Journal 2014 - # 865

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Perkahwinan Yang Diredhai Bukan Dilaknati (Bahagian Akhir)

Assalamualaikum! Hi uols! Ikuti bahagian akhir topik Perkahwinan Yang Diredhai Bukan Dilaknati bahagian akhir untuk dijadikan ilmu panduan bersama.

Persiapan Baitul Muslim

Dahulunya aku amat skeptik dengan tajuk ini, kerana merasakan ia hanya difikirkan dan dibincangkan oleh orang-orang yg sudah berhajat sangat untuk berkahwin.. Sedangkan bukankah banyak lagi tanggungjawab dan tugas yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke fasa itu apatah lagi berfikir tentangnya?

Oh.. rupanya kita silap! Oleh kerana perkahwinan itu adalah satu perkara yang besar, boleh dikatakan perubahan yang paling genting dalam kehidupan kita di dunia ini..

Hadis Rasulullah SAW sendiri: ‘baiti jannati’ iaitu rumahku syurgaku, memberi petunjuk bahawa rumahtangga yang bahagia itu umpama kita mendapat syurga dunia..

Maka kerana kepentingannya yang bukan main-main itulah, maka ia menuntut segala usaha yang boleh kita berikan untuk bersedia mempersiapkan sebuah perkahwinan yang bahagia..

Bukan mudah.. Sememangnya sangat banyak bekalan yang perlu diambil, usaha yang perlu dilakukan, dan ilmu yang perlu dipersiapkan di dada, ketika cuba mempersiapkan diri..

Hinggakan terasa seakan diri yang kerdil dan lemah ini tidak akan mungkin mampu untuk sampai ke tahap ‘bersedia’ dan sempurna itu..

Dari sekecil-kecil perkara seperti niat dan menjaga kesucian hati dari dosa dan maksiat, hinggalah kepada perkara-perkara yang menuntut pengorbanan jiwa, masa, dan tenaga, senarai persiapan itu tidak akan pernah habis, malah mungkin semakin kita belajar, semakin rasa tidak cukup sempurna..

Tapi jangan khuatir! Jangan pernah menyerah dengan bisikan syaitan yang sememangnya sentiasa cuba menghalang manusia daripada melakukan kebaikan.. Yang penting bukanlah hasilnya, tapi usaha dan perhatian yang telah kita berikan untuk sedaya-upaya melengkapkan diri..

Dan di bawah ini, hanyalah beberapa aspek, yang boleh kita mulakan..
1) Segalanya bermula dengan NIAT
  • Tanya diri kita sebaik sahaja kita mula memikirkan tentang soal perkahwinan, MENGAPA kita mahu berkahwin?
  • Kita mungkin akan terkejut dengan jawapan2 yang hati kita sedang berikan.. Kerana mungkin ia akan menjawab berdasarkan kemahuan hawa nafsu, dan mungkin juga ia menjawab bukan kerana sebab yang sepatutnya..
  • Ada ke sebab yang sepatutnya?? Bukankah perkahwinan itu suatu perkara yang mulia, maka tidak kisahlah walau apa pun sebabnya, kita masih menunaikan perkara yang baik itu?
  • Hmm, mungkin di sini silapnya.. Bukankah Rasulullah SAW telah mengajar kita panduan2nya? Bahawa carilah pasangan itu kerana agamanya, lebih utama dari harta, rupa, atau darjatnya.. Dan rumahtangga itu adalah tempat untuk pasangan suami-isteri mencari tempat untuk mendapat ‘mawaddah, sakinah, dan rahmah’ dalam hubungan yang halal di sisi Allah. Agar 3 perkara yang diperoleh dengan pernikahan itu mampu mengantarkan kita kepada ketaatan yang lebih tinggi dan terjaga kepada Allah SWT. Dan perkahwinan ini jugalah merupakan permulaan kepada kelahiran anak-anak generasi seterusnya dan pembinaan sebuah keluarga. Maka seharusnyalah keluarga yang hendak dibina itu dibina berdasarkan kepada ketaatan dan keikhlasan kepada Allah barulah melahirkan zuriat yg soleh dan keluarga yang muslim.
  • Jika kita berpegang pada perkara ini, maka kita akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang timbul akibat kurangnya kemurnian pada niat.. Contohnya, tidak puas hati pada pasangan, inginkan kriteria yang lebih baik dari pasangan yang sudah sedia ada, cepat bosan dan putus asa dalam mencari kebahagiaan, dan sifat suka menyalahi pasangan dalam apa jua masalah yang timbul. Tidakkah ini semua berpunca daripada niat kita yang ingin berkahwin kerana kelebihan yang ada pada pasangan kita yang kita sangkakan akan sempurna dan berkekalan dan memberikan kebahagiaan kepada kita?
  • Sedangkan yang memberikan kebahagiaan itu adalah Allah, bukanlah perkara2 keduniaan yang tidak bersifat kekal, dan tidak sempurna.
  • Mungkin di situ pun, kita telah salah langkah dalam melakukan persiapan, maka telah tersilap dalam mencari calon pasangan yang diimpikan..
2) Persiapan kesolehan kita
  • Our sins do catch up, if not right after or soon after we committed it, sometime later in our life when we are married, or have children, or if not, in the hereafter where the result of the punishment is evermore greater as it is more delayed..
  • Apa yang paling simple boleh kita lakukan adalah meninggalkan dosa-dosa kita… dan bertaubat dengan penuh penghayatan dan penyesalan, agar Allah tidak menghukum kita atas perbuatan2 kita.
  • Dan yang kosong itu perlu diisi.. maka iringilah dengan memperbanyakkan amal2 soleh yang akan meningkatkan darjat kita di sisi Allah, (bukan di sisi manusia!)
  • And we will soon feel, that our physical body and soul will become much more accustomed to good things, only wishing for good things, and doing good things… then we will be guided in our efforts to build that sacred matrimony
  • Perbanyakkan membaca ayat2 suci al-quran, menghadiri kuliah2 yang membersihkan jiwa dan mendekatkan kita kepada cinta Allah, agar piala hati kita penuh dengan redha kita kepadaNya, dan redha Allah kepada kita. Kemudian, kita tidak akan mudah tertipu dengan cinta-cinta kosong duniawi..
  • Dan kita hanya akan jatuh cinta, pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.. Dan orang itulah sebenarnya yang kita cari-cari dan tunggu-tunggu buat pelengkap hidup kita!
3) Ilmu mendirikan rumah tangga
  • It is a tough life, when single becomes duo, and one person becomes two… Selalu orang mengatakan bahawa tazawwuj (berpasangan ie: perkahwinan) itu akan menguatkan kita. Benar, tapi jangan kita menyangka ianya semudah lafaz perkahwinan itu. Banyak yang perlu dikorbankan, dan banyak lagi yang perlu dibina, agar ianya menjadi satu hubungan yang kuat, kukuh, dan mampu merentasi masa dan cabaran..
  • Kita perlu belajar menerima kekurangan dan kelemahan, diri kita juga pasangan kita.. kita perlu sedar bahawa:
“Apa lagi ketampanan yang tersisa di dunia ini ketika telah dibagi habis kepada Nabi Muhammad SAW, dan Yusuf AS. Dan kecantikan yang telah disempurnakan kepada Sarah istri Ibrahim AS dan Khadijah RA Istri Rasulullah. Hingga pesona kebajikan pun telah direnggut habis oleh Utsman bin Affan dan keluruhan budi telah dimiliki secara sempurna oleh Aisyah RA” -Anis Matta dalam Serial Cinta
Lalu apa yang tersisa bagi kita manusia? Kita hanya terbagi sedikit (kalaupun ada) keshalihan-keshalihan para salafushalih yang telah hidup dalam cinta pada-Nya secara sempurna. Maka mengharap sebuah kesempurnaan pada seseorang, apalagi ukurannya adalah cantik, kaya, punya kedudukan, juga sangat shalih tanpa cela. Maka bersiap-siaplah kecewa serta bersiap-siaplah untuk terpasung dalam kerumitan. karena mencari satu dari sekian banyak pasangan jiwa dengan kriteria di atas, tak lebih hanya menyulitkan keadaan dan memperkecil kesempatan.
Jangan terlalu mengikut egomu, atau kehendak nafsumu, kerana kamu mungkin akan terjerat lalu memakan diri.
  • kita perlu sedar bahawa pasangan yang dikurniakan oleh Allah untuk kita, itulah pasangan yang terbaik untuk kita. Dan kitalah yang perlu berusaha agar sentiasa melihat yang baik dan sentiasa bertolak-ansur dengan pasangan kita untuk sama-sama mencapai kesefahaman dan keserasian..
  • hikmahnya mengapa Allah memilih dia untuk kita, dan mensyariatkan perkahwinan itu untuk manusia, adalah sangat besar… dan kita akan mengetahuinya dan meyakininya sendiri jika kita terus bersabar, dan bersangka baik..
  • jika kita cepat melatah, berputus asa dan berfikiran negatif, maka kesannya adalah kita akan terhijab dari rahmat Allah yang diutuskan dalam perkahwinan yang diredhai itu. Selamanya kita tidak akan dapat mencapai kebahagiaan yang kita impikan.
  • ilmu berumahtangga adalah kita memahami dan mendalami peranan yang perlu dimainkan oleh setiap pasangan, suami dan isteri, dan juga ayah dan ibu, serta ketua keluarga dan suri rumahtangga. Inilah role2 yang kita perlu benar2 tahu agar sentiasa wujud keharmonian dalam urusan2 rumahtangga. Seperti hak2 suami ke atas isteri, hak2 isteri ke atas suami, checklist tugas sebagai ketua keluarga, checklist sebagai surirumahtangga, dan apakah peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul bersama..
  • inilah perkara basic yang kita akan pelajari dalam kursus perkahwinan yang diwajibkan tu, tapi kita perlulah menghayatinya, agar mendapat banyak manfaat daripadanya, bukan sekadar fakta dan pengetahuan..
  • tadi sempat saya ingati, tunjuk ajar seorang ustaz tentang perkara2 feqah dalam rumahtangga..
    bahawa ikhlas tidak menafikan hak, dan hak tidak menafikan ihsan…
  • apa maksudnya? memang kita dituntut untuk ikhlas dalam melakukan tugas2 kita sebagai suami/isteri, iaitu tidak mengharapkan balasan, namun ia tidak menafikan bahwa ada hak-hak kita yang perlu dipenuhi… barulah keikhlasan itu akan sering terjaga..
  • juga dalam menunaikan hak.. tidak boleh tidak, mesti juga ada ihsan, contohnya seperti hak suami terhadap isteri adalah isteri mematuhi setiap kata-katanya, namun begitu si suami juga perlulah sekali-sekala membantu isterinya dalam melakukan tugas2 rumahtangga sepertimana Rasulullah SAW sering membantu isterinya membasuh, memasak, dan sebagainya.
  • sebenarnya, itulah rahsia memupuk kasih sayang, dalam kebersamaan melakukan aktiviti2 dalam penuh rasa tanggungjawab dan kecintaan kepada pasangan.. Barulah In love… forever…
4) membina hubungan dan cinta
  • isteri dan suami, kedua-duanya perlulah bijak dalam menumbuhkan perasaan kasih dan cinta dari dirinya kepada pasangan, juga dari pasangan kepada dirinya.. bukanlah hanya menunggu dan mengharap dari pasangan untuk melakukannya.. jika coupling dan cinta sebelum kahwin itu boleh menjadi budaya yang tidak asing lagi, mengapakah tidak hal yang sama boleh dilakukan bagi pasangan yang sudah halal perhubungannya?
  • ianya tidak susah, jika kita tahu menghargai cinta dan benar2 menginginkan kehadirannya menghiasi hidup kita..
  • learn the 5 languages of love:
  1. quality time
  2. words of affirmation eg: saying I love you
  3. physical touch
  4. gift-giving
  5. act of service
  • tidak perlukan hadiah yang mahal atau tenaga yang banyak, atau masa yang banyak, cukuplah perkara yang simple dan kecil, dibuat berterusan, agar sentiasa hubungan itu terasa akrab, dan sweet..walaupun berjauhan, ataupun ditelan masa..
5) mendalami ilmu di masa lapang
sesungguhnya masa adalah komoditi paling berharga yang dipunyai manusia. Seperti terkandung dalam surah Al-Asr di mana Allah bersumpah atas masa menandakan keutamaannya, orang yang beruntung itulah orang yang sentiasa mengisi masanya dengan iman, amal soleh, dan nasihat-menasihati. Dengan berumahtangga, ilmulah yang akan memandu suami dan isteri ke arah rumahtangga yang lebih taqwa dan produktif. Hidupkan budaya suka mencari ilmui, berkongsi dan berlumba-lumba beramal dengan ilmu tersebut. Semangat positif inilah yang akan mendorong kita untuk lebih memperbaiki diri ke arah mencari keredhaan dan keberkatan hidup dunia dan akhirat
Antara ilmu mustahak yang perlu diutamakan:
  1. aqidah- ia umpama tali tempat kita berpaut, tanpanya kita umpama jatuh dari tempat tinggi dan disambar burung ke satu tempat yang jauh dari asalnya. Hadirkan diri melazimi kuliah-kuliah di masjid juga di televisyen dan radio islami yang membawa kita lebih menginsafi diri sebagai hamba dan Allah sebagai pencipta dan tempat kita bergantung. Dengan hidup berorientasikan rabbani, hati kita akan sentiasa tenang walau apa jua rintangan hidup yang dihadapi. Itulah kebahagiaan hidup hakiki yang dicari di dunia. Tidak memerlukan wang berjuta atau harta melimpah ruah, cukup rasa bahagia dengan apa yang direzekikan Allah kepada kita.
  2. ibadah- merupakan tuntutan fardhu ain ke atas setiap muslim untuk melaksanakan tuntutan ibadah dengan sempurna, dilaksanakan penuh ilmu di dada bukan sekadar taklid semata-mata. Terutamanya melibatkan ibadah2 khusus seperti solat dan puasa, zakat serta haji. Juga pengetahuan tentang hukum-hukum fiqah halal-haram, sunat, harus dan makruh bagi setiap perbuatan kita seharian agar kita menjadi saudagar pahala sentiasa mencari-cari sunnah dalam kehidupan kita dan menghindarkan dari perbuatan dosa atau haram. Termasuk juga ilmu fardhu kifayah yang melibatkan urusan kehidupan seperti pengurusan jenazah dan harta pusaka yang wajib dipelajari oleh setiap muslim.
  3. akhlaq- Sesungguhnya pada diri rasulullah itu terdapat contoh ikutan atau qudwah terbaik. Pelajari cara Rasulullah SAW mendidik isteri dan bergaul antara suami isteri agar setiap perkara itu menjadi sunnah dan menambah keberkatan dan nikmat hidup berumahtangga. Sesungguhnya seorang isteri atau suami itu merupakan anugerah terbesar Allah buat kita. Itulah peneman kita sehidup semati yang akan membantu kita, membahagiakan kita, serta sanggup berkorban demi cinta dan kasih kerana Allah. Maka pasangan itu perlu digauli dengan cara paling baik bukan menjadi tempat melepas marah atau sepak terajang kerana itu bukan cara islam. Hadis rasulullah SAW, sebaik-baik orang antara kamu adalah yang paling baik akhlaqnya, dan orang yang paling baik akhlaqnya adalah orang yang paling baik terhadap pasangannya.
  4. Pencarian ilmu tidak berhenti untuk ilmu akhirat sahaja tetapi juga ilmu untuk menambah kemahiran dan meningkatkan kualiti hidup. Pendek kata, apa sahaja ilmu yang bermanfaat.

No comments: