Journal 2009 ~ #85

Semalam terlalu banyak kenangan yang dah aku coretkan lagi dalam diari hidupku, indah.. terlalu indah untuk aku simpan sebagai memori terindah dalam hidupku. Kenangan bersamanya tak mungkin akan aku lupakan…kerana semua itu terlalu bermakna buat aku dan dia.

Memang benar okata orang, penantian itu satu penyeksaan. Hari-hari rindu bergelora di dada bukan mudah nak melawan perasaan rindu. Hanya insan yg memahami erti cinta yang memahami perasaanku. Tapi aku pasti akan sabar menanti saat dan detik itu hadir Kalau ada jodoh tak kemana, tak kan lari gunung di kejar.

No comments: