Journal 2012 ~ #296

Hi uols, pagi ni tetiba nk share satu atrikel ni pd uols, mungkin org tua2 kita tidak sedar akan kejadian ini, so pd uols sila la baca n ceritakan pd org2 tua kita ni, anywhere seperti yg sedia maklum hukum rasuah ni amat berat seperti dalam hadis ini:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum." (HR al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban) 

Penjelasan:
Hadis di atas adalah hadis yang menunjukkan hukum makan suap atau rasuah, pemberi dan penerimanya. Terdapat di dalam al-Quran, Firman Allah Taala:
"Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui." (al-Baqarah: 188)
Di dalam hadis lain:
Dari Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (HR al-Bazzar & Abu Ya'la)
Di dalam sebuah hadis lain:
Dari Thauban katanya: "Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya," (HR Ahmad & Hakim).
Rasulullah s.a.w. pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat orang Yahudi untuk menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar. Kemudian mereka menyogok sejumlah wang. Lalu Abdullah berkata kepada orang-orang Yahudi itu: "Wang suap yang kamu sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan menerimanya." (HR Malik) 

Takrif rasuah:
"Iaitu sesuatu yang disogokkan kepada penzalim kepada penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya, atau untuk menghilangkan hak dari yang empunya samada atas motif dendam atau penipuan dengannya, dan untuk mendapatkan satu kedudukan yang tidak sepatutnya atau pekerjaan yang dia tidak berkelayakkan." (Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)
"Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah/suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, suapaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau suapaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya."
(Lihat al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof al-Qardhawi)

Jenis-jenis rasuah:
Dari takrif di atas, dapat kita bahagikan rasuah itu kepada tiga jenis, iaitu:

Jenis pertama:
Sesuatu yang dengannya menyampaikan kepada mengambil sesuatu tanpa hak, seperti sesuatu yang disogok oleh seseorang kepada pemerintah/penguasa atau pihak yang bertanggungjawab untuk memperolehi pengguguran terhadap sesuatu yang semestinya ditunaikan, atau kerana mahu mendapatkan sesuatu sebelum tiba masanya, atau kerana mahu melariskan pengedaran barangan yang telah rosak atau sebagainya.
Ini adalah dari jenis rasuah yang paling teruk dan besar dosa dan mudaratnya kepada masyarakat Islam dan selain Islam. Inilah yang dimaksudkan oleh Firman Allah:
"Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui." (al-Baqarah: 188)
 (Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)
Sebagai orang asing dia semestinya mempunyai visa ketika berada di Malaysia, tetapi dia menyogok kepada pihak yang berwajib untuk melepaskan kewajipan ini dari dirinya.
Sepatutnya projek A di luluskan selepas mendapat kelulusan dan persetujuan dari beberapa pihak, tetapi syarikat B telah menyogok wang kepada mereka yang berkenaan agar projek itu diberi kelulusan segera.
Barangan yang telah luput tarikhnya atau yang tidak menepati standard yang dikehendakki, sepatutnya tidak boleh diberi kelulusan untuk diedarkan kepada pengguna. Namun pihak pengeluar telah menyuap pihak yang berwajib agar diberi kelulusan pengedaran.

Jenis kedua:
Iaitu sogokan yang dapat menghilangkan hak dari pemiliknya sebagai tindakan balas dendam kerana cemburu, dengki dsbnya. Jenis ini ada kemiripan dengan jenis yang ertama, malahan ia boleh dimasukkan ke dalam jenis berkenaan.
Apakah ada perbuatan yang lebih zalim lagi selain dari perbuatan menganiaya seorang saudara terhadap saudaranya yang lain dengan cara di atas? Ya, memang tiada perbuatan yang paling zalim, keji, runtuh akhlak, pemalsuan selain dari memakan harta manusia dengan cara yang batil dan keji. Ia tidak akan dilakukan melainkan oleh orang-orang yang keji, mati hatinya dan sesat pegangannya di dunia.
Di dunia ini, tiada sesuatu yang paling hina, keji dan jahat melainkan mereka yang curang dari kalangan pemerintah, penguasa dan pihak berwajib kerana menyia-nyiakan amanah yang diberikan, melenyapkan hak seseorang dari pemiliknya. (Ibid., hal. 613)

Kerana persaingan yang hebat, maka A menyogok pihak yang bertanggungjawab agar mengenepikan projek yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat B.

Kerana cemburu dengan kejayaan keluarga A, maka C telah menyogok agar permohonan bantuan pinjaman oleh anaknya yang belajar di Univerisiti dibangkusampahkan.
 
Jenis ketiga:
Iaitu sogokan yang diberikan untuk memperolehi satu-satu jawatan atau pekerjaan (&projek, kontrak dsbnya ).
Hukumnya adalah haram dengan ijmak umah, sebagaimana jenis pertama dan kedua. Dan, samada pemberi rasuah, penerima dan perantaranya, mereka kan memperoleh dosa yang sama. (ibid.)

Lebih-lebih diharamkan lagi ialah apabila seseorang itu menyogok untuk memperoleh satu jawatan yang dia tidak mempunyai kelayakan. (ibid.)

A tidak mempunyai kelayakan untuk menjabat jawatan C, tetapi kerana ayahnya seorang yang berharta maka pihak yang berkenaan disogok jawatan berkenaan diberikan kepada A.

Sykt A sepatutnya bersaing dengan syarikat-syarikat lain untuk mendapatkan tender kontrak/projek, tetapi sykt A telah menyogok sebahagian pegawai yang bertanggungjawab. Sykt A mendapat kontrak berkenaan.
En. A adalah salah seorang pegawai yang bertanggungjawab meluluskan standard bangunan atau jambatan di jabatan X. Dalam suatu  pemeriksaan yang dilakukan di tapak binaan jambatan kg B, di dapati boleh diluluskan. Dan sykt C yang bertanggungjawab menjalankan projek berkenaan telah menyogok En. A dengan sejumlah wang. Lalu.. Projek berkenaan telah diluluskan.

Berikut adalah artikel daripada weblog hajinalba

BRPM Malaysia
BRPM (Barah Rasuah Malaysia/Barah Rasuah Politik Malaysia), cerita yang tidak akan berakhir. Sedar tidak dengan filem ANAKKU SAZALI oleh P.Ramlee? Kisah anak digula-gulakan dengan kemewahan wang ringgit. Apa saja yang dikehendaki oleh Sazali ditunaikan. Pada akhirnya ia menjadi petualang kepada babanya sendiri. Kita tidak nampak ianya sebagai rasuah tetapi amalan ini adalah salah satu kaedah merasuah kepada anak.

Cerita ini akan berulang dan berulang lagi terutama dalam suasana hampir dengan pilihanraya. Saya mengalami sendiri BRPM telah digunakan sebagai senjata utama kepada kemasukan UMNO di Sabah. Rakyat di sogok dengan wang RM10.00 dan RM50.00. Amalan memberi atau merasuah tidak berlaku sebelum ini. Siapa yang mengundi UMNO ketika itu akan mendapat habuannya. Sehari atau malam sebelum pilihanraya maka RM tersebut akan diagih-agihkan kepada penyokong sahaja. Bagi penyokong yang mempunyai kedudukan dalam parti, bukan setakat itu saja, malah lebih dari itu. Setiap penggundi di Sabah ini tidak boleh menyangkal perkara ini.

Saya berpendapat bahawa kehancuran dan kejatuhan beberapa tokoh politik di Sabah ketika itu disebabkan oleh BRPM. Pemimpin politik dan rakyat yang cintakan BRPM menjual diri dan akhirnya pemimpin tersebut tidak berfungsi dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. 

Kesannya adalah lanskap politik serta-merta berubah di mana kuasa mutlak bukan lagi di tangan oleh pemimpin-pemimpin politik di Sabah akan tetapi dikuasai sepenuhnya oleh kuasa politik di semananjung. Kuasa sebenarnya telah dipindahkan tanpa disedari. Apa tidaknya, bila UMNO masuk ke Sabah, maka negeri inilah dalam sejarah mempunyai paling ramai ketua menteri. Idea ini siapa yang buat? Jawablah sendiri.

Tahun 2008, BRPM diteruskan, bukan RM10.00 atau RM50.00 tetapi RM100. Ini adalah untuk pengundi. Merasalah pengundi yang menyokong UMNOBN pada ketika itu. Nampaknya kaedah itu berjaya kerana pada masa itu genarasi tua mengungguli penggundi muda. Penggundi genarasi tua ini sebenarnya tidak mempunyai fikir tentang perkembangan dunia. Mereka merasa selesa dengan keadaan mereka kerana jauh dari arus media moden.  Konsep kenaikan harga, nilai ringgit jatuh, kemajuan pendidikan, kampung terjual, pengangguran, masalah PTI dan sebagainya, jauh sekali dalam kotak fikiran.  Mereka fikir mudah saja siapa bagi RM maka bagi undi atau ada duit ada undi. Meraka dalam keadaan selesa jadi mereka kata biarlah.

Tahun ini 2012, bahang pilihan raya begitu panas. Versi baru BRPM telahpun dilancarkan secara besar-besaran di seluruh negara. Bagi saya pemberian tersebut adalah sebagai gula-gula yang perlu dirasa sebelum pilihanraya. 
         
Saya berasa amat yakin bahaw BRPM akan berulang lagi. Oleh itu, saya ingin sangat supaya pilihanraya kali ini diadakan lebih awal, bukan kerana apa tetapi memang adalah apa-apanya….. Saya nak tahu berapa perkara iaitu:-

            i)     Berapa RM yang akan dihulur nanti sebelum pilihan raya
               
            ii)    Bagaimana Kesan RM ke atas penggundi genarasi muda.

           iii)    Sejauh mana sokongan genarasi muda kepada UMNO BN
                  dengan pembangkang PKR.

           iv)    Masih perlukah pemain import dalam kawasan dun dan
                   parlimen.
Sumber:http://hajinalba.blogspot.com

No comments: