Hi uols, salam jumaat utk uols sume, ok la terasa lama x update weblog ni, tetiba arini nk update utk uols n nk kongsi satu ilmu yg mungkin ada barangkali uols ingat atau da lupa atau x tahu bagaimana utk kita bersyukur kpd pencipta sekelian mahkluk iaitu Allah S.W.T. Well perkara ni telah aku lakukan sejak 2 menjak ni nk jd manusia yg bersyukur bknlah susah cuma pd kehendak diri sndiri jer sbenarnya. Okla uols jom kita baca perkongsian ini utk renungkan n kita amalkan slalu.

Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang
menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita
sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur
kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Dalam
salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi
Muhammad Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama
sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf
kalau-kalau Rasulullah saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda
dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf
mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui keadaan baginda yang
sebenarnya.
Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya,
bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa
gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang bingung
?" Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.
Akhirnya
Rasulullah saw.. menyatakan yang maksudnya : " Bahawasanya Jibril
datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa yang
mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan
salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka
Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka
saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda
bersyukur". (HR Ahmad)
Berdasar ke atas Sunnah Nabi itu, maka
ianya tidak hairanlah apabila para Sahabat sering melakukan sujud
syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang
menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi
untuk menyatakan kesyukuran atau terimakasih kepada Allah swt.
Tatacara sujud syukur
Sujud syukur dilakukan kerana mendapat nikmat yang besar di dalam hidup yang
kadangkala jarang berlaku seperti lulus di dalam peperiksaan yang besar,
mendapat anak, mendapat kerja, berkahwin dan sebagainya dan juga
terselamat daripada bala bencana yang besar seperti kemalangan, selamat
dari kebakaran dan sebagainya.
Nabi SAW melakukan sujud syukur di dalam kehidupannya, perbuatan ini
disaksikan oleh lebih 12 orang sahabat. Daripada hadis Abi Bukroh RA
katanya: "Nabi SAW apabila datang kepadanya berita gembira, maka baginda
akan terus sujud syukur kepada Allah SWT.” (Riwayat Tirmizi 1578, Abu
Daud 1774). Demikian juga mejoriti para sarjana di dalam pensyariatan sujud
syukur ini, antaranya ialah Imam Syafie, Ahmad, Ishaq, Abu Thauri, Ibnu
Munzir dan sahabat Abu Hanifah. (lihat al-Majmu’, al-Mughni, dan Fatawa
al-Hindiyah)
Caranya sama seperti sujud tilawah di luar solat. Tidak disyaratkan
juga mesti suci daripada hadas dan menghadap kiblat. Tetapi jika bersuci
dan menghadap kiblat adalah lebih afdhal. Ia juga boleh dilaksanakan
pada bila-bila masa, jika ada sebab maka boleh lakukan sujud syukur. Selain itu, ia tidak boleh dilakukan di dalam solat, kerana sebab
yang membolehkan seseorang itu sujud syukur adalah di luar solat.