Journal 2012~ #325

Hi uols, salam jumaat utk uols sume, ok la terasa lama x update weblog ni, tetiba arini nk update utk uols n nk kongsi satu ilmu yg mungkin ada barangkali uols ingat atau da lupa atau x tahu bagaimana utk kita bersyukur kpd pencipta sekelian mahkluk iaitu Allah S.W.T. Well perkara ni telah aku lakukan sejak 2 menjak ni nk jd manusia yg bersyukur bknlah susah cuma pd kehendak diri sndiri jer sbenarnya. Okla uols jom kita baca perkongsian ini utk renungkan n kita amalkan slalu.


Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud  syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah  kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang  bingung ?" Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.

Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang  maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa  yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Berdasar  ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya  tidak hairanlah apabila para Sahabat sering  melakukan sujud syukur  tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan.  Amalan  sujud syukur itu adalah   antara manifestasi untuk menyatakan  kesyukuran atau  terimakasih  kepada Allah swt.

Tatacara sujud syukur 
Sujud syukur dilakukan kerana mendapat nikmat yang besar di dalam hidup yang kadangkala jarang berlaku seperti lulus di dalam peperiksaan yang besar, mendapat anak, mendapat kerja, berkahwin dan sebagainya dan juga terselamat daripada bala bencana yang besar seperti kemalangan, selamat dari kebakaran dan sebagainya.

Nabi SAW melakukan sujud syukur di dalam kehidupannya, perbuatan ini disaksikan oleh lebih 12 orang sahabat. Daripada hadis Abi Bukroh RA katanya: "Nabi SAW apabila datang kepadanya berita gembira, maka baginda akan terus sujud syukur kepada Allah SWT.” (Riwayat Tirmizi 1578, Abu Daud 1774). Demikian juga mejoriti para sarjana di dalam pensyariatan sujud syukur ini, antaranya ialah Imam Syafie, Ahmad, Ishaq, Abu Thauri, Ibnu Munzir dan sahabat Abu Hanifah. (lihat al-Majmu’, al-Mughni, dan Fatawa al-Hindiyah)

Caranya sama seperti sujud tilawah di luar solat. Tidak disyaratkan juga mesti suci daripada hadas dan menghadap kiblat. Tetapi jika bersuci dan menghadap kiblat adalah lebih afdhal. Ia juga boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, jika ada sebab maka boleh lakukan sujud syukur. Selain itu, ia tidak boleh dilakukan di dalam solat, kerana sebab yang membolehkan seseorang itu sujud syukur adalah di luar solat.

No comments: