10 Sebab Mengapa Hiking Menjadi Kegilaan Ramai!?

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!!

Hi uols!! Sana sini gambar orang mendaki bukit dan gunung ini termasuklah aku hihi. Tak dinafikan Hiking menjadi pilihan ramai kini untuk mengisi masa lapang. Apa yang membuatkan aktiviti ini menjadi kegilaan sekarang?

Nak tahu kenapa hiking menjadi kegilaan jom kita baca sebab-sebabnya:

1) Hiking buat anda gembira

Menurut kajian Universiti Stanford pada tahun 2014, hiking boleh meningkatkan mood gembira dan mengurangkan keresahan anda.

2) Hiking boleh membantu orang yang depresi

Sembilan puluh minit melakukan aktiviti panjat bukit ataupun gunung dan berada di sisi alam semulajadi boleh mengurangkan rasa depresi pada otak, kata kajian di dalam LA Times.

3) Hiking boleh mengurangkan stress

Berjalan jauh, menolong rakan-rakan dan mendaki bukit boleh menjadi punca positif pada kepala dan hati yang stress akibat pelbagai masalah. 

4) Hiking membantu anda menyelesaikan masalah

Menghabiskan masa mendaki bukit boleh meningkat kemahiran menyelesaikan masalah anda sebanyak 50%, kata kajian di dalam Huffington Post.

5) Hiking bantu tingkatkan memori

Dengan hanya satu jam menghabiskan masa bersama alam sekitar, prestasi memori anda akan meningkat 20%, menurut satu kajian di Universiti Michigan.

6) Hiking membantu anda lebih kreatif

Apabila anda mendaki bukit bersama teman-teman, mendaki hingga ke puncak, ia membantu anda untuk menjana idea-idea baru yang lebih kreatif.

7) Hiking meningkatkan stamina

Terutamanya anda yang suka mendaki di bukit dan gunung yang mencabar, kesannya sama seperti anda melakukan senaman kardio. Hiking menjadikan anda lebih fit dan membantu menbakar kalori sehingga 500 kalori dalam masa satu jam. 

8) Hiking baik untuk kesihatan jantung

Dengan melakukan aktiviti mendaki, ia merendahkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko diabetes dan juga obesiti. Mendaki pada ketinggian yang lebih tinggi pula bagus untuk jantung anda. 

9) Hiking di tepi laut bagus untuk anda

Kajian pada tahun 2012 menyatakan, mendaki di kawasan yang berdekatan laut biru boleh membantu anda kurang berfikir tentang masalah. Warna biru laut sememangnya menjadi penenang jika anda dilanda pelbagai dugaan.

10) Hiking menjanjikan keseronokan bersama keluarga dan teman

Jika ada ahli keluarga dan teman-teman anda yang berkongsi hobi yang sama iaitu mendaki, ajaklah mereka bersama kerana sememangnya ia memberikan kegembiraan dan kepuasan yang maksima apabila anda sampai ke puncak dengan orang tersayang. 


Antara lokasi menarik untuk hiking sekitar Sabah:

Papar

1. Mikik
2. Obs
3. Hutan Lipur Kawang 
4. Bukit Kuburan
5. Bukit Lumagas 
6. Bukit Bendera

Membakut

1.Bukit Samudera

Sipitang

1.Gunung Lumaku
2.Gunung Muruk Miau
3.Bukit Tampalagas

Kota Kinabalu

1. Bukit Kopungit
2. Bukit Botak/Gundul Sepanggar ✔
3. Bukit Kokol Menggatal
4. Signal Hill
5. Bukit Padang
6. Bukit Lumpugou

Telipok

1. Bukit Nulu Kebayau ✔
2. Bukit Binaong
3. Bukit Malawa
4. Bukit Payung
5. Bukit Kayu Madang
6. Bukit Payung

Tuaran

1. Bukit Tirig ✔
2. Bukit Nuluh Lapai ✔
3. Bukit Merlin
4. Bukit Kapur
5. Bukit Tungkalingan
6. Bukit Tompinangan Tirig

Tamparuli

1. Bukit Perahu ✔
2. Bukit Kusai
3. Murug Turug waterfall ✔
4. Malba Trig
5. Nomburungui
6. Bukit Moninduk Sirung
Tiong Temburong
7. Bukit Talantang
8. Bukit Mayang 
9. Bukit Sinagang 
10. Bukit Kulintangan 

Kota Belud

1. Bukit Bongol ✔
2. Bukit Bagong via narinang ✔
3. Mount Nungkok
4. Air Terjun Koliposuan, Kg. Sayap
5. Bukit Tinjau
6. Bukit Kujau
7. Bukit Tunggul
8. Bukit Singkug + guabon waterfall
9. Melangkap Nariou
10. Liminuang Babagon Rosok
11. Napunggok Lituk
12. Nuluh Linggion
13. Gunung Sadok- sadok@Nungkok
14. Bukit Garas
15. Bukit Mogilin
16. Mt. Minodtuhan
17. Air Terjun Sosogohon Melangkap Tiong
18. Nopungguk via podos
19. Nopungguk via gansurai
20. Badi2 Tompuan Kg. Pandat
21. Bukit Pinontungan 
22. Bukit Bogung via purak ogis
23. Bukit Kowatuan
24. Bukit Kolumpisau
25. Bukit Trinity Kg Pandat
26. Nuluh Kagarasan
27. Maranggoi Tagal
28. Kuminangkad WaterFall
29. Aura Montoria
30. Bukit Budu Sundu

Tambunan

1. Bukit Lugas
2. Gunung Trus Madi
3. Gunung wakid
4. Minduk Sirung - Mahua
5. Bukit Kimbolung 
6. Bukit Dampasak 
7. Bukit Kolindasan

Ranau/ Kundasang

1. Air Terjun Langanan Hot Spring Ranau
2. Bukit Pyramid
3. Sosodikon Hill
4. Maraggang Hill ✔
5. Tinorindak ✔
6. Bukit Lugas
7. Bukit Dompurungon
8. Bukit Kimondow

Keningau

1. Crocker Range Park
2. Bukit Trig Apin-Apin (bukit Trig Apin Apin 12 peak)
3. Bukit Lugas Apin-Apin
4. Bukit Silui Mandanan
5. Bukit Bandukan 
6. Bukit Timpohon Paragaliding
7. Bukit Masin
8. Trail Gua Laing
9. Mt.Trusmadi Via Sinua
10. Mt.Trusmadi Via Apin2
11. Bukit Baverly Kikiran
12 Bukit Sumbiling Kikiran
13. Bukit Soborong
14.Bukit Matanoi 
15.Bukit Malik 
16.Bukit Kara 
17.Bukit Kawah 
18. Bukit janda 
19.10 Bukit (Akan Di Buka)

Sapulut

1. Batu Punggul ✔
2. Gua Tinahas

Kunak

1.Bukit Madai
2.Bukit Pidung
3.Bukit Tisop
4.Bukit Tongkat Ali

Tawau 

1) Bukit Gemuk
2) Bukit Pancang
3) Bukit Cinta
4) Bukit Akar
5) Bukit 38
6) Bukit Lipan
7) Bukit Lie man Kui
8) Bukit Lion Hill
9) Bukit Galas
10) Bukit Middle
11) Bukit Batu Hitam
12) Gunung Lucia
13) Gunung Maria
14) Gunung Magdalena
15) Gua kelawar
16) Bukit Tukok Kalabakan
17 ) Bukit Sg Udin

Semporna

1) Bukit Tengkorak
2) Bukit Pulau Bohey Dulang
3) Bukit Kemiri
4) Bukit Pokas
5) Bukit Kg Sungai Buaya

Kota Marudu

1) Bukit & air terjun Hatob
2) Bukit Tagaroh
3) Bukit Lotong
4) Bukit Pancaran
5) Bukit Doa
6) Bukit Cinta
7) Bukit Cinta 3 Teluk
8) Gunung Numbuyukong
9) Gua Kelawar
10) Air Terjun Misumpak
11) Air Terjun Kinamawali

Kudat

1) Simpang Mengayau
2) Bukit Sinambung (Pulau Banggi)

Kinabatangan

1) Gua Gomantong
2) Kopel (Koperasi Pelancongan)
3) Supu
4) Bukit Sapa Taring
5) Batu Tulug, Kg Batu Putih

Telupid

1) Bukit Doji
2) Bukit Microwave

Tongod

1) Gunung Tinkar
2) Bukit Ism (Centre of Sabah)
3) Imbak Canyon

Tempat hiking yg sangat menarik di Sandakan

1. Bukit Sim Sim
2. Bukit Mawar
3. Bukit Trig
4. Bukit Maria
5. Hutan Leila (gua batu kapur/ gua kelawar/ tembok batu kapur)
6. Hutan Ulu Sibuga
7. Sepilok Laut (RM12.00 = bayaran masuk & permit)
8. Kebun Cina (RM2.00 = bayaran masuk)

So korang yang mahu berjinak-jinak dengan dunia hiking bolehlah pilih bukit mana yang hendak di radu ^_^, So Enjoy!! Jangan stress feel the nature. Jangan lupa kongsi info ini kepada rakan-rakan anda, mulakan hari anda dengan sesuatu yang sihat dan indah.

Tahukah anda keperluan pengambilan kalori seharian anda!?

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!


Hi uols! Hari ni aku just nak share tentang pengambilan kalori seharian kita. Tahukah anda keperluan pengambilan kalori seharian anda berapa?

Ok jom kita semak berapa sepatutnya kalori perlukan sehari.


Dan tahukah anda makanan kegemaran rakyat malaysia adalah tinggi kolesterol??

Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

10 Makanan paling menggemukkan Malaysia
=================================
1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger
Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?
Untuk rujukan burger Burger King. Lebih 1000kcal.

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.


6 Donut mengandungi dalam 1200kcal.
… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Jadi jom semak berapa kalori yang telah kita ambil seharian selama ini:

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Jika anda perlukan coach untuk pengurusan penurunan berat badan ada boleh menghubungi Coach DN Adnin atau whatsapp 010-8311889. 

Malaysia Negara Paling Obes di Asia Tenggara!?

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols! Terpanggil untuk berkongsi cerita kali ni, dulu aku pun salah seorang yang tergolong dalam golongan obesiti, namun atas kesedaran dan inisiatif aku cuba untuk ubah kehidupan harian aku kepada yang lebih sihat.

Tahukah anda bahawa Negara kita iaitu Malaysia Negara Paling Obes di Asia Tenggara!? OMG!! Hakikatnya ini yang berlaku dalam negara kita sebenarnya. Kesedaran terhadap penjagaan makanan yang sihat masih lagi kurang dan mungkin tidak tahu bagaimana untuk menjaganya. Aku akui 'belum sakit teruk tak apa' sering kali ayat ni kedengaran dah sakit teruk baru menyesal, ayat ni akan keluar 'Kalau lah dulu aku jaga makan'. Well sikap ini yang harus kita ubah sebenarnya. 

Bila kita obes pelbagai penyakit yang akan timbul pada tubuh badan kita, badan kita perlu guna lama lagi, cuba fikirkan tentang ahli keluarga, anak, bini, suami korang semua, kalau korang sakit siapa yang nak jaga mereka??

Kadar obesiti di Asia Tenggara (2011). Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Menjelang 2030, Malaysia akan menjadi negara tertinggi dengan jumlah pesakit kencing manis yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sekiranya rakyat terus mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.

Menurutnya lagi, faktor utama bagi peningkatan kes kegagalan fungsi buah pinggang dalam kalangan rakyat Malaysia adalah penyakit diabetes atau kencing manis.

Terdapat lebih daripada 3.5 juta pesakit diabetes dan 40,000 pesakit yang mengalami masalah buah pinggang di Malaysia dan jumlah ini mencatatkan rekod yang sangat membimbangkan.

“Sekiranya rakyat Malaysia masih menjalani kehidupan yang tidak sihat, maka mereka akan cenderung untuk mengalami komplikasi kesihatan di mana kebanyakan pesakit diabetes akhirnya akan didapati mengalami kegagalan buah pinggang untuk berfungsi”.

Di samping itu, Malaysia juga dilaporkan berada pada kedudukan tengah bagi jumlah rakyatnya yang mengalami berat badan berlebihan. Tegas Dr. Hilmi lagi, semuanya adalah berpunca daripada pengamalan gaya hidup tidak sihat serta pemakanan yang tidak seimbang.

“Pelbagai kempen telah dilaksanakan bagi menggesa rakyat Malaysia untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan serta lebihkan bersenam”.

Statistik yang ditunjukkan menggambarkan betapa kroniknya keadaan pesakit buah pinggang di Malaysia. Rakyat seharusnya mengambil berat akan isu ini dan sedar sebelum segalanya sudah terlambat. Ingat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Mulakan kehidupan harian anda dengan sesuatu yang sihat. Bermula dgn 10 - 15 minit senaman yang minimum dan pengambilan sarapan yang sihat. Maklumat lanjut untuk program pengurusan berat badan yang sihat anda boleh dapatkan info lanjut di FB Page DN Adnin official atau whatsapp 010-8311889.

Attention!! Buat Mereka Yang Suka Bersukan!!

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols! Entri kali ni aku nak share pada korang semua khususnya kepada mereka-mereka yang kaki sukan. Kini korang semua tak perlu lagi risau dan kuatir jika korang adalah seorang sport person kerana ada berita baik untuk korang bagi menambah energy ketika bersukan. Sebut saja Cristiano Ronaldo pasti korang ingat bola kan. So hari ni aku nak cerita pasal produk tambahan yang diambil oleh Cristiano Ronaldo yang sememangnya produk tersebut di formulasi khas untuk beliau dan juga mana-mana ahli sukan perlukan.

Actually baru hari ini aku dapat nak review dan share tentang produk ini. Mana tak nya sebelum share kita kena uji keberkesanan produk ini terdahulu dan hasilnya memang menakjubkan. Terutama sekali CR7 yang memberi energy booster ketika kita bersukan.

Haa.. ni orang kaki sukan memang suka bila Herbalife 24 Formula 1 dan CR7 Drive dah masuk Malaysia! Mana tak nya sebelum ni kalau nak beli Herbalife 24 ni kene beli dekat US baru dapat. Ni antara satu good sign untuk rakyat Malaysia tentang kesedaran perlunya pemakanan yang sihat dan sukan untuk gaya hidup sihat.
Produk ni bukan setakat kepada mereka yang bermain bola sahaja, tetapi sesiapa sahaja boleh mengambil produk ni jika mereka adalah pengiat aktif dalam sukan.

So, aku akan cerita satu per satu tentang Herbalife 24 Formula 1 dan CR7 Drive ni pada korang.



1) HERBALIFE 24 FORMULA 1 SPORT


Mengandungi
✅L-Glutamin 850mg 

Fungsinya
✅Meningkatkan SINTESIS PROTEIN atau penyerapan Protein supaya OTOT dibina dgn lebih Cepat

✅Elak hilang OTOT semasa Workout

✅Sesuai utk Wanita dan Lelaki yg ingin Shape up Badan


Adakah anda tahu:


✅Selepas Bersenam tanpa memberi Carbo & protein yg cukup ke dalam badan akan hilangkan Otot

✅Bersenam itu memang boleh KURUS tapi tanpa Nutrisi Post Workout yang betul apa yang anda hilang adalah OTOT . Ini akan merencatkan Metabolisma tubuh badan. MAKA BADAN kita SENANG GEMUK BALIK.


2) CR7 DRIVE


Kelebihan Formula CR7 Drive 

Semasa Bersenam adakah anda
‼Senang Pancit dan cepat hilang Stamina 😰
‼Sangat Dahaga waktu bersenam macam tak minum air setahun 😨

✔Kenapa STAMINA CR7 Ronaldo sangat POWER?
✔Bagaimana Perform mcm PRO dlm Sukan ?

✅Ada Vitamin B1
Fungsinya:
TUKAR Karbohidrat jadi Tenaga dgn LAJU
Pulihkan Stamina anda supaya sentiasa kekal aktif sewaktu bersenam. Jadi takdelah pancit je 

✅Ada Electrolit
Fungsinya:
Seperti 100Plus, hilang Dahaga, Tambah Air dlm badan yg hilang melalui Peluh. tapi dengan kalori yang lebih rendah.

CR7 Drive adalah lebih kurang 100 plus cuma bezanya selain isotonic ada Vitamin B1 untuk tukar karbo jadi tenaga. So, secara immediate boleh tambah stamina bila bateri kong waktu bersenam, contoh semasa lari marathon, jogging, berenang, main bola atau apa sahaja jenis sukan, minum CR7 Drive ni boleh tambah stamina serta merta bila habis energy.



Secara kesimpulannya, siapa yang suka bersenam, lepas bersenam ambik Formula 1 Sport, dan semasa bersenam ambik CR7 Drive.

Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh rujuk FB Page DN Adnin official atau boleh hubungi 010-831-1889

AWAS! Buat anda yang tidak mengambil sarapan pagi!!

Assalamualaiku & Salam Perjuangan!


Hi uols! Sedia maklum semua orang tahu kepentingan sarapan pagi. Kalau tak ambil sarapan, pasti perut kita akan rasa pedih dan tidak selesa. Sarapan pagi adalah sangat penting untuk kita memulakan seharian kita. Ia sangat penting kerana tubuh kita sudah berpuasa sepanjang malam. Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula didalam badan dan untuk mengekalkan kesihatan badan secara keseluruhan.

Hati-Hati! 6 Bahaya Kesihatan Bila Tak Makan Sarapan Pagi!

Ramai yang mengaitkan malas untuk bersarapan pagi kerana perut akan mula sakit bila makan diawal pagi dan tidak cukup masa untuk bersiap ke pejabat sambil menyediakan hidangan sarapan. Tapi tahukah anda padah untuk bersarapan lebih teruk dan berkemungkinan boleh membawa ketidakselesaan berpanjangan.

Waktu terbaik untuk bersarapan ialah sejam sejurus anda bangun dari tidur.

Malas…. Malas sering dikaitkan dengan sarapan pagi. Kenapa?

Akibat tidak mengambil sarapan pagi boleh menyebabkan anda terjebak dalam pelbagai masalah kesihatan. Antara 6 komplikasi kesihatan yang anda tak akan mahu terlibat…

#1 Stress

Berkemungkinan badan anda menjadi stress kerana terpaksa bekerja lebih tanpa sebarang tenaga (makanan). Selain itu, ia juga menyebabkan otak menjadi lembab dan tidak dapat fokus. Macam mana nak bekerja kalau tiada sebarang sokongan? Akhirnya kerja tak siap, kepala pun boleh turut stress.

#2 Sakit jantung?

Kajian mendapati jika bekerja dalam stress perut kosong boleh menyebabkan gangguan metabolisme. Perubahan ini juga menggangu berat badan pada mereka yang tidak bersarapan dan sekaligus berkait dengan kesihatan jantung.

#3 Masalah usus

Tidak mengambil sarapan memberi tindak balas emosi atau lapar terhadap makanan yang tidak menyihatkan seperti makanan segera atau snek tinggi bahan perasa. Jika anda kerap atau sering menggantikan sarapan dengan junk food, hati-hati! Makanan seperti ini boleh merosakkan bahagian usus anda dan langsung tidak memberi nutrien secukupnya. Sistem penghadaman juga boleh terganggu…

#4 Kencing manis

Apabila anda tinggal sarapan dan membiarkan perut lapar sehingga terpaksa mengambil jumlah hidangan yang banyak ketika makan tengahari bahana ialah kadar gula dalam darah tidak menentu. Ia boleh membawa kepada masalah masalah ketidakseimbangan insulin. Bila insulin dan gula dalam darah tidak bagus? Ya, diabetis memanggil anda.

#5 Emosi dan mental terganggu

Biasa kan dengar bila orang lapar ini jangan ditegur nanti kena marah. Ya, dari aspek mental ia boleh menganggu seseorang untuk menjadi negatif. Bayangkan sepanjang hari monyok jer..macam mana nak ada hubungan yang baik dengan orang sekeliling kalau macam ni?

#6 Imunisasi badan lemah

Sistem imunisasi badan boleh menjadi lemah kerana badan tidak mempunyai tenaga dan sel sihat yang lengkap untuk melawan sebarang jangkitan. Badan sering terganggu dengan masalah kesihatan akibat tidak mendapat nutrisi yang secukupnya.


Pastikan anda mengambil sarapan yang lengkap dengan zat - zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti vitamin, protein, mineral, kaborhidrat (rendah), lemak (rendah) dan air. Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga untuk sel - sel didalam otak anda. Jadi dengan memilih shake Herbalife sebagai sarapan yang mudah adalah plihan terbaik anda.

Kenapa saya katakan begitu, mudah sahaja kerana sarapan yang mudah dengan shake Herbalife ini mengenyangkan saya dan yang paling best, ia semudah 1 2 3 sahaja . 

Kelebihan Shake Herbalife
  • Mengandungi 55 Nutrien, 0 lemak & 0 kolestrol 
  • Hanya 90 - 180 kalori sahaja 
  • Kaya dengan fiber 
  • Setiap hidangan mengenyangkan dan akan rasa puas.
  • Mempunyai 5 pilihan perasa yang enak
Untuk menyediakan shake Herbalife ini adalah sangat mudah dan simple, anda tidak perlu susahkan diri anda untuk menyediakan pelbagai perkara, hanya menyediakan air masak atau air mineral dan formula 1 Herbalife. Shake menggunakan botol shaker anda dan siap untuk dihidangkan! Sekarang saya selalu sediakan sarapan mudah dengan shake Herbalife ini untuk dinikmati oleh saya. Memang sangat berbaloi dengan shake Herbalife ini. Rasa kenyang yang lama, enak dan mudah disediakan .

Sarapan yang mudah dengan shake Herbalife ini boleh disediakan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, menaikkan berat badan atau mengekalkan berat badan dengan menukarkan 2 menu harian anda dengan shake Herbalife. Oh ya, jangan sesekali anda lupa untuk bertanyakan dengan Coach Herbalife anda sukatan dan cara pengambilan untuk mendapatkan keputusan yang anda sendiri inginkan. 

*Hubungi saya melalui FB Page DN Adnin official

Jadi cuba ambil sedikit masa untuk menyediakan sarapan pagi bermula dari rumah dengan cara yang mudah. Mulakan hari anda dengan sesuatu yang positif pasti dan hargai setiap saat hidup anda!

Jadi tunggu apa lagi, berubahlah sekarang kepada shake Herbalife yang enak dan mengenyangkan ini sebagai sarapan pagi anda. Saya yakin saya dapat membantu anda!

#these products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease and 
#result tidak tipikal berbeza setiap individu... tq