Journal 2010 ~ #134

Hari ni jumaat esok sabtu.. hari cuti tapi hari-hari yang dilalui tak begitu menarik.. cuma aku ingin berkongsi tentang satu topik aku dengar kat Xfm pagi ni "AKU & FACEBOOK KU" menarik juga topik ni. Zaman sekarang ni semua orang sibuk menghadap FACEBOOK kalau dulu orang sibuk dengan chat MIRC, Yahoo Massenger atau pun ber forum kat mana-mana portal komuniti. Sebelum kemunculan FACEBOOK.. FRIENDSTER menjadi kegilaan orang awam termasuk lah aku namun kini hanya tinggal kenangan entah hidup atau tak lagi FRIENDSTER aku tu hihi.. tapi sekarang ni zaman kegembilang FACEBOOK.. entah sampai bila hendak bertahan FACEBOOK a.k.a FB ni, sekarang ni twitter, myspace dan blogger juga boleh tahan ramai pengikutnya.. entahlah dunia sekarang ni semakin canggih, yang tak kurang hebatnya emak bapa pun ada FB boleh dikatakan anak beranak semua ada FB huhu.. seronok juga bila melihat telatah orang-orang yang kemaruk ada FB ni, ada yang beri komen yang positif dan ada juga sebaliknya. Oklah tu cuma orang kata zaman sekarang ni kena pandai mengunakan kemudahan IT yang ada jangan sekali-kali salah guna. Bagi aku zaman masih kekal dengan dunia Blogger dan juga ber forum bukan apa tradisi lama ni masih lagi orang gemar walaupun kata orang FB lebih cepat tapi bagi orang-orang aku yang dilahirkan dalam bidang IT lebih suka memikirkan soal kualiti dan impak yang lebih berkesan bukan seperti FRIENDSTER yang tenggelam terus oleh shadow FACEBOOK walaupun cuba meniru FACEBOOK. Namun kehidupan aku tidaklah di bayangi FACEBOOK 101% cuma berpadah-padah. So tepuk dada tanya minda..

No comments: