Journal 2012 ~ #309

Hi uols!! Bulan2 posa ni byk plak dugaannya, mna dgn isu politiknya, mna dgn isu diskriminasinya, mna isu org2 yg celik akal tp bodoh menghina bangsa lain serupa x bersekolah. Dalam entry weblog aku kali ni aku cuba nk bangkitkan semarak warga pribumi Sabahan yg asyik di tindas n di anak tiri kan. Mungkin ramai yg mula sedar n ada yg da lama sedar tp teda saluran utk bersuara. Hakikatnya begitu la hidup kita ni terutama skali yg merantau d bumi semenanjung ni, slalu d perlekehkn n tidak d ambil peduli, seolah-olah kita tidak punya hak utk bersuara selalu d beza2kn antara satu sama lain, macam lah kita ni x mampu melakukan sesuatu dgn lebih baik.


Kebanyakannya mcm tu terutama skali rakan2 yg bekerja d govt. sektor, bila d arahkn pindah wah!! elaun wilayah, elaun rumah cukup2 mkn utk warga Sabahan yg berhijrah ke tanah semenanjung, tp cuba tgk org2 semenanjung masuk sabah wah!! elaun diorg berlipat kali ganda dr rakan2 yg hidup di bumi semenanjung ni. Jgn ckp rakan2 govt, aku sndiri pn terasa jg keja da lama mcm tu jg la.

Seharusnya pihak berkenaan perlu kaji tarap kehidupan d kota metropolitan ini berbanding tarap kehidupan d bumi Sabah n Sarawak yg masih lagi rendah!! Sedangkan rumah sewa di kotaraya ni apartment saja RM600-RM800, harga sedemikian boleh dpt sebuah rumah di negeri Sabah jika sewa sedemikian, elaun yg d beri adakalanya x sama dgn elaun rumah, hanya RM400 sahaja, terpaksa la org2 Sabahan ni menyewa d pinggir  bandar bagi menjimatkan kos. Kesiankan da la terpaksa menanggung kos minyak n tol nk makan apa dgn duit gaji sedemikian rupa. Saving pn belom tentu lepas nk simpan, terasa kesempitan gaji x pernah cukup. Klau yg cerdik tu adalah yg buat bisnes sampingan tp pd mereka yg mengharap duit gaji? da la kos sara hidup tinggi, barangan makin hari makin mahal. So pikir2kan la..

Bkn itu saja, kenapalah org2 Sabahan d hantar ke semenanjung? sedangkan d Sabah ni byk lg keja, kenapa mesti org semenanjung nk memerintah kerajaan Sabah, biarlah org2 Sabah yg memerintah org2 sendiri bkn org lain, adat n budaya d Sabah cukup jauh berbeza dgn budaya masyarakat Semanjung!! Seharusnya pihak berwajib perlu tahu hakikat ini. Byk bunyi2 dr rakan2 rasa kurang senang dgn keadaan ini. 

So pd uols, yg terasa diri tu di tindas mula la bersuara, bagi menyatakan pendapat kerana jika kita diam makin hari makin kita d tindas d pijak, seolah kita ni bagai kerbau di cucuk hidung menurut saja kata perintah mereka, sedangkan mereka mengaut keuntungan yg kita dilanda kemiskinan sepanjang hayat...

Bila mlihat keadaan ini, mungkin sudah sampai masanya kita sebagai rakyat Sabahan perlu bangkit dan bersuara menegakkan keadilan agar nasib Generasi muda mudi mendatang tidak seburuk nasib yang kita alami ketika ini. Ya, kalau dilihat situasi ini amatlah tidak adil dan nampak dengan seterang-terangnya kepimpinan berat sebelah oleh kerajaann pusat. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, tetapi tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari para pemimpin Sabah. Jadi, sudah jelas kan pemimpin Sabahan kita tidak membela nasib kita? Kalau dah macam ni, kita perlu berbuat sesuatu yang lebih berani agar perkara ini dilihat dan mendapat perhatian oleh kerajaan pusat.

No comments: