Journal 2009 ~ #89

Hari ini hari ke tiga aku berada di bumi Kuala Terengganu, terasa penat di badan tak lekang lagi, cuaca tak menentu pagi panas terik petang pula hujan lebat kekadang bawa ke malam, hmm.. sukar untuk di ramalkan. Tetiba sahaja aku terasa penat yang teramat sangat adakah kerana terlalu banyak kerja untuk di buat atau sedikit rehat yang aku ambil? entahlah ini namanya kerja sememangnya itu yang aku mahukan dari dulu setelah aku terbeban dengan kesakitan dan kekecewaan. Melampau jika aku fikirkan kehidupan aku sekarang ni hidupku waktu muda ku hambahkan kepada kerja namun soal ibadat tetap keutamaan aku, biarlah rezeki yang ku perolehi ini halal dan di berkati serta berpanjangan.

Aku sayangkan pekerjaan aku ketika ini, ramai teman-teman lama menyuruh aku letak jawatan dengan keadaan aku macam ni, tapi aku tak sanggup dunia aku bermula dengan kerjaya aku sekarang ini. Memang penat tapi berbaloi dan puas hati. Demi cita-cita aku berazam untuk lebih berdaya saing, syukur dengan kepakaran aku miliki aku telah berjaya menjadi seorang yang lebih kreatif.

Hmm.. jam dah menunjukkan 1.17 tengah hari azan zohor telah berkumandang hari ni hari jumaat sebelah pantai timur cuti, so aku pun tengah berehat dalam bilik hotel rasanya cukup sampai sini dulu nak rehatkan badan dan sebelum solat.. ada sama aku sambung lagi, Adiosa ~ (",)

No comments: