Journal 2013 - # 385

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu utk sume!! Hari ni aku still bercuti lg, byk buku yg telah aku baca sejak bercuti ni, x sia2 wujudkan ruangan membaca like mini library kt rumah ni at least byk buku ilmu yg dpt d manfaatkn. Okies uols baca buku, baca jg tp arini aku nk share about Rasulullah kita kisah ni aku baca drpd beberapa buah buku utk mengenali Rasulullah SAW n dpt la aku nk share kn pd uols.

Seperti uols ketahui sejak azali lg, Nabi Muhammad SAW adalah nabi umat islam n nabi terakhir buat kita umat islam. Namun ada segelintir manusia ni sanggup menghina n memperkelehkan hak sensetiviti umat islam berkaitan dgn Nabi kita iaitu Rasulullah SAW. Kali ni aku cuba mengupas n berkongsi tentang 'Nabi Dihina, Apa Reaksi Anda?' perkongsian ini harus d kongsi agar kita dpt kesedaran bahawa kita wajib mempertahankan Rasulullah SAW Rasul junjungan kita ia ini kekasih Allah SWT.


Kupasan kali ini akan menyentuh mengenai reaksi umat Islam terhadap penghinaan yg dilakukan oleh pengarah dan penerbit filem bernama Sam Bacile dlm Innocence of Muslims. Filem ini menurut ramai pihak tidak layak digelar sebuah "filem" kerana mutu dan kualiti amat rendah.

Sam Bacile yg berjaya menaikkan namanya dengan taktik jijik ini, mengakui bahawa dirinya berbangsa Yahudi. Namun pihak Israel pula menafikan dgn alasan bahawa tiada rekod nama tersebut dlm simpanan mereka. So apa sebenarnya motif Sam Bacile ni? sengaja memprovokasi atau sengaja cr nama agar dikenali seluruh dunia or mng sengaja cr pasal dgn umat islam.

Siapa pun dia, yg pasti dia ni memang 'sakit', 'erakhlak rendah dan jahil orangnya. Kejahilan ini 'dibenarkan' atas nama hak 'kebebasan bersuara'. Jadi ada pihak yg mengatakan itu 'hak' Bacile utk melahirkan filem sedemikian, klau btl 'hak' dia kenapa dia x buat filem pasal agama dia sndiri jgn babitkn agama org lain? nmpk sgt dia memperbodohkan diri dia sndiri?.

Bacile juga mempertahankan tindakannya dalam nada berikut: "Produkasi Amerika ini bkn utk menyerang umat islam, tetapi utk menunjukkan ideologi islam yg membawa kemusnahan." Kenyataan tersebut juga penuh dgn kejahilan krn mengaitkan Islam dgn kemusnahan. Ia satu serangan yg nyata kpd Islam. Siapa sbenarnya yg mbawa kemusnahan? bkn kah mereka yg kafir, bangsa Amerika yg membawa kemusnahan, lebih kejam terhadap umat islam!! Contohnya tgk shj d Palestin! berapa ramai rakyat Palestin yg hilang nyawa oleh kekejaman sekuku mereka iaitu Yahudi!! Rakyat Palestin yg miskin senjatah perang d tuduh oleh Yahudi yg ganas dgn kelengkapan perang menyerang x mengenal mangsa n harta benda!!

Adab, sensitiviti atau fakta yg salah tidak pun diambil kira. Memanglah 'kebebasan bersuara' itu hak semua. Namun, "hak utk bersuara" perlu seiring dgn tanggungjawab. Ini juga termasuk hak menyarakan bantahan serta hak bersuara di facebook n twitter misalnya. Bertanggungjawablah dgn segala apa yg dikatakan, ditulis dan dilakukan kerana semuanya akan diambil kira. Segala tindak-tanduk kita akan meninggalkan reaksi drpd org lain.

Umat Islam jg perlu bertanggungjawab terhadap reaksi mereka. Hak utk menunjukkan bantahan, kesedihan dan jg kemarahan perlu dilakukan dgn penuh hikmah dan tanggungjawab. Bila terfikir sendiri mengapa begitu mudah umat Ismal memasuki perangkap musuh? Kini, setelah menyaksikan keganasan umat Islam dlm demonstarsi sehingga mnyebabkan kematian empat pegawai US di Libya, masyarakat dunia seolah-olah mempersoalkan: "mana mesej keamanan kamu wahai umat islam?"

Persoalannya: "Apa yg dpt mereka capai?" Umat Islam seolah-olah sejahil Sam Bacile, langsung tidak memikirkan kesan tindakan mereka. Rusuhan ii mungkin bukan hanya disebabkan filem ini, tetapi pelbagai faktor lain spt kemiskinan, penindasan dan kurang pendidikan. Filem hanya pencetus.

Di Negara kita Malaysia, ramai yg mahu berdemonstrasi. Jika berdemonstrasi itu hak kita, apa tindakan susulan selepas itu? Adakah selesai tanggungjawab kita setelah kita berdemo memegang sepanduk dan melaungkan beberapa suara bantahan serta kalimah Allahuakbar?

Kita marah dgn mereka yg menghina Nabi, namun kita juga sebenarnya "menghina" Nabi dgn tidak mengikut sunnah dan ajaran baginda. Marahlah juga pada diri kita sendiri. Nabi Muhammad SAW tidak menyakiti mereka yg menyakitinya. Sebaliknya Baginda pula yg dilempar dengan batu sehingga luka, dicaci, dihina dan diboikot sehingga lapar sengsara.

Apa yang dilakukan oleh Nabi? Membalas dengan doa dan kebaikan. Mengapa kita umat Muhammad berbuat sebaliknya? Perlukah kita pedulikan si Sam Bacile ini sebenarnya? Bukankah kita tahu peribadi Nabi yang sebenar? Apa kata ambil peluang ini untuk menerangkan dan membaca semula sirah Nabi Muhammad. Menakutkan apabila ada remaja yg tidak tahu kisah Nabi. Menonton filem ini.

Bagaimana anda mahu membalas penyataan bahawa Nabi bukanlah spt yg digambarkan? Benarkah Nabi mengahwini Aisyah ketika umur 6 tahun? Bagaiman kita mahu menjawab ketika ditanya oleh rakan bukan Muslim tentang sebab Nabi mempunyai ramai isteri?

Apakah pelan tindakan kita utk mempertahankan Nabi kita Agama kita?
  1. Sumbangkan Dana : Mungkin antara cadangan yg boleh diketengahkan, lakukan sesuatu yg lebih meninggalkan kesan drpd berdemonstrasi. Mungkin lebih baik sekiranya kita memberikan dana kpd mereka yg mempunyai idea menarik utk melahirkan satu karya mengenai kehidupan Nabi yg mempunyai mesej atau nilau universal. Kebanyakan buku tentang sirah Nabi ditulis hanya utk bacaan umat Islam sahaja.
  2. Bekerjasama Dengan Pihak Tertentu : Orang dari industri seni jg boleh bergabung dgn mereka drpd aliran agama utk melahirkan karya dan naskah hebat tidak kira sama ada filem, teater, dokumentari atau buku. Cukuplah dgn filem gengster, rempit dan hantu yg sudah berlambak. Ada yg menempelak : "Kita tak boleh buat filem mengenai Nabi kerana kita tak boleh menunjukkan wajah Nabi." Jika kita sudah meletakkan halangan bahawa semuanya "tak boleh", matilah akal dan kreativiti kita.
  3. Kreatif Bukan Reaktif : Jika umat Islam terdahulu berkata: "Kita tidak boleh melahirkan 'seni' kerana kita tidak boleh melukis atau mengukir muka dan wajah org spt org Greek", maka tidak lahirlah seni Islam yg sangat halus dan indah. Seni dan seni bina Islam hingga kini diakui keunikannya. Tidak mampu ditiru oleh mana-mana tamadun lain. Kerana tidak boleh melukis objek bernyawa spt org dan binatang, maka umat Islam terpaksa memikirkan kaedah lain. Hasilnya, seni Islam melahirkan ukiran dan seni geometri serta kaligrafi yg menakjubkan! Ingatlah, halangan sepatutnya membuka ruang utk kita menjadi lebih kreatif. Berfikirlah di luar kotak. Kreatiflah, jangan cuma reaktif!

Journal 2013 - # 384

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu utk sume!! hari2 bertemankan acer iconia tab aku ni, sib baik ada teman bleh la aku update weblog aku ni, sambil2 tu mencari juga peluang kerja yg lain d negeri aku sendiri ni. Okies uols zaman skg ni nk cr keja mng susah n sukar, walaupun kita mempunyai kelulusan n pengalaman oleh itu jom baca artikel ni berkaitan 'Memilih Kerjaya Idaman'.

Klik pada imej untuk membaca

Journal 2013 - # 383

Hi uols!! Salam Taqwa salam ilmu utk uols, hari ni Maulidur Rasul mungkin ramai yg x sedar hal ini mng hari ni cuti umum bagi negara kita d Malaysia ni, tp sedarkah kita adakah kita mengenali Rasul kita yg membawa kita ke tahap yg selesa ketika ini. Rasulullah SAW telah membaca cahaya rahmat ke jalan yg benar dan dekat kpd Allah SWT, sehingga baginda menjadi kekasih Allah yg paling dikasihi oleh-Nya.

Kita lahir selepas wafatnya baginda dalam keadaan islam yang cukup bebas untuk kita pelajari tidak seperti zaman Rasulullah, sepanjang hayat baginda memperjuangkan islam demi umatnya. Sehingga akhir hayatnya Rasulullah SAW masih lagi mengingati umatnya ia ini kita umat islam yang akan ditinggalkannya pada ketika itu. Namun kita adakah mengingati baginda Rasulullah junjungan besar kita.


Kenali & Cintai Rasulullah SAW
Sempena memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW, kekasih Allah aku ingin kongsikan kisah yang mungkin tidak ramai yang tahu :

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cintakasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabatkala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”

“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialahyang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kataRasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “BadanRasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?”

“Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
  • Setiapkali aku membaca kisah ini pasti sangat tersentuh hati dan rasa kerinduan yang amat sangat. Kubah hijau Masjid Nabawi pengubat rindu.
  • Sekadar peringatan, pernahkan kita membaca dan menjiwai kisah hidup Nabi Muhamad SAW. Kalau sudah alahmdulillah dan kalau belum usahakanlah sekurang-kurang sekali seumur hidup.

Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124 ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah SAW yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok  dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.

Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Journal 2013 - # 382

Hi uols!! Salam taqwa, salam ilmu utk sume!! hari ni tergerak awal pagi ni sbb kedengaran azan subuh berkumandang. Tahukah kita kenapa azan di laungkan, bg yg da tau tahniah klau yg blum tu jom kita baca utk menambah ilmu pengetahuan kita.

 Azan (أَذَان) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat. 

Latar belakang

Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

Hukum

Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.

Dalil

Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada Al-Quran ialah Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)
Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sejarah

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar RA. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi S.A.W telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W (kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W tetapi baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi S.A.W memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s. Maka Allah SWT menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

Adab dan tertib Azan dan Iqamat

Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid hanya sekali sahaja.
Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
4x الله اكبر Allah u Akbar Allah Maha Besar
2x اشهد ان لا اله الا الله Ash-hadu allā ilāha illallāh Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2x اشهد ان محمدا رسول الله Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2x حي على الصلاة Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat
2x حي على الفلاح Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan
2x الصلاة خير من النوم Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm Solat itu lebih baik dari tidur*
2x الله اكبر Allāhu akbar Allah Maha Besar
1x لا اله الا الله Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah
* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).

Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.
Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat melainkan pada waktu Subuh. Waktu Subuh mempunyai dua azan di mana Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam untuk memberitahu Muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir. Azan kedua dikumandangkan ketika masuk waktu Subuh.
Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.

Sunat Azan

Orang yang melaungkan azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis. Beliau juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Azan sunat dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. Azan hendaklah dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang daripada jemaah ketika sembahyang berjemaah. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di tempat yang tinggi. Penggunaan pembesar suara di merata tempat memaafkan perbuatan ini. Azan juga sunat dilakukan berdiri kecuali jika ada uzur.
Ketika muazzin membaca “hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum dinyaringkan.

Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara. muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.

Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut lebih [1]: "Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..."

Doa selepas Azan

Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan: اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة

Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan,
آت محمداً الوسيلة و الفضيلة Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),

وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.
(Riwayat Imam Bukhari).

Iqamat

Lafaz Iqamat mempunyai sebelas kalimah. Lafaz Iqamat adalah seperti berikut:
Myiqamat.jpg
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, الله اكبر الله اكبر āllahu ākbar, āllahu ākbar
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, اشهد ان لا اله الا الله āsh'hadu ān lā ilaha illā-llah
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah, اشهد ان محمد رسول الله āsh'hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah
Marilah menunaikan solat, حي على الصلاة hayyā `alā-s-salat
Marilah merebut kemenangan, حي على الفلاح hayyā `alā-l-falāh
Berdiri untuk sembahyang, (dua kali) قد قامت الصلاة qad qāma tis-salaat
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, الله اكبر الله اكبر āllahu ākbar, āllahu ākbar
Tiada tuhan selain Allah لا اله الا الله lā ilaha illā-llah.

Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamat hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.

Teks Azan bagi Ahl Sunnah

Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
2x الله اكبر Allah u Akbar Allah Maha Besar
2x اشهد ان لا اله الا الله Ash-hadu allā ilāha illallāh Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2x اشهد ان محمدا رسول الله Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2x حي على الصلاة Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat
2x حي على الفلاح Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan
2x الصلاة خير من النوم Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm Solat itu lebih baik dari tidur*
2x الله اكبر Allāhu akbar Allah Maha Besar
1x لا اله الا الله Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah

Teks Azan bagi Syiah

Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
4x الله اكبر Allah hu Akbar Allah Maha Besar
2x اشهد ان لا اله الا الله Ash-hadu anna lā ilāha illallāh Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2x اشهد ان محمدا رسول الله Ash-hadu anna Muhammadan rasūl allāh Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2x اشهد ان علي ولي الله Ash'hadu anna 'alīyun walī'ul-lāh Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali Allah
2x حي على الصلاة Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat
2x حي على الفلاح Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan
2x حي علی خير العمل Hayya 'alā Khair al-'amal Marilah merebut amalan yang baik
2x الله اكبر Allah u Akbar Allah Maha Besar
2x لا اله الا الله Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah

Menurut cendikiawan Syiah, "Ashhadu ana Alian waliullah" ("Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali Allah") bukanlah sebahagian dari Azan asal yang diajar Nabi Muhammad tetapi Syiah diharuskan untuk menyebut itu ketika azan.

Azan Dan Iqamat untuk tujuan selain sembahyang

Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan Iqamat juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain: Azan juga sunat dibisikkan ke telinga kanan kanak-kanak (lelaki/perempuan)yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamatkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah. Azan juga digunakan sebagai isyarat untuk memaklumkan umat pada waktu mudarat ataupun bahaya seperti kebakaran ataupun waktu perang. Azan juga sering dilaungkan dalam keadaan gangguan dirasuk jin atau Syaitan.

Azan sebelum Subuh

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 'Bilal akan melaungkan azan di sebelah malam, maka makanlah dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum pula yang azan.' lni bererti ketika 'Bilal melaungkan azan, harus bagi orang Islam bersahur, makan dan minum sehinggalah lbnu Ummi Maktum melaungkan azan menandakan masuk waktu sembahyang. 

Dalam azan yang pertama disunatkan agar tidak menyebut الصلاة خير من النوم 'sembahyang itu lebih baik daripada tidur.' Ini adalah satu perbezaan yang penting yang dapat membezakan di antara azan yang pertama dan azan yang kedua. Azan dalam bentuk ini disyaratkan pada waktu fajar dan orang ramai akan kenal suara azan pertama dan suara yang lain pada azan kedua.

Azan di Turki

Sewaktu zaman 1920-an dan 1930-an, kerajaan İsmet İnönü (Presiden ke-2 Republik Turki) mengenakan azan bahasa Turki untuk menggantikan secara adat yang dalam bahasa Arab; sebagai percubaan, dan hanya dari segi perbandingan, berjaya, menggalakkan bahasa Turki sebagai kegunaan bahasa liturgi; dengan mengejutkan orang ramai. Larangan Azan bahasa Arab telah dimansuhkan pada Jun 6, 1950, selepas kejayaan pilihan raya berpihak kepada pembangkang.

Azan di Syria (Masjid Umayyad)

Di Syria, Masjid Umaiyyad, sebuah Masjid yang terletak di kota Damsyik (Damascus) yang telah dibina sejak zaman pemerintahan Bani Umaiyyah. Masjid tersebut melaungkan Azan dalam bentuk laungan beramai-ramai ala koir. Alunan azan yang ditampilkan itu begitu indah sehingga dikatakan dapat mengharmonikan suasana kota sekeliling.

Azan di Singapura

Di Singapura, laungan Azan hanya dibolehkan untuk dikumandang dalam masjid-masjid sahaja, kerajaan Singapura tidak membenarkan laungan azan dikumandangkan dengan kuat menerusi corong-corong pembesar suara di luar dari bangunan masjid.
*Sumber : wikipedia

Klik pada imej untuk membaca

Journal 2013 - # 381

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu, sehari lagi kita melangkah tahun baru dlm tahun 2013 usia kita makin hari makin bertambah, walhal kita ni da cukup ker amalnya? solat kita tu penuh ke idak? hihi jangan marah yer!!

Pelbagai alasan bila org beri bila kita ajak solat penat la, malas la, nanti la.. isk! isk! isk! uols jgn mcm tu solat sebenarnya rehat bukan penat tau. Rasulullah pernah berkata pada Bilal "Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal", kata Rasulullah.(Riwayat Ahmad).

Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yg memdirikannya. Diriwayatkan drpd Sayidina Huzaifah: "Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud). Tindakan Rasulullah ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud: "Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat." (Surah al-Baqarah 2:45).

Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Lalu siapakah diri kita yg begitu lemah, tetapi terus angkuh drpd mendapat bantuan Allah menerusi solat?

Solat medan untuk berehat? Mungkin ramai yang tak yakin dan percaya yang solat itu merehatkan minda dan badan. Aku juga macam tu suatu ketika dahulu. Solat dah jadi macam suatu ritual harian yang hanya melibatkan gerakan badan dan lidah. Ada ketika masanya tak dapat dinafikan, ia terasa seperti membebankan.

Bila dah masuk alam bekerja, aku mula faham kenapa Rasulullah kata macam tu. Bila dah sibuk bekerja, badan jadi letih, otak mula lembab, kita ambil wudhuk, Terasa segar air menerjah muka. Kemudian diikuti dengan basuhan anggota-anggota lain. Khusyu' sangat mudah nak dapat masa tu. Sebab otak dah malas nak fikirkan pasal kerja, jadi tumpu saja pada solat. Terasa suatu nikmat yang tak dapat nak cerita dengan perkataan. Terasa 'rehat' yang berkualiti, best sangat.

Okies uols jom baca artikel ni..
Klik pada imej untuk membaca
Bukit Solat Memberi Kerehatan
  1. Hati tenang menghadapi ujian : Solat ialah sebesar-besar dan seutama-utama zikrullah. Firman Allah mafhumnya: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku." (Surah Taha 20:28). Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah yang lain, mafhumnya: "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13:28). Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan muddah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kekgagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup.
  2. Mendapat jagaan Allah dalam solat juga, sesorang akan mendapat penjagaan Allah hasil drpd menjaga hukum Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jagalah Allah, Allah akan menjaga kamu." (Riwayat Ahmad). Abdullah bin Salam pula pernah berkata: "Sekiranya keluarga Rasulullah SAW ditimpa sebarang kesempitan, Baginda akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat Allah berikut (mafhumnya): 'Dan perintahkan keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun sabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang yang bertakwa.'" (Riwayat al-Tabarani)

Journal 2013 - # 380

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu utk sume.. melalui hari2 utk berubah menang byk dugaan, kata org bila nk berubah ke arah kebaikan mng byk dugaan tp klau berubah ke arah ke jahatan memang mudah!! Tp apa pun baik kita berubah menjadi org yg lebih baik drpd org yg jahil, buta ilmu n zalim. Walaubagaimana pun muasabah diri tu penting demi utk mengatur kehidupan agar tidak mengulangi kesilapan itu. Satu permulaan utk ke arah kebaikan adalah bermula drpd hati, satu cara utk membersihkan hati adalah dgn menghayati Al-Quddus. Al-Quddus adalah vaksin jiwa yang mujarab.

Dengan hati dan fikiran yang diterangi oleh sifat Allah Al-Quddus, yakinlah Allah bersama kita dan akan terus membantu kita pada setiap saat walau dimana jua kita berada. Oleh sebab itu, jaga hati dan fikiran supaya sentiasa bersih daripada hal-hal yang tidak disukai Allah.

Wahai Allah, Pemilik Kesucian tanpa noda cacat,
Aku mohon pada Mu, kiranya Engkau berkenan,
Menurunkan ke Quddus-an Mu kepadaku, supaya dapat aku
Bersihkan hati dan fikiranku
Daripada fikiran-fikiran negatif,
Pada-Mu dan pada seluruh makhluk-Mu,
Jangan kau biarkan aku merasa bersih dan suci
Atas apa yang aku ucapkan dan aku lakukan
Padahal, Engkau tahu apa yang ku ucapkan dan lakukan itu
Sangat Engkau benci
Namun, Engkau mendiamkan
Kerana Engkau tahu batas-batas akalku

Klik pada imej untuk membaca

Journal 2013 - # 379

Hi uols!! salam taqwa salam ilmu utk sume, hari ni da jumaat ketika ni aku berada d kampung halaman so uols masa paling terbaik utk merehatkan diri n minda sambil2 tu weblog ni akan update jg kelak. Okies arini aku nk citer pasal sedekah. Dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim."

Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi)

Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yg mulia. (QS. Al-hadiid 57:58)

Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245)

Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang membutuhkan Nya. (QS.Muhammad :38)

Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya. (HR.Muslim)

Perbanyaklah SEDEKAH, kerana didalamnya terdapat KHASIAT :
  1. Menyembuhkan berbagai penyakit.
  2. Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
  3. Diselamatkan dari segala keburukan.
  4. Menenangkan hati dan jiwa.
  5. Melapangkan rezeki.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah yang paling baik adalah seorang Muslim yang belajar kemudian mengajarkannya kepada Muslim yang lain/" (Riwayat Ibn Majah)
Klik pada imej untuk membaca