Journal 2014 - # 830

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Boikot Israel Biar Berterusan!

http://i2.wp.com/mynewshub.my/main/wp-content/uploads/2014/08/boikot.jpg?w=700
Assalamualaikum! Hi uols! Usaha boikot yang sedang dilakukan ketika ini haruslah berterusan terhadap barangan keluaran Israel yang telah dimulakan sejak dulu lagi.
 
Usaha boikot ini juga bukanlah diadakan secara bermusim seperti segelintir pihak lain lakukan. Mungkin pihak lain akan boikot apabila terjadinya serangan saja, sedangkan kami melancarkan kempen perangi barang Israel ini sejak dahulu lagi, tidak kiralah dari makanan ataupun kegunaan harian. Paling dikesalkan apabila sebuah restoran makanan segera antara tersenarai boikot memberikan makanan percuma kepada orang ramai, dan paling memalukan umat Islam sendiri yang beratur seolah-olah berebut.

Kalau orang kata boikot tu sebaiknya kita bersikaplah hormat menghormati, janganlah terlalu nampak yang kita tidak sokong tapi berebut pula, sebaiknya biar ada perasaan hormat. Boikot ke atas barangan yang menyumbang kepada ekonomi Israel sepatutnya dihormati masyarakat Islam lain.

Orang ramai mempunyai pelbagai pendapat dan ada yang tidak mahu memboikot kerana bimbang rezeki umat Islam yang lain terjejas. Jika tidak mahu boikot jangan pula kita mempromosikan atau mempertikaikan seolah-olah kita bangga tidak boikot, sebaiknya kita kena ada perasaan hormat kerana ada juga yang mengambil inisiatif.

Allah mengingatkan,
وَلَنْ تَرْضٰى عَنْكَ الْيَهُوْدُ وَلَا النَّصٰرٰى حَتّٰى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ‌
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah sesat itu). [Al-Baqarah 2:120]
Ayat ini memberi maksud Yahudi dan Nasrani itu selama-lamanya tidak akan rela dengan penganut Islam KECUALI setelah para muslimin menurut cara hidup dan akidah mereka. Justeru apa justifikasi kita untuk kembali melanggan produk-produk Yahudi walau berlakunya gencatan senjata?

Cuba kira, jika sejak 10 tahun yang lalu kita (ummat Islam di seluruh dunia) konsisten memboikot barangan Yahudi, adakah Yahudi hari ini mampu bermewah dengan bom dan peluru untuk dihalakan kepada saudara-saudara kita? Hari ini, sesudah mereka melancarkan serangan… kita baru terhegeh-hegeh melonjakkan semula semangat BOIKOT! BOIKOT! BOIKOT! Kita bersemangat setelah dana mereka mencukupi. Hujan sudah turun baru mahu cari payung! Bom sudah digugurkan baru mahu cari penangkis!

Tidak mengapalah untuk mereka yang asyik tidur dan berkhayal mahu terkejut kali ini. Harap-harapnya dapat terus konsisten untuk 10 tahun akan datang dan lebih lagi. Banyak perkara yang kita lakukan kerana semangat semata, menjadi hangat-hangat tahi ayam! Benarlah ingatan Allah pada kita,
يُرِيْدُ اللّٰهُ اَنْ يُّخَفِّفَ عَنْكُمْ‌ۚ وَخُلِقَ الْاِنْسَانُ ضَعِيْفًا‏
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. [Al-Nisa’ 4:28]
Realiti manusia: Semangatnya lemah. Daya konsistennya lemah. Penghayatan Islamnya lemah. Zikrullahnya lemah. Justeru perlu dimotivasikan sepanjang masa. Meskipun musuh sedang berehat.

Kerana itulah boikot berterusan diperlukan tetapi dalam masa yang sama kita kena bantu saudara Islam yang lain mencari rezeki di tempat lebih baik.

No comments: