Tahniah Adflin Shauki

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!

Hi uols! Beberapa hari ni hangat cerita pasal isu gelaran 'Datuk' beli yang di buat lawak oleh pelawak Zizan Razak! Banyak artis-artis di Malaysia ni tersinggung dengan lawak Zizan pada malam FFM29. Pada aku nak berlawak kenalah berpadah-padah. Kepada Zizan sila buat research terlebih dahulu. Nak dapat gelaran 'Datuk', 'Dato', 'Datuk Sri', 'Datuk Sri Panglima', whatever apa sekali gelaran memang sekurang-kurangnya ada wang cagaran selain daripada jasa mereka terhadap sesuatu bidang. Dulu aku pun terfikir macam tu kena beli tapi bila pengalaman ex-boss dapat gelaran 'Datuk' daripada Agung iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim baru aku tahu proses sebenar. Sama juga dekat negeri Sabah ni nak dapat gelaran 'Datuk Sri Panglima' pun prosedur tetap sama. Cukup sampai itu cerita gelaran ni, yang lain korang boleh research sendiri okies.

Back to story, Tahniah buat brother Adflin Shauki yang mendapat gelaran Datuk Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) ,darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa baru ni, beliau ditemani oleh ibu beliau semasa majlis pengurniaan tersebut. Alhamdulillah. Kelihatan Datuk Aliff Syukri juga turut menerima anugerah pada masa tersebut.


Kalau sesiapa mengikuti perkembangan Adflin Shauki, beliau bukan sahaja bergiat dalam seni tapi Adflin banyak melakukan aktiviti-aktiviti amal termasuklah misi bantuan Palestine, iran dan mungkin banyak lagi yang kita tak nampak, iya lah kan tak kan semua benda kebaikan tu nak kena bagitahu semua orang. So Afdlin Shauki memang layak untuk menerima anugerah tersebut, jangan pertikaikan apa sangatlah sumbangan beliau tu, itu usaha beliau dan beliau layak untuk itu.

Kenali Afdlin Shauki:
Afdlin Shauki bin Aksan (lahir 19 Mei 1971) lebih dikenali sebagai Afdlin Shauki (atau Chief Kodok dan juga Sedey Malaskepada peminatnya) ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1997, 1999-2003, 2005-2010. Selain itu, beliau juga menjadi pengacara dan penulis bagi rancangan Golden Dreams (1999) dan Golden Dreams Extreme (2000). Beliau mula mendapat tempat dalam bidang hiburan tanah air ekoran kejayaan beberapa filemnya seperti Buli (2004), Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006) dan Sumolah(2007).

Seorang penyanyi, pemuzik dan penghibur secara langsung — Afdlin, bersama-sama dengan kumpulannya Acidiz, mengetengahkan R&B, jazz asid dan funk. Album sulungnya FUUYO! telah dikeluarkan pada akhir tahun 2003. Pada tahun 1992, Afdlin mengadakan persembahan untuk penonton sebanyak 50,000 di 'Konsert Ikhlas' bersama Zainal Abidin dan Sheila Majid antara lain. Beliau telah mempersembahkan salah satu daripada kelab-kelab jazz yang paling dihormati di Eropah seperti Ronnie Scott, sebagai persembahan pembukaan untuk Sheila Majid untuk jelajah 1996 UK. Beliau juga membuat penampilan tetamu dengan anak didik David FosterJordan Hill bagi jelajah Malaysia 1997 nyanyiannya "Till The End Of Time".

Beliau memenangi kategori lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-19 pada tahun 2005 untuk lagu yang ditulisnya untuk Dayang Nurfaizah bertajuk "Erti Hidup".

Sekali lagi LC Journal mengucapkan sekalung tahniah buat Afdlin Shauki atas pengurniaan darjah kebesaran tersebut, moga jadi pemangkin kepada kerjaya Afdlin Shauki dan keluarga. Pada korang yang masih belum follow Afdlin Shauki di instagram atau facebook boleh follow yer..

Amir Jahari beraksi di Pentas AF Megastar

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols!! Jika dulu adalah memberi peluang kepada dia mengorak langkah dalam dunia seni hiburan, kini beliau berjaya menapak di dunia seni hiburan tanah air. Melalui lagu-lagu santai tapi mempunyai mesej tersendiri dan berkias tentang kehidupan, beliau mempunyai peminat dan pengikut yang tersendiri. Penghibur Jalanan sebuah lagu yang cukup ironic buat pendengar dan mengetahui sejarah bermulanya Amir Jahari dalam dunia seni ini pasti tersenyum dan ingat ketika Amir Jahari dalam AF dahulu.

Kini Amir Jahari beraksi di Pentas AF Megastar. Minggu pertama sahaja beliau berani membawa lagu sendiri Aku Juga Manusia membuka mata kepada semua yang pernah silap menilai bakat Amir Jahari, namun dik kerana kritikan tersebut kita tahu dan nampak siapa Amir Jahari kini.


Kenali Amir Jahari:
Mohamad Amirullah bin Jahari atau lebih dikenali sebagai Amir Jahari lahir pada 31 Mei 1992, merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan penulis lagu. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di negeri Bumi Kenyalang, Sarawak. 

Kerjaya muzik beliau bermula pada 2011 apabila beliau diujibakat untuk musim kesembilan rancangan pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian, Akademi Fantasia. Beliau menandatangani kontrak bersama Kasi Gegar Entertainmemt (KGE) milik bekas peserta Akademi Fantasia Musim 5, Aizat Amdan dan melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 2013. Beliau juga bergiat aktif bersama kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.


2011-2012: Kejayaan komersial awal:

Amir Jahari ialah salah seorang peserta Akademi Fantasia musim kesembilan pada 2011 dan beliau ialah salah seorang pelajar mengikut susunan penyingkiran.

2013-kini: Album pertama dan projek muzik:
Amir Jahari melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 29 April 2013, album ini memuatkan sebanyak 9 lagu, termasuk 2 lagu akustik. Beliau menggunakan permainan teka silangkata sebagai kulit album. Single pertama dari album ini ialah Tanpamu, diikuti oleh single kedua, Penghibur Jalanan dan single ketiga, Gelisah.

Beliau menyertai kumpulan Go Gerila yang mana beliau ialah vokalis utamanya bersama Aizat Amdan dan seterusnya menubuhkan kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.

Pada 2016, beliau melancarkan single pertamanya yang bertajuk Ingga yang akan dimuatkan dalam album keduanya yang akan menjengah pasaran nanti. Mengetengahkan bahasa Melayu Sarawak sepenuhnya. Lagu ini menampilkan bunyian 'sape, alat muzik tradisional Orang Ulu dengan alunan melodi Sarawak digabung bersama muzik Amir yang berentak folk rock kontemporari.

Pada korang yang minat Amir Jahari dan mengikuti perkembangan beliau dalam AF Megastar boleh AFUNDI AF Megastar 2017 Amir Jahari okey. Dan jangan lupa follow FB Amir Jahari untuk info terkini.



Siapa Azfar pemilik OST Syurgamu Ramadan?

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hai uols! Puas dah aku mencari info berkenaan dengan Azfar pemilik lagu OST Syurgamu Ramadan. Ada pun cerita lama tahun 2005. Kenapa lama bendar tiada berita beliau ni? Ok lah memandangkan aku dah mula mencari penyanyi yang membawa lagu-lagu OST yang best dan berhantu ni. Sedikit info yang dapat aku share pada korang semua.


Alif Azfar Ishak atau Azfar, merupakan peserta dalam One in a Million, sebuah rancangan tv nyanyian realiti oleh 8TV. Dia berjaya ke Top 6 bersama Faizal Tahir, Suki, Dayang Nurfaizah, Alif Satar dan Farah.

Dia di bawah label Luncai Emas Sdn Bhd, sebuah studio milik pemuzik legenda Malaysia aka sifu M.Nasir. Lagu-lagu terkenal beliau termasuk Akan Ku Jumpa dan Jatuh Cinta Pandang Pertama.
Telah didengar bahawa dia pergi menyertai pasukan polis seperti yang disarankan oleh bapanya.

Check it out lagu Azfar:


Siapakah Mereka Pompa Bensin??

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols! Dah lama aku mencari dan tertanya-tanya Pompa Bensin ni siapa? Lama tidak kedengaran lagu daripada mereka. Lagu hits daripada mereka pun hanya sebuah OST Ramadan Terakhir. Puas jugalah aku mencari info mereka ini google, facebook dan lain-lain sumber lain memang kurang cover cerita mereka ini.

Bakat mereka cukup besar dan memiliki cara dan gaya tersendiri dalam penyampaian lagu-lagu mereka. Lirik lagu juga bagus tapi mengapa mereka menyepi sehingga kini??

POMPA BENSIN adalah kumpulan projek khas yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2009. Kumpulan ini terdiri daripada AzmAiza Y (vokal) dan AG (bass, gitar, papan kekunci & perkusi), Andra Ahmad (Vokal & gitar) dan Aidan Aliqa (vokal). Keempat-empat ahli terlibat dalam penulisan dan penghasilan. Jadi bakat besar ni ke mana hilangnya sehingga kini? Kita berharap mereka buat 'come back' dengan hasil karya yang lebih hebat lagi. Untuk info check out FB Pompa Bensin.

Check it out lagu Jangan Lupa Namaku ini OST Ramadan Terakhir:


Review AsBow Daling Daling

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!

Hi uols! Hari ni kita review lagu AsBow Daling Daling.. Opps! Siapa AsBow Daling Daling tu?? Nak tahu boleh check FB As Bow Daling Daling atau anda boleh baca entri sebelum ini.

Nanti kita cover cerita terbaharu daripada As Bow Daling Daling k!






Check it out:


AsBow - Hip Hop Daling Daling

As Bow feat. KJ Mentor - Bila Lagi

Aaron Tam ft AsBow - Banduan Cinta

Nadia ft AsBow - Dua Insan

Nastia Pertaruhkan Rapuh kepada Peminat


Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!

Hi uols! Dengar sajadi corong-corong radio pasti anda pernah dengar lagu OST Papa Ricky iaitu Rapuh. Tahukah anda lagu tersebut sebenarnya karya Nastia. Wow!! Memang best dengar lagu tersebut. Malahan aku sendiri meminati Nastia Band sejak awal kemunculan mereka lagi. Well Nastia cukup terkenal dengan karya-karya mereka yang kira cukup berhantu dikalangan peminat mereka tersendiri. 

Kebanyakan lagu-lagu mereka ini menjadi OST drama-drama bersiri di kaca-kaca TV. Antaranya, Rapuh (OST Papa Ricky), Terlalu Istimewa (OST Lelaki Upahan), Sebut Namamu (OST Kerana Terpaksa Aku Relakan), Pastel (OST Puteri Bukan Nama Sebenar & OST Janji Adam) dan Cinta Sempurna (OST Hatiku di Krabi).


Kenali Nastia Band:

Nastia, sebuah band yang mula disebut-sebut media arus perdana sejak tahun 2011 ketika mereka bersama-sama menyertai Battle of the Band anjuran SuriaFM. Band ini mula dikenali apabila lima buah lagu nyanyian mereka iaitu Kosong, Sebut Namamu, Sungguh, Hanyut dan Esok Belum Tiba menjadi runut drama Korban Kasih. Nastia mula menerbitkan EP pertama mereka berjudul Xpresi yang menerima maklum balas positif luar biasa daripada peminat mereka di seluruh Malaysia. Bertitik tolak daripada penerimaan memberangsangkan itu, Nastia muncul bersama album pertama berjudul Esok Belum Tiba yang dihasilkan AG Coco. Nastia Dianggotai Leo Azman (vokal), Zaah Zainir (keys), Rudy Nastia (gitar) dan Taqi (keys)

Terbaharu mereka mengeluarkan single berjudul Rapuh yang diterbitkan oleh Faithful Music dan sekaligus menjadikan mereka band pertama berada di bawah syarikat milik Faizal Tahir. Ramai yang memuji tindakan Faizal Tahir mengambil Nastia sebagai ahli keluarga Faithful Music kerana lagu-lagu yang dibawa mereka mempunyai nilai tersendiri dengan lirik cukup mendalam sehingga ada yang menangis menghayati. Enam tahun dalam industri, Nastia kini bersedia melebarkan sayap untuk terbang lebih tinggi. Ramai yang memuji kehebatan susunan muzik dan persembahan mereka, tetapi masih ramai yang belum mengenali band ini. Ayuh dengarkan Rapuh, mungkinkah lagu ini bakal menjadi fenomena yang menaikkan populariti Nastia? Siapa tahukan, apa pun good luck pada Nastia dalam memperjuangkan karya mereka.

Nastia FB: https://www.facebook.com/nastiamusic/


Nastia - Esok Belum Tiba

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum uols! Masya Allah!! Kesibukan apakah yang aku cari di bumi ini. Aku tak tahu pada siapa lagi yang harus aku luahkan. Mengapa terasa beban sangat aku pikul ketika ini??

Ya Rabb!! Ingatkan aku tentang kematian bukan hal dunia..

Terjaga, ku disentuh lembutnya suria,
dan siang pun berubah
pelangi hidup disambut senja 

Pabila,
kau cuba buktikan pada semua,
kau bersungguh membina,
apa yang kan runtuh jua

Sedarlah kita,
malam mungkin ada.
Sedarlah,
esok belum tiba.
Kejutkan aku bila kau bersedia

Oh bintang setia,
menari di angkasa,
khabarkanlah pada mereka,
sesungguhnya nikmat didunia,
itu hanya sementara. 
Berdoalah kita,
moga terus bernyawa,
khabarkanlah pada meraka,
sesungguhnya nikmat di syurga,
itu kekal selamanya

Nastia - Hanyut

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Hampir setahun aku tidak mengunjungi blog semenjak sibuk dengan media sosial yang lain dan terlalu banyak pengalaman pahit dalam hidup aku yang aku harus tempuhi berseorangan tanpa siapa yang tahu. Baru semalam aku teringat itu pun dah 2 pagi, aku bangkit untuk menjenguk dan meningatkan semula login id aku. Jenuh nak ingat id dan password, nasib baik aku masih menyimpan cebisan nota di meja kerjaku yang kian menimbun dengan segala macam khazana.

Ujian demi ujian yang aku lalui, bermula ogos 2016 mak masuk hospital kerana hypothermia dan berkali-kali di masukkan ke hospital dengan symptoms yang sama. Dengan keadaan aku yang tidak stabil kesihatan aku pun mula terganggu backache kesan lama akibat jatuh, Allahu Akhbar!! Memang tidak dinafikan hampir saja aku mengambil keputusan bodoh untuk melepaskan segalanya lari jauh daripada segala masalah ni.


Tahun ni pertengahan Ramadan emak masuk hospital lagi, jatuh! Patah Tulang! Ntah apa nak jadi dengan keluarga aku! Satu persatu rahsia mula terbongkar kekuatan aku semakin menipis! Tiada tulang belakang untuk menyokong! Kawan-kawan, keluarga sebelah bapa aku segan untuk memberitahu masalah aku. Terlalu berat apatah lagi aku melepaskan kerjaya aku buat masa ini, bayangkan keadaan itu memaksa aku untuk menanggung beban.

Namun aku bangkit dari semua itu, kawan-kawan rapat dan keluarga bapa memainkan peranan penting dalam percaturan hidup aku! Selagi aku hidup selagi itu aku harus berjuang, biarpun aku tewas ada kalanya tapi aku harus bangkit segera, dan blog ini akan jadi peneman aku semula. - LC



Terdetik hati ini,
Mencari bayangmu
Sejenak ku terfikir
Ku Pergi menjauh dari pelukkanmu
Katakan padaku
Luahkan padaku
Duakan rasa hati,
Leburkan dinding sepi,
Jelaskan maksud hati

Yang tinggal hanya bulan,
Namun tak secerah cahya sinaranmu,
Ibu….
Yang tinggal hanya aku, Berlari semula,
hakikatnya aku…
Aku perlukanmu..
Ibu..Aku cintakanmu
Ibu…Ibu…
Aku rindukanmu