Journal 2011 ~ #198

"Rapunzel, Rapunzel, let down your hair" dialog tu memang aku x pernah nak lupa sebab aku tgk citer ni.. sampai satu tahap aku ikut contest yg d anjurkan oleh Utusan Malaysia.. Fuhh!! x sangkah ada habuan juga aku rupanya. Dapat sehelai T-Shirt pink gitu.. Klau sebelum ni contest Harian Metro Nangkung pun aku menang tiket wayang this time plak Rapunzel plak hihi wokey la utk tatapan korg sume ni hadiah n surat yg aku dapat petang td..

Journal 2011 ~ #197


Hmm.. ari ni last bayar saman DBKL dapat diskaun bayar sume jenis saman RM30, so 4 saman RM120 anywhere thnx to DBKL sbb mengurangkan jumlah saman tersebut. Tengah hari td sementara tunggu saman disemak dalam sistem DBKL aku sembang la dgn pekerja DBKL bahagian Undang-undang, kata DBKL esok sistem DBKL dah link dgn JPJ, so klau nak renew roadtax x bayar saman antara PDRM or DBKL sure x bleh.

Jangan marah klau DBKL saman kalau rasa kita lakukan kesalahan

Kalau rasa idea ni berguna, boleh cuba hihi

Journal 2011 ~ #196

Gambar hiasan
Hari ni aku hadiri kelas kat PJ sek.19, dalam perjalanan ada road block.. isk!! aku x paham betul la kenapalah asyik road block, ni mesti kes HINDRAF lagi ni, minggu yg sudah pon mcm tu gak aku sangkut dalam jam. Baru je lepas klik remote control astro aku tgk chennal TV3 biasa la berita tup..tup citer pasal HINDRAF buat demonstrasi. Isk!! x abis2 nak buat kecoh.. dah la pertubuhan haram, menyusahkan betul. Entah apa lagi yg diorg ni nak. Minggu yg sudah pasal isu novel interlok tu minggu ni ntah sbb apa plak x paham betul aku. 

Kepada masyarakat india yg masih lg bernaung dalam pertubuhan hindraf udah2 la tu x yah la nak buat itu ini demonstrasi x sudah2 x payah nak menyusahkan org ramai, ni negara berdaulat, negara berundang-undang n negara demokrasi.. kalau ada yg x puas hati bawa berbincang, ada channel atau saluran yang betul. Ni tak nk buat demontrasi nak buat kecoh serupa org x de pelajaran, akhirnya kena tangkap juga.

Jadi org yg berpelajaran bukan org bodoh!! nak demonstari sebab apa lagi, klau da dibatalkan pertubuhan tu buat cara dibatalkan x payah menyusahkan org lain. Ibarat kerana nila setitik abis rosak susu sebelangga.

Journal 2011 ~ #195

AirAsia Bhd yang melaporkan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 111 peratus bagi tahun 2010, membayangkan ia mungkin mengenakan surcaj bahan api jika harga minyak terus tinggi.


Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, kemungkinan itu perlu dilihat berdasarkan peningkatan ketara harga minyak dan bahan api pesawat, susulan krisis yang berlaku di Timur Tengah.

Harga minyak mentah mencecah US$100 setong berikutan ketegangan politik di Libya, negara anggota OPEC, yang dibimbangi menular ke negara pengeluar minyak yang lain di rantau itu.

"AirAsia akan terus memantau pergerakan harga minyak, dan pelaksanaan surcaj bahan api tidak boleh diketepikan jika harga semasa kekal atau terus meningkat,” katanya pada panggilan persidangan bersama penganalisis hari ini. - Bernama

Journal 2011 ~ #194

NK Bio-FYTs (Firmer-Younger-Tighter)


Gel kolagen kecantikan khusus untuk wanita yang diperbuat dari kolagen marin. Diperkaya dengan Vit-C dan ekstrak herba semulajadi yang merangsang pembentukan kolagen pada kulit. Membantu menganjal, menegang, menghalus dan mencerahkan kulit. 

Mula-mula nak cuba produk ni memang fikir panjang tapi tengok kawan-kawan yang dah mencuba rasa cemburu juga. so aku pun cuba la juga, sebelum cuba tu aku ambik dulu picture aku sebelum makan benda ni, aku nak tengok kesan benda ni pada aku sendiri, kira nak buat ujian keatas diri sendirilah katakan. Bukan apa muka aku sebelum ni nampak saja tak ada masalah tapi sebenarnya ada jerawat tu boleh tahan lah juga, lepas tu warna kulit tak sekata, nampak gelap dan kusam saja. Alhamdulillah masuk 5 hari aku makan ada perubahannya. Bukan setakat pada muka pada dalaman pun alhamdulillah kalau dulu aku sukar nak membuang air besar tapi kini jadi lawas. So pada kekawan yang nak mencuba boleh tapi kena yakin dan bersabar. Memang betul kata orang pelaburan untuk kesihatan dan kecantikan mesti besar tapi demi kesihatan luar dan dalam apa salahnya kan. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri, nak pakai badan ni lama (Insya Allah jika diizinkan oleh-Nya).

PERBEZAAN SEBELUM SELEPAS
Nampak perubahan sedikit mungkin terlalu awal baru 5 hari aku ada 19 hari lagi nak habiskan 2 kotak NK Bio-FYTs ni

Journal 2011 ~ #193

Day another day.. life must goes on.. another word everybody said.. huh!! kehidupan baru selepas usia baru ni mesti lebih mencabar apatah lagi nk lalui kehidupan yg serba modern ni. Penantian sentiasa menanti hanya pada DIA mampu aku berdoa n berserah. Apa ye yg akan  berlaku kelak? teringin nk buat percaturan kehidupan tp x tau aku sanggup hadapi atau sebaliknya erm.. rumit juga yerk.. apa2 pn life must goes on janji kebahagian, kegembiraan itu adalah milik aku jugakan, amin..

Journal 2011 ~ #192

Yang ke berapa???
Hari 25 Feb 2011.. huhu hari keramat ni sebenarnya, tambah2 lg ari ni ari jumaat alhamdulillah bernafas lagi aku yer, syukur alhamdulillah nikmat Allah pada aku. Pada teman2 terima kasih atas ucapan selamat aku yerk.. pd mum yg wish dr jauh pon thnx.. then pd member2 yg wish on 12 o'clock after mlm td pon thnx yer krn mengejutkan aku dr lena hihi (^_^). Pagi ni aku jamu kekawan dgn pulut kuning nk bayar nazar sbenarnya klau tahun2 sbelum ni asal je 25 Feb aku pasti bercuti atau menghilangkan diri hihi but this yer aku bkerja, best jg smbt dgn kekawan kt opis ni. thnx guys cos u all sudi nk bersama aku kali ni. Wokey la apa2 pn 25 Feb its 25 Feb x jd apa pon.. moga next year bertemu lagi yer.. Adiosazz!!

Journal 2011 ~ #191

Wah!! ari ni da isnin yerk.. cepat tul ms blalu.. pejam celik pejam celik da isnin hihi, wokey la memandangkan ms yg aku ada ni agak terhad so kena la gunakan sebaik mungkin. Kali ni aku nk citer pasal industri seni d tanah air kita ni. Entahlah kekadang aku tgk mcm sedih jg dgn industri seni kita kt M'sia, ntah mna silap nye pon x taw.. mula2 aku nk citer pasal drama kt tv kita ni.. kekadang aku heran gak kenapa byk sgt citer asing kt dlm tv kita ni terutama skali citer indon adoii mcm x de citer M'sia jer. Baru-baru ni, citer drama Sakti Delima arahan Sheila Rusly dihentikan seketika kononnya berunsurkan syirik dan tahyu serta memesongkan daripada akidah Islam. Hmm.. aku x phm betul la Lembaga Penapisan Filem (LPF) ni, klau drama indon yg dongeng itu ini tu bleh plak di tayangkan x de plak kena tapis?? adoii memang buta betul org LPF ni.. kenapalah drama M'sia produk buatan M'sia plak yg kena buat mcm tu, dulu bukan main canang lg nk majukan industri seni kt M'sia ni tp haram ada cakap je lebih tp nk buat alahai ala kadar.. kesian aku tgk pengiat seni tempatan. Nk cr makan pon susah klau dok gaduh mcm2. Entah bila org2 yg berkenaan n yg tertentu ni buat dasar tertutup utk seni asing. 

Bukan apa kesian aku tgk artis2 M'sia ni, ada yg nk buat konsert x de penaja plak, tp klau artis luar nk buat konsert kt M'sia fuh!! tajaan bukan main lg, hmm.. heran mcmna nk maju industri seni kt M'sia ni. Dulu aku suka dgr lagu2 dr luar tp skg ni aku cuba kurangkan bila aku hayati n amati lagu2 M'sia ni byk yg bagus2 x kira dr genre mna pon, yg penting berunsur nasihat tu penting. Aku tertarik pada bait2 lirik dr kump. Bunkface taju Dunia best bila kita dgr betul2, x tau la pd korg tp pd aku kebanyakan lagu2 dr Bunkface ni aku dgr ada yg berunsur nasihat lirik2 yg mereka cuba sampaikn.. So pd korg yg minat n sayang pd industri seni tanah air kita ni.. korg ada otak korg pikir la sndiri yerk.. adiosazz!!


Journal 2011 ~ #190

Saman OH Saman!! Korg da bayar saman trafik x?? klau da bagus klau belom g bayar cepat2 sbb 1 mac ni kadar kompuan saman akan meningkat hmm.. so apa tunggu lagi jom bayar saman sekarang.

Berikut kadar baru saman yang di keluarkan PDRM


Journal 2011 ~ #189

Wah!! da berapa ari aku x update weblog aku ni huhu.. bz sesangat mengalahkan YB plak hahaha.. ni klau member aku dgr ni sure aku  kena rejam wakakakaka.. Hmm.. ari ni aku nk citer pasal benda yg sama tiap2 tahun dgr n citer.. 'valentine day'?! erm.. mesti korg terpikirkn aku nk citer apa sbenarnye? atau korg mesti kata aku smbt ari tu ke?? hahaha.. actully dulu ms zaman jahilliah aku mng ler smbt tp da belajar tinggi ckit br la insaf rupanya ada makna, peristiwa n sejarah d sbaliknyer hmm.. (seketika menginsafi diri). Entahlah bila tgk berita kt TV ni rs mcm sedih pn ada sbb ramai plak kekawan or adik2 yg terjebak dgn sgalanya. Ada yg kena cekup sbb berdua-duaan dlm bilik hotel, tmpt sunyi n sbgnya n ada jg yg tergadai body isk!! kekadang aku tertanya 'gak pd diri ni.. knpa valentine day?! knpa x ari2 biasa x de kasih sayang ker? adeii penin kpala mngenangkan isu ni. Nampak remeh tp sebenarnya inilah penyakit umat islam. Betul kata para Ulamah' kesedaran n penyebaran ilmu itu penting bg generasi yg serba canggih. Erm!! ari ni aku x nk citer panjang.. sbb aku jumpa artikel ni aku rasa sesuai utk kita kongsi bersama so sama2 kita renung2 kn yerk..

REMAJA ISLAM DI SERU TINGGALKAN HARI VALENTINE

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) selaku badan mahasiswa yang sentiasa menggerakkan isu-isu kemahasiswaan ingin mengajak seluruh mahasiswa, pemuda-pemudi dan umat Islam sekalian untuk tidak membudayakan sambutan Valentine Day.

Presiden Karisma, Khairul Fadhli Ismail berkata, mahasiswa sepatutnya bukan setakat tidak membudayakan sambutan itu bahkan perlu turun padang memberikan penerangan kepada masyarakat tentang fakta-fakta yang sebenar.

Menurutnya, 14 Februari menjadi tarikh keramat buat pemuda-pemudi tidak kurang juga yang sudah bergelar suami mahupun isteri untuk meraikan dek publisiti dan promosi yang menguntumkan kemanisan.

Katanya, fakta menunjukkah salah satu kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahanan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine.

Lalu 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim. “Bukankah dengan menyambutnya kita sendiri menghina agama kita yang suci?"

“Kejinya jika begitu, lagi parah jika mahasiswa yang merupakan golongan intelektual turut terjebak dalam kehinaan ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada umat Islam sehingga mengikuti agama mereka membuktikan serangan dan doktrin itu akan berterusan.

Malah, ujarnya racun-racun hedonisme sudah berjaya menembusi umat Islam dan akibatnya turut menyebabkan kepada gejala sosial, percampuran lelaki perempuan, zina, pembuangan bayi dan lain-lainnya.

Tambahnya lagi, tanggal 14 Februari dicanang sehingga dijadikan kemestian untuk disambut dan diraikan menjerumuskan anak-anak muda ke jurang kebinasaan.

Jelasnya, seperti yang semua sedia maklum, antara sejarah lain menyebut sebelum abad ke-17 Masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine setiap 14 Februari sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.

Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau sebagai seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi agama kristian.

Walau apapun sejarahnya, tegasnya tetap tiada kepentingan dan bukan ciri-ciri orang beriman mencontohi budaya negatif orang musyrik.

“Malah dengan kehadiran Hari Maulidurrasul yang disambut di negara kita pada 15 Februari (12 Rabiul Awal) adalah jauh lebih bagus kita bersama-sama menghayati pengorbanan junjungan besar Rasulullah s.a.w serta para sahabat dalam mengubah ketamadunan dunia yang memberikan kemanisan sehingga ke detik ini.

“Malah keimanan kepada Nabi ini merupakan antara teras sebagai Muslim,” ujarnya.

Justeru, katanya Karisma juga mengambil inisiatif kesedaran dengan mengadakan kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ), pengedaran risalah, task force, perkhemahan dan sebagainya sebagai alternatif aktiviti bermanfaat kepada mahasiswa dan remaja pada tarikh-tarikh sebegitu.

Malah, ujarnya Karisma juga bersedia untuk membantu dan keterhadapan bersama mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan IIKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM) dan lain-lain dalam menganjurkan program-program kesedaran Islamik dan bercorak motivasi.

“Maka marilah sama-sama kita buang istilah valentine ini daripada memori setiap daripada kita dan kita lebihkan penghayatan kepada perjuangan dan misi agung menegakkan Islam yang diwariskan oleh insan agung Muhammad bin Abdullah s.a.w. Nabi dan Rasul yang terakhir,” ujarnya
.

Journal 2011 ~ #188

Tepuk dada tanya minda.. kenapa nak politikan soal keselamatan pelajar kita di Mesir.. tolak tepi sume unsur politik pentingkan keselamatan pelajar kita rakyat Malaysia. Ikuti cerita seterusnya

PAS sabotaj ! Hasut pelajar di Mesir jangan naik pesawat kerajaan BN

Selepas kerajaan BN menghantar misi bantuan ke Mesir bagi menyelamatkan ribuan pelajar rakyat Malaysia di sana , talibarut2 PAS di Cairo tidak duduk senang sekali begitu juga pemimpin2 mereka di sini.

Ini blog Krisis Mesir Nasib Rakyat Kita yang bersumberkam PMRAM yang kononnya memberikan maklumat terus kepada rakyat Malaysia mengenai situasi di Mesir . Blog ini cakap perjalanan Jeddah ke KL ditanggung sendiri, betul ka?

Terbaru berita dari Cairo yang dimaklumkan oleh blog Medan Info Kita.,tersebar pula berita menerusi sms palsu... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.."

Kalau rakan blogger yang berada di sana sendiri melaporkan kerja khawarij PAS.. memang sah la parti ini dengki dan mahu sabotaj usaha murni kerajaan dengan menghasut pelajar2 Malaysia agar jangan naik kapal terbang kerajaan BN ini. Sebab kita boleh lihat sendiri sumber dari blog di atas ini lebih kurang sama saja dengan sms palsu ini.

Tetapi hakikat sebenarnya di sana tidak seperti apa yang disebarkan sms palsu ini . Pihak delegasi seperti Dato Seri Jamil Khir, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Azeez dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay terpaksa berusaha pulak yakinkan pelajar pelajar kita bahawa semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah bayaran airport tax.

Kerajaan nak pi selamatkan mereka tetapi tak sangka pulak tambah kerja untuk memujuk mereka pulak untuk naik kapal terbang. Ini semua kerja puak-puak kopiah putih cap bulan la yang hasut budak2 totok PAS di sana agar jangan terima bantuan kerajaan BN.

Kalau depa ini semua tak mahu naik kapal terbang cap BN .. tak pa la .. lantak pi la kerana depa, mungkin budak2 ini nak belajar sangat kat rakyat Mesir bagaimana nak jatuhkan kerajaan melalui demontrasi. Dasar tak kenang budi!

Journal 2011 ~ #187

MESIR: Mubarak terus alami tekanan berundur



KAHERAH 7 Feb. - Presiden Mesir, Hosni Mubarak hari ini terus mengalami tekanan untuk meletakkan jawatan dengan segera setelah kem pembangkang menyifatkan konsesi yang diberikan oleh kerajaan dalam rundingan bersejarah, semalam sebagai tidak memadai.

Ketika pemberontakan itu memasuki hari ke-14, hari ini, Dataran Tahrir di tengah Kaherah masih dipenuhi penunjuk perasaan antikerajaan yang tetap berpendirian bahawa permulaan dialog dengan kumpulan-kumpulan pembangkang, semalam tidak akan menjejaskan kempen mereka untuk menjatuhkan Mubarak.

Naib Presiden, Omar Suleiman semalam mengadakan rundingan dengan beberapa kumpulan pembangkang termasuk Ikhwan Muslimin, tetapi selain kerajaan membuat beberapa konsesi, tiada kemajuan besar dicapai bagi menamatkan krisis. Suleiman menolak satu tuntutan utama pembangkang supaya beliau mengambil alih kuasa Mubarak dan memerintah negara semasa tempoh peralihan.

Tidak semua gerakan pembangkang yang terlibat dalam pemberontakan untuk menamatkan pemerintahan Mubarak hadir pada rundingan, semalam.
Tokoh pembangkang yang juga bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei tidak dijemput.
Pemimpin nombor dua Ikhwan Muslimin, Mahmud Ezzat berkata, kumpulannya tidak menarik diri daripada rundingan kerana merasakan ada kemajuan yang dicapai tetapi beliau memberi amaran protes jalanan akan diteruskan.
Beliau berpendapat, dengan mengadakan dialog dengan pembangkang, kerajaan secara tersirat 'mengakui protes itu merupakan revolusi rakyat dan tuntutannya adalah sah dan satu tuntutan kami ialah Presiden mesti berundur'. Ketika ditanya sama ada Mubarak akan meletakkan jawatan, Ezzat berkata, semuanya bergantung kepada tekanan rakyat dan pihaknya menyokong tekanan rakyat diteruskan.

ElBaradei yang kembali ke Mesir sejurus selepas protes anti-Mubarak bermula berkata, rundingan yang baru dilancarkan itu tidak ada kredibiliti kerana diatur oleh Mubarak dan tentera.
"Prosesnya tidak telus, tiada siapa mengetahui siapa yang bercakap dengan siapa pada peringkat ini," kata beliau kepada stesen NBC, sambil menyebut tentang 'tiadanya keyakinan' antara penunjuk perasaan dengan kerajaan. - AFP

Journal 2011 ~ #186

Hari ni hari rabu.. kehidupan yg membosankan.. kat opis x de org nk balik awal x bleh nnti org kata makan gaji buta so aku buat ler keje2 yg ada walaupun x de mode.. esok start cuti raya cina smpi jumaat.. nk wat apa yerk cuti ni?? plan mcm nk g IKEA Mutiara Damansara hihi window shopping kut hihi.. x pon g The Curve tgk movie hahaha mcm best je aku tgk movie skg ni hihi wokey la plan2 dulu baru wat keputusan hihi.. adiosazz!!