Journal 2012 ~ #299

Hi uols, weekend again!! arini aku x g mana2 saja nk lepak2 kt rumah sambil2 baca modul, al-maklumlah x lama lagi nk exam. Oh ya!! x smpi seminggu lg kita nk puasa da rupanya, Massyallah cepatnya masa berlalu.. Ahlan Wasalan Ya Ramadan!! x sabar nk menanti Ramadan selain dpt berpuasa, boleh la tambah2 kan lagi amalan sunat selain menambah poket money yerk!! hihi (^_^) anywhere arini aku nk share kt uols pasal bulan ramadan yang penuh istimewanya.

Alangkah gembiranya kerana dapat menyambut ketibaan Ramadhan yg dikenali sebagai Bulan Seribu Rahmat, Seribu Maghfirah..Ganjaran pahala ibadat fardhunya digandakan sehingga 7o kali berbanding di dalam bulan-bulan yang lain.

Hati bertambah lagi gembira apabila dapat melihat ramainya bilangan ahli jemaah yang datang ke masjid/surau. klau la sebelum dan selepas Ramadan, jumlah inilah juga yang memenuhkan ruang solat masjid/surau. Bilangan yang terpaksa dilimpah-ruahkan sehingga ke kaki lima/koridor masjid/surau hingga ada yang baru datang tetapi terpaksa pulang semula kerana ketiadaan ruang untuk bersolat.

Derma serta sumbangan ikhlas daripada para jemaah turut mencurah-curah membasahi bumi masjid/surau. Sebutlah apa sahaja aktiviti atau program yang nak diadakan atas nama masjid/surau, bendahari masjid/surau terus tersenyum lebar, apa tidaknya? Tak perlu susah-susahkan diri pergi keluarkan wang dari akaun bank masjid/surau, cukup dengan derma kilat ahli jemaah tak sampai seminggu, wang kutipan dah pun mencukupi.

Betapa hebatnya bulan ramadankn, well itulah keistimewaannya bulan yg penuh rahmat. Ikut pula fadhilat bulan ramadan yg menjadi kesukaan pada rasul kita iaitu Muhammad S.A.W kekasih Allah S.W.T:

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

So guys, jgn lepaskn peluang ini.. rebut peluang yg di beri anggaplah ramadan kali ini adalah ramadan yg terakhir buat diri kita, umur x taw bila kn, mna taw ini adalah ramadan terakhir buat diri kita ni.. renung2kn, selamat beramal.. (^_^)

No comments: