Journal 2012 ~ #310

Hi uols, minggu ni minggu terakhir ramadhan x lama lagi nk raya da, sedihs gak nk tinggal ramadhan ni, mcm cpt sgt, well kali ni aku x nk citer pasal ramadhan yg bakal berlalu x lama lg, arini aku nk citer pasal negeri kelahiran aku iaitu Sabah. Sejak kebelakangan ni byk pihak2 yg x da sivik mencaci, menghina n memburukkan negeri Sabah seolah x sedar, bahawa Sabah punya keunikannya sendiri.

Siapa sebenarnya dalang d sebalik sume perkara ini? actully org2 yg buat mcm ni adalah org2 yg x bertamadun n buta fakta semata-mata. Terutama skali budak2 hingusan yg hanya dpt berita dr mereka2 yg hanya mendengar khabar d angin lalu sahaja. Ada jg yg membawa buah mulut ini org2 yg d sogok oleh pihak2 tertentu krn tidak berpuas hati dgn negeri Sabah atau mahu menjatuhkan kedaulatan negeri Sabah itu sendiri. Menulis, menyebarkan fitnah dlm laman sosial memudahkan org ramai membaca n myebar luas bahan bacaan yg tidak berasas seolah2 golongan sedemikian memulakan peperangan cyber.

Jika perkara ini  berlaku, d mna pihak berwajib utk mengambil langkah atas semua ini? Terbaru pelajar semenanjung yg belajar d Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara terang2 menghina cara kehidupan d Sabah, kononnya mereka buat sedemikian membuat kajian tentang Sabah? Sorg pelajar yg terpelajar tp tidak mempunyai moral n tatasusila tentang adat n budaya memusnahkan imej sorg pelajar yg d level kn sbg golongan terpelajar tp sebenarnya mempunyai moral yg sungguh memalukan, Pihak universiti sepatutnya tampil membuat kenyataan atas apa tindakan yg seharusnya d lakukan kpd mereka2 ini bkn setakat memberi amaran tetapi d gantung atau pn yg lebih sesuai sbg pengajaran utk sume pelajar agar tidak mencemar nama baik sesbuah negeri itu.

Sebelum ini warga Sabah pernah di hina dgn pelbagai tomahan oleh pengguna laman sosial iaitu 'Lucas-Lucas', Apakah dgn pengadilan sebelum ini tidak d jadikan pengajaran kpd mereka2 agar lebih telus n berhati-hati ketika mengeluarkan perkataan. Kenapa mesti menghina kedaulatan negeri Sabah itu sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh, ternyata mereka ni buta sejarah, buta fakta ekonomi dsb

Wahai warga semenanjung, jika kenyataan yg lemparkan bahawa kami negeri yg miskin tiada hasil bumi, kamu silap, kekayaan negeri Sabah bukannya keperluan banguan tinggi2 spt KLCC, Twin Tower, shopping mall yg di banggakan oleh kamu. Hakikatnya kami punya hasil bumi yg cukup untuk kami usahakan, kami punya kayu balak seluas tanah semenanjung, walaupun kamu mengatakan kami tinggal dlm hutan tp kami masih kaya dgn kehijauan alam yg melindungi kami drpd pencemaran, Kami punya hasil minyak n gas yg mampu menjana ekonomi eksport ke luar negara. Kami punya keluasan laut utk hasil para nelayan n juga pengusaha rumpai laut. Tidak hairanlah klau pn Sabah tidak masuk dlm Tanah Melayu belum tentu kami jd papah kedana merempat di tepi jalan tidur d bawah jambatan.

Wahai warga semenanjung, jika benar Sabah tidak d ambil oleh Tanah Melayu, kami x jadi miskin. Cuba baca sejarah Borneo Sabah Sarawak. Pasti korg akan berkata fakta sejarah tanah boreno sebenarnya berasal dari Negara Brunei Darussalam, negara yg kaya n mempunyai pemerintah yg adil n sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya. Bukannya d bawa jajahan Philipin spt yg korg laungkan selama ini.

Mungkin korg tahu Sabah pada nama n dasar sahaja, org luar telah lama mengenali Sabah utk tempat atau kunjungan pelancongan, masa kan Duke n Duchess England iaitu Prince William n Kate bakal melawat Sabah pada september nanti, butalah mata korg yg menghina Sabah selama ini. Ekonomi Malaysia maju adalah salah satu faktor penyumbang drpd pelancongan drpd Sabah, so x berjasa lagi ka negeri Sabah yg korg hina selama ini?

Orang luar pun tahu pasal Sabah
Jika pemimpin sendiri x sedar lagi hal ini, x tahu lah.. mungkin warga Sabah yg kebanyakannya tergolong drpd muda mudi pasti bangkit utk mempertahankan hak dan royalty Sabah itu sendiri. Jangan jd buta sejarah, buta ekonomi, menghina sesuka hati korg, pikir sblom korg nk menghina.

Untuk PM
Jika Perdana Menteri sendiri melaungkan 1Malaysia, kami d Sabah da lama mengamalkan 1Malaysia sejak zaman seblom Merdeka lagi, jadi tepuk dada tanya minda apa sebenarnya yg kamu mahu selama ini. Utk warga semenanjung hayati puisi ini utk korg renungkan drpd warga Sabah yg punya hati n maruah!!

Jangan bah!
by Kathrina Tati Sitaim on Wednesday, 8 August 2012 at 09:09


Andu bahhh Mandak!
Kau tanya ada LRT kah di Sabah
Sabahan berumah di atas pokok
Sumandak kami hodoh
Negeri kami kotor bersampah?

Andu...bah Mandak...
Cantik bah negeri kami ni
Sumandak kami mulia budi pekerti
Senyum manis, ramah mesra sentiasa durang pakai
Jejaka kami hensom semua
Kalu kau nampak
Nda bah kau mahu pulang balik
Mahu berkubur kau di negeri kami rayang....

Jangan bah kau kasi malu orang kami
Kau bulum kanal siapa di sini
Kalau kau jatuh cinta di sini
Gunung Kinabalupun kau sanggup naik
Kalau pelamin kau di bina di puncaknya!

Andu bahhhh Mandak.
Kami tiada bah LRT,
Bulum lagi kami  perlu itu
Basar dan luas lagi jeraya kami
Kerana satu rumah ada lima anak tujuh kurita durang
Kami tinggal di pokok?
Odoi dogo!
Mahal bah itu
Mau bayar ratusan ringgit satu malam, rayang!
Kalau kau mahu tumpang tidur
Bukan free sayang
Urang asing berebut mahu tinggal sana
Nda cukup pokok kami
Bangga kami tidur di atas pokok
Kerana itu khazanah kami, rayang...

Laut kami kotor banyak sampah katamu?
Andu  bah...
Kau tinguk dulu tampatmu
Kalau di  negeri kami
Rumah urang hutan saja nda bersampah, Mandak
Jangan bah kau hina kami
Kami nda kacaupun tiang  rumahmu!

Andu.. bah rayang...
Odoi dogo diau Mandak!
Kau kuit hati urang kami
Kau gores luka di jiwa kami
Kanapa bah rayang, sayang...
Kasi tau bah mana salah kami
Malu Menteri Pelajaran
Kesal Menteri Pelancongan
Kerana kau nda pernah naik kapal terbang
Kau nda pernah baca buku pula?
Andu bah kasian...
Jangan bah kau hina kami
Macam sama pula kita
Makan nasi juga
Bukan kau makan amas!

Jangan bah begitu Mandak...
Odoi dogo diau Mandak!
Nokuro bogia????
Ngenei kam begee???
Nda bagus nya urang miatu!
Bebaik baik kita rayanggggg....
Kita 1 Malaysia bah!

(Indada LRT kami
Tapi ada juga bah tu Jambatan Gantung kami tu....
Sampai juga kami keseberang)
 Kota Kinabalu - 8/8/2012

Terlebih dahulu saya memohon maaf pada Datuk-Datuk, Datin-Datin dan rakan semua, terbaca banyak komen mengenai Sabah yang tidak bagus di baca, di tulis/komen dalam FB, oleh anak-anak yang belum mengenali Sabah dan Budayanya, yang boleh memecah belah satu ikatan perhubungan yang baik, membuatkan saya teruja untuk menulis puisi ini, biar berhambur! Kosa kata berterabur! Saya cuba juga tulis! Semoga perkara ini dapat dihentikan, jangan sampai anak-anak kita bermusuhan!

Salam Ramadan dan selamat berpuasa.
Penghina yg amat memalukan kpd ibubapa korg sendiri sebenarnya melihat perangai anak2 mereka

No comments: