Journal 2011 ~ #228

Birthday Wish
Hari ni 1hb Jun 2011, pada kekawan yang menyambut besday hari ni happy birthday especially pada Arinah Rahim kawan baik semasa sekolah rendah dan menengahku.. moga happy selalu yer Rina.. Anywhere hari ni aku nak bercerita pasal pasal cuti! Hmm.. mesti korang fikir aku nak bcuti lagi kan? hihi actully bukan nak bercuti lagi tapi niat tu memang ada tapi memandangkan jadual kerja aku bulan ni dan bulan depan memang padat susah nak cakap ada je plan yang tak diduga huhu.. sampai nak rehat badan sendiri pun susah tau sebab tu kalau nak ambik cuti kena ambik cuti panjang. 
Cuti-cuti M'sia
So.. tinggalkan dulu citer pasal cuti2 peribadi tu tapi ni aku ni citer pasal cuti2 kat M'sia. Negara kita ni memang best macam-macam cuti ada, (hari raya aidilifitri, aidiladha, raya cina, deepavali, krismas, thaipusam, wesak, good friday, gawai n kaamatan) tapi hari ni aku nak citer pasal kaamatan, sebab aku orang Sabah so aku boleh ler citer pasal kaamatan. Arwah datuk aku berbangsa dusun suong loutud, org kata pio anak jati Sabahan ler so aku ni kiranya berbanggalah juga sebab berdarah kacukan dusun walaupun keluarga aku ni banyak kahwin campur. Wokey! nak dijadikn citer pesta kaamatan ni sebenarnya pesta yg cukup unik pada kaum kadazan dusun di Sabah, sebab apa pesta ini sebenarnya adalah mensyukuri nikmat yg diberi iaitu padi yg ditamam subur dan membuahkan hasil. 
Padi sentiasa menjadi simbolik pada Tadau Kaamatan
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazan dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Tarian Sumazau
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau 'unduk ngadau' dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Salah seorang unduk ngadau iaitu Daphne Iking (duduk)
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Sentiasa merujuk kepada yang benar
Namun demikian ini pesanan buat saudara-saudara seislamku, Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan adat budaya, tetapi berkaitan langsung dengan kepercayaan animisme. Justeru berdasarkan sejarah, ia mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Selain unsur berkaitan aqidah, perkara-perkara haram yang terkandung dalam sambutan Pesta Menuai ialah Unduk Ngadau (ratu kaamatan),  hidangan minum tapai (arak tradisional) dan sebagainya. Pesta kaamatan adalah perayaan yang mengandungi unsur kepercayaan syirik dan khurafat yang ditegah di dalam Islam. Ia juga mengandungi amalan-amalan yang bercanggah dengan akhlak Islam seperti minum arak dan pemeragaan gadis-gadis di hadapan umum. Secara umum pada pandangan saya (penceramah), umat Islam adalah dinasihatkan tidak terlibat dalam perayaan tersebut. Kelonggaran (pada pandangan penceramah) hanya diharuskan untuk menjawab ucap selamat mereka atau menghadiri jamuan-jamuan makan (halal) yang tidak terdapat upacara ritual dan perkara yang diharamkan seperti unduk ngadau atau seumpamanya.

So pada semua, walaupun kita ni 1 bangsa M'sia namun ada had batasannya untuk menyambut sesuatu perayaan terutama sekali pada kita yang beragama islam, jangan pandang enteng atau remeh perkara sedemikian. Biarpun apa asal usul kita namun iman dan akidah kita haruslah dijaga agar tidak terpesong dan merugikan diri sendiri.

No comments: