Journal 2009 ~ #88

Hari ni perasaan aku rasa marah, benci dan menyakitkan hati.. bukan hari ni sahaja, tapi dari semalam.. Hari ni aku berada di Kuala Terengganu untuk menghadiri Karnival Usahawan Ikhtiar 2009 (AIM) dari semalam terasa penat dan teramat penat. Bukan setakat itu sahaja penat semalam yang membuat aku terasa sangat. Sampai sahaja di Kuala Terengganu ini aku terus ke Hotel Midtown untuk check in hanya berehat sekejap untuk solat maghrib dan Isyak aku terus bergeges ke tapak pameran. Menang tak ada orang dan memang tak der siapa nak jaga habis berselerak bahan-bahan pameran, orang-orang unit aku entah ke mana, malas nak cakap banyak sebab menyakitkan hati. Datang pun sekejap jer tolong pasang panel board jer, tapi yang lain-lain memang menyukarkan kerja.. nasib baik ada teman-teman sekerja dari PKMB Kuala Terengganu. Aku berasa malu dengan mereka kerana unit aku yang banyak lelaki tak satu pun menghulurkan bantuan kalau ada pun bos aje tu pun untuk panel board. Aku menanti sehingga jam 12 malam hmm.. harap yang lain masing-masing lain dengan hal lain. Kalau alasan penat aku sendiri pun penat juga perjalanan KL-KT bukan berbeza dengan perjalanan aku, malas nak layan ler.. menyakitkan hati betul, makin aku diam makin aku sabar makin aku terasa sakit hati. Terasa nak balik saja sekarang ni kehadiran bagai tak di perlukan pun.. hmm..

No comments: