang agak keletihan dan penat aku memandu dalam keadaan hati. Setiba di rumah aku melihat keadaan rumah terutama di ruang tempat tidur mak, sedikit sebanyak merentap jiwaku, ku usai apa yang patut. Perkara pertama yang harus aku lakukan menyediakan keperluan mak untuk ku bawa ke hospital. Baru aku kemas keperluan aku. Sempat juga aku menjenguk dapur dan juga rumah kucingku. Alahai Mr.Salem, Leo dan Dell sorry mummy busy sampai terabai kamu bertiga.

Selesai usai diriku, sekitar jam 2 pagi aku bergerak semula ke hospital, Arghh! Dalam hati memanglah kata penat dan letih, mahu saja aku gerak awal pagi nanti. Namun aku memikirkan keadaan jammed selepas subuh dan ruang parking yang terhad. 3 pagi aku disekitar Kota Kinabalu, perutku terasa lapar. Baru aku sedar aku tak makan berat dari tengahari kelmarin, hanya air kosong dan minuman panas sahaja menjadi alas perut. 3 pagi adakah kedai makan buka selain kedai mamak? Terpandang restoran makanan segera 24 jam, otak ku hanya nak makan benda yang simple dan untuk alas perut sahaja. Selesai urusan makan aku bergerak ke hospital. Mujur ruang parkir banyak yang kosong. Kerana terlalu letih aku tidur dalam kereta.


6.30pagi aku terjaga, maklumlah aku cuti dari solat subuh, aku memandang bekalan herbalife ku rezeki sarapan pagi aku hari ni. Pagi ni aku ke unit kecemasan, mak telah dipindahkan ke HDW (High Depancy Ward), bila aku sendiri pun tak tahu. Terpaksalah aku menunggu waktu melawat tengahari ni.

Ujian Datang dan Pergi

Benarlah kata orang ujian itu datang dan pergi, hari ni 14 Ogos 2018, saat ini dan ketika aku sedang menulis blog ini, mak masih lagi dalam zon kritikal unit kecemasan HQE1. Dari pagi yang sepatutnya kami memenuhi temu janji klinik pakar Urology tetapi terus ke unit kecemasan hospital Tuaran kerana mak sesak nafas lagi. Komplikasi yang sama berlaku. Ku memecut laju kenderaan ku untuk pastikan emak selamat tiba di unit kecemasan hospital Tuaran. 

Setiba sahaja di unit kecemasan hospital Tuaran, rawatan diterima mak mula tak sedarkan diri. Ketika itu juga mak terus ditempatkan zon kritikal. Saat itu aku mula sedar mak serius dan tenat. Hampir 4 jam menunggu dari pendaftaran sampailah ke sesi soal jawab dengan doktor. Tekanan darah emak rendah, pletlet darah emak pula terlalu tinggi, keputusan sinar x-ray pada kepala pula menunjukkan sedikit pendarahan berlaku. Allahuakbar! Aku mula menarik nafas sedalam yang mungkin. Berdoa secebis harapan agar dipermudahkan. 

10.30am keputusan untuk memindahkan mak ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1). Segala dokumentasi dilengkapkan. Keadaan aku mula stress memikirkan nasib mak yang belum tentu pasti. Aku melihat mak dalam keadaan seperti mula-mula. Mak bergantung dengan alat bantuan pernafasan. Aku mula tak selesa, bila salah seorang kakitangan hospital iaitu pemandu ambulan merakam video pergerakan mak disorong dari ruang kecemasan sampai ke hospital. Aku mengarahkan untuk menghentikan rakaman tersebut minta beliau memadam rakaman tersebut. Seriously aku emosional ketika itu. Rasa hak privacy dan aurat mak aku terdedah dalam keadaan mak darurat.

11.30am aku memecut kenderaan ku terlebih dahulu agar tak tertinggal dik ambulan yang membawa mak. Emosi aku terganggu bila waktu itu adalah waktu kemuncak waktu makan tengahari. Ambulan dibelakangku terpaksa aku memberi laluan kepada ambulan yang dinaiki oleh emak. Namun ada pula manusia yang pentingkan diri mengikut belakang ambulan. Aku sendiri yang kelam kabut ni pun ikut peraturan jalan raya. Allahu Rabbi. Entah apa yang ada di otak manusia tersebut.
Arghh! Lupakan masalah manusia yang pentingkan diri, aku ada benda yang paling penting ya itu mak aku. Jam menunjukkan 12.30PM, aku tiba di perkarangan Hospital Queen Elizabeth 1. Perkara pertama dalam kepala aku adalah parking. Umum mengetahui HQE1 memang padat dengan parking, aku dah tak peduli nak parking dekat mana dah, mana saja ruang kosong muat dengan kereta ku di bahu jalan aku park, alhamdulillah rezeki aku dapat parking.

Aku mula menuju ke unit kecemasan, mencari kelibat penjaga mak aku, mak di dalam zon kritikal, aku diarahkan untuk membuat pendaftaran. Selesai pendaftaran aku terus ke zon kritikal dan menyerahkan form kemasukan pesakit.
Hampir 1 jam menanti, akhir aku dipanggil soal selidik berlangsung. Namun keputusan doktor hampir berentap jiwaku, seperti biasa ayat mereka keadaan mak tenat tapi boleh distabilkan. Dalam hati aku berserah pada Dia yang Satu. Selang sejam ahli farmasi pula mahu berjumpa bertanyakan ubat yang dibekalkan oleh hospital Tuaran dan hospital mesra bukit padang. Mujur aku ingat setiap dose yang dimakan. Selesai perjumpaan dengan farmasi. Aku masih menanti sama ada mak akan dipindahkan ke wad biasa atau tidak.

4.15PM sekali lagi aku panggil oleh doktor, kali ni doktor menjelaskan mak masih ada jangkitan kuman since mak discharge 21 Julai 2018. Kuman merebak ke organ dalaman terutama bahagian kidney iaitu buah pinggang dan perlu tindakan segera iaitu dialisis darah, bagi membantu meneutralkan semula asid dalam darah. Memandangkan keadaan mak tidak sedar doktor meminta untuk aku menandatangani surat kebenaran untuk melakukan prosedur, aku menuruni tandatangan tanda setuju, faham risiko yang bakal dialami selepas ini.
Sehingga kini 9.05PM mak masih lagi di zon kritikal, masih menanti untuk dipindahkan ke HDW untuk tindakan selanjutnya. Allahu Akhbar, baru seketika Engkau pinjamkan kegembiraan itu untuk sementara waktu.

Buat mak, apa pun berlaku orang tetap akan tunggu mak.. orang serahkan pada Dia yang esa.