Journal 2013 - # 434

Hi uols!! so sweet day this morning, today is monday!! it's working day.. Syukur still bernafas lg utk meneruskan kehidupan ini sbg hamba Allah SWT. Seawal pagi lg aku da smpi opis hihi, terlebih awal la plak, padahal aku nk mengelak drpd jammed yg teruk :P

Oklah, klau sblom ni aku da share pasal my late BFF yg da meninggal (Al-Fatihah) today i would like to share about dunia aku sendiri. Finally i get all my rest of my life, fuhhh!! Life mng la penat tp begitulah manusia yg di cipta oleh DIA yg lebih maha hebat lg maha berkuasa (Allah SWT). Well the rest of my life aku x pernah rasa setenang yg aku rasa pada pagi ini. Maybe Allah menentukan segalanya. 

Bahagia di hati damai di jiwa, boleh lah dikatakan dlm jiwaku ini. Sepanjang kelahiran aku d bumi DIA ni aku cuba mencari sinar bahagia sendiri n menapak mencari kebahagiaan di Dunia, apa yg aku temui adalah palsu semata-mata, tiada yg indah seindah kebahagiaan drpd Allah. 

Walaupun beberapa kali kecewa dlm hidup, jatuh bangun aku, kegagalan aku tempuhi dlm hidup ini, tp akhirnya aku cuba temui bahagia di hati ini. Almost 2 years, aku cuba berubah.. mencari sape sebenarnya diri aku, rupanya ia dekat dgn aku iaitu hati aku sendiri memberitahu aku adalah aku, insan kerdil sekerdil kerdilnya disisi Allah SWT. Dibibirku kutitipkan doa dan zikir, dihatiku ku pahatkan nama Allah dan Rasul-Nya, dijiwaku aku cuba panjatkan rasa syukur yg kumiliki. Ternyata itulah yg aku temui selama ini. Mendekati-Mu ya Allah membuat aku damai, setiap alunan zikir dan madah al-quran-Mu buat aku tenteram. Dini hari waktu sunyi seawal pagi sebelum subuh aku bersujud kpd Mu mencari keredaan Mu. Alhamdulillah aku temui itu sume di dlm sanubari aku ini.

Pernah kecewa dgn hidup ini, kecewa d tinggalkan, kecewa kerana kegagalan dan mcm2 lagi tp itu sume bersifat sementara, kerana aku tahu Allah sentiasa bersama aku dan menyayangi aku selamanya sehingga nafas terakhir aku. Terima kasih ya Allah kerana beri aku kesempatan utk terus mendekatkan diri aku pd Mu, Ya Allah lindungi aku sentiasa dalam susah dan senang, Amin.

Journal 2013 - # 433

Hi uols!! apa cerita arini?? well today it's a little bit busy with my life. Fuhh!! last day my lappy was in problem, malawe virus was attacked my lappy wow!! serba sedikit try to find the solution n i get it. From my network can't working until some system can used. Then.. my final solution is format this lappy sent to my friend at Imbi Plaza to do. Bukan x nak buat tp malas lg pun kebykan CD installer x de dgn aku, sana sini org pinjam x sempat lg nk minta balik hmm..

Ok aku bkn nk share pasal malawe virus ntah apa2 tu, yg aku nk share skg ni nk citer pasal my BFF yg baru saja pergi x kembali.. (Al-Fatihah) sedar x sedar da seminggu dia pergi meninggalkan kami sume. Semoga Allah tempatkan dia di tempat org2 yg beriman.

Trisa Amanda Aiman Harnold Suatu nama yg x pernah aku lupakan. Dia la sahabat baik yg aku pernah temui. Seingat aku perkenalan kami melalui dunia cyber iaitu MiRC dlm chat room #sabahan, masa tu tahun 1999, umur kami baru 13 tahun tp dunia MiRC menemukan kami berdua (mcm org bercinta plak hihi). Entah la byk kenangan yg kami pahat bersama. Sejak dari tu kami jd BFF apa sj masalah kami akan kongsi bersama. Mula-mula kenal tu mng x percaya dia tu anak peranakan, al-maklumlah mak dia asal brunei then kawin dgn bapa dia org Australia, tp bila kita org jumpa b4 dia nk ke Australia ms tu baru aku percaya mng comel org nya. Aku panggil dia T-sa, org pikir dia ni non-muslim tp sebenarnya dia muslim, bapa dia convert islam, T-sa sweet girl, dia punya kembar nama diorg hampir sama Trisa Amelia klau x silap aku.. tp x pernah jumpa sbb kembar dia ni meninggal since usia mereka 10 years old sbb kanser paru-paru.

Sepanjang perkenalan kami mng byk yg kami kongsi bersama, ermm.. syg nya zaman persekolahan kami berbeza, al-maklumlah T-sa kt Australia, aku plak kt Sabah. Tp zaman da canggih email kn ada itulah salah satu cara perhubungan kami ada. Lama jg la T-sa kt oversea dr Australia dia ke United Kingdom, sambung belajar kt Harvard University dr A Level smpi la Master. Rezeki dia murah n T-sa ni mng pintar orgnya.  Yang aku pelik tu T-sa ni lain dr yg lain family dia business perkapalan tp apa yg dia belajar dia x ambik cos business, accounting or management.. tp study in IT mcm aku jg cuma lebihnya dia ambik IT Engineering. End of 2009 T-sa balik Malaysia nekad nk cr keja kt Sabah, Finally early 2010 dia dpt keja d salah sebuah syarikat swasta kt Sabah as a Web Programmer merangkap Web Master. Yg aku x paham pasal T-sa ni kenapa la dia x keja dgn bapa dia senang2 hidup dia klau keja dgn bapa dia..

2011 seingat aku masa tu aku baru balik drpd KL mcm biasa aku akan pastikan ada masa jumpa dia, Al-maklumlah da lama x jumpa mesti kena jumpa dia dulu hahaha.. siap bermalam kt rumah dia klau da smpi KK blom balik rumah aku lg singgah dulu rumah dia, al-maklumlah rumah aku kt area Tuaran rumah dia kt area Likas jer so sblom smpi rumah aku mesti jumpa rumah dia dulu (^_^). Aku masih ingat lg petang tu, aku itu ikut dia ke bandar KK, kami singgah kt Marina Court, klau uols besa g KK mesti uols tau area ni. Aku pelik la kenapa minah ni bawa aku ke situ. Rupanya dia nk tunjuk rumah baru dia baru beli, tingkat 8 facing menghadap laut mng lawa weii.. masa aku g sana rumah tu dlm renovation, so dia x ddk lg, seingat aku dlm jun or julai baru dia pindah ke sana. Memang dkt tmpt dia ke tmpt keja la katakan jimat duit minyak keta hahaha..

The end of 2011, malam tu aku terima call dr T-sa ntah kenapa dia tiba2 call aku.. mahu x mahu aku jawab juga walaupun mata aku masa tu sgt berat. Masih ingat dlm ingatan aku bila dia ckp kt aku 'Beb I'll die soon' mata aku yg berat tu tetiba jd segar!! Tersentak aku bangun dr baring aku, dlm hati gila ker apa T-sa ni. Dia citer sgala2 nya pd aku, doktor kata dia menghidap kanser paru-paru tahap 1, masa tu doktor nk dia ikut rawatan apa yg patut, tp T-sa ni org nya degil, alhamdulillah dia ni rajin ikut rawatan doktor, cuma yg aku kesalkan family dia sorg pun x tahu hal ni, dia minta aku rahsiakan dahulu sume tu, dia x nk family dia risau. 

Oh ya One More thing, T-sa ni orgnya free hair.. so mng ramai la yg suka pd dia al-maklumlah dia kan anak peranakan mat saleh. Ms tu dia da couple dgn mamat satu opis dia yg baru kini aku tahu rupanya husband org!! da lama couple baru tahu, x guna btl.. patutlah T-sa ajak kawin dia bg mcm2 alasan rupanya da kawin!! kesian kt T-sa, kecewa sgt2 i think it's 1st love her.. sbb spanjang aku kenal dia. Dia hanya kenal sorg lelaki itu sj. Tp baik tahu awalkn drpd tahu kemudian, mng x sangka sbenarnya. Tp walaupun perit after that she never cry or nmpk mcm org frust taw, ntah lah mayb dia terima dgn hati terbuka kut, after that we always contact.. terutama skali dlm FB. 

Huh!! ini lg satu citer, well T-sa ni org yg x suka media sosial taw.. ntah apa angin dia suatu aritu minta id FB aku katanya nk add dlm FB dia!? mng aku terkejut beruk tahu.. the reason she tell me senang n citchat dgn aku kata nya then i accepted, ialah skg ni kurang ckit guna email then FB la yg mudah bg kami berdua, aku phm dlm keadaan kekecewaan n penyakit dia hidapi tu kena la aku sentiasa d sisi diakn. Tiap apa aku baca dlm FB dia i felt she always lontarkan kata2 yg buat aku rs curiga like org yg angau bercinta. Oh ya!! she love uTube, suka cr Mp3 or any music at uTube!! itu mng hobi dia dr dulu everything is uTube!! x kira kt waktu n tmpt!!

Keputusan T-sa nk berhenti keja mng aku terkejut, kenapa??? sbb ex-bf dia yg x guna tu keja satu tmpt dia, reason utk family dia nk smbg buat PhD kt Oxford university. Family dia mng terkejut dgn keputusan tu, iya la anak da usia 29 she mum target nk kawin kn sj T-sa ni dgn cousin dia kt brunei tu, itu jg salah satu reason utk T-sa mengelak sbb dia x nk kawin dgn cousin dia tu. Mungkin jiwa T-sa ni lain dr yg lain.. bersifat sweet, manja, but sometime a bit wild soul.. tp baik hati, mujurlah dia ni bkn jenis org yg sosial. Oh ya!! almost forgot!! beberapa hari b4 raya tahun ni T-sa da mula kenakan tudung tau, mng nmpk sweet maklum la dia kan anak kacukan mat saleh jd nmpk la mcm minah arab. tu blm lg kenakan makeup klau da makeup.. sure abg2 kt luar tu mesti tergoda taw hihi..
with new shwal
Tahun ni, T-sa mng happy sgt2, it's 1st time dia dpt aidilfitri  kt Sabah, slalunya family dia bila aidilfitri sj akan pegi bercuti kt oversea, that why this year she so happy utk smbt raya kt Sabah. X dpt d bygkan betapa happy T-sa ms tu, well impian dia da tercapai utk beraya kt Sabah. Boleh d katakan byk jg la dia shopping event mlm raya tu dia smpt lg pegi suria sabah utk last shopping baju raya kt MJ.. ntah la teruja sgt kut!!

Saat2 akhir T-sa, aku menerima khbr dr Ryan adik T-sa kata T-sa dlm koma ptg tu lepas terima msg dr adik dia, then aku segera tinggalkn kerja d opis aku, balik ambik tiket utk terbang balik ke kk. Antara sempat n x sempat sj ms tu, alhamdulillah aku smpt tiba d hsptl. Sedih melihat keadaan T-sa ms tu, mng dlm keadaan nazak.. terasa beban yg d pikul d bahu aku ketika tu. Doktor kata operation yg kali pertama ini d buat dlm 50-50 jer utk hidup, tp keluarga T-sa yg da tahu penyakit sebenar T-sa mohon T-sa buat juga operation tu. 

Masa tu Ryan bg aku sepucuk surat, sedih aku bc surat tu.. ada beberapa impian kami bersama da tercapai n blom tercapai, our dream yg kami simpan bersama.. She always make remember me n make me smiling when i remember that once of our dream, its marry together.. just share our pelamin together.. T-sa.. T-sa how sweet u for me beb! Then i find another word by word when she never tell me about a new guy yg menjadi penawar luka d hati dia, patutlah FB dia slalu punya ayat2 cinta n lagu2 romantis, rupanya.. she's find another man in she's heart.. Finally i need to find that guy to give another letter n a book she's was gave to me by Ryan! she want me to send it!! Now i already sent it beb like what u said in the letter. 

Beb.. where ever u are, we forever best friend!! I always love u as my sister too.. also our memory our dream always i remember all about u n me. Damailah nko d sana hanya doa akan aku sentiasa iringkan buat mu, semoga Allah permudahkan urusan dunia n akhirat kelak, Amin..



Arti Sahabat


Tak mudah untuk kita
Hadapi perbedaan yang berarti
Tak mudah untuk kita
Lewati rintangan silih berganti

Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat
Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku

Tak mudah untuk kita
Sadari saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita
Pahami berbagi rasa di hati

Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat
Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku

Kau adalah
Tempat ku membagi kisahku
Kau sempurna
Jadi bagian hidupku
Apapun kekuranganmu

Journal 2013 - # 432

Hi uols!! harap uols sihat2 jer, ok memandangkan aku ada sedikit kesempatan utk update weblog ni, jom baca artikel ni yg aku rs berguna kpd kaum hawa utk mengetahui masalah period. Sume org pasti mengalami masalah period so apa kata kita baca artikel ni utk perkongsian ilmu.

Masalah haid membimbangkan
Macam-macam rasa apabila wanita datang haid. Ada mengalami senggugut dan tidak kurang yang
tidak rasa sebarang kesakitan. Cuma kitaran haid setiap orang berbeza-beza, ada yang datang cepat, lewat dan tempohnya pula ada yang sekejap manakala sesetengahnya pula terlalu panjang.

Haid yang normal ialah antara lima hingga tujuh hari dengan jumlah pengaliran darah yang agak seimbang manakala ada yang sampai dua minggu hingga 25 hari. Dalam keadaan apabila berhadapan dengan situasi terlalu panjang melebihi 14 hari dan kerap berlaku seharusnya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.      
Dengan pelbagai reaksi yang berbeza itu juga menyebabkan sebilangan wanita akan berubah emosinya seperti kerap naik angin, cepat marah, badan menjadi lemah. Bago mengurangkan kesakitan ada yang mengambil pil penahan sakit atau mengamalkan petua tradisional seperti bertungku menggunakan batu yang dibakar dan diletakkan di atas perut.
Sebab senggugut
Tidak kurang juga ada yang menyapu perut dengan minyak panas atau makan jamu untuk mengurangkan kesakitan.

Kedatangan haid yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu primer dan senggugut kedua.

Senggugut primer disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh tubuh yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Ia biasanya berlaku pada wanita yang belum berkahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut kedua pula disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku perdarahan dalam perut atau jangkitan kronik. Senggugut ini kebiasaannya dialami wanita berusia dan berlanjutan sepanjang tempoh pendarahan haid.

Sakit berbeza-beza
Perunding Obstetrik dan Gynokologi, Pusat Perubatan Tropicana, Dr Hoo Mei Lin, berkata setiap wanita mengalami sakit yang berbeza.

Bagaimanapun ramai wanita dan gadis bimbang mengenai kitaran haid kerana ada yang lambat, cepat, tempoh lama dan tidak tetap harinya.

Kata Dr Hoo, ada beberapa sebab mengapa haid datang lewat antaranya disebabkan tanda kehamilan, menyusukan bayi, menopaus, berat badan tidak seimbang, tekanan dan pengambilan pil perancang.

Darah banyak
Apa yang perlu dibimbangkan ialah apabila ada yang mengalami haid yang banyak sehingga terpaksa menukarkan tuala wanita setiap masa dan ada wanita yang perlu memakai pakaian gelap seperti hitam ketika tempoh haid semata-mata mengelak kebocoran.

Ada juga disebabkan ketumbuhan dalam rahim (fibroid) atau barah pangkal rahim. Cuma , bagi mereka yang hamil, kedatangan darah yang banyak ini mungkin memberi masalah kepada kandungan seperti keguguran dan kandungan di luar rahim, katanya.

Beliau berkata, jika masalah haid berlanjutan dan menyebabkan rasa kejang, pendarahan tidak berhenti, kesakitan melampau, keluar darah beku dan terlalu kerap perlu menukar tuala wanita, berjumpalah doktor. Ini kerana hanya doktor yang boleh mempertimbangkan apa yang sedang berlaku.
INFO
Jumpa doktor jika alami tanda-tanda ini
  • Perubahan haid.
  • Terhenti haid selama 12 bulan dan kemudian kembali semula.
  • Perlu menukar tuala wanita hanya selepas beberapa jam menukarnya.
  • Mengalami pendarahan.
  • Kesakitan melampau.

Panduan hilangkan kesakitan haid atau senggugut
  • Tenangkan jiwa: Ini adalah mujarab. Perlu tenang dan elak tekanan apabila haid datang lewat atau tidak teratur. Untuk lebih kepastian, berjumpalah doktor.
  • Rehat secukupnya dan tidur: Walaupun tidur bukan penyelesaian masalah, ia sedikit sebanyak membantu untuk melupakan masalah seketika.
  • Bantal pemanas: bantal panas atau heat pad boleh membantu meredakan ketegangan dibahagian perut. Ia juga melancarkan darah dari rasa kurang selesa. Selain bantal pemanas elektirk, boleh guna cara tradisi dengan melekap perut menggunakan tuala panas, botol diisi air panas dan tungku.
  • Berjalan atau berlari: Pakar perubatan menunjukkan mereka yang kurang bersenam mungkin mengalami sakit senggugut yang teruk. Berjalan cepat dapat membantu meringankan ketidakselesaan kerana aktiviti ini mampu melepaskan endorfin yang mampu mengurangkan kesakitan.
  • Mandi air panas: Ini akan membantu anda merehatkan otot perut dan lebih penting, menenangkan fikiran anda. Boleh juga ditambah dengan bau-bauan aromaterapi sebagai terapi ketenangan jiwa.
Sebab lewat haid
  • Hamil.
  • Ibu yang menyusukan anak.
  • Menopause.
  • Perubahan berat badan.
  • Tekanan.
  • Penggunaan pil kehamilan.
(sumber:Bharian.com.my)

Journal 2013 - # 431

Hi uols! apa citer ari ni? well minggu ni sedikit bz dgn keja kt opis yg x pernah nk surut terutama skali dgn sistem ni hmm.. sabor jer ler (^_#) okies uols kali ni aku nk share pasal phablet yg di keluarkan oleh Sony.

Sony Mobile Malaysia bakal mengadakan sebuah acara media khas pada minggu ini, berkongsi mengenai pelancaran Xperia Z Ultra di Malaysia. Seperti biasa, beberapa hari sebelumnya, kini harga jualannya telah sedia diketahui, dimana di Malaysia ia akan membawakan harga jualan saranan RM2299.
Xperia Z Ultra

Xperia Z Ultra merupakan phablet daripada pihak Sony, membawakan peranti bersaiz 6.4-inci dengan paparan skrin yang amat baik melalui penggunaan teknologi paparan Triluminos. Ia turut menyertakan kamera belakang 8-megapixel, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3050mAh. Skrin Xperia Z Ultra juga membolehkan pengguna menggunakan sebarang perkara untuk menulis padanya, dan tidak terhad untuk sesuatu jenis stylus sahaja.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai sokongan LTE dan sebagainya pada pelancaran peranti berkenaan di Malaysia kelak.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan harga jualannya di Malaysia? Adakah berbaloi ataupun sebaliknya?


Journal 2013 - # 430

Hi uols!! Syukur kita masih bernafas lg di bumi Allah ini. Sebelum jari jemariku meneruskan bicara pada weblog ni, 1st thing i would like to say salam takziah kpd keluarga sahabat baik aku iaitu Trisa Amanda Aiman Harnold atas pemergiaan arwah. Sesungguhnya kehilanganmu amat ku terasa kerana terlalu banyak rahsia dan cerita kita bersama. Semoga engkau tenang di sisi Allah. Al-Fatihah.


Dalam kita bersedih pasti ada gembiranya, yang pergi tetap pergi kita yg hidup ni perlu meneruskan kehidupan dan amalan kita di dunia ini. Well kali ni aku nk share story pada hujung minggu. Selalunya weekend aku suka lepak kat rumah jer, x pun aku g window shopping (^_^) Nyaman rasa ayat window shopping kan hihi :P

Well bagi org2 yg hidop d KL ni pasti terasa boring kan klau x de nk buat apa. Ok apa kata sekali sekala kita buat sesuatu perkara yg mungkin pd org lain aktiviti yg bosan tp pada kita apa salahnya utk mencuba. Check it out!!

Weekend lepas aku telah merancang utk melawat Muzium Diraja yang terletak kat Jln Istana tu dan baru shj di buka dlm bulan September ni. Ok nk d jadikan citer, aku dan mak aku pegi la ke sana utk menyaksikan sndiri bangunan yg dulu merupakan istana negara now da d jadikan muzium, kata org dlm istana ni sume nye indah n cantik2 belaka so aku pun ambik peluang ni nk tgk la dgn mata sendiri.
Selamat datang ke Muzium Diraja
Bayaran Masuk ke Muzium Istana, Jalan Istana
Tiket!!
Masa smpi tu aku mng teruja dgn persekitaran d istana tu nmpk kemas dan cantik. Pada weekend ni mcm besa la ramai org berkunjung terutama skali budak2 sekolah. Well utk pengetahuan uols kt dlm istana uols kena buka kasut, d larang merakam atau mengambil gambar, yg paling penting uols x bleh bawa makanan atau minuman okey!!

Ok uols, berikut sedikit info tentang istana negara utk panduan n mengetahui sejarah asal istana negara:
 
Istana Negara adalah tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sebelum Istana Negara, Jalan Duta. Istana ini terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra, suatu kawasan seluas 28 ekar atau 11.34 hektar di tepi Bukit Petaling di Kuala Lumpur yang menghadap Sungai Klang. 

Sejarah
Bangunan ini pada asalnya sebuah rumah agam yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957.

Bangunan yang indah itu kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan dengan harga RM1.4 juta pada 1957 dan diubahsuai dengan harga RM328,000 untuk menjadikannya sebagai istana yang sesuai untuk kediaman Raja bagi sebuah negara merdeka yang baru.
Lobi utama istana negara
Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan ketua negara Malaysia yang pertama mendiami Istana Negara iaitu bangunan putih yang mempunyai dua kubah emas beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan.

Istana tersebut kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.
Me and Mum
Istana ini digunakan secara rasmi sehingga 15 November 2011 apabila seisi istana berpindah ke Kompleks Istana Negara Jalan Duta.

Balairong Seri
Bagi upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Balairong Seri sementara yang dibina pada harga RM170,000 kemudiannya telah dimusnahkan pada penghujung tahun 1957 dan digantikan dengan Balairong Seri yang lebih besar.

Pada 1980, Istana Negara telah mengalami pengubahsuaian yang besar bagi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dengan penambahan Balairong Seri Utama iaitu tempat singgahsana diletakkan. Itu adalah kali pertama singgahsana diletakkan di Istana Negara yang sebelumnya pertabalan Yang di-Pertuan Agong diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Singgahsana baru telah dibina di bawah pengelolaan arkitek Jabatan Kerja Raya Kapten David Wee yang berasaskan alat kebesaran diraja. Ia digunakan pertama kalinya ketika pertabalan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Abu Bakar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-7 pada tahun 1980. Selain istiadat pertabalan, Balairong Seri juga digunakan bagi santapan rasmi, istiadat keputeraan, istiadat pengurniaan bintang-bintang kebesaran dan keagamaan.

Kemudahan lain
Istana Negara turut mempunyai singgahsana kecil di aras satu untuk baginda menerima dan menyerahkan surat perlantikan kepada duta dan pesuruhjaya tinggi. Yang di-Pertuan Agong menggunakan Bilik Duta di aras bawah untuk berinteraksi dengan duta dan pesuruhjaya tinggi yang baru. Di sini jugalah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan pada hari Rabu.

Istana tersebut turut mempunyai dewan kecil bagi Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemerintah yang lain sementara Bilik Permaisuri adalah tempat keluarga diraja bertemu dengan pasangan diraja atau bagi upacara tidak rasmi. Bersebelahan dengan Balairong Seri ialah Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja iaitu tempat bagi Majlis Raja-Raja bersidang setiap tahun manakala Bilik Menteri adalah tempat untuk menunggu sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Dewan badminton juga digunakan untuk upacara yang berkaitan dengan mencemar duli seperti menyerahkan hadiah bagi golongan miskin pada bulan Ramadhan. Kemudahan rekreasi adalah seperti gelanggang tenis, gimnasium dan kolam renang.

Istana Negara mempunyai pengawal istana dari batalion pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Sejak tahun 2001, pengawal berkuda turut diletakkan di pintu gerbang masuk pada 8 pagi hingga 5 petang yang menjadi tarikan pelancong.

Perpindahan
Istana yang menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak merdeka ini menyaksikan perpindahan seisi istana pada 15 November 2011 apabila Istana Negara, Jalan Duta dijadikan kediaman rasmi Seri Paduka Baginda yang baharu. Bermula tarikh tersebut, persemayaman baginda dan segala urusan rasmi Majlis Raja-raja akan turut berpindah sama dan Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan Yang di-Pertuan Agong yang terakhir bersemayam dan ditabalkan diistana ini.

Pintu utama Istana
Istiadat menurunkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dilakukan pada jam 9 pagi bagi menyatakan secara rasminya bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak lagi bersemayam di istana ini selain simbolik penamatan tugas di Istana Negara lama yang seusia kemerdekaan negara.

Tiupan paluan akhir juga diperdengarkan ketika bendera tersebut diturunkan. Selepas bendera diturun dan dilipat, ia menyaksikan perarakan kumpulan pengawal istana dan kumpulan penurun bendera disertai kawalan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dan Skuadron Istiadat Berkuda. Mereka menuju ke pintu masuk utama Istana Negara, bagi upacara penyerahan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Tengku Abdul Jalil.

Upacara disaksikan Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan, Datuk Othman Mahmud dan kira-kira jam 9:40 pagi, pintu masuk utama Istana Negara ini, dikunci sebagai simbolik berakhirnya fungsi Istana Negara ini sebagai kediaman rasmi Seri Paduka Baginda.

Journal 2013 - # 429

Hi uols!! arini aku nk share satu info kesihatan utk kita ketahui lebih lanjut. Jom baca artikel ini utk panduan kita.

Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Di Malaysia, penyakit Ttibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957. Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.
Gambar besar kultur Mycobacterium tuberculosis

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.
Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk:-
  • Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.

Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.

Tanda dihidapi penyakit 
  • Batuk berdarah atau berkahak.
  • Sakit di bahagian dada.
  • Lemah dan keletihan.
  • Susut berat badan.
  • Kehilangan selera.
  • Menggigil.
  • Demam.
  • Berpeluh waktu malam.
Mereka Mungkin Diserang:
Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:
  • Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  • Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  • Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  • Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.
Cara Batuk Kering Merebak
Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling.

Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.

Journal 2013 - # 428

Hi uols! Selamat kembali bertugas kpd mereka yg kembali bertugas, klau yg cuti tu selamat bercuti uols! Ok la kali ni aku nk share satu artikel yg rata tahu atau yg masih x tahu so apa lg jom baca artikel ni.

5 Ganjaran Besar Solat Berjemaah

Salah satu petanda keistimewaan umat Muhammad ialah ganjaran besar yg dikurniakan Allah s.w.t apabila mereka melaksanakan solat berjemaah:
  1. Mendapat 27 darjat: Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Nabi s.a.w bersabda: "Pahala solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat."
  2. Diampunkan dosa: Daripada Uthman bin Affan r.a. berkata, aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna, kemudian mendirikan solat berjemaah, lalu Allah akan mengampunkan dosa-dosanya."
  3. Bebas dan selamat dari seksa api neraka dan terhindar daripada sifat munafik: Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang solat secara berjemaah serta sempat bersama imam pada takbir yang pertaa selama 40 hari, nescaya Allah akan menetapkan untuknya dua keselamatan; Pertama, selamat daripada api neraka. Kedua, selamat daripada menjadi seorang munafik."
  4. Mendapatkan berkat mengamin, bertasmi dan bertahmid: Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila imam berkata, 'sami Allahu liman hamidah', maka hendaklah kamu menjawab 'rabbana wa lakalhamdu.' Sesunggunya jika jawapan orang itu kebetulan dengan jawapan malaikat (di langit), maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.
  5. Dikasihi Allah: Dari Qubasy bin 'Asim r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Berjemaah dua orang, dan seorang daripadanya menjadi imam itu adalah lebih baik disisi Allah daripada solat empat orang bersendirian. Berjemaah empat orang lebih baik daripada solat lapan orang bersendirian dan solat lapan orang dengan salah seorang daripadanya menjadi imam adalah lebih baik daripada solat seratus orang bersendirian." (sumber Majalah Iman)

Journal 2013 - # 427

Hi uols!! semoga uols selalu happy n ceria. Well arini aku nk share pada uols pasal 'Derma Darah'. Sape pernah menderma? Pasti ramai yang melakukannya dan ada jg kata darah saya x cukup untuk d dermah.

Sebenarnya, aku merupakan seorang Pendermaan Aferesis!! boleh dikatakan tiap2 bulan akan melakukan aktiviti ini. Well aku x nk ckp panjang jom baca artikel ini utk panduan bersama dan ketahui kenapa kita perlu menderma darah okies!


Jenis-Jenis Penderma
Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya: 

Penderma ‘Whole blood’ : Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
    • Sel darah merah
    • Sel darah putih
    • Platelet        
    • Plasma                                                     
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.

Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.

Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Keistimewaan Penderma Darah 
Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut:
  • Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005
   KEKERAPAN MENDERMA                                        KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali
Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
  
Kriteria Penderma Darah
Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang
penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
 1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk
    ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.
11.Jangan menderma darah jika anda:
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  •  Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Proses Menderma Darah 
Setiap individu yang menderma darah dengan Pusat Darah Negara (PDN) akan melalui proses pendermaan seperti berikut:
  1. Mengisi borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2. Sebarang keterangan atau bantuan mengisi borang ini boleh diperolehi daripada kakitangan PDN yang bertugas
  2. Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah ABO.
  3. Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma.
  4. Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah (phlebotomy).
  5. Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan.

Nasihat Kepada Penderma Darah
Setiap kali selepas menderma darah, anda adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
  • Tekan kuat pada bekas cucukan jarum sambil berehat sekurang-kurangnya 10 minit di atas katil sebelum bangun.
  • Ambil sedikit minuman dan makanan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan tempat pendermaan.
  • Ambil sebiji tablet zat besi dan asid folik yang dibekalkan sehari sekali selepas makan. Ini akan membantu anda membina kembali sel-sel darah merah yang telah anda dermakan.
  • Berhati-hati semasa memandu atau sewaktu bekerja menggunakan mesin.
  • Dalam masa 24 jam selepas menderma :
    • Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat barangan yang berat.
    • Elakkan minuman keras.
    • Lebihkan meminum air.
    • Jika anda mengalami sebarang reaksi atau tindak balas seperti pening atau rasa ingin pitam, baringkan diri anda selama beberapa minit dengan kedua-dua kaki dinaikkan melebihi paras kepala.
    • Sekiranya anda berasa tidak sihat/selesa, ataupun terdapat tanda lebam, bengkak atau sakit dibahagian yang dicucuk, sila hubungi segera Pegawai.
Perubatan Pusat Darah Negara di nombor 03-2693 3888 / 03-2695 5564. Dermaan anda merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat. Adalah diharapkan agar anda jadikan pendermaan anda ini suatu amalan yang berterusan di dalam hidup anda.

So uols apa tunggu lg jom derma darah. Dengan menderma kita boleh selamatkan banyak nyawa.

Journal 2013 - # 426

Hi uols!! Selamat menyambut Hari Malaysia uols!! Semoga keamanan yg d perolehi ketika ini kita jaga bersama, bersyukur dgn apa yg kita miliki ketika ini. Klau x tau bersyukur lg x tau nk kata apa uols bleh pikir sndiri. Negara kita da cukup aman tanpa ada peperangan tido pun lena sbb ada encik abang2 polis, askar and penjaga keamanan bertugas d perbatasan. Terima kasih x terhingga sbb tlg jaga keamanan drpd d cerobohi oleh mereka2 yg jahat nk musnahkan keamanan negara ni.

Selamat Hari Malaysia, Malaysiaku Aman Sejahtera!!

Well hari ni aku nk share pasal bumi Palestin!! Da lama rasanya x citer pasal bumi Palestine yg menjadi idaman aku utk menjejaki kaki ke sana jika berpeluang, insya allah. Memandangkan hari ni 16 September 2013 kita sambut hari Malaysia nk tahu jg adakah kita ni bersyukur dgn apa yg kita nikmati ketika ini atau sebaliknya.

Negara Palestin
Negara Palestin (bahasa Arab: دولة فلسطين, dawlat filastin, atau hanya Palestin (bahasa Arab: فلسطين, filastin) adalah sebuah negara di Timur Tengah antara Laut Tengah dan Sungai Yordan. Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota OKI, Liga Arab, Gerakan Non-Blok, dan ASEAN telah mengakui keberadaan Negara Palestin. Wilayah Palestin ketika ini terbagi kepada dua entiti politik, iaitu Wilayah Pendudukan Israel dan Otoritas Nasional Palestine. Deklarasi Kemerdekaan Palestin dinyatakan pada 15 November 1988 di Aljir oleh Dewan Nasional (PNC) Organisasi Pembebasan Palestine (PLO). (sumber Wikipedia)
Palestin Tanah Rahmat 
Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.  Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal
Kita susuri sejarah tanah Palestin tersebut, sehingga membawa kita kepada kisah Nabi Musa. Kisah
inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran di surah al-Baqarah. 

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia. 

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.  

Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah. 

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church. 

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades). Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan. 

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah. 

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat. 

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam. 

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. 

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”. 

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta. 

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”
 Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin. 

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour. 

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.
Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki. 

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?” Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam. 

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula. 

Holocaust
Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh. Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat
Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan. 

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.


Palestin Sekarang
Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin. 

 Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti. Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua. Fikir-fikirkan. (sumber artikel dyazaraa weblog)

So uols apa lg yg kita nak selain keamanan yg kita miliki skg ni. Ingat jgn mudah utk calarkan keamanan yg da lama terbina kerana nk capai sesuatu keamanan itu bkn mudah dan senang. Kena tempuhi pelbagai rintangan dan dugaan. So uols klau rasa2 nk join atau nk sebarkan maklumat berkenaan palestin atau nk jadi sukarelawan Paletin jom daftar kt Pertubuhan Aman Palestin. So uols ada otak ada akal cuba renung nasib saudara kita di Palestin adakah kita ni hanya tahu mencari salah org itu ini tanpa memikir kesan n akibatnya d kemudian hari untuk anak cucu kita kelak! Uols pikir la sendiri!! Adiosazz!!

NowSeeHeart - DamaiYangHilang (Demimu Palestine!!) #VideoEdit