Journal 2014 - # 866

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

PALESTINE: Perjuangan Selamanya..

Design 1
Assalamualaikum! Hi uols! Agak lama tak update cerita tentang #Palestine, Well sejak bumi Palestine berhenti diserang oleh Israel tempoh hari, sedikit kurang cerita yang ingin dikongsikan bersama. Namun hari ini aku terpanggil untuk update tentang cerita saudara-saudara seislam kita di Palestine. Tapi sebelum itu aku nak share pada korang, baru-baru ni aku baru saja buat sticker pada kereta aku. Terasa dekat sangat perjuangan ini bersama mereka di Palestine, hanya doa dan tanda sokongkan sahaja yang mampu aku lakukan untuk Palestine buat masa ini. Oklah memandangkan ada beberapa rakan-rakan aku mula bertanya tentang sticker yang aku buat ni so aku boleh katakan korang boleh mengunjungi FrontPage Facebook Sim Sen Sticker ni untuk mengetahui pelbagai design dan lokasi mereka beroperasi. Setakat ini kereta aku yang pertama order untuk buat sticker tersebut, harga yang ditawarkan juga berpatutan dan perlu diberitahu serta diingatkan, size sticker yang aku buat ini mengikut jenis hood kereta yang anda miliki okey!

Design 2
Proses untuk mereka siapkan design tu tidaklah terlalu lama mengambil masa dua ke tiga hari saja. Lagipun sebelum mereka buat benda tu mereka akan design dulu, sticker yang aku order tu adalah inkjet, sebab tu mengambil masa dua ke tiga hari, sebelum mereka print pun mereka akan menghantar design terlebih dahulu melalui WhatApps, so kalau ada perubahan atau adjustment bolehlah di request pada mereka ketika itu sebelum mendapat kata putus terakhir.

Oklah apa kata korg cuci mata dengan melihat proses membuat sticker keta aku ni dulu.
Proses bermula
Berhati dengan ukuran yang dibuat oleh mereka, perempuan tu owner kedai sticker

Proses Akhir..
 
Finally!!
Ini salah satu cara aku support #Palestine anda pula bagaimana? ^_^

No comments: