Journal 2013 - # 402

Hi uols!! Salam taqwa n salam ilmu utk uols, minggu ni weblog aku di penuhi warna-warni dgn soal jawab berkenaan kucing. Actully terlalu byk al-kisah kucing n hukumnya utk kita kena ketahui sbg panduan kita agar kita mengetahui apa hukum n cara penyuciannya. Ok kali ni aku n share pasal 'Hukum-Hakam Haiwan Peliharaan' yang disediakan oleh Ustaz Umar Muhammad Noor utk penambahan ilmu kita.


Tahukah anda baka kucing yang terbesa adalah kucing baka Maine Coon

Bela Haiwan Eksotik
S: Apakah hukum membela haiwan eksotik? Seorang kawan saya sgt meminati haiwan eksotik. Setakat ini dia membela iguana, ular sawa albino dan kameleon.

J: Setiap haiwan yang wajib dibunuh, maka ia haram dibela. Setiap haiwan yg tidak wajib dibunuh, maka ia halal dibela.

Dalam sebuah hadis Nabi menyebut mafhumnya: "Lima haiwan perosak (mesti) dibunuh di Tanah Haram ataupun tanah halal: Ular, gagak, yang berwarna putih di bahu dan perutnya, tikus, anjing ganas dan burung bangkai." (Riwayat Muslim)

Para ulama berpendapat bahawa kelima-lima haiwan ini boleh dikias dgn haiwan-haiwan yg lain memiliki sifat-sifat mereka iaitu merosakkan dan membahayakan hidup manusia. Haiwan-haiwan itu misalnya kala jengking, labah-labah beracun dan lain-lain.

Selain kelima-lima haiwan ini dan yg seumpamanya, maka diharuskan membela setiap haiwan yg suci dan bermanfaat bagi hidup manusia. Berkata al-Syarbini dlm Mughni al-Muhtaj: "Harus memiliki harimau spt kera, gajah dan seumpamanya."

Kurung Burung
S: Betul ke berdosa hukumnya mengurung haiwan peliharaan spt burung dan hamsterkerana menghalangi kebebasannya?

J: Perbuatan itu tidak berdosa selagi makan, minum dan keperluan haiwan itu tersedia. Ini pendapat jumhur ulama drpd mazhab Syafi'i, Hambali dan satu pendapat dalam mazhab Maliki.

Hujah: Ada sebuah hadis, Rasulullah melihat seorang anak bernama Abu Umair sdg main dgn burung. Baginda tidak melarangnya ataupun menegur ibu bapanya. Malah Baginda bertanya kepadanya: "Wahai Abu Umair, apa khabar burungmu?" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjadi dalil para ulama utk membolehkan mengurung haiwan. Imam al-Qaffal pernah ditanya mengenai hukum mengurung burung di dlm sangkar utk menikmati suaranya. Beliau menjawab: "Hukumnya boleh asalkan pemiliknya menyediakan segala keperuannya sepertimana haiwan yang diikat." Demikian yg terakam dalam kitab al-Iqna'.

Meskipun begitu, tidak dinafikan ada sebahagian ulama yg mengharamkan perkara ini. Ulama mazhab Hanafi dan Maliki mengatakan bahawa menahan burung bukan utk dimakan haram hukumnya kerana ia satu penyeksaan. Namun menurut saya, pendapat pertama lebih kuat. Wallahu a'lam.

Kucing Nabi
S: Benarkah Nabi memelihara kucing yg diberi nama Mueeza? Kononnya Nabi sgt menyayangi haiwan ini sehingga Baginda pernah memotong lengan jubah Baginda kerana tidak ingin mengganggu Mueeza yg tidur di atasnya.

J: Tidak benar. Tidak ada riwayat sahih yg menunjukkan perkara tersebut. Kisah yg anda sebutkan ini memang tersebar dlm internet namun itu riwayat palsu. Haram menyebarluaskan kisah itu tanpa penjelasan tentang status kepalsuaannya.

Haiwan Peliharan Rasulullah

Jenis Haiwan

Antara Nama-namanya

Manfaat

Unta

Qaswa: Unta yg Nabi gunakan dlm perjalanan hijrah.

Adba: Unta Nabi yg tidak pernah dikalahkan dlm perlumbahan

Kenderaan, sumber makanan dan minuman

Kuda

Sakb: Berwarna hitam

Murtajiz: Berwarna putih

Kenderaan berperang

Keldai

Ghufair: Berwarna putih

Fiddah

Kenderaan di dalam bandar

Baghal

Duldul: Berwarna putih, hadian dari Raja Muqawqis


Kambing

Ajwah

Zamzam

Barakah

Sumber makanan dan minuman
Dipetik daripada kitab Zad al-Ma'ad Karangan Ibn al-Qayyim.

Nama Haiwan
S: Orang kita biasa memberi nama utk kucing mereka spt Si Tompok, Belang dan sebagainya. Saya tertanya-tanya, apa hukumnya?

J: Boleh. Nabi sendiri memberi nama kpd binatang peliharaan Baginda. Kebanyakan nama yg diberi bersempena sifat-sifat yg terdapat pada haiwan tersebut. Seekor unta Nabi diberi nama Adba yg bermakna terbelah telinga. Begitu juga Duldul, Seekor baghal Nabi, maknanya yg suka bergoyang-goyang apabila berjalan.

Meskipun memberi nama kpd haiwan diharuskan, namun elakkan nama-nama yg biasa digunakan utk manusia terutamanya nama-nama nabi dan tokoh ulama. Sebab perkara itu boleh dikira sebagai satu penghinaan.

Anjing untuk Keselamatan
S: Di kawasan perumahan saya kerap terjadi jenayah pecah rumah. Kebanyakan rmah dimasuki ialah rumah org Islam. Jarang sekali rumah jiran non-muslim dimasuki pencuri kerana mereka membela anjing. Jadi saya terfikir, bolehkah orang Islam membela anjing utk tujuan keselamatan?

J: Memelihara anjing tanpa hajat haram hukumnya menuruti mazhab Syafi'i, manakala makruh menurut mazhab yg lain. Namun jika ada hajat, maka para ulama bersepakat bahawa hukumnya harus.

Dalilnya sabda Rasulullah: "Sesiapa yg memelihara anjing, kecuali anjing utk menjaga ladang, haiwan ternakan dan berburu, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

INFO: Qirat ialah duit syiling dalam bahasa moden sekarang ini.

Daripada hadis ini, para ulama membolehkan memelihara anjing untuk tujuan keselamatan diri dan harta benda. Berkata al-Syarbini dalam Mughni: "Harus memelihara anjing bagi org yg menggunakannya utk berburu atau menjaga ternakan, ladang dan rumah. Harus juga hukumnya melatih anak anjing utk digunakan bagi keperluan-keperluan itu apabila besar nanti."

Adapun sekadar hanya utk menghiburkan diri dan bermain-main dengannya, maka hajat itu tidak diterima sbg tujuan memelihara anjing yg dibolehkan syarak.


Sertu Rumah
S: Saya baru sahaja membeli sebuah rumah dan berniat utk pindah bulan hadapan. Rumah itu sebelumnya dihuni oleh keluarga bukan Islam dan mereka memelihara anjing. Maka ada kemungkinannya anjing itu pernah menjilat lantai atau dinding rumah tersebut. Adakah saya perlu menyertu seluruh isi rumah sebelum saya berpindah?

J: Tidak perlu melakukan hal itu kecuali anda pasti benda-benda tertentu pernah terkena najis atau jilatan anjing tersebut. Kepastian itu misalnya kerana anda melihat sendiri anjing tersebut menjilat kerusi atau pemiliknya memberitahukan perkara tersebut kpd anda. Prinsipnya, kita tidak menghukumkan sbg najis sesuatu perkara atas dasar prasangka (syak).

Dalam kitab Mughni al-Muhtaj disebutkan sebuah masalah berkenaan hamam. (tempat mandi awam) yg pernah digunakan utk membasuh seekor anjing namun belum pernah disertu. Org ramai lalu menggunakan tempat itu utk mandi sehingga najis tersebar hingga ke benda-benda yg berada di dalamnya spt karpet dan kain.

Maka al-Syarbini berkata: "Mana-mana bahagian hamam yg yakin terkena najis, mka hukumnya najis. Mana-mana yg tidak (yakin terkena), maka ia tidak najis. Sebab kita tidak menghukumkannajis atas dasar prasangka (syak). Suci hamam itu dgn disiram air tujuh kali."


Sertu dengan Sabun
S: Boleh ustaz ajarkan cara sertu utk membersihkan najis berat (mughallazah)? Seperkara lagi, bolehkah kita gantikan tanah dgn bahan pencuci lain selain sabun?

J: Sertu sgt mudah. Anda boleh mengambil mana-mana tanah asalkan suci, gaulkan dgn air, kemudian siramkannya ke tempat yg terkena najis berat. Selepas itu, lanjutkan dgn enam kali siraman air biasa. Tidak wajib menggosok tmpt yg terkena najis tersebut.

Sabun tidak dpt menggantikan tanah sbg alat pembersih najis ini menurut mazhab syafi'i. Namun mazhab Hanbali berpendapat ia boleh menggantikannya.

Waswas
S: Beberapa tahun lepas, saya terpijak tahi anjing apabila pulang dari sekolah. Walaupun sudah saya sertu. saya tetap merasa waswas: Adakah kaki saya benar-benar bersih? Adakah ibadah saya diterima setalah itu?

Sejak kejadian itu saya menjadi takut utk keluar rumah. Saya fobia dgn anjing. Segala benda yg ada di jalanan akan saya sangka sbg najis anjing. Kadang kala saya mengalami sesak nafas kerana terlalu takut. Mohon nasihat ustaz.    

J: Waswas satu penyakit. Ia lahir drpd kejahilan tentang ilmu agama. Siapa yg menguasi hukum-hakam dgn baik, insya-Allah ia tidak akan mengalami waswas spt ini.

Najis bukan sesuatu yg perlu ditakuti. Bahkan terkena najis itu satu perkara yg biasa. Jika terkena najis, kita hanya diwajibkan utk membersihkannya dgn kaedah yg telah ditetapkan.

Jika najis itu najis biasa, memadai membasuhnya dgn air sbyk 3 kali. Jika najis berat, cukup membasuhnya sbyk 7 kali dgn salah satunya dgn tanah. Selepas itu, kita telah dikira suci dan ibadah kita diterima, insya-Allah.

Jangan turutkan perasaan dan waswas ini kerana ia pintu syaitan utk merosakkan hidup kita.

Air Liur Kucing        
S: Saya membela seekor kucing yg comel dan suka bermain dgn nya. Sering ia menjilat dan mengigit-gigit baju dan tangan saya. Adakah saya wajib membasuh baju dan lengan saya sebelum solat?

J: Tak wajib. Air liur kucing hukumnya suci. Begitu juga semua air liur haiwan selain anjing dan babi. Maka jika haiwan peliharaan spt hamster, iguana dan guinea pig menjilat sesuatu, kita tidak wajib membasuhnya dan boleh digunakan utk solat.

Hukum ini dikira jika tidak terdapat najis di mulut haiwan tersebut. Jika kebetulan ada najis dimulutnya tentu sahaja jilatan itu dpt menajiskan benda tersebut.      

Ikan Mati
S: Saya suka membela ikan hiasa dalam akuarium. Dari masa ke masa akan ada ikan yg mati. Adakah air itu menjadi najis iaitu saya mesti menukarkannya?

J:  Tidak perlu selama air itu tidak berubah mana-mana satu aspeknya: warna, bau dan rasa. Asasnya, ikan termasuk haiwan-haiwan yg tidak memiliki darah yg mengalir. Jadi bangkainya tidak menajiskan air sama ada sedikit ataupun banyak.

Hukum ini bukan hanya terhad untuk ikan, bahkan merangkumi semua haiwan lain yg tidak memiliki darah yg mengalir spt cicak, lipas, kutu, semut dan lain-lain. Jika ia terjatuh ke dalam air tanpa disengajakan, maka ia tidak menjejaskan kesucian air tersebut. Wallahu a'lam.
 

No comments: