Journal 2010 ~ #135

Minggu ini minggu yang agak memenatkan, entahlah terlalu banyak aktiviti yang kena lalui.. weekend kena pergi kelas, lepas tu kena hadiri Kursus Bina Insan selama 3 hari, memang meletihkan. Nak ambil cuti belum tentu dapat, al-maklumlah kat unit ni masing-masing ada tugas so tak ada sape nak backup kerja kita, kekadang terasa juga tapi biarlah apa yang aku rasa tu hanya diri aku sorang jer yang tahu.

Malam tadi aku tido awal dapatlah merehatkan diri yang terlalu penat, tapi dalam nak melelapkan mata tu aku berfikir juga soal mak aku yang bakal pergi haji tahun ni. Banyak benda nak kena uruskan terutamanya telefon nak kena buat rooming pulak lepas tu kena beli sedikit kelengkapan utk emak, ermm lelah juga kalau tak der check list.. huhu kena buat check list sebelum posa ni klau tak nanti sume benda lupa plak adoiiyaiii aku dah mula jadi pelupa da plak huhu..

Hari ni aku melangkah ke pejabat dengan niat mencari rezeki yang diberkati oleh-NYA, dan hari ni rezeki memang murah sebab ada bacaan yasin dan sedikit jamuan alhamdulillah.. tapi yang tak bestnya hari ni team unit aku banyak yang pergi outstation. Bos aku plak kena pergi Melaka ada program dengan KM Melaka, lepas tu team utk pameran pula turun padang ke tapak pameran ke Melaka. huhu terasa sunyi pula, kak fiza plak dah masuk hospital tunggu masa nak bersalin jer.. aku pula terasa sepi tanpa mereka yang suka mengusik-usik aku, hmm.. en.wan plak pergi ke pejabat PM atas urusan rasmi wahhh!!!! bertambah-tambah sunyi weiii... kak noraini lagi la x tahu dia sibuk dengan hal penerbitannya wahhhh!! sunyi dunia aku ketika ini.

Pagi ni aku sempat call mak aku, hari ni dia kat Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu, katanya untuk suntikan vaksin sbelum pergi yang ke Mekkah. Hmm.. x sempat nak sembang panjang dengan mak weiii.. baru terasa dunia ni kosong dan sepi tanpa mereka2 sentiasa menghiburkan hati ini huhuhu.. sedihsssnyerrr :(

No comments: