Journal 2014 - # 827


Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kenapa Perlu Boikot? Boikot Biar Berilmu!

 
Assalamualaikum! Hi uols! Sedia maklum dunia sekarang tertumpuh pada kezaliman zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza! Dan sedia maklum serata dunia mengecam perbuatan tersebut dan mengutuk serangan tentera zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Disebabkan itu ramai yang mula memboikot produk-produk yang menyalurkan hasil perniagaan mereka kepada Israel untuk membantu dalam pembuatan senjata.
Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan dana berjumlah AS$255 juta (RM817 juta) untuk membangunkan sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome di Israel, hanya dua hari selepas Pentagon mengumumkan penghantaran bekalan peluru kepada Israel.(Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140803/lu_04/AS-lulus-AS255-juta-bangun-projek-Iron-Dome-di-Israel#ixzz39sNVzP00 © Utusan Melayu (M) Bhd)

Kenapa Perlu Boikot?

Boikot ke atas agenda zionis bermula pada tahun 1929, 22 tahun sebelum berdirinya negara haram Israel. Ianya ditujukan kepada kedai-kedai pendatang Yahudi yang beroperasi di wilayah Palestin di bawah mandat British. Jawatankuasa Eksekutif Arab untuk Kongres Syria-Palestin juga telah mengistiharkan boikot pada tahun 1933/1934. Arab Labour Federation (Persekutuan Tenaga kerja Arab) melancarkan boikot ke atas produk Zionis pada tahun 1936. Usaha ini mengambil bentuk yang lebih serius pada 2 Disember 1945 apabila Liga Arab ditubuhkan dan mengistiharkan.
"Jewish products and manufactured goods shall be considered undesirable to the Arab countries." All Arab (institutions, organizations, merchants, commission agents and individuals) were called upon to refuse to deal in, distribute, or consume Zionist products or manufactured goods."
(Produk Yahudi dan barangan pembuatan kilang adalah dianggap tidak dikehendaki di negara-negara Arab. Kesemua rakyat Arab (Institusi, organisasi, peniaga, agen dan individu) diseru untuk enggan berurusan, mengedar atau menggunakan produk dan barangan Zionis). Boikot telah lama dilaksanakan sebelum berdirinya negara haram Israel pada tahun 1948.
Pandangan Dr Yusuf al Qardhawi (Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia), Syeikh Faisal Maulawi (meninggal 1970; wakil Dewan Fatwa dan Kajian Eropah) dan Guru Besar Syariah Universiti al Azhar, Prof Hussein Shahatah berpendapat boikot adalah senjata yang berkesan pada sepanjang masa, baik pada masa lampau atau di masa sekarang dan akan datang. Kerana tujuan utama boikot ialah sebagai pengajaran dan mendatangkan kesedaran kepada individu dan masyarakat. Maka kesan dari boikot tidak perlu dibangkitkan, samada kecil atau besar impaknya. Ini adalah kerana natijah dari boikot ini akan dirasai pada masa akan datang iaitu terbentuknya satu gelombang kesedaran massa/nasional yang mungkin tidak signifikan pada masa sekarang.

Boikot Biar Berilmu!


Sebelum pergi lebih jauh kepada keberkesanan kempen boikot serta releven atau tidak dijalankan kempen tersebut, adalah wajar kita mengetahui apa itu boikot dan apakah objektif boikot tersebut. 

Tanpa mengetahui sesuatu sebab untuk turut serta adalah satu tindakan yang kurang bijak dan mungkin membawa kepada sia-sia.
Boikot adalah suatu tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan. Kata ini berasal dari serapan bahasa Inggris boycott yang mulai digunakan sejak "Perang Tanah" di Irlandia pada sekitar 1880 dan berasal dari nama Charles Boycott, seorang agen hartanah untuk tuan tanah Earl Erne. Jadi secara mudahnya boikot produk israel adalah tindakan pemulauan dan tidak membeli barang barangan yang dihasilkan atau berasal dari negara Israel ataupun rakyatnya. Namun ia bukanlah satu perincian yang sepenuhnya. Insyaallah saya cuba jelaskan dengan lebih detail lagi nanti


Bagaimana pula dengan objektifnya?
Menurut beberapa pihak yang cuba menjayakan kempen boikot ini antaranya AQSA Syarif, Aman Palestin juga inminds.com antara objektif kempen boikot ini adalah:
  1. Menunjukkan solidariti umat Islam dan keperhatinan terhadap kesan-kesan peperangan terhadap masyarakat palestin.
  2. Menekan syarikat-syarikat yang menaja dana ke Israel bagi menghentikan peruntukan dana mereka.
  3. Melumpuhkan aktiviti ekonomi Israel.
Banyak lagi sebab yang diberikan namun ini antara yang cuba highlight kan. Sekarang cuba lihat  daripada pelbagai sudut serta hujah-hujah tentang relevannya kempen boikot ini.
Terkadang sifat manusia apabila ia melakukan sesuatu kebaikan, kita akan merasakan kita itu baik dan orang yang tidak melakukannya itu orang yang tidak baik.
Contohnya dalam kes boikot ini. Apabila ada antara kita mula melakukannya kita mula melihat orang yg tidak turut serta sebagai tidak baik. Macam macam cercaan seperti zalim dan tidak berperikemanusiaan dilemparkan kepada pekerja dan pelanggan restoran MC Donald. Mengapa perlu sampai begitu. Tidak bolehkah kita menggunakan pendekatan yang lebih sivil dan rasional. Bagi pekerja mereka cuma mencari rezeki. Kalau ditanya mereka, mereka juga tidak menyokong Israel.
Cubalah kita mencontohi perlakuan mulia Rasulullah SAW dalam berdakwah. Baginda walau dibaling batu tetap mendoakan agar penduduk Taif beriman. Adakah kita mendoakan mereka agar diberi rezeki oleh Allah semoga mereka dapat menceburi didalam perniagaan yang lain?
Kembali kepada persoalan relevenkah isu boikot Israel ini. Ada beberapa hujah yang sering diberikan oleh yang tidak bersetuju isu boikot product Israel ini antaranya ialah:
Boikot produk israel lebih merugikan pengusaha dan pekerja restoran dan pengilang di Malaysia. Ya ada benarnya hujah yang dikeluarkan. Namun untuk menjawab persoalan ini kita harus melihat kesannya juga  luar dari negara kita sama. Sebagaimana kita kasihankan saudara kita yang mencari rezeki di Malaysia kita juga harus kasihankan saudara kita di Palestin yang dibunuh oleh Israel menggunakan dana yang disalurkan oleh syarikat sayrikat induk mereka. Kita juga punya perasaan melihat saudara saudara kita serta anak2nya dibunuh.
Jangan boikot tu sampai kita pulak jadi macam ni: 
  1. Bergaduh sesama Muslim.
  2. Mencaci Maki Sesama Muslim.
  3. Mengaibkan sesama Muslim.
  4. Mendedahkan Aurat dihadapan Ajnabi.
  5. Couple atau bermesra dengan yang tidak halal Baginya.
  6. Segala yang membuatkan Rasulullah ﷺ sedih.
  7. Segala apa yang mengundang kemurkaan Allah.

Nasihat Buat Pemboikot McD dan Sebagainya

Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
  1. Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
  2. Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
  3. Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
  4. Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
  5. Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
  6. Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.
  7. Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.

Facebook pulak??? Kenapa tak boikot???

Ada yang kata juga, mengapa tak boikot FB sebab FB dimiliki Yahudi?
Jawapan aku dah ada dalam artikel aku ni... kan aku kata kalau tak boleh boycot 100%, 50% pun ok... kalau tak boleh, 10% pun ok. Buat la apa yang termampu. Aku tak kata pun aku mampu boikot 100%. Secara jujurnya, my laptop sedang type ni pun guna Intel. Thats the point of my article.

Tetapi, janganlah sebab boikot pula sesama kita kat sini pun bergaduh. Yang boikot mengata yang tak boikot. Yang tak boikot mengata yang boikot.

Aku yakin, yang tak laungkan "boikot" pun akan cuba kurangkan penggunaan. Just tak sebut "boikot" kerana mungkin masih guna sesetengah produk seperti Pentium (Intel), Milo & Maggi (Nestle), atau masih subscribe kepada Disney, CNN, dan Fox di Astro yang kesemuanya sepatutnya termasuk dalam senarai boikot juga (dan banyak lagi). Yang kata boikot pun mungkin masih guna produk2 ni.

Bagi yang 100% boikot, sebaiknya bila nak sampaikan mesej boikot tu biarlah berlapis, nasihat secara baik dan tidak menyakitkan hati. Sebab takut nanti mesej tidak sampai, dan mengundangkan kemarahan.

Bagi yang tidak boikot 100% pula, boleh cuba apa yang termampu untuk kurangkan penggunaan. Kalau taknak boikot pun, tiada siapa boleh paksa. Mungkin membantu Palestin dengan cara lain seperti menderma kan? Tak siapa tahu bila menderma. So, nobody should judge others kan.

Jangan sebab niat nak hentikan perang kat Gaza sana, kita kat Facebook sini lak "perang" sesama Islam. Baru je mohon maaf sempena raya kan. Spread love, not hate sesama kita.

Tentang fb ni pun dah dijawab oleh ustaz-ustaz yang ternama..
Reason is simple:
As long it can deliver good things, why we wanna stop from doing it?
Dakwah, nasihat, malah hadith2 sahih dan tafsiran quran pun dapat disampaikan melalui media alternatif sebegini.mana tahu,amalan yg kecik ni la jadi asbab kebajikan kita di akhirat berbanding perbuatan baik kita yg lain..wallahualam..

No comments: