Journal 2013 - # 404

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu, baru ada masa utk update weblog kali ni, utk hari ni aku x de mood sangat nk sembang terlalu byk dugaan yg terpaksa aku hadapi dan terima. Okey!! la kali ni aku nk share pasal mencari redha ilahi. Artikel ni aku baca drpd weblog ibnuzukefeli jom kita baca yer moga2 dpt panduan n pedoman

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

"Dan tetaplah memberi peringatan, Karena Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (az-Zariyat;55)

"Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertakwa." (al-An'am;51)

"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu) dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?" (Ibrahim;44)

"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. " (Ghafir;18)

"Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-RasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya)." (Ibrahim;47)

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,"

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya)."

"Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-sebaik balasan (bagi) orang-orang yang beramal (soleh)." (Ali-Imran;133-136)

"Maka berilah peringatan (kepada manusia dan JANGANLAH BERDUKACITA kiranya ada yang MENOLAKNYA) Karena Sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan." (al-Ghasyiah;21)

waLLahu a'lam..

...setelah itu..
aku hanya mampu tersenyum..
ya Allah.. kurniakanlah yang tebaik untuk kami..

*senyum yang membawa kesedihan pada ku..
wahai diri, apabila kamu melihat suatu kemungkaran,
janganlah mengeji.. ambillah ibrah buat muhasabah diri..

Journal 2013 - # 403

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu utk sume, memandangkan 11.45 pagi aku akan menaiki pesawat menuju ke negeri kelahiran aku sekali lagi utk percutian bg melaksanakan tanggungjawab aku sbg anak kpd emak aku. Sambil2 tu smpt la aku share artikel ni yg aku rasa berguna pada kita agar kita lebh peka dalam melaksanakan tugasan seharian kita. Okies kali ni aku nk share soal jawab 'Makanan Halal Lebih Banyak' yang disediakan oleh Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir (al-Jarumi), Sarjana dari Universiti Islam Malaysia (UIAM). Penceramah dan penulis aktif. Sering mengisi slot Tanyalah Ustaz, TV9. Antara buku beliau ialah Fiqah Berinteraksi dengan Non Muslim. Kini pensyarah di UIAM. Jom kita baca persoalan Fiqah Non Muslim berkaitan dgn 'Makanan Halal Lebih Banyak' sbg panduan n penambahan ilmu kita.



Tidak Cukup Sekadar Halal
S: Mohon ustaz jelaskan tentang konsep halalan tayyiban yg digembar-gemburkan sejak kebelakangan ini. Bukankah cukup makanan itu boleh dimakan asalkan halal?

J: Islam amat menjaga setiap perkara yg masuk ke dalam perut setiap Muslim. Rasulullah bersabda maksudnya: "Setiap daging yg tumbuh drpd benda yg haram, maka nerakalah tempat yg paling layak baginya." (Riwayat al-Hakim)

Prinsip dlm syariat Islam, apa sahaja hukumnya halal melainkan ada nas syarak yg menyatakan ia haram. Hanya beberapa jenis sahaja dinaskan haram dlm al-Quran dan hadis. Maka benda yg halal amat byk skali.

Tidak cukup setakat itu, makanan yg halal juga mesti baik iaitu dr aspek kesihatan. Firman Allah mafhumnya: "Wahai sekalian manusia, makanlah yg halal lagi baik dari apa yg terdapat di bumi. Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah al-Baqarah: 168)

Ada makanan yang halal tetapi tidak menepati syarak baik. Contohnya pengambilan gula dalam makanan dan minuman itu halal. Namun pengambilannya melebihi keperluan dan secara berterusan pula, ia boleh membawa risiko besar penyakit diabetes. Maka makanan dan minuman tersebut halal tetapi tidak tayyib.

Gulai dgn menggunakan santan adalah halal. Namun penggunaan santan setiap hari mungkin membawa kpd risiko besar penyakit spt tekanan darah tinggi. Maka ia tidak menepati syarat tayyib.

Imam Ibn Kathir dlm Tafsirnya ada menjelaskan maksud hala dan tayyib: "Sesungguhnya Allah mengharuskan bagi manusia utk makan drpd apa yg ada di bumi hal keadaannya halal iaitu elok pd zatnya dan tidak memudaratkan pd badan dan juga akal."

KUALITI MAKANAN MUSLIM:
1. Halal
2. baik (Tayyib)
Yang Mana Lebih Banyak
S: Bagaimana utk kita menjawab anggapan bahawa banyaknya makanan haram dlm Islam? Saya pernah mendengar org Islam sendiri berkata demikian?
J: Apabila diteliti nas al-Quran, kita akan dapati bahawa makanan yg halal tidak dinyatakan. Makanan yg dinyatakan hanya yg haram. Kenapa begitu? Ini kerana makanan yg haram adalah sedikit manakala makanan yg halal adalah byk. Oleh sebab itu tidak hairan al-Quran menjelaskan perkara yg haram sahaja. Maka apa yg tidak disebut sbg haram adalah kekal sbg makanan yg halal.
Sbg contoh, Nabi ditanya tentang pakaian yg boleh dipakai oleh sesorang yg dlm ihram. Persoalannya tentang pakaian yg boleh dipakai. Cuba kita amati jawapan Nabi yg bermaksud: "Org berihram tidka boleh memakai gamis, serban.." (Riwayat al-Bukhari)
Sekali fikir, satu jawapan yg pelik. Lain yg ditanya tetapi lain pula yg dijawab. Akan tetapi, jawapan Nabi s.a.w membuka ruang yg luas bahawa byk jenis pakaian yg boleh dipakai. Oleh kerana byk yg boleh dipakai, maka adalah lebih baik dan lebih bijak jika diterangkan perkara yg tidak boleh dipakai sahaja.

Berbalik kpd soal makanan, tdpat ribut jenis makanan dgn pelbagai kaedah makanan dgn pelbagai kaedah masakan. Al-Quaran tidak menerangkan setiap makanan yg halal. Ini kerana makanan yg halal amat banyak.Maka al-Quaran hanya menyenaraikan makanan yg haram sahaja.

Firman Allah mafhumnya "Diharamkan bagimu bangkai, darah (yang mengalir), daging babi, (daging) yang disembelih atas nama selain Allah, binatang yang (mati) tercekik, dipukul, terjatuh, ditanduk, diterkam binatang buas kecuali yg sempat kamu menyembelihnya dan begitu juga yg disembelih utk berhala." (surah al-Maidah: 3)

Kewajaran Logo Halal
S: Apa yang perlu kita lakukan utk memastikan makanan yg kita makan adalah halal?

J: Dalam negara kita, ada saja sijil halal dan logo halal. Setiap makanan perlu dipastikan sama ada loga halal dipastikan sama ada logo halal atau tidak. Jikaada logo halal, perlu dipastikan sama ada logo halal tersebut adalah asli atau tidak asli. Jika asli, perlu dipastikan sama ada mash sah atau sudah tamat tempohnya.

Ini bermaksud bahawa setiap makanan adalah haram kecuali ada pengesahan halal. Barangkali ini antara sebab susahnya memperoleh makanan halal dalam Islam.

Apa yg dilakukan oleh pihak berkuasa ada maslahat dan kewajarannya. Walaupun umat Islam adalah majoriti, namun ekonomi makanan dan bahan mentah dikuasai oleh golongan bukan Islam seluruh dunia. Dalam populasi masyarakat dunia, secara pukalnya 3/4 penduduk dunia bukan Muslim. Wallahu a'lam.

Journal 2013 - # 402

Hi uols!! Salam taqwa n salam ilmu utk uols, minggu ni weblog aku di penuhi warna-warni dgn soal jawab berkenaan kucing. Actully terlalu byk al-kisah kucing n hukumnya utk kita kena ketahui sbg panduan kita agar kita mengetahui apa hukum n cara penyuciannya. Ok kali ni aku n share pasal 'Hukum-Hakam Haiwan Peliharaan' yang disediakan oleh Ustaz Umar Muhammad Noor utk penambahan ilmu kita.


Tahukah anda baka kucing yang terbesa adalah kucing baka Maine Coon

Bela Haiwan Eksotik
S: Apakah hukum membela haiwan eksotik? Seorang kawan saya sgt meminati haiwan eksotik. Setakat ini dia membela iguana, ular sawa albino dan kameleon.

J: Setiap haiwan yang wajib dibunuh, maka ia haram dibela. Setiap haiwan yg tidak wajib dibunuh, maka ia halal dibela.

Dalam sebuah hadis Nabi menyebut mafhumnya: "Lima haiwan perosak (mesti) dibunuh di Tanah Haram ataupun tanah halal: Ular, gagak, yang berwarna putih di bahu dan perutnya, tikus, anjing ganas dan burung bangkai." (Riwayat Muslim)

Para ulama berpendapat bahawa kelima-lima haiwan ini boleh dikias dgn haiwan-haiwan yg lain memiliki sifat-sifat mereka iaitu merosakkan dan membahayakan hidup manusia. Haiwan-haiwan itu misalnya kala jengking, labah-labah beracun dan lain-lain.

Selain kelima-lima haiwan ini dan yg seumpamanya, maka diharuskan membela setiap haiwan yg suci dan bermanfaat bagi hidup manusia. Berkata al-Syarbini dlm Mughni al-Muhtaj: "Harus memiliki harimau spt kera, gajah dan seumpamanya."

Kurung Burung
S: Betul ke berdosa hukumnya mengurung haiwan peliharaan spt burung dan hamsterkerana menghalangi kebebasannya?

J: Perbuatan itu tidak berdosa selagi makan, minum dan keperluan haiwan itu tersedia. Ini pendapat jumhur ulama drpd mazhab Syafi'i, Hambali dan satu pendapat dalam mazhab Maliki.

Hujah: Ada sebuah hadis, Rasulullah melihat seorang anak bernama Abu Umair sdg main dgn burung. Baginda tidak melarangnya ataupun menegur ibu bapanya. Malah Baginda bertanya kepadanya: "Wahai Abu Umair, apa khabar burungmu?" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjadi dalil para ulama utk membolehkan mengurung haiwan. Imam al-Qaffal pernah ditanya mengenai hukum mengurung burung di dlm sangkar utk menikmati suaranya. Beliau menjawab: "Hukumnya boleh asalkan pemiliknya menyediakan segala keperuannya sepertimana haiwan yang diikat." Demikian yg terakam dalam kitab al-Iqna'.

Meskipun begitu, tidak dinafikan ada sebahagian ulama yg mengharamkan perkara ini. Ulama mazhab Hanafi dan Maliki mengatakan bahawa menahan burung bukan utk dimakan haram hukumnya kerana ia satu penyeksaan. Namun menurut saya, pendapat pertama lebih kuat. Wallahu a'lam.

Kucing Nabi
S: Benarkah Nabi memelihara kucing yg diberi nama Mueeza? Kononnya Nabi sgt menyayangi haiwan ini sehingga Baginda pernah memotong lengan jubah Baginda kerana tidak ingin mengganggu Mueeza yg tidur di atasnya.

J: Tidak benar. Tidak ada riwayat sahih yg menunjukkan perkara tersebut. Kisah yg anda sebutkan ini memang tersebar dlm internet namun itu riwayat palsu. Haram menyebarluaskan kisah itu tanpa penjelasan tentang status kepalsuaannya.

Haiwan Peliharan Rasulullah

Jenis Haiwan

Antara Nama-namanya

Manfaat

Unta

Qaswa: Unta yg Nabi gunakan dlm perjalanan hijrah.

Adba: Unta Nabi yg tidak pernah dikalahkan dlm perlumbahan

Kenderaan, sumber makanan dan minuman

Kuda

Sakb: Berwarna hitam

Murtajiz: Berwarna putih

Kenderaan berperang

Keldai

Ghufair: Berwarna putih

Fiddah

Kenderaan di dalam bandar

Baghal

Duldul: Berwarna putih, hadian dari Raja Muqawqis


Kambing

Ajwah

Zamzam

Barakah

Sumber makanan dan minuman
Dipetik daripada kitab Zad al-Ma'ad Karangan Ibn al-Qayyim.

Nama Haiwan
S: Orang kita biasa memberi nama utk kucing mereka spt Si Tompok, Belang dan sebagainya. Saya tertanya-tanya, apa hukumnya?

J: Boleh. Nabi sendiri memberi nama kpd binatang peliharaan Baginda. Kebanyakan nama yg diberi bersempena sifat-sifat yg terdapat pada haiwan tersebut. Seekor unta Nabi diberi nama Adba yg bermakna terbelah telinga. Begitu juga Duldul, Seekor baghal Nabi, maknanya yg suka bergoyang-goyang apabila berjalan.

Meskipun memberi nama kpd haiwan diharuskan, namun elakkan nama-nama yg biasa digunakan utk manusia terutamanya nama-nama nabi dan tokoh ulama. Sebab perkara itu boleh dikira sebagai satu penghinaan.

Anjing untuk Keselamatan
S: Di kawasan perumahan saya kerap terjadi jenayah pecah rumah. Kebanyakan rmah dimasuki ialah rumah org Islam. Jarang sekali rumah jiran non-muslim dimasuki pencuri kerana mereka membela anjing. Jadi saya terfikir, bolehkah orang Islam membela anjing utk tujuan keselamatan?

J: Memelihara anjing tanpa hajat haram hukumnya menuruti mazhab Syafi'i, manakala makruh menurut mazhab yg lain. Namun jika ada hajat, maka para ulama bersepakat bahawa hukumnya harus.

Dalilnya sabda Rasulullah: "Sesiapa yg memelihara anjing, kecuali anjing utk menjaga ladang, haiwan ternakan dan berburu, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

INFO: Qirat ialah duit syiling dalam bahasa moden sekarang ini.

Daripada hadis ini, para ulama membolehkan memelihara anjing untuk tujuan keselamatan diri dan harta benda. Berkata al-Syarbini dalam Mughni: "Harus memelihara anjing bagi org yg menggunakannya utk berburu atau menjaga ternakan, ladang dan rumah. Harus juga hukumnya melatih anak anjing utk digunakan bagi keperluan-keperluan itu apabila besar nanti."

Adapun sekadar hanya utk menghiburkan diri dan bermain-main dengannya, maka hajat itu tidak diterima sbg tujuan memelihara anjing yg dibolehkan syarak.


Sertu Rumah
S: Saya baru sahaja membeli sebuah rumah dan berniat utk pindah bulan hadapan. Rumah itu sebelumnya dihuni oleh keluarga bukan Islam dan mereka memelihara anjing. Maka ada kemungkinannya anjing itu pernah menjilat lantai atau dinding rumah tersebut. Adakah saya perlu menyertu seluruh isi rumah sebelum saya berpindah?

J: Tidak perlu melakukan hal itu kecuali anda pasti benda-benda tertentu pernah terkena najis atau jilatan anjing tersebut. Kepastian itu misalnya kerana anda melihat sendiri anjing tersebut menjilat kerusi atau pemiliknya memberitahukan perkara tersebut kpd anda. Prinsipnya, kita tidak menghukumkan sbg najis sesuatu perkara atas dasar prasangka (syak).

Dalam kitab Mughni al-Muhtaj disebutkan sebuah masalah berkenaan hamam. (tempat mandi awam) yg pernah digunakan utk membasuh seekor anjing namun belum pernah disertu. Org ramai lalu menggunakan tempat itu utk mandi sehingga najis tersebar hingga ke benda-benda yg berada di dalamnya spt karpet dan kain.

Maka al-Syarbini berkata: "Mana-mana bahagian hamam yg yakin terkena najis, mka hukumnya najis. Mana-mana yg tidak (yakin terkena), maka ia tidak najis. Sebab kita tidak menghukumkannajis atas dasar prasangka (syak). Suci hamam itu dgn disiram air tujuh kali."


Sertu dengan Sabun
S: Boleh ustaz ajarkan cara sertu utk membersihkan najis berat (mughallazah)? Seperkara lagi, bolehkah kita gantikan tanah dgn bahan pencuci lain selain sabun?

J: Sertu sgt mudah. Anda boleh mengambil mana-mana tanah asalkan suci, gaulkan dgn air, kemudian siramkannya ke tempat yg terkena najis berat. Selepas itu, lanjutkan dgn enam kali siraman air biasa. Tidak wajib menggosok tmpt yg terkena najis tersebut.

Sabun tidak dpt menggantikan tanah sbg alat pembersih najis ini menurut mazhab syafi'i. Namun mazhab Hanbali berpendapat ia boleh menggantikannya.

Waswas
S: Beberapa tahun lepas, saya terpijak tahi anjing apabila pulang dari sekolah. Walaupun sudah saya sertu. saya tetap merasa waswas: Adakah kaki saya benar-benar bersih? Adakah ibadah saya diterima setalah itu?

Sejak kejadian itu saya menjadi takut utk keluar rumah. Saya fobia dgn anjing. Segala benda yg ada di jalanan akan saya sangka sbg najis anjing. Kadang kala saya mengalami sesak nafas kerana terlalu takut. Mohon nasihat ustaz.    

J: Waswas satu penyakit. Ia lahir drpd kejahilan tentang ilmu agama. Siapa yg menguasi hukum-hakam dgn baik, insya-Allah ia tidak akan mengalami waswas spt ini.

Najis bukan sesuatu yg perlu ditakuti. Bahkan terkena najis itu satu perkara yg biasa. Jika terkena najis, kita hanya diwajibkan utk membersihkannya dgn kaedah yg telah ditetapkan.

Jika najis itu najis biasa, memadai membasuhnya dgn air sbyk 3 kali. Jika najis berat, cukup membasuhnya sbyk 7 kali dgn salah satunya dgn tanah. Selepas itu, kita telah dikira suci dan ibadah kita diterima, insya-Allah.

Jangan turutkan perasaan dan waswas ini kerana ia pintu syaitan utk merosakkan hidup kita.

Air Liur Kucing        
S: Saya membela seekor kucing yg comel dan suka bermain dgn nya. Sering ia menjilat dan mengigit-gigit baju dan tangan saya. Adakah saya wajib membasuh baju dan lengan saya sebelum solat?

J: Tak wajib. Air liur kucing hukumnya suci. Begitu juga semua air liur haiwan selain anjing dan babi. Maka jika haiwan peliharaan spt hamster, iguana dan guinea pig menjilat sesuatu, kita tidak wajib membasuhnya dan boleh digunakan utk solat.

Hukum ini dikira jika tidak terdapat najis di mulut haiwan tersebut. Jika kebetulan ada najis dimulutnya tentu sahaja jilatan itu dpt menajiskan benda tersebut.      

Ikan Mati
S: Saya suka membela ikan hiasa dalam akuarium. Dari masa ke masa akan ada ikan yg mati. Adakah air itu menjadi najis iaitu saya mesti menukarkannya?

J:  Tidak perlu selama air itu tidak berubah mana-mana satu aspeknya: warna, bau dan rasa. Asasnya, ikan termasuk haiwan-haiwan yg tidak memiliki darah yg mengalir. Jadi bangkainya tidak menajiskan air sama ada sedikit ataupun banyak.

Hukum ini bukan hanya terhad untuk ikan, bahkan merangkumi semua haiwan lain yg tidak memiliki darah yg mengalir spt cicak, lipas, kutu, semut dan lain-lain. Jika ia terjatuh ke dalam air tanpa disengajakan, maka ia tidak menjejaskan kesucian air tersebut. Wallahu a'lam.
 

Journal 2013 - # 401

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu, harap uols sihat2 sj ketika ini. Hari ni aku kurang sihat ntah tetiba sakit kepala pula melanda maybe keadaan perubahan cuaca kut {^_^}. Ok la utk menyambung semula perkongsian ilmu berkaitan dgn kucing, hari ini aku nk share berkenaan dgn 'Fiqah Pelihara Haiwan' yang disediakan oleh Ustaz Umar Muhammad Noor, Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir-Hadis) dari UIN Syarif Hidayatullah, Indonesia. Sarjana Usuluddin (Hadis), Universiti Omm Durman, Sudan. Kini melanjutkan pengajian PhD di Universiti Malaya. Pernah berguru dengan beberapa ulama besar Syiria antaranya Syeikh Dr. Nordin 'Ltr, Dr. Wahbah al-Zulhaily dan Dr. Muhammad Ramadan al-Butiy. Buku beliau Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia mendapat sambutan hangat di pasaran. Jom ikut kupasan soal jawab berkaitan dengan haiwan peliharaan.


Memerhatikan trend terkini, masyarakat kini sedang mengembangkan perhatian kepada haiwan peliharaan. Jika sebelumnya, org islam hanya memelihara kucing dan ikan, pasa masa ini kita melihat anak-anak muda yang suka memelihara haiwan-haiwan eksotik spt sugar gilder, hamster dan guinea pig. Bahkan ada juga yg cuba-cuba memelihara haiwan berbahaya spt ular dan labah-labah.
Sebagai muslim, kita mesti merujuk kpd Islam dlm stp perilaku kita. Maka dlm soal pemeliharaan haiwan jug tidak terkecuali. Cinta kpd haiwan mesti terikat dgn hukum Islam. Ia tidak boleh dikaitkan dgn perasaan hati yg sgt subjektif. Sikap sebegini boleh membuka ruang utk menentang hukum2 Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

Hukum Haiwan Dalam Islam

Haiwan yang suci

Haiwan yang najis

Haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh

Semua haiwan dihukumkan suci semasa hidupnya kecuali yang haiwan-haiwan tertentu yang telah ditetapkan najis.

1.      Babi

2.      Anjing

3.      Haiwan yang lahir drpd kedua-duanya, atau salah sayi drpdnya.

1.      Ular

2.      Gagak

3.      Tikus

4.      Anjing gila

5.      Burung hering

6.      Cicak

Hukum Pelihara Haiwan
S: Saya sangat suka kepada haiwan. Bolehkah ustaz sebutkan prinsip-prinsip umum dlm memilih haiwan yg boleh dijadikan peliharaan dan yg tidak boleh?
J: Asal hukum memlihara haiwan terdapat dlm habis Nabi s.a.w. tentang kucing. Sabda Baginda maksudnya: "Sesungguhnya ia bukan najis. Ia hanyalah termasuk drpd haiwan-haiwan yg suka berkeliaran bersamamu." (Riwayat Abu Dawud)

Perasaan Haiwan
S: Dalam Islam, adakah haiwan memiliki perasaan?

J: Ya, Islam mengikhtiraf perasaan yang dimiliki haiwan. Jiwa mereka memang lebih rendah drpd manusia, namun mereka puny perasaan. Mereka merasakan sakit, lapar, takut, suka dan lain-lain. Oleh sebab itu, Islam mewajibkan berlaku ihsan kpd haiwan dan tidak memperlakukannya dgn kejam.

Ya'la bin Murrah menceritakan kisah seekor unta yg datang kpd Nabi dgn berlinangan air mata. Rasulullah bertanya: "Di mana pemilik unta ini? Ia mengadu kpdku byknya kerja dan sedikitnya makanan yg diberikan kpdnya." (Riwayat Ahmad)

Perhatikan pula arahan para ulama berkenaan dgn berbuat ihsan kpd haiwan:
1. Jangan menyembelih haiwan d hadapan haiwan yg lain.
2. Jangan mengasah pisau d hadapan haiwan yg akan d sembelih.
3. Jika seekor kucing atau anjing sedang makan sesuatu, maka tidak boleh merebut makanan itu daripadanya melainkan makanan itu milik sesorang.

Semua ini dpt kita temukan dl kitab-kitab fuqaha.

Belanja untuk Haiwan
S: Saya berhasrat utk membela seekor kucing parsi. Namun menurut teman saya, kos penjagaan bulannya sekitar RM200. Itu pun tidak cukup sebenarnya. Sekali fikir macam tidak patut pula. Apa nasihat ustaz?

J: Berbuat ihsan kpd haiwan peliharaan satu tindakan terpuji. Hukum ini berubah menjadi wajib apabila haiwan tersebut dikurung sehingga tidak dpt mencari makanan sendiri. Pada saat itu, pemiliknya mesti menyediakan semua kepeluannya spt makan, minum dan lain-lain.

Berkata Ibn Hajar al-Haitami dlm fatawa: "Disunatkan utk bermula hati kepadanya (kucing). Dan wajib atas pemiliknya memberi makanan kpdnya jika ia tidak dpt mencari sndiri makanannya."

Namun begitu, hendaklah perbelanjaan utk haiwan ini dlm had yg berpada. Jangan terlalu berlebihan dgn mencarikan maknan yg mahal, membuatkan sangkar yg mewah dan sebagainya. Perbuatan berlebihan spt ini dikhuatiri termasuk dlm pembaziran yg terlarang. Apalagi jika dlm masa yg sama ada anggota keluarga atau jiran tetangga yg memerlukan bantuan kita.

Berbuat ihsan dan bersedekah kpd haiwan memang terpuji. Namun berbuat ihsan dan bersedekah kpd manusia yg memerlukan lebih terpuji.

Tanggungjawab Pemilik
S: Saya ada seorang jiran yg memelihara kucing. Masalahnya kucingnya membuang najis merata-rata. Berberapa kali saya sendiri terpijak najisnya ketika hendak ke masjid. Apa hukumnya membela haiwan hingga mengganggu keselesaan org lain?J: Perbuatan spt ini tentu sahaja tidak elok dari sudut hukum dan akhlak. Secaa prinsipnya, pemilik haiwan peliharaan berkewajiban memastikan haiwan peliharaannya tidak mengganggu org lain. Apabila  haiwan tersebut menyebabkan kerosakan atau kerugian pd org lain, maka pemiliknya bertanggungjawab atas perkara tersebut.

Berkata Taqiyudin al-Hisni dalam Kifayat al-Akhyar: "Menurut pendapat yg sahih, jika seorang memiliki seekor kucing yg suka menangkap burung dan membalikkan kuali, lalu kucing itu merosakkan barangan orang lain, maka pemiliknya wajib menanggung ganti rugi sama ada hal itu berlaku pada waktu malam ataupun siang.

"Ini kerana spt ini sepatutnya diikat dan dikurung. Begitu juga hukum haiwan-haiwan yg suka mengganggu. Namun, jika kucing atau haiwan itu tidak memiliki sifat kebiasaan spt itu, maka tidak ada kewajipan ganti rugi mengikut pendapatan yg rajih. Sebabnya makanan biasanya mesti dijaga, bukan kucing mesti diikat."

Namun begitu, saudara sangat dianjurkan utk tidak mengambil pendekatan hukum. Bawalah berbincang dgn semangat ukhuwah dan kejiranan, insya-Allah masalah ini dpt diatasi dgn baik.

Wallahu a'lam.

Journal 2013 - # 400

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu sume.. spt yg d janjikan kali ni berkemungkinan besar entri dlm weblog ni akan berkongsi berkenaan fiqah haiwan kesayangan yg patut kita ketahui sbg panduan seharian kita bagi pegemar kucing. Okies arini topik nk aku share ialah 'Remeh Tetapi Penting Tentang Haiwan' Jom kita baca artikel ini yg dipetik drpd majalah al-Ustaz. Kali ini soal jawab ini disediakan oleh Ustaz Muhammad Luqman Makhtar, Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Fiqh dan Usul al-Fiqh), UIAM. Pernah berkhidmat di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan selayang.

Remeh Tetapi Penting Tentang Haiwan
Makanan Tidak Halal
S: Adakah kita perlu memastikan status halal makanan kucing yg hendak kita beli? Ada orang kata begitu. Cuma saya terfikir, jika kucing itu yg pergi mencari makan sendiri di luar, maka kemungkinan juga kucing akan makan bangkai. Bagkai itukan haram. Bagaimana?

J: Tidak perlu. Kucing boleh makan bangkai atau daging yg tidak disembelih mengikut syarak.

Huraian: Makan makanan halal itu wajib utk manusia sahaja. Binatang itu sendiri tiada taklifan utk mencari makanan yg halal. Maka tiada masalah utk memberinya makanan yg tidak halal utk manusia spt bangkai. Syaratnya makanan itu mestilah:
1. Tidak membahayakan bindatang itu sendiri.
2. TIdak diambil drpd hak org lain.

Tahlil Buat Haiwan
S:  Kucing kesayangan kami sekeluarga mati dilanggar di depan rumah tempoh hari. Jadi kami mengutip bangkainya dan menanamnya. Adakah terdapat panduan huku menguruskan haiwan peliharaan yg mati? Saya terfikirkan soalan ini setelah melihat anak-anak kecil saya beria-ia membacakan doa, sedekah al-Fatihah dan tahlil kpd kucing mereka.

J: Tiada hukum khas dlm menguruskan bangkai haiwan sebagaimana mengurus jenazah manusia spt mandi dan kafan. Haiwan yg mati wajib dilupuskan agar tidak menimbulkan gangguan kpd manusia. Maka antara cara yg terbaik adalah menanamnya. Haram membiarkan begitu sahaja atau membuanngnya dalam tong sampah hingga mereput dan berbau.

Doa dan tahlil itu utk manfaat manusia di akhirat nanti. Maka tiada keperluan perkara itu utk haiwan kesayangan.

Tidur dengan kucing
S: Apa hukum tidur dengan kucing? Bukankah bulu kucing yang melekat pada kain itu najis?

J: Boleh, tiada larangan utk tidur dgn kucing. Kucing itu sendiri haiwan yg suci. Maka bersentuhan dgnnya tidak membatalkan wuduk.

Ya, bulu kucing yg terpisah drpd badannya dikira najis menurut mazhab Syafi'i. Namun hal ini tidak menghalang kita utk tidur dgn kucing. Maka apa yg perlu dibuat, hilangkannya sahaja atau pakaian yg melekat bulu usah dipakai utk solat. Lagipun, bulu kucing itu najis yg dimaafkan  jika dlm kuantitinya sedikit.

Selain Kucing
S: Bolehkah kita memegang dan mengusap haiwan peliharaan spt hamster, ular dan iguana? Ada orng kata haiwan-haiwan itu najis, maka tidak boleh memegangnya?

J: Tiada larangan utk menyentuh haiwan-haiwan tersebut asalkan tidak membahayakan diri. Haiwan-haiwan itu sendiri suci, bukannya najis. Maka ita boleh solat terus tanpa perlu membasuh tangan dahulu. Andai kata seekor binatang itu najis sekalipun spt makannya berlumuran najis, bal itu tidak bermakna haram memegangnya. Yang wajib adalah membersihkan najis.

Dandan Kucing
S: Apa hukum mendandan kucing? Dandanan itu melibatkan trim (membuang atau merapikan) bulu, kuku dan misainya.

J: Perbuatan mendandan itu sendiri tiada masalah asalkan sahaja tidak membahayakan kucing. Jika tidak silap saya, mengerat misai kucing akan menyebabkan si kucing menjadi dungu dan tidak tentu hala. Boleh jadi misai itu alat deria dan pengesan kucing. Jika benar, maka haram mengerat misai kucing.

Disamping itu, perbuatan mendandan kucing itu boleh jadi haram jika ada unsur pembaziran dan melampau. Contohnya, kos mendandan kucing itu harganya berpuluh ringgit. Ingat pesanan Nabi bermaksud: "Berlah perhatian pada perkara yang bermanfaat utk kamu." (Rwayat Muslim)

Bunuh Kerana Kasihan
S: Jiran saya non Muslim ada memelihara kucing. Baru-baru ini dia melakukan suntikan maut ke atas kucingnya. Alasannya sudah sangat tua, dan doktor haiwannya pun menasihatinya. Itu cara terbaik. Bolehkah orang Islam berbuat begitu?

J: Tidak boleh. Haram perbuatan tersebut.

Huraian: Syariat memandu akal. Ada ketikanya akal tidak dapat memikirkan hal yg terbaik. Secara prinsipnya, haram sengaja membunuh makhluk Allah melainkan atas sebab dibenarkan syarak seperti untuk dimakan serta jenis haiwan perosak yg sunat dibunuh spt cicak dan lipas. Walau bagaimanapun, membunuh kerana kasihan tidak termasuk alasan yang dibenarkan.

Nasihat saya, buang kucing di tempat yg dia boleh mencari makan sendiri. Allah sebenarnya melengkapkan haiwan dengan naluri boleh mencari makan sendiri. Jika kucing itu mati selepas itu sekalipun, kita sudah terlepas drpd tanggungan dosa membunuh.

Kerjaya Veterinar
S: Seorang anak saya ini sejak kecil lagi sangat meminati haiwan. Bahkan dia bercita-cita hendak menjadi doktor haiwan. Apa hukum bekerja sbg doktor haiwan? Menurut apa yg saya tahu, utk menjadi doktor haiwan dia terpaksa memegang babi dan anjing utk mengubatinya.

J: Tiada halangan utk menjadi doktor haiwan. Kerjaya itu ada manfaat besar yg tersendiri buat manusia. Maka menjadi fardu kifayah atas umat Islam. Mesti ada doktor haiwan Muslim yg memenuhi keperluan masyarakat pasa setiap masa.

Soal anjing dan babi hanya pada kenajisannya sahaja. Satu-satunya hukum yg berbeza adalah tentang cara membasuh najis berkaitannya sahaja. Selain itu, prinsip umum masih sama iaitu sesuatu yg najis tidak semestinya haram disentuh. Bukankah hasil buang air besar kita itu najis? Lalu bagaimana kita hendak membersihkannya jika haram hukumnya menyentuhnya?

Islam mengajar kita belas kasihan kepada semua jenis makhluk termasuk anjing dan babi.

Kucing Mahal
S: Apa hukum membeli kucing yang harganya RM4000?

J: Hukum jual beli kucing menurut pendapat jumhur adalah harus. Maka sah hukumnya. Namun dari aspek akhlak dan keutamaan, usahlah menghabiskan duit pada sesuatu yg tidak memberi mandaat besar. Boleh jadi haram hukumnya jika perkara ini dinilai sbg pembaziran.

Bisnes Biak Kucing
S: Apa hukum perniagaan membiak baka kucing? Hari ini memang terdapat permintaan tinggi terutamanya terhadap anak kucing baka baik.

J: Mengambil pendapat jumhur ulama, harus jual beli kucing. Maka harus juga hukumnya segala bentuk perniagaan berkaitan dengannya seperti yang saudara nyatakan.

Sewakan Kucing Sebagai Induk
S: Dalam kalangan peminat kucing, menyewakan kucing jantan sbg induk itu amalan biasa bagi mendapatkan baka anak yg terbaik. Saya mempunyai kucing parsi jantan berbulu lebat. Sebelum ini sudah beberapa kali saya menyewakannya kpd org lain utk disatukan dgn kucing betina mereka. kadarnya RM300 seminggu. Ada kawan saya menyewa sampai RM800.

J: Menyewakan haiwan jantan utk tujuan seperti ini diharamkan. Abdullah bin Umar menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w melarang utk (menjual) mani haiwan jantan ('asb al-fahl). (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini menjadi dalil para ulama utk menyatakan haram mengambil upah atas menyewakan haiwan jantan utk bakanya.

Namun begitu, para ulama menganjurkan utk meminjamkan haiwan jantan itu beberapa lama agar ia mengawan dgn haiwan betina milik org lain, Selepas itu, pemilik haiwan betina tiu tidak haram memberi hadiah atas peminjaman tersebut, dan pemilik haiwan jantan halal menerima hadiah tersebut. Demikian dijelaskan dlm kita-kitab fiqh antaranya Mughni al-Muhtaj.

Tengok Haiwan Mengawan
S: Apa hukum melihat haiwan mengawan? Saya terpaksa berbuat demikian utk memastikan kucing saya benar-benar mengawan. Jika tidak sia-sia sahaja duit saya menyewa induk.

J: Jika ada keperluan spt yg saudari nyatakan, maka dibolehkan. Adapun menonton haiwan mengawan itu secara suka-cuka merupakan perbuatan yg tidak elok dilakukan. Apatah lagi jika ia boleh membangkitkan syahwat, maka haram hukumnya.

Bunuh Semuat
S: Apa hukum membunuh serangga yg berkeliaran di dlm rumah spt semut dan labah-labah? saya terbaca hadis yg menyebut bahawa Nabi melarang membunuh semut.

J: Boleh. Prinispnya boleh membunuh haiwan jika kewujudannya memudaratkan kita.

Nabi menceritakan: "Ada seorang nabi bertduh dibawah pokok. Kemudian dia digigit oleh seekor semut. Lalu dia membakar keseluruhan sarangnya. Allah menegurnya: Kenapa tidak bunuh seekor itu sahaja?!" (Riwayat Muslim)

Berkenaan hadis-hadis Nabi yang menyryh atau membunuh haiwan-haiwan tertentu itu perlu difahami sebaliknya. Satu ketika Rasulullah menyebut : "Tiada dosa membunuh lima jenis binatang: gagak, helang, tikus, jengking dan anjing gila." (Riwaya Muslim)

Dalam kesempatan yg lain pula, Nabi melarang membunuh empat jenis binatang: semut, lebah, burung belatuk dan katak." (Riwayat Abu Daud)

Maka kefahamannya adalah spt berikut:
Kategori Haiwan & Hukumnya


Kategori haiwan
Haiwan yg membahayakan manusia secara semula jadi
Haiwan yang tidak membahayakan manusia secara semula jadi
Contoh
Jengking, tikus
Semut, burung
Hukum
Boleh dibunuh walaupun belum berlaku lagi kemudaratan.
Boleh dibunuh hanya selepas berlaku kemudaratan atau benar-benar dibimbangi berlaku
  
Tengok Babi
S: Apa hukum melihat babi? Semasa pergi ke zoo, saya hendak melihat juga bagaimana rupa babi tetapi dilarang oleh ayah saya. Tidak boleh tengok.

J: Boleh. Tidak makruh apa lagi haram untuk melihatnya.

Huraian: Anjing atau babi itu makhluk ciptaan Allah. Tiada bezanya dengan haiwan lain melainkan hukum kenajisannya sahaja.

Masyarakat kita sangat prejudis terhadap kedua-duanya. Ingat, kedua-duanya makhluk Allah. Allah tidak mengarahkan kita utk membencinya. Allah hanya mengarahkan cara khusus utk mengurusnya. Tidak lebih dari itu.

Menghina makhluk Allah, boleh jadi menghina Alah. Bukankah jika kita menghasilkan sesuatu spt hidangan, lukisan lalu ada org mengkritik, kita pun berasa. Allah tiada bandingan. Namun kita memahami cara beradab dgn Allah dgn memperhatikan cara beradab sesama kita.

Tangkap dan Lepas 
S: Apa hukum amalan memancing ikan tetapi melepaskannya semula? Secara positifnya, pendekatan ini dapat mengekalkan populasi spesies ikan.

J: Perbuatan menangkap dan melepaskan semula ikan dikira sbg menyeksa haiwan. Maka berdosa dan dilarang hukumnya. Bayangkan, mata kail itu melekat di mulut ikan yg berdara. Semasa hendak mencabut mata kail, sudah tentu mulut ikan tersebut terluka teruk. 

Huraian: Allah menjadikan haiwan utk berkhidmat kpd manusia. Selagi manusia menggunakannya utk tujuan dan dgn cara yg dibenarkan, maka Islam membenarkannya. Kita hanya boleh membunuh haiwan dgn dua sebab dua sebab sahaja. Maka selain itu, tidak boleh.   

Bakar, Racun atau Pukul
S: Bagaimana cara membunuh tikus yang ditangkap? Bagaimana pula semut dan lipas yang banyak terdapat dalam rumah.

J: Apa-apa sahaja cara dibolehkan asalkan:
1. Tidak menyeksa.
Sabda Rasulullah maksudnya: "Sesungguhnya Allah menetapkan ihsan buat setiap sesuatu. Maka jika kamu hendak membunuh, perelokkan pembunuhan itu." (Riwayat Muslim)
2. Bukan dengan api.
Ibn Mas'ud menceritakan bahawa beliau pernah bersama Nabi dalam satu musafir. Semasa Nabi pergi membuang air, ada sahabat yg membakar sarang semut. Tatkala Nabi kembali dan melihat sarang yang dibakar, lalu Baginda bertanya: "Siapa yang membakar ini?" 
"Kami!"
"Sesungguhnya sesiapa pun tidak boleh mengazabkan dgn api melainkan Tuhan pencipta api!" (Riwayat Abu Dawud)
Wallahu a'lam.      

Journal 2013 - # 399

Hi uols!! salam taqwa salam ilmu utk uols!! Baru ada kesempatan utk update weblog aku kali ni sejak balik drpd Sabah. Well bercakap pasal Sabah!! kita doakan keselamatan para anggota Keselamatan Negara n Keselamatan Orang Awam di Lahad Datu dan Semporna agar selamat drpd serangan penceroboh!! Namun keselamatan Negeri Sabah juga tidak d lupakan agar aman sejahtera hendaknya. Kepada keluarga anggota yg telah menitiskan darah demi sebuah keamanan takziah, moga pewira negara yg pergi itu ditempatkan di sisi org2 yg soleh, Amin.
Peace 4 SaBaH
Okies uols, kita tinggalkan isu pencerobohan tersebut, Now aku nk share pasal beberapa perkara yg wajib kita kena ketahui. Semua org suka kucing dan sume org suka bela kucing! Well baru2 ni aku telah membeli majalah al-ustaz, isu kali ni ni memang best sgt2 citer pasal fiqh Haiwa Kesayangan. So utk beberapa minggu ni aku cuba berkongsi soal ini utk panduan n pengetahuan agar boleh dijadikan panduan kpd kehidupan seharian kita.
Dapatkan dipasaran segera atau beli secara online kt DN Shop Online Order
Utk kali ini aku nk share topik 'Najis Kucing, Bagaimana Menyucikannya?' berikut adalah soal jawab yg d sediakan oleh Ustaz Muhammad Yusuf A Kadir, Sarjana Muda Usuluddin (Hadis dan Ulum Hadis) Universiti al-Azhar. Berguru secara langsung dengan beberapa orang ulama antaranya ialah Syeikh Ali Soleh, Syeikh Dr. Wafiq Hijazi dan Syeikh Dr. Mustofa 'Imarah. Jom kita ikuti soal jawab ini sebagai panduan kita.

Bekas Gigitan Kucing
S: Saya membela kucing dirumah. Perkara yang sering berlaku, kucing saya itu kerap menggit roti atau kuih yang ditinggalkan oleh oleh anak kecil saya. Beberapa kali terjadi anak saya makan makanan itu sebelum sempat saya membuangnya. Apa yang perlu saya buat? Bukankah makanan yang digigit kucing itu najis?

J: Makanan yang digigit kucing tidak najis. 

Sayidatina Aisyah pernah memakan makanan yang digigit oleh kucing. Pada satu ketika beliau sedang solat, seseorang datang membawa makanan. Lalu, beluay mengisyaratkan kepadanya supaya meletakkan makanan itu di suatu tempat. 

Tiba-tiba datang seekor kucing dan memakan sebahagiannya. Setalah selesai solat, beliau memakan makanan yang masih berbaki drpd gigitan kucing dan berkata: "Sesungguhnya Nabi bersabda: 'Sesungguhnya ia (kucing) itu bukan najis.' Sesungguhnya ia termasuk yang sering berlegar-legar dalam kalangan kamu." (Riwayat Abu Dawud). 

Ini membawa maksud bahawa mulut kucing yang makan dan minum drpd sesuatu itu suci dan tidak menjadikannya bernajis. Namun, hadis ini tidaklah sampai kpd galakan berkongsi makan dgn kucing. Cuma ia menjelaskan bahawa bekas gigitan kucing tidak menyebabkan suatu makanan menjadi najis.

Bulu Kucing
S: Ada org berkata bahawa walaupun kucing itu tidak najis, tetapi bulunya najis. Benarkah?

J: Benar, kucing bukanlah najis berdasarkan penerangan sebelum ini. Adapun bulunya yang terpisah drpd badan dikira najis.

HURAIAN : Hal ini berdasarkan sebuah hadis. Ketika Nabi datang ke Madinah, Baginda melihat penduduknya suka kepada bonggol unta dan bahagian punggung kambing. Lalu Nabi bersabda yang bermaksud: "Apa-apa jua bahagian yang terpisah drpd seekor binatang sedangka ia masih hidup, maka bahaigan itu ialah bangkai." (Riwayat al-Tirmizi). 

Namun terdapat nas al-Quran yang menbawa maksud umum bahawa bulu itu halal. Firman Allah mafhumnya: "Dan drpd berjenis-jenis bulu binatang ternakan itu pelbagai perkakasan rumah dan perhiasan." (Surah al-Nahl:80)

Sebenarnya tiada percanggahan antara kedua-dua nas ini. Ulama menggariskan bahawa segala bahagian yang terpisah drpd anggota bada seekor binatang yang masih hidup dikira sbg  bangkai kecuali bulunya yang memenuhi tiga syarat iaitu:
1. Ia terdapat pada binatang yang halal dimakan.
2. Bulunya tercabut ketika ia masih hidup atau selepas disembelih dgn betul menurut syarak.
3. Ia bukan berada pada anggota yang terputus drpd badan binatang tersebut. Jika, ia dihukum sbg bangkai mengikut kpd hukum bahagian anggota yg terpisah yg telah dikira sbg bangkai.

Jika salah satunya tidak dipenuhi, maka bulu binatang tersebut dikira bangkai spt yg disebutkan di dalam hadis tadi.

Bulu Melekat
S: Bagaimana jika bila solat dengan kain yang melekat padanya bulu kucing? Hanya selepas solat sahaja baru kita perasan.

J: Berkenaan dengan kucing, sudah pasti ia bukanlah binatang yang dimakan, lalu bulunya dikira sbg bangkai yg bernajis. Tetapi, jika ia terlekat sedikit menurut uruf, ia dimaafkan. Jika uruf menetapkan kuantitinya banyak, maka pakaian titu tidak boleh digunakan dlm ibadah dan perlu dihilangkan terlebih dahulu.

Masalah Asas
S: Boleh ustaz ajarkan cara yg betul utk membersihkan najis kucing yg terdapat di dlm rumah? saya inginkan kepastian agar tidak waswas lagi.

J: Najis kucing dikategorikan sbg najis mutawassitah atau pertengahan. Maka cara utk menghilangkannya adalah dgn membuang najis tersebut terlebih dahulu. Seterusnya kita bersihkan tempat tersebut dgn air mutlak serta memastikan tidak ada bau, warna, dan rasa (saki baki) najis tersebut yg masih tertinggal.

Kasut Dikencing Kucing
S: Bagaimana hendak membasuh kasut sekolah anak yg dikencing kucing? Air kencingnya sudah tidak ada tetapi baunya masih kuat. Bolehkah dibasuh dengan mesin basuh bersama kasut lain atau bagaimana?

J: Kasut itu masih dikira najis yg belum dibersihkan walaupun air kencingnya telah kering kerana baunya masih ada. Maka basuhlah dgn air mutlak yg mengalir sehingga hilang baunya. Hanya selepas itu baru boleh dibasuh dengan mesin basuh.

Tidak boleh membasuhnya terus dgn mesin basuh. Jika tidak kasut itu akan menyebabkan air dlm mesin basuh itu menjadi najis, seterusnya menajskan kasut yang lain. Ini kerana air itu tidak melebihi dua kolah.
Wallahu a'lam.

3 Kategori Najis 

Kategori
Ringan (mukhaffafah)
Berat (mughallazah)
Pertengahan (mutawassitah)
Jenis najis
Air kecing bayi lelaki berusia kurang dua tahun yang belum makan apa-apa selain susu ibu.
1.      Anjing
2.      Babi
3.      Haiwan yang terlahir dprd anjing dan/atau babi.
Semua najis yang tidak tersenarai dlm kategori najis ringan dan berat. Antaranya:
1.      Tahi, kecing dan mazi manusia dan haiwan
2.      Darah
3.      Arak
4.      Bangkai haiwan
Cara membersihkannya
Memadai direnjiskan dgn air hingga menutupi semua tempat yg terkena najis
1.      Hilangkan benda najis tersebut (jika ada)
2.      Basuh tempat yg tercemar dgn air sebanyak tujuh kali basuhan dgn salah satunya dgn air yg bercampur tanah
1.      Hilangkan benda najis tersebut (jika ada)
2.      Basuh dengan air hingga hilang bau, rasa dan warnanya.

Sunar tidak kurang drpd tiga kali basuhan.
Info disediakan oleh panel al-Ustaz
Bersambung..