Journal 2010 ~ #132

Dah lama aku tak update journal aku ni, terlalu asyik dengar lagu dari Faizal Tahir 'Sampai Syurga' dari pagi tadi sampailah sekarang ni gegendang telinga aku ni tak jemu-jemu untuk mendengarnya. Hmm.. minggu lepas mid term semester telah selesai last mid term oral presentation pada hari ahad. Dalam sibuk-sibuk macam tu pun aku sempat lagi pergi outsatation ke A'Famosa Melaka untuk urusan kerja dimana company aku mengajurkan Malam Anugerah Khidmat Cemerlang 2010, aku seperti biasa setiap tahun akan menjadi AJK bahagian Multimedia & Teknikal. Seketika aku lupakan segala kusut dan serabut kepala aku dengan mid term exam aku at least kurang juga tekanan terhadap aku. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan tak ada halangan. Terasa terlepas segala masalah dan beban yang tertanggung di benak fikiran berada di sana, apatah lagi bila bertemu rakan-rakan dari jauh termasuk Sabah & Sarawak. Terubat rindu pada mereka semua terutama sekali teman-teman satu batch kemasukan aku dalam company macam-macam ragam dan karenah.. pada teman-teman lain sori yerk tak sempat nk bertegur sapa sebab terlalu sibuk juga terkejar-kejar untuk persiapan. Tapi you all the best for me.

Pagi Ahad seawal 5.30 pagi aku bangkit untuk berangkat ke KL sebab aku ada oral presentation, Ermm! memang letih aku bergerak kira-kira jam 6.30 pagi dan sampai tepat jam 7.30 pagi di OUM Petaling Jaya Learning Centre. Agak letih dan memang meletihkan, akhirnya selesai saja presentation tu aku tak masuk 2 kelas kemudiannya kerana terlalu letih, aku terus balik ke rumah dan plan dalam kepala aku hanya TIDUR tu ubat yang paling mujarab untuk aku.

Jam 5 petang aku di kejutkan dengan sebuah mesej tertera 'sampai syurga' that all.. pantas aku bangkit dan menuju meja laptop aku dan mencari mp3 tersebut dan mendengarkan lagu tersebut aku cuba fahami bait-bait lirik yang ada.. terlintas di fikiran aku mencari pula dalam search engine google aku baca satu persatu lirik tersebut baru aku faham. Thanks give me the song, as a friend u always in my heart too..

1 comment:

Anonymous said...

Imperssive,
Cool
ideas.