Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)
Assalamualaikum! Hi uols! Agak lama aku tak update weblog aku ini, terlalu banyak benda yang perlu aku settle kan berkaitan dengan kerja. Well baru-baru ini aku telah ditugaskan untuk menyertai pameran yang dianjurkan oleh Ministry Of Finance (MOF) yang bertempat di Cyberjaya. Terus terang aku katakan ini kali pertama aku datang ke Cyberjaya, walaupun dah hampir 9 tahun aku menetap di bumi semenanjung ni. Pameran ni sebenarnya dikenalikan oleh Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).
Acara ini memang best dan ramai yang hadir terutama sekali budak-budak IPT dan IPTS serta para
usahawan tempatan. Bukan itu saja, artis-artis terkenal juga turut serta menjayakan program ini antaranya ialah Sazzy Falak dan suami, Betty Benafi, Norman Hakim dan lain-lain lagi. Acara ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Abd Razak. Objektif penubuhan MaGIC adalah mewujudkan satu ekosistem di mana
orang ramai, terutamanya golongan belia melihat peluang untuk mempunyai
perniagaan sendiri, daripada bekerja dengan orang lain. Ini bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan negara tetapi juga akan
membawa syarikat asing ke Malaysia untuk melabur dalam syarikat yang ada di Malaysia.
MaGIC bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara
keusahawanan dinamik dengan membolehkan pengusaha tempatan dan
antarabangsa memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Pusat ini direka untuk menjadi pusat sehenti untuk usahawan, yang akan
menyediakan setiap kemudahan yang diperlukan oleh seorang usahawan,
daripada mendapatkan pembiayaan dari bank-bank atau pemodal teroka untuk
menyediakan inkubator bagi membangunkan syarikat permulaan untuk
memperbaiki produk atau perkhidmatan mereka. Pusat itu juga akan membantu dalam pendaftaran harta intelek dan menyediakan kemudahan untuk latihan, bimbingan dan mentor.
Laluan menuju ke pintu lift dan toilet
Pada 17hb - 20hb September 2014, Bertempat dibangunan MaGIC, Program Gabungan Rakan Usahawan Aspirasi Terhebat 2014 (GREAT 2014) telah diadakan. Acara menang Happening, walaubagaimanapun sedikit mengecewakan pada pihak agensi aku apabila tempat yang disediakan indah khabar dari rupa. Boss aku berkali-kali dijemput hadir dan dijanjikan untuk diberi booth information dan meminta pihak kami memberi pocket talk, namun bila dicari dan terus dicari keseluruhan booth tidak disediakan. Akhirnya mereka meletakkan kami di satu sudut kawasan laluan antara lift dan toilet. Dalam masa yang sama kami juga jadi kaunter pertanyaan untuk pintu lift, toilet dan surau. Bukan itu saja kawasan tersebut terlalu sempit dan tidak sesuai sama sekali.
Boss aku memang cukup tak berpuas hati dengan situasi berkenaan. Mana taknya tempat tersebut tak sesuai, agensi lain dapat tempat yang menarik dan cantik tp agensi aku duduk tempat yang serupa begitu. Akhirnya pihak penganjur mencari tempat yang sesuai untuk agensi aku.
Hope so, pihak penganjur mengambil perhatian dan tindakan lebih baik selepas ini dan tidak lagi menyediakan tempat yang tak sepatutnya.
Assalamualaikum! Hi uols! NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk
kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara
resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya
kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas
tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat
oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas
gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara
Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO)
melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb
Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik
Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.
Deklarasi Balfour
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa
menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb
November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk
mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin.
Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia
kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.
Holocaust.
Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh
Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis
di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara
beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan
Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan
untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.
Holocaust ciptaan bersama Hitler dan Zionis
Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Isu
Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di
atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke
dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin
(UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan
tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara
yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin
semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi
telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947
dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi
manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada
penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap
mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.
Kelemahan Liga Negara Arab
Rakyat
Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana
dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri.
Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi
mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu
perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka
dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami
sejak 4500 tahun lamanya.
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu
hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah
oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam
pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini
dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah
mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British
mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara
Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin
Kesan
langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan
tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih
daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada
sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain
telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum
perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta
terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat
Palestin.
Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang
telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya
amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa
pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk
mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan
rakyat Palestin.
Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal
bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya
dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa
setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat
Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan
pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih
daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan
hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung
halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini
yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan
perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang
Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
64 tahun An Nakbah
Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan:
Penodaan kesucian al Quds
Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin
seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan
memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini
Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi
Palestin.
Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis
yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat
Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka
bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi
di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil
Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa
Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak
bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini
merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang
tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan
orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber
pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat
Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
Ramai
di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk
belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah
adalah dari peratusan yang sangat kecil.
Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat
yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan
Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah
pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun yang lalu.
Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam
sejarah peradaban dunia.
Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin
terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai
holocaust yang lebih hebat.
Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel
ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang
amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan
begitu sahaja.
Sambutan 64 Tahun kelahiran Israel
Kebangkitan generasi pendokong Intifadhah
Hari Selasa, 15 hb Mei 2012 adalah tahun ke 64 kelahiran negara
Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi
umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan
peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat
Islam kini.
Sebenarnya kelihatan semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan
berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita akhiri era
sombong mereka itu.
Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan
pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intiadah yang ke 3 dengan
persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.
Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan
umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara
fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.
Kelahiran semula generasi al Qur’an yang unik di kalangan
masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja
yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah adalah aset penting
bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran
dan keadilan.
Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan
Sementara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa
demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir di Mesir ini begitu
kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan
penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke
atas Israel.
Kebangkitan
Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara
terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan
bongkak selama ini.
Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan
berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan
statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang
Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yan lalu.
Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat
dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian
untuk menjayakannya.
Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk
Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel
(Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran
anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom
demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk
projek jangka masa panjang.
Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang
dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan
pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka
merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.
Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin
meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di
sebahagian dunia Barat yang lainnya.
Sejarah dunia telah membuktikan bahawa
setiap kuasa besar yang memerintah mana-mana tamadun tidak akan terus
berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan buat selama-lamanya. Tarikh luput
Zionis sebagai pemegang tampuk kekuasaan secara zalim di Palestin dan
Timur Tengah sudah semakin menghampiri penghujungnya.
Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan
kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang
akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.
Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.
Semoga kita berjumpa di Masjid Al Aqsa yang bakal dibebaskan kelak!
Assalamualaikum! Hi uols! Usaha boikot yang sedang dilakukan ketika ini haruslah berterusan terhadap barangan keluaran Israel yang telah dimulakan sejak dulu lagi.
Usaha boikot
ini juga bukanlah diadakan secara bermusim seperti segelintir pihak
lain lakukan. Mungkin pihak lain akan boikot apabila terjadinya serangan saja,
sedangkan kami melancarkan kempen perangi barang Israel ini sejak dahulu
lagi, tidak kiralah dari makanan ataupun kegunaan harian. Paling dikesalkan apabila sebuah restoran makanan segera antara
tersenarai boikot memberikan makanan percuma kepada orang ramai, dan
paling memalukan umat Islam sendiri yang beratur seolah-olah berebut.
Kalau orang kata boikot tu sebaiknya kita bersikaplah hormat
menghormati, janganlah terlalu nampak yang kita tidak sokong tapi
berebut pula, sebaiknya biar ada perasaan hormat. Boikot ke atas barangan
yang menyumbang kepada ekonomi Israel sepatutnya dihormati masyarakat
Islam lain.
Orang ramai mempunyai pelbagai pendapat dan ada yang tidak
mahu memboikot kerana bimbang rezeki umat Islam yang lain terjejas. Jika tidak mahu boikot jangan pula kita mempromosikan atau
mempertikaikan seolah-olah kita bangga tidak boikot, sebaiknya kita kena
ada perasaan hormat kerana ada juga yang mengambil inisiatif.
Allah mengingatkan,
وَلَنْ تَرْضٰى عَنْكَ الْيَهُوْدُ وَلَا النَّصٰرٰى حَتّٰى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah sesat
itu). [Al-Baqarah 2:120]
Ayat ini memberi maksud Yahudi dan Nasrani itu selama-lamanya tidak
akan rela dengan penganut Islam KECUALI setelah para muslimin menurut
cara hidup dan akidah mereka. Justeru apa justifikasi kita untuk kembali
melanggan produk-produk Yahudi walau berlakunya gencatan senjata?
Cuba kira, jika sejak 10 tahun yang lalu kita (ummat Islam di seluruh
dunia) konsisten memboikot barangan Yahudi, adakah Yahudi hari ini
mampu bermewah dengan bom dan peluru untuk dihalakan kepada
saudara-saudara kita? Hari ini, sesudah mereka melancarkan serangan…
kita baru terhegeh-hegeh melonjakkan semula semangat BOIKOT! BOIKOT!
BOIKOT! Kita bersemangat setelah dana mereka mencukupi. Hujan sudah
turun baru mahu cari payung! Bom sudah digugurkan baru mahu cari
penangkis!
Tidak mengapalah untuk mereka yang asyik tidur dan berkhayal mahu
terkejut kali ini. Harap-harapnya dapat terus konsisten untuk 10 tahun
akan datang dan lebih lagi. Banyak perkara yang kita lakukan kerana
semangat semata, menjadi hangat-hangat tahi ayam! Benarlah ingatan Allah
pada kita,
يُرِيْدُ اللّٰهُ اَنْ يُّخَفِّفَ عَنْكُمْۚ وَخُلِقَ الْاِنْسَانُ ضَعِيْفًا Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. [Al-Nisa’ 4:28]
Realiti manusia: Semangatnya lemah. Daya konsistennya lemah.
Penghayatan Islamnya lemah. Zikrullahnya lemah. Justeru perlu
dimotivasikan sepanjang masa. Meskipun musuh sedang berehat.
Kerana itulah boikot berterusan diperlukan tetapi dalam masa yang sama
kita kena bantu saudara Islam yang lain mencari rezeki di tempat lebih
baik.
Assalamualaikum! Hi uols! Siapa sangka pasir gurun yang sebegitu halus di persisiran pantai boleh menghasilkan hasil pertanian yang sungguh menakjubkan?
Kalau di Malaysia, hanya kelapa dan gajus yang mampu tumbuh. Itulah Gaza; bandaraya rebutan Islam-Yahudi yang kering dibakar mentari tetapi memiliki khazanah seribu satu rahmat bila kembali jatuh ke tangan orang Islam. Pendek kata, tidak ada ruang masa di mana bumi ini tidak menghasilkan sesuatu untuk rakyat di Gaza. Bumi Gaza tidak menghampakan rakyatnya yang memerlukan sumber makanan segar.
melawat beberapa buah rumah hijau milik persendirian dan juga milik
negara sekitar daerah Bustan mendapati rahmat Allah melimpah ruah.
Bagaikan tidak percaya bila dilihat buah tembikai yang sedang membesar
kehijauan menjalar subur di dalam kanopi panas di merata tempat hanya
beberapa meter sahaja daripada gigi air Laut Mediterranean.
Apa yang penting adalah terdapatnya sumber air irigasi yang mencukupi dari dalam tanah, dipam keluar untuk mengairi tanaman. Dan inilah di antara punca kenapa Israel amat berhasad dengki dengan kerajaan Palestin di Gaza – kerana kawasan subur dan sumber air terbaik itu sudahpun dirampas kembali oleh orang-orang Islam sambil peneroka haram Yahudi diusir keluar hingga mereka terpaksa hidup di sebalik tembok-tembok konkrit tinggi.
Jelas pada hemat kami bahawa yang hidup di dalam ketakutan adalah Yahudi, bukan orang Palestin. Dulunya semasa dijajah, hasil tanaman di sini dikuasai Yahudi dengan keringat rakyat Palestin yang dijajah bagaikan hamba abdi, kemudian produk-produknya di jual serata dunia hingga ke Amerika dan Eropah sebagai “Produce of Israel”. Betapa bangsatnya bangsa ini.
Di sebuah ladang berlainan pula, juga di pinggiran pantai Jabaliya, kami dikejutkan pula dengan sebuah ladang ternakan ikan air tawar dan air masin saling bersebelahan. Ikan tilapia merah diternak dengan banyaknya di beberapa buah kolam di situ. Di kolam-kolam lain pula, anak-anak ikan gerud-gerud sebesar tapak tangan berenang pantas riang di dalam kolam yang diperbuat daripada kanvas biru itu, digali lubuk pasir sebagai pendinding kolam. Kami sangat kagum dengan kepintaran orang Gaza dalam menentukan kesinambungan hidup mereka dalam suasana serba kekurangan dek perang menentang golongan kafir zionis Yahudi. Ada saja inovasi di kalangan mereka hinggakan hampir tidak terasa bahawa mereka sebenarnya hidup terancam setiap detik.
Apa tidaknya; sepanjang seminggu kami di bumi Gaza, dongak saja ke langit dan di sana kelihatan. Nun di horizon lautan pula, kelihatan kapal-kapal perang frigate dan kapal rondaan pantai milik tentera Israel sentiasa berkeliaran bagai jerung raksaksa. Tidak pernah kedengaran di era moden ini di mana pantai dan lautan milik sebuah negara merdeka dikawali secara ketenteraan oleh sebuah negara lain yang tidak diundang. Begitulah biadapnya bangsa dan negara haram Israel ini dalam menegakkan embargo ekonomi dan ketenteraan secara haram ke atas Palestin.
Sepanjang pasukan kami di sana, tidak ada detik di mana kapal tentera lautnya tidak kelihatan di horizon. Ini menyukarkan kehidupan para nelayan Palestin yang terpaksa menyabung nyawa saban hari. Israel sewenang-wenangnya menetapkan nelayan Palestin hanya boleh menangkap ikan sehingga 5km daripada pantai. Namun sejak akhir-akhir ini, tentera laut negara itu menembak enjin bot serta wak-wak walaupun mereka berada sekitar 2km dari pantai Gaza. Yang hidup ditangkap dan dipenjarakan, kononnya mereka memecah embargo kelautan di laut milik Palestin itu.
Kami juga melawat Pelabuhan Gaza yang ranap dibom oleh Israel menjelang perancangan ketibaan freedom flotilla diketuai kapal MV Mavi Marmara dua tahun lepas. Yang tinggal hanya bongkah-bongkah konkrit sebagai nisan pintu laut kehidupan rakyat Palestin Gaza. Dengan embargo sebegini, salahkah mereka bangkit mempertahankan aqidah dan watan mereka? Semestinya tidak!
“Bumi Gaza ini bumi yang dijanjikan oleh Allah SWT. Ini bumi kamu. Dan ini bumi seluruh umat
Islam sedunia. Allah memberikan kesuburan yang tidak ternilai bila pasir pantai sebegini boleh menghidupkan tanam-tanaman pertanian yang sangat subur. Namun kami memerlukan juga kekuatan suara kamu untuk diangkat embargo ekonomi, politik dan ketenteraan ini kerana kami sukar hendak memasarkan hasil bumi kami ke luar dari Gaza. Kerana Mesir tidak menyebelahi kami untuk membolehkan kami menjual komoditi kami ke sana untuk menyara anak-isteri kami. Apatah lagi Israel. Terima kasih kerana kedatangan kalian dan baliklah bercerita kepada orang-orang di negara kamu bahawa kami tetap mempertahankan Palestin untuk mereka”.
pesawat-pesawat drone tanpa juruterbang berlegar merakam suasana di dalam negara Palestin Semenanjung Gaza. Pihak Palestin menjauhkan diri dari melakukan sebarang provokasi ketenteraan terhadap mereka melainkan bersiap-siaga jika diserang. Namun, pihak Israel yang sentiasa mengintip dengan peralatan tercanggih di dunia serta meledakkan bumi Gaza dari drone-drone yang terbang dengan kawalan jauh tanpa perlu adanya provokasi, bertujuan melemahkan semangat pejuang-pejuang Palestin di perbatasan.
Assalamualaikum! Hi uols! Sedia maklum ramai yang masih bertanya kenapa aku beratkan perjuangan atau sokongan aku kepada bumi Palestin sedangkan negara-negara seperti Syira, Afrika, India, Iraq dan lain-lain lagi aku seolah-olah berat sebelah. Sebenarnya bukan begitu, Biarlah kesetiaan itu untuk mereka yang memahami kenapa dan mengapa. Perlu kita ketahui mengapa Palestin perlu pertahankan. Oleh itu berikut adalah 9 sebab kenapa bumi Palestin perlu dipertahankan:
Kiblat pertama orang Islam.
Tanah para anbiya':
Di antara
para anbia yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi
Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi
Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi.
Terdapatnya Masjidil Aqsa.Sabda Rasululllah SAW:
"Masjid
apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini?” Baginda
menjawab “Masjid al-Haram.” Selepas itu masjid apa pula? Baginda
menjawab “Masjid Al-Aqsa”. [HR Bukhari dan Muslim].
Masjid ketiga suci umat Islam: Rasulullah
SAW bersabda: “Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali
untuk menuju ketiga buah masjid, Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid
Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.”
Merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat. Sabda RasuluLAH SAW: “Ia adalah bumi Mahsyar dan kebangkitan.” [HR Imam Ahmad dan Ibn Majah].
Orang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang
berjihad di jalan Allah dan dikenali sebagai bumi pertahanan jihad.
Rasulullah SAW bersabda:
“Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah.” [HR at-Tabrani dan Al-Haitami].
Pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran
dan hak orang Islam sehingga hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW:
"Sekelompok
dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan
mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh
musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang
pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia
kala.” Para sahabat bertanya, “Di manakah tempat mereka itu ya
Rasulullah?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah
lindungan) Baitul Maqdis.” [HR At Tabrani].
Tanah yang diberkati Allah. Firman Allah SWT:“Maha
suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari
dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang
Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-Israk: 1].
Bumi yang akan
didirikan ibu negara umat Islam di akhir zaman dan kemajuannya akan
membawa kepada tanda-tanda akhir zaman. Rasulullah SAW bersabda:
“Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak).”
Rujukan Hanif Ismail (2006). Baitul Maqdis Kesucian yang Dipertahankan. Petaling Jaya: Hijjaz Records Sdn Bhd. Maszlee Malik (2006). Al-Aqsa dalam Bahaya. Kuala Lumpur: Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia. Mohsen Saleh & Riyard Mahmoud. Kenangi Palestin Selami Isunya. Bandar Baru Bangi: Aman Palestin Bhd. Mohd. N. Azran M. & M. Mahadi Isa (2005). Gerakan Freemasonary, Musuh dalam menghancurkan ISLAM. Selangor: La Khauf Resources.
Assalamualaikum! Hi uols! Sedia maklum dunia sekarang tertumpuh pada kezaliman zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza! Dan sedia maklum serata dunia mengecam perbuatan tersebut dan mengutuk serangan tentera zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Disebabkan itu ramai yang mula memboikot produk-produk yang menyalurkan hasil perniagaan mereka kepada Israel untuk membantu dalam pembuatan senjata.
Boikot ke atas agenda zionis bermula pada tahun 1929, 22 tahun sebelum berdirinya negara haram Israel. Ianya ditujukan kepada kedai-kedai pendatang Yahudi yang beroperasi di wilayah Palestin di bawah mandat British. Jawatankuasa Eksekutif Arab untuk Kongres Syria-Palestin juga telah mengistiharkan boikot pada tahun 1933/1934. Arab Labour Federation (Persekutuan Tenaga kerja Arab) melancarkan boikot ke atas produk Zionis pada tahun 1936. Usaha ini mengambil bentuk yang lebih serius pada 2 Disember 1945 apabila Liga Arab ditubuhkan dan mengistiharkan.
"Jewish products and manufactured goods shall be considered undesirable to the Arab countries." All Arab (institutions, organizations, merchants, commission agents and individuals) were called upon to refuse to deal in, distribute, or consume Zionist products or manufactured goods."
(Produk Yahudi dan barangan pembuatan kilang adalah dianggap tidak dikehendaki di negara-negara Arab. Kesemua rakyat Arab (Institusi, organisasi, peniaga, agen dan individu) diseru untuk enggan berurusan, mengedar atau menggunakan produk dan barangan Zionis). Boikot telah lama dilaksanakan sebelum berdirinya negara haram Israel pada tahun 1948.
Pandangan Dr Yusuf al Qardhawi (Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia), Syeikh Faisal Maulawi (meninggal 1970; wakil Dewan Fatwa dan Kajian Eropah) dan Guru Besar Syariah Universiti al Azhar, Prof Hussein Shahatah berpendapat boikot adalah senjata yang berkesan pada sepanjang masa, baik pada masa lampau atau di masa sekarang dan akan datang. Kerana tujuan utama boikot ialah sebagai pengajaran dan mendatangkan kesedaran kepada individu dan masyarakat. Maka kesan dari boikot tidak perlu dibangkitkan, samada kecil atau besar impaknya. Ini adalah kerana natijah dari boikot ini akan dirasai pada masa akan datang iaitu terbentuknya satu gelombang kesedaran massa/nasional yang mungkin tidak signifikan pada masa sekarang.
Boikot Biar Berilmu!
Sebelum pergi lebih jauh kepada keberkesanan kempen boikot serta releven
atau tidak dijalankan kempen tersebut, adalah wajar kita mengetahui apa
itu boikot dan apakah objektif boikot tersebut.
Tanpa mengetahui
sesuatu sebab untuk turut serta adalah satu tindakan yang kurang bijak
dan mungkin membawa kepada sia-sia.
Boikot adalah suatu tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau
berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes
atau sebagai suatu bentuk pemaksaan. Kata ini berasal dari serapan
bahasa Inggris boycott yang mulai digunakan sejak "Perang Tanah" di
Irlandia pada sekitar 1880 dan berasal dari nama Charles Boycott,
seorang agen hartanah untuk tuan tanah Earl Erne. Jadi secara mudahnya
boikot produk israel adalah tindakan pemulauan dan tidak membeli barang
barangan yang dihasilkan atau berasal dari negara Israel ataupun
rakyatnya. Namun ia bukanlah satu perincian yang sepenuhnya. Insyaallah
saya cuba jelaskan dengan lebih detail lagi nanti
Bagaimana pula dengan objektifnya?
Menurut beberapa pihak yang cuba menjayakan kempen boikot ini antaranya
AQSA Syarif, Aman Palestin juga inminds.com antara objektif kempen
boikot ini adalah:
Menunjukkan solidariti umat Islam dan keperhatinan terhadap kesan-kesan peperangan terhadap masyarakat palestin.
Menekan syarikat-syarikat yang menaja dana ke Israel bagi menghentikan peruntukan dana mereka.
Melumpuhkan aktiviti ekonomi Israel.
Banyak lagi sebab yang diberikan namun ini antara yang cuba highlight kan. Sekarang cuba lihat daripada pelbagai sudut serta hujah-hujah tentang relevannya kempen boikot ini.
Terkadang sifat manusia apabila ia melakukan sesuatu kebaikan, kita akan
merasakan kita itu baik dan orang yang tidak melakukannya itu orang
yang tidak baik.
Contohnya dalam kes boikot ini. Apabila ada antara kita mula
melakukannya kita mula melihat orang yg tidak turut serta sebagai tidak
baik. Macam macam cercaan seperti zalim dan tidak berperikemanusiaan
dilemparkan kepada pekerja dan pelanggan restoran MC Donald. Mengapa
perlu sampai begitu. Tidak bolehkah kita menggunakan pendekatan yang
lebih sivil dan rasional. Bagi pekerja mereka cuma mencari rezeki. Kalau
ditanya mereka, mereka juga tidak menyokong Israel.
Cubalah kita mencontohi perlakuan mulia Rasulullah SAW dalam berdakwah.
Baginda walau dibaling batu tetap mendoakan agar penduduk Taif beriman.
Adakah kita mendoakan mereka agar diberi rezeki oleh Allah semoga mereka
dapat menceburi didalam perniagaan yang lain?
Kembali kepada persoalan relevenkah isu boikot Israel ini. Ada beberapa
hujah yang sering diberikan oleh yang tidak bersetuju isu boikot
product Israel ini antaranya ialah:
Boikot produk israel lebih merugikan pengusaha dan pekerja restoran dan
pengilang di Malaysia. Ya ada benarnya hujah yang dikeluarkan. Namun
untuk menjawab persoalan ini kita harus melihat kesannya juga luar dari
negara kita sama. Sebagaimana kita kasihankan saudara kita yang mencari
rezeki di Malaysia kita juga harus kasihankan saudara kita di Palestin
yang dibunuh oleh Israel menggunakan dana yang disalurkan oleh syarikat
sayrikat induk mereka. Kita juga punya perasaan melihat saudara saudara
kita serta anak2nya dibunuh.
Jangan boikot tu sampai kita pulak jadi macam ni:
Bergaduh sesama Muslim.
Mencaci Maki Sesama Muslim.
Mengaibkan sesama Muslim.
Mendedahkan Aurat dihadapan Ajnabi.
Couple atau bermesra dengan yang tidak halal Baginya.
Segala yang membuatkan Rasulullah ﷺ sedih.
Segala apa yang mengundang kemurkaan Allah.
Nasihat Buat Pemboikot McD dan Sebagainya
Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.
Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.
Facebook pulak??? Kenapa tak boikot???
Ada yang kata juga, mengapa tak boikot FB sebab FB dimiliki Yahudi?
Jawapan aku dah ada dalam artikel aku ni... kan aku kata kalau tak boleh boycot 100%, 50% pun ok... kalau tak boleh, 10% pun ok. Buat la apa yang termampu. Aku tak kata pun aku mampu boikot 100%. Secara jujurnya, my laptop sedang type ni pun guna Intel. Thats the point of my article.
Tetapi, janganlah sebab boikot pula sesama kita kat sini pun bergaduh. Yang boikot mengata yang tak boikot. Yang tak boikot mengata yang boikot.
Aku yakin, yang tak laungkan "boikot" pun akan cuba kurangkan penggunaan. Just tak sebut "boikot" kerana mungkin masih guna sesetengah produk seperti Pentium (Intel), Milo & Maggi (Nestle), atau masih subscribe kepada Disney, CNN, dan Fox di Astro yang kesemuanya sepatutnya termasuk dalam senarai boikot juga (dan banyak lagi). Yang kata boikot pun mungkin masih guna produk2 ni.
Bagi yang 100% boikot, sebaiknya bila nak sampaikan mesej boikot tu biarlah berlapis, nasihat secara baik dan tidak menyakitkan hati. Sebab takut nanti mesej tidak sampai, dan mengundangkan kemarahan.
Bagi yang tidak boikot 100% pula, boleh cuba apa yang termampu untuk kurangkan penggunaan. Kalau taknak boikot pun, tiada siapa boleh paksa. Mungkin membantu Palestin dengan cara lain seperti menderma kan? Tak siapa tahu bila menderma. So, nobody should judge others kan.
Jangan sebab niat nak hentikan perang kat Gaza sana, kita kat Facebook sini lak "perang" sesama Islam. Baru je mohon maaf sempena raya kan. Spread love, not hate sesama kita.
Tentang fb ni pun dah dijawab oleh ustaz-ustaz yang ternama..
Reason is simple: As long it can deliver good things, why we wanna stop from doing it? Dakwah, nasihat, malah hadith2 sahih dan tafsiran quran pun dapat disampaikan melalui media alternatif sebegini.mana tahu,amalan yg kecik ni la jadi asbab kebajikan kita di akhirat berbanding perbuatan baik kita yg lain..wallahualam..
Assalamualaikum! Hi uols! Masa berlalu begitu pantas. Sedar
ataupun tidak, hari ini genaplah 19 hari kita menjalani ibadah puasa.
Dalam tempoh tersebut, sudahkah kita berjuang habis-habisan untuk
mencapai tahap takwa dalam erti kata yang sebenar atau sebaliknya? Jika
tempoh tersebut belum mampu memperlengkapkan diri kita dengan takwa,
masih belum terlambat untuk kita berusaha ke arah itu. Justeru, saki
baki hari-hari terakhir Ramadhan perlu kita rebut dan gunakan dengan
sebaik-baiknya agar kita tidak ketinggalan mendapat manfaat yang
berganda dalam meniti pemergiannya.
Jika sepuluh hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan dengan
berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama
dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan
kita? Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati
sepuluh hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat
Islam pada hari ini.
Sesungguhnya pedoman yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa
tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita
lalui saat ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai
dalam melaksanakan ibadah kita pada saat-saat Ramadhan yang kian
melabuhkan tirainya.
Sedangkan kita seharusnya
menghidupkannya dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih
pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis
lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar
(yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada sepuluh malam
terakhir Ramadhan.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: "Sesungguhnya
kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar?
Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu,
turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa
segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah,
jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat
bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik
daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa
keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.
Malam Lailatulqadar merupakan
malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada
umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang
demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka
mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan
memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali
ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan.
Justeru, umat Islam dianjurkan
agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Hal ini bertepatan dengan sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir"
(hadis riwayat al-Bukhari). Dalam salah satu riwayat yang lain,
dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan
dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat
rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak
melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada
azab itu.
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam,maka dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu"
(hadis riwayat Abu Dawud). Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan
solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada
apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.
Apatah lagi jika mengisinya dengan
amalan-amalan lain sepanjang malam itu. Antara amalan yang boleh
dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah
menghidupkan malam-malam tersebut dengan memperbanyakkan solat sunat
seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah SWT.
Selain itu, amalan beriktikaf juga
wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan
duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan
sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan
ganjaran Lailatulqadar.
Malah, menjelang 10 akhir Ramadan
secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf
di masjid. Pelakuan baginda ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat
al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa
Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir Ramadan sehingga baginda
diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas
kewafatannya oleh para isterinya.
Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata: "Rasulullah
SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan,
manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20
hari"(hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi).
Di samping
itu, kita juga turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya
dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT.
Dalam satu hadis sahih yang
diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah
diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang
bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku" (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535).
Rasulullah SAW turut berdoa yang
bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya.
Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan
sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak"
(Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).
Begitulah teladan yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam
menjalani ibadah puasa. Namun persoalannya, sejauh manakah kita
mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan
menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan?
Mudah-mudahan, dalam menghitung
hari-hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung
kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari
yang telah berlalu. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam
kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk
kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam
erti kata sebenar.