Journal 2013 - # 444

Hi uols! Salam Ilmu, Salam Ibadah!! Dah ari khamis rupanya.. cepat btl masa berlalukan.. Oklah kali ni aku nk share pasal makanan lagi (^_^), Aku akui sume org suka makan terutama sekali bila sebut pasal seafood!! So uols berhati-hati yer, klau masak sendiri x per tp klau makan kt restoran ker, hotel ker atau kat mana-mana skali pun make sure uols tahu status restoran tersebut.

seafood yang di makan ada campuran arak? anda suka makan seafood? seafood yang di masak oleh tukang masak dan pengusaha restoran bukan muslim lebih enak rasanya? namun status kehalalannya di ragui? Anda pasti apabila terlihat 'serve no pork' bermakna restoran itu menggunakan bahan masakan yg halal? lebih baik anda ketahui dari sekarang dari anda terus menerus membiarkan darah daging anda memakan benda yang haram...
Ejen Halal: TV Al-Hijrah
 

Journal 2013 - # 443

Hi uols! Salam Perjuangan! Salam Ukhwah utk uols sume! Moga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT x kira d mana sahaja kita berada. Jika semalam isu Halal, Haram & Syubhah menjadi topik perkongsian ilmu kita, kali ini aku masih lagi nk share pasal isu ini utk uols sume. Bkn apa adakalanya kita terlepas pandang soal makanan halal dan status sesebuah restoran tersebut. Okies uols! x mahu buang masa jom kita baca artikel ni yg dipetik drpd Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang disediakan oleh Mastura binti Mohd Zain.

Makanan Halal Tetapi Tidak Selamat

Selamatkah makanan aku nak makan ni?? Halal ker?
Bagaimanakah kedudukan makanan yang sememangnya halal tetapi tidak selamat untuk dimakan yakni, terdapat bukti menunjukkan makanan itu akan mendatangkan kemudaratan kepada manusia itu sendiri. Juga apakah makanan yang bersih itu halal dan apakah semua yang halal itu semestinya baik untuk kesihatan?

Sebenarnya tidak semua yang bersih itu halal untuk dimakan sekalipun pemprosesannya dijamin tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Juga tidak semua yang halal itu mendatangkan kebaikan dan memenuhi keperluan zat yang diperlukan tubuh manusia.

Sebagai contoh, seorang pesakit tekanan darah tinggi-walaupun gula dan garam itu merupakan sesuatu yang halal, namun dua benda itu adalah tidak sihat untuk beliau. Juga daging lembu yang diproses dengan bersih tetapi tidak disembelih mengikut syarak, maka ia tidak semestinya halal.

Agama Islam menganjurkan dua perkara utama di dalam hal makanan iaitu, kehalalan serta kebersihan makanan yang diambil. Di dalam agama Islam selagi tidak ada nas yang mengharamkan sesuatu benda itu, maka ia adalah halal untuk dimakan.

Namun demikian, soal kebersihan dan keselamatan makanan turut berkait rapat dalam pengambilan sesuatu makanan. Halal tetapi tidak bersih serta tidak selamat, samada dari segi penyediaan mahupun ketika makanan itu diproses, akan mengakibatkan kesihatan seseorang terjejas. Oleh itu ketiga-tiga faktor tersebut saling berkait di antara satu sama lain.

Makanan yang halal tetapi tidak selamat, mungkin akibat daripada pelbagai teknik yang digunakan bagi mempercepatkan pertumbuhan, dilihat sebagai makanan yang boleh memudaratkan kesihatan. Jika sesuatu itu sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan manusia, agama Islam sama sekali tidak akan menyokongnya.

Di dalam agama Islam, sesuatu yang halal itu semestinya tidak mendatangkan kemudaratan kepada si pemakan. Masyarakat Islam di negara ini lazimnya akan memberi keutamaan kepada logo halal apabila memilih makanan, tetapi kurang mengambil kira kandungan zat di dalam makanan tersebut. Boleh dikatakan tahap kesedaran masyarakat masih rendah mengenai kandungan makanan yang sihat untuk kesihatan. Mereka tidak mempunyai ilmu tentang kandungan makanan yang diambil; ditambah pula dengan pelbagai istilah yang digunakan contohnya, asid amino atau omega 3, membuatkan ramai yang tidak kisah.

Ini ditambah dengan iklan-iklan yang hanya mengiklankan barangan tanpa menerapkan nilai-nilai ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna. Atas kesedaran ini, Kementerian Kesihatan dikatakan akan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan restoran makanan segera menyenaraikan maklumat kandungan makanan dan minuman yang dijual kepada orang ramai.

Terdapat juga cadangan untuk menguatkuasakan larangan menyiarkan iklan makanan segera serta penajaan iklan bagi program kanak-kanak di media elektronik. Dengan adanya maklumat berhubung istilah-istilah kandungan makanan dapat membantu menyedarkan masyarakat mengenai pengambilan makanan yang seimbang. Dengan ilmu mengenai kandungan dalam makanan, mampu mengatasi masalah kesihatan masyarakat.

Sememangnya umat Islam harus mengambil berat apa jua sumber yang menjadi asas pemakanannya. Ini kerana kita tahu setiap makanan yang diambil akan menjadi darah daging manusia itu sendiri. Jadi mengambil makanan yang halal, bersih dan selamat bukan saja menjamin kesihatan seseorang malah mampu membentuk nilai spiritual yang amat tinggi di dalam diri seseorang itu dengan akhlak dan perilaku yang baik. Tidak dinafikan terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi tingkah laku seseorang seperti faktor keturunan, persekitaran, pendidikan, namun agama Islam memang menitikberatkan hal pengambilan makanan seseorang.

Ini jelas apabila Rasulullah SAW bersabda seseorang yang di dalam tubuhnya terdiri daripada makanan yang haram, Allah sukar untuk memperkenankan setiap doa-doanya. Imam Ghazali pula menceritakan, seorang wali Allah, Suhail, pernah berkata, apabila seseorang itu makan makanan yang haram, anggota badannya enggan mengikuti fikirannya. Walaupun di fikirannya hendak melakukan amal soleh dan kebajikan, namun anggota badan yang dibentuk daripada makanan yang haram terlalu berat untuk melaksanakannya.

Dalam hal ini perlu juga diperhatikan tentang pengambilan makanan yang syubhah, kerana ia tetap memberi kesan kepada tingkah laku seseorang.  Makanan yang syubhah contohnya, memberi makan anak buah dari pokok orang lain tanpa meminta izin tuan punya pokok terlebih dahulu, akan mempengaruhi tingkah laku anak, ditakuti menjadi anak yang nakal. Oleh itu menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mempastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak adalah halal.

Abdul Kadir al-Jailani menjadi seorang ulama tersohor kerana kedua-dua ibubapanya begitu prihatin tentang halal dan haram sesuatu perkara; khasnya yang berkaitan dengan pemakanan yang diberikan kepada anak-anaknya. Juga perlu diingat, memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintahNya.

Journal 2013 - # 442

Hi uols! Salam Pengetahuan Salam Perkongsian. Hari ini aku ingin berkongsi tentang hal Halal n Haram sesuatu makanan itu dan juga pemilik restoran yang ada di negara kita ini terutama sekali di negeri kelahiran aku iatu Sabah.

P/S: Maaf jika entry kali ini buat ada sesetengah pihak x berpuas hati atau marah dengan tindakan aku ini. Tp entry ini khusus utk saudara seislam sbg panduan kita bersama.

Sebut pasal halal & haram seharusnya kita perlu tahu apa itu halal apa itu haram. So apa kata kita fahami dan ketahui hal ini:

Apa itu Halal?
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
Sumber: http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/mengenai-pensijilan-halal/takrifan-halal

Mengapa Halal?
Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.
  1. Perintah Tuhan  :  Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya: “Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)". (Surah al-Baqarah: 168). Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan: “Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172) .Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)
  2. Mengelakkan daripada azab Neraka : Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat. Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani). Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)
  3. Doa makbul : Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan. Rasulullah bersabda: “Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim) Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)
  4. Diterima Amalan : Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan. Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)
  5. Hati bersih : Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”
Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa
Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:
  • Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.
  • Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.
  • Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.” 

Apa itu Haram & Syubhah?
Hukum syarak pula bermakna undang-undang Islam dalam mazhab Syafie atau undang-undang dalam mana suatu mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang sudah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh raja bagi mana-mana negeri.Bagaimanapun, sebagai agama yang mementingkan kesempurnaan dan kesucian, Islam menggariskan syarat dan peraturan lebih terperinci dalam setiap perkara dasar yang ada dalam ajarannya. 
Konsep halal menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  mencakupi konsep yang lebih luas iaitu bermula dari peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir dan sehinggalah produk itu sedia untuk dimakan. Definisi makanan halal yang diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) iaitu makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati beberapa syarat tertentu. Antaranya, makanan itu tidak mengandungi mana-mana bahagian produk haiwan yang tidak halal dimakan.
Selain itu, ia juga tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis dan selamat serta tidak memudaratkan dan ia mesti disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan peralatan-peralatan yang tidak dicemari bahan najis.Sementara itu, produk akhir pula tidak boleh mengandungi bahagian anggota manusia atau hasil daripadanya. Terakhir sekali, semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan, makanan tersebut mestilah diasingkan daripada makanan lain yang tidak halal, tidak bersih serta tidak menepati syarat. 

Makanan haram pula dikatakan sebagai makanan yang boleh merosakkan akal fikiran dan membahayakan kesihatan fizikal dan mental manusia yang memakannya. Islam melarang umatnya mengambil makanan haram kerana makanan haram akan menjejaskan kesihatan. Hal ini  bermakna produk haram ialah produk yang tidak diizinkan oleh syarak untuk digunakan atau dinikmati oleh manusia terutamanya orang Islam. Menurut riwayat Muslim, setiap yang memabukkan adalah (khamar) dan setiap yang memabukkan adalah haram. Penyataan ini menjelaskan bahawa setiap yang memabukkan iaitu memberi kesan kognitif negatif serta menyebabkan kegagalan peranan tubuh badan  kepada pengamalnya adalah haram. 

Syubhah pula bererti keraguan status produk itu sama ada halal atau haram. Syubhah menghampiri kepada hukum haram. Jika terdapat setitik keraguan di dalam hati kita , maka ianya dianggap haram.
 
“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang dan jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang dan jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhah yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.”  (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)  
Secara ringkasnya, makanan yang halal itu perlu kita mencarinya kerana menjadi kewajiban setiap muslim. Produk halal harus kita sebarkan, produk haram perlu kita jauhkan sejauh-jauhnya dan produk syubhah perlu kita elakkan seboleh-bolehnya.   

Umat Islam dituntut mengikut syariat Islam yang telah mengatur kehidupan manusia dengan lengkap dan sempurna. Islam telah mengatur segala aspek kehidupan manusia termasuk juga soal pemilihan makanan. Hal ini kerana, makanan yang diambil akan mempengaruhi tingkah laku manusia dan memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal. Makanan merupakan keperluan asas bagi setiap organism hidup. Setiap organisma memerlukan sumber makanan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh kita perolehi pada masa kini. Namun demikian, kita juga perlu berusaha untuk  mencari sumber makanan yang baik berlandaskan syariat Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip makanan halal adalah salah satu perkara yang sangat dititikberatkan dalam ajaran Islam. Secara umumnya, prinsip halal ini melibatkan dua perkara iaitu diperolehi daripada sumber yang halal atau haram. Sumber haram seperti harta curi, perjudian, rasuah, penipuan dan sebagainya yang diharamkan menurut syariat Islam. Perkara yang kedua  pula berkaitan dengan zat atau barangan itu sendiri sama ada halal atau sebaliknya.

Pada masa kini, begitu mudah untuk mendapatkan makanan. Dunia sekarang ‘semuanya di hujung jari anda’, sebagai contoh kepada maksud saya , anda hanya perlu capai sahaja telefon bimbit dan terus dail nombor bebas tol untuk memesan makanan yang anda inginkan seperti Kentucky Fried Chicken (KFC),Pizzz Hut, McDonald dan sebagainya. Pada masa yang sama, kita juga begitu terdedah kepada pelbagai makanan dan minuman yang berada di pasaran khususnya produk import yang rata-ratanya datangnya dari negara bukan Islam dan diusahakan oleh orang bukan Islam. Situasi ini  pastinya menimbulkan banyak persoalan berkaitan masalah-masalah produk ini. Namun demikian, sejauh manakah kepastian kita tentang kehalalan makanan tersebut? Adakah kita benar-benar yakin bahawa makanan itu halal dimakan?  Tentu sahaja bukan mudah untuk kita mengenali sumber bahan-bahan tersebut, sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda :“Tinggalkanlah apa yang meragukan untuk menuju kepada sesuatu yang tidak meragukan”. 

Untuk panduan uols yang berkunjung ke Sabah, plz refer senarai-senarai restoran, kedai makan dan sebagainya untuk ketahui status sijil halal
  1. Premis Makanan Halal Kategori Restoran & Kantin 
  2. Halal Sabah 
  3. Halal Malaysia 
Jadi uols! berhati-hati ok Papan Iklan yang paparkan 'No Pork Serve' x semestinya halal ok! Now uols kena berhati! terutama sekali pelancong islam daripada luar negeri Sebah.

Tentu ramai yang tercari-cari restoran seafood so makan seafood pada asalnya Halal, tp kena tahu juga tukang masaknya siapa islam atau non muslim? Penggunaan bahan dalam masakan tu halal ker tidak? cara pengendalian masakan tersebut bersih atau x? penggunaan pinggan mangkuk atau gelas tu bercampur dengan benda-benda haram. So uols harap uols lebih berhati-hati dengan hal ini okies!! Selamat beramal.

Journal 2013 - # 441

Hi uols! Salam perjuangan Salam keamanan! Moga Allah sentiasa merahmati kita di Bumi bertuah ini (Malaysia). Jom baca artikel ini sebagai pembakar semangat kita untuk membantu saudara seislam kita di bumi palestin.
Kempen Kesedaran dan Membantu Rakyat Palestin
HALUAN memandang permasalahan berkaitan Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai satu perkara yang sangat penting kepada setiap manusia yang inginkan keamanan dan cintakan kemanusiaan, lebih-lebih lagi dari kalangan mereka yang beragama Islam. Kekejaman rejim Zionis Israel ke atas bumi dan rakyat Palestin yang berterusan sejak lebih 60 tahun lalu perlu mendapat perhatian semua lapisan masyarakat supaya satu masa nanti kekejaman itu akan terhapus, dan kekejaman serta penindasan tidak lagi berulang ke atas mana-mana kelompok manusia.
HALUAN memberi perhatian kepada permasalah Palestin secara formal dan tersusun pada awal tahun 2007, dengan menggerakkan kempen "Meniti Jalan Ke Al Aqsa". Melalui kempen ini, Ustaz Mohd Darus bin Senawi Ali selaku Timbalan Presiden HALUAN bersama-sama  para sukarelawan HALUAN merancang dan melaksanakan usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab keagamaan dan kemanusiaan terhadap Palestin yang mereka harus tunaikan bersama.
Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan komimen yang diberikan oleh kepimpinan HALUAN, usaha ini terus berkembang dengan tertubuhnya Biro HALUAN Palestin. Sehingga ke hari ini, HALUAN Palestin bukan sahaja memberi fokus kepada usaha menyedarkan masyarakat bahkan juga berjaya mengumpul dana melalui sumbangan masyarakat prihatin dan seterusnya melaksanakan projek-projek bantuan kemanusiaan secara terus untuk rakyat Palestin, baik yang tinggal di bumi Palestin sendiri mahupun mereka yang terpaksa melarikan diri dan menumpang hidup di negara-negara luar.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Biro HALUAN Palestin adalah:
  • Ceramah dan pameran kesedaran kepada masyarakat, termasuk di masjid, surau, sekolah, pejabat dan tempat-tempat awam.
  • Menerbitkan bahan bacaan menyentuh permasalahan Palestin.
  • Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO lain yang bekerja atas isu Palestin.
  • Menggerakkan usaha mengumpul dana bantuan dan seterusnya menyalurkan bantuan tersebut kepada rakyat dan pelarian Palestin.
  • Menjalankan projek pembangnunan semula dan juga jangkamasa panjang kepada rakyat dan pelarian Palestin.
Usaha Biro HALUAN Palestin juga telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia melalui dana pembangunan semula wilayah Gaza di bawah seliaan Wisma Putra.
Berikut adalah merupakan beberapa usaha kemanusiaan dan projek-projek bantuan yang berjaya dilaksanakan, hasil sumbangan masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap saudara-saudara Palestin mereka.
1. Pembinaan 4 telaga tiub bagi menyalurkan bekalan air bersih di Gaza. Dua daripadanya dibina di Universiti Islam Gaza dan dua lagi di daerah Khan Younis. Projek ini adalah hasil dana sumbangan rakyat Malaysia melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin yang disalurkan oleh Wisma Putra. Perlaksaannya telah dibantu oleh Majlis Perbandaran Gaza, Pertubuhan Assembly for Peace And Solidarity And Relief of Gaza dan juga Rabitah Ulama Palestin.

bhp-tiub-01Pembinaan salah sebuah telaga tiub di Khan Younis
bhp-tiub-02Mantan Pengerusi HALUAN Palestin, Hj Noorazman Samsuddin ketika melawat tapak projek telaga tiub di Gaza 
2. Dana daripada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin juga disalurkan oleh Wisma Putra melalui HALUAN untuk melaksanakan projek bantuan mikrokredit bagi tujuan membantu rakyat Gaza membangunkan perniagaan kecil. Hasil daripada projek ini, dua perusahaan utama telah dapat dijalankan di Khan Younis, iaitu projek perusahaan ternakan lembu tenusu, dan projek perusahaan pembuatan pakaian yang diselenggarakan oleh ibu-ibu tunggal. Rakan NGO HALUAN di Gaza, SAMA Foundation menjadi pemantau kepada perlaksaan berterusan projek-projek ini.

bhp-mikro-01Sebahagian daripada lembu tenusu hasil projek mikrokredit
bhp-mikro-03Ibu-ibu di Gaza mendapat manfaat melalui hasil jahitan 
3. Pembinaan semula Masjid Sheikh Ahmed Yassin yang ranap diserang oleh pengganas Zionis telah berjaya menyumbangkan sebuah institusi yang penting untuk rakyat Gaza. Sebelumnya, mereka hanya bersolat di kawasan lapang berhampiran runtuhan masjid asalnya.

bhp-masjidyassin-02Masjid Sh Ahmed Yassin dibina semual di atas tapak asal
bhp-masjidyassin-01Alhamdulillah masjid ini menjadi tempat solat dan pusat majlis ilmu yang amat berguna 
4. Bermula pada tahun 2009, HALUAN mula berusaha menghantar bantuan kemanusiaan secara terus kepada rakyat Palestin. Sepasukan relawan HALUAN, termasuk wakil-wakil Kelab Kesihatan HALUAN (KKH,) telah membawa bantuan ke Kem Pelarian al-Hol di Hassakeh, Syria, dan juga Kem Pelarian Tanf di sempadan Syria-Iraq pada bulan November 2009. Selain membawa bantuan makanan, relawan-relawan KKH turut melakukan pemeriksaan dan rawatan kesihatan secara percuma. Selain daripada itu, sebanyak 33 ribu kilogram kelengkapan pakaian musim sejuk turut dihantar ke kem Tanf, al-Hol, Hassake dan Khan Danun. Projek ini dijalankan dengan kerjasama BAKTI dan Wisma Putra. Pada tahun-tahun berikutnya, HALUAN menghantar bantuan bermusim kepada anak-anak yatim dan juga pelarian Palestin di negara jiran. Bantuan-bantuan tersebut termasuklah projek bantuan Ramadhan dan berbuka puasa (iftar) di Gaza dan kem-kem pelarian di Syria, Iraq dan Lubnan.

bhp-tanf-01Kem Tanf merupakan salah satu kem yang paling teruk di dunia
bhp-hassake-02Wakil HALUANITA, Pn Alfiah Samingan, di majlis penyampaian bantuan di Kem Pelarian Hassake
bhp-gaza-02Bantuan Ramadhan di Gaza
bhp-syria-01Bantuan Ramadhan di Kem Pelarian Palestin di Syria
 bhp-baghdad-04Sebahagian daripada barangan bantuan Ramadhan kepada pelarian-pelarian Palestin di Baghdad, Iraq
bhp-baghdad-03Keluarga pelarian Palestin di Baghdad mendapat manfaat daripada sumbangan anda
bhp-iftarsyria-01Majlis berbuka puasa anak-anak yatim pelarian Palestin di Syria
bhp-iftarsyria-04Sebahagian daripada anak-anak yatim menikmati juadah berbuka puasa

5. HALUAN juga menyertai gabungan NGO antarabangsa dalam usaha menarik perhatian masyarakat dunia terhadap permasalahan Palestin, sekaligus memberi tekanan kepada rejim pengganas Israel. Pada bulan Januari 2010, dua orang relawan HALUAN bersama-sama 320 orang relawan antarabangsa yang lain telah menjayakan konvoi darat Viva Palestina 3, dengan memasuki Gaza melalui pintu Rafah di Mesir. Sebanyak 160 buah kenderaan beserta muatan keperluan asas dan ubat-ubatan telah diserahkan kepada rakyat Gaza.

Manakala pada bulan Mei 2010, lima orang relawan HALUAN beserta tujuh relawan Malaysia daripada beberapa NGO prihatin Palestin yang lain telah menyertai konvoi laut antarabangsa dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Usaha yang berakhir dengan tragedi pembunuhan sembilan relawan di atas kapal tersebut telah berjaya mengangkat permasalahan Palestin sebagai isu penting masyarakat dunia. Hasil daripada usaha ini, masyarakat dunia lebih mengambil kisah isu Palestin dan mengecam kezaliman berterusan yang dilakukan oleh tentera Zionis. Beberapa misi bantuan susulan turut berjaya dilakukan.

bhp-viva-03Konvoi Viva Palestina 3 dari pelbagai negara bertolak dari London menuju ke Gaza melalui pintu Rafah di Mesir
bhp-viva-04Relawan-relawan HALUAN, Hj Norazman dan Abu Ubaidah, bersama-sama relawan Viva Palestina 3
bhp-marmara-03Majlis pelancaran Lifeline For Gaza, iaitu gabungan NGO Malaysia yang menyertai konvoi pelayaran ke Gaza
bhp-marmara-01Para relawan Malaysia di hadapan kapal Mavi Marmara 
6. Lebih 5 juta rakyat Palestin terusir menjadi pelarian di negara asing. Untuk membantu golongan ini meneruskan kehidupan dengan lebih baik, HALUAN telah membina sebuah klinik gigi khusus untuk mereka di Damascus. Projek usahasama HALUAN dan NGO-NGO dari Indonesia ini dapat memberi rawatan gigi secara kebajikan kepada pelarian-pelarian di kem Yarmuk, Filistin, Sbena, Khan Danun dan beberapa kem lain di sekitar Damascus.

bhp-klinikgigi-03Klinik gigi kebajikan di Damascus
bhp-klinikgigi-02Klinik ini merupakan klinik gigi pertama untuk 300 ribu pelarian Palestin di sekitar Damascus

7. HALUAN juga memberi fokus kepada bantuan pendidikan anak-anak Palestin. Beberapa buah perkhemahan tahfiz al-Quran telah didirikan di kem-kem pelarian terpilih di Syria. Alhamdulillah dengan bantuan ini anak-anak Palestin dapat mengikuti kelas pendidikan dan menghafal al-Quran dengan lebih baik dan tersusun.

HALUAN turut menaja beberapa orang pelajar dari Palestin untuk melajutkan pelajaran di Malaysia. Pelajar-pelajar dari Gaza turut ditaja untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di negara luar.

bhp-tahfiz-03Anak-anak Palestin sangat terikat dengan pendidikan Islam dan al-Quran
bhp-tahfiz-01Anak-anak menghafal al-Quran
bhp-tahfiz-04Prasarana yang lebih selesa untuk anak-anak Palestin
bhp-tahfiz-05Anak-anak lelaki bersama mualim mereka
bhp-tahfiz-07Anak ini menghafal al-Quran di hadapan mualimnya, sementara rakan-rakan yang lain menunggu giliran
bhp-tahfiz-08Bakal-bakal huffaz al-Quran 
Sumber: http://www.haluan.org.my/v5/index.php/joomla-components/kempen-membantu-palestin

Journal 2013 - # 440

Salam Keamanan! Salam Perjuangan! “Dunia ini hanya terdiri atas tiga hari: Kemarin, ia telah pergi bersama dengan semua yang menyertainya. Besok, engkau mungkin tak akan pernah menemuinya. Hari ini, itulah yang kau punya, jadi beramallah di sana.” – Hasan al Bashri.

Kejadian Besar Menanti Palestin
Khamis,26-09-2013 - Pada kedua-dua bahagian peta keadaan Palestin pada hari ini, dua garisan strategi yang terdapat dalamnya semua peristiwa dan jangkaan peristiwa yang akan berlaku mula terlukis. Mungkin kita boleh menganggapnya sebagai satu permulaan kepada peristiwa besar yang mula jelas petandanya.. Dua garisan itu ialah (perhimpunan politik) rakyat Palestin dan ketidakupayaan kepimpinan dalam bergerak dan bertindak di luar kehendak dan pengiktirafan Israel.


Dua garisan ini merupakan satu sekatan kepada keadaan Palestin. Ianya dianggap dalam penentuan strategi sebagai permulaan penting bagi melancarkan gerakan kebangkitan ketiga yang sedang menanti yang dijangka semua kekeliruan politik yang memecahbelahkan kepimpinan akan menguasai jalan intifadah itu.. Saya yakin ianya tidak akan kekal tanpanya – bersandarkan kepada kebangkitan sebelum ini (1987, 2000) – kecuali percikan pelancaran atau berlakunya permulaan yang mungkin menjadi musuh Mesir terhadap rintangan di Ghaza, atau tibanya pengepungan yang dasyat atau mengisytiharkan kegagalan rundingan atau kemasukan zionis ke masjid al-Aqsa atau penolakan sebahagian daripadanya atau mugkin lebih sedikit daripada itu – hanya peristiwa selamat daripada musuh.. dan semua itu amat rapat atau lebih rendah dari itu.

Untuk kita mengingati kebangkitan sebelum ini 1987 dan 2000, dan meninjau apa yang telah kita katakan tentang dua permulaan dan kejadian di situ.. pada kebangkitan pertama bermulanya (penutupan politik) sebelum 5 tahun lalu, dan khususnya pada 1982 dan keluarnya tentera pertubuhan daripada Beirut dan perpecahannya serta kesibukannya dengan perkara yang tidak penting (kemungkinan bukan darinya) revolusi, dan menampakkan (ketidakupayaan kepimpinan Palestin) pada jarak jauh secara material dan moral dan penolakannya baru ini menyerupai rungutan dan bisikan tentang idea Persidangan Keamanan Antarabangsa.. maka Beliau datang pada peristiwa itu ketika ketua komander Israel sengaja berlari ke satu kumpula pekerja Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Journal 2013 - # 439

Hi uols!! Salam keamanan salam perjuangan, mungkin kita x mampu melakukan apa2 tapi tadahkan tangan menghadapi ilahi berdoalah kepada-Nya, agar saudara seislam kita di Palestin diberi kekuatan dan dilindungi Allah SWT

Penempatan zionis dianggap melanggar perjanjian antarabangsa secara terang-terangan

Selasa,01-10-2013 - Hanna Issa, Setiausaha Agung Jawatankuasa Islam-Kristian sokongan Baitul Maqdis menganggap penempatan zionis di bumi Palestin yang diduduki termasuk Jerusalem adalah satu pelanggaran perjanjian antarabangsa secara terang-terangan.

Issa berkata dalam satu kenyataan bahawa semua penempatan zionis di Palestin berada di bawah undang-undang antarabangsa di samping pemindahan penduduk Palestin bercanggah dengan semua prinsip-prinsip antarabangsa dan Perjanjian Geneva yang keempat pada tahun 1949, di mana perjanjian ini memperincikan siri panjang larangan yang dikenakan ke atas kuasa penjajah, dan intipati perjanjian ini pada waktu ini melarang penempatan semula penduduk Israel di Palestin.

Beliau berkata lagi, apa yang saya sahkan semula oleh banyak keputusan antarabangsa yang sah yang mengesahkan penafian mana-mana status undang-undang penempatan, dan keputusan ni juga meminta pemansuhan dan pembubaran penempatan termasuklah di Jerusalem di mana pembinaan penempatan menjejaskan hak-hak penduduk Palestin di bawah undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Journal 2013 - # 438

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!
Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!
  1. Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
  2. Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
  3. McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
  4. Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
  5. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
  6. Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
  7. Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
  8. Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
  9. Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!