Journal 2012 ~ #306

Hi uols, arini da 9 hari kita berada di bulan ramadhan.. well hidup ni x la selalu indah n bahagia, klau ada yg bahagia pun ada jer yg jeles ntah apa2 x bleh tgk org senang kn, opss!! terlebih plak hihi.. Oklah uols arini aku nk shared pasal 7 Perkara menyebabkan kita rasa takabbur atau ego, pd sesapa yg terasa tu sori ler yer tp cuba renungkn pd diri sndiri, x semestinya kita hebat berada d tempat tinggi mulia tp x pd mata org lain, so renung2 kn ler yer..


1) Dalam aspek ilmu pengetahuan, lazimnya kesombongan itu berlaku apabila seseorang itu telah mendapat pengiktirafan daripada masyarakat tentang ilmu yang ada padanya. Mungkin apabila orang memberi ‘title’ ustaz, orang alim atau sebagainya, pada anggapannya dia benar-benar telah berilmu. Lantas, orang yang sombong inipun menganggap orang lain itu bodoh dan jahil.

Sebaliknya, haruslah disedari bahawa menuntut ilmu pengetahuan bagi seorang muslim sebenarnya adalah untuk membawa diri dan jiwanya kepada suatu keinsafan tentang kedudukannya sebagai seorang hamba dan kedudukan Tuhannya sebagai Pencipta. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya seharusnya akan menambahkan lagi nilai ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Seiring dengan firman Allah yang bermaksud;
“Bahawasanya yang dapat merasakan takut kepada Allah dari golongan hamba-hamba-Nya itu ialah alim ulama”

2) Amalan dan peribadatan. Memang tidak dinafikan, apabila masyarakat mengiktiraf seseorang itu sebagai orang warak dan bertakwa, bagi mereka yang sombong dan takabbur, dia akan mengira-ngira dia telah banyak melakukan amal ibadat. Dia akan mengharapkan agar dia diberi keutamaan dalam majlis-majlis tertentu, diraikan dan diberi puji-pujian oleh masyarakat.

3) Keturunan atau salasilah. Tanpa sedar, manusia lazimnya akan berbangga dengan keturunan mereka seperti daripada kerabat diraja, golongan aristokrat, bangsawan dan sebagainya. Perasaan ini secara tanpa sedar juga pernah dialami oleh seorang sahabat Rasulullah s.a.w., yakni Abu Dzar. Beliau berkata;
“Pada suatu hari, ketika aku berada di hadapan Rasulullah s.a.w., datanglah seorang yang berkulit hitam. Lantas saya menyapanya, “Hai anak orang hitam” Apabila Rasulullah s.a.w. terdengar sahaja aku menyebut anak orang hitam, baginda menempelakku dengan mengatakan; Hai Abu Dzar, tidak ada kelebihan bagi seseorang yang berketurunan kulit putih di atas orang yang berketurunan kulit hitam. Alangkah menyesalnya aku apabila telah terlanjur mengucapkannya. Lalu akupun membaringkan tubuhku dan berkata kepada orang tersebut; Nah saudara, pijaklah pipiku ini.”

4) Kecantikan atau ketampanan. Kesombongan atas sebab ini amat mudah untuk diterima oleh sesiapa sahaja. Suatu anugerah yang Allah berikan sejak dari manusia dilahirkan. Orang yang cantik atau tampan mudah sahaja menjadi tumpuan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Seseorang yang tidak mempunyai iman yang kuat, sudah pasti amat mudah merasa bangga dan sombong dengan apa yang ada padanya.

5) Kesombongan amat mudah berlaku di kalangan mereka yang berada dan kaya. Terdapat satu kisah yang menceritakan tentang perkara ini yang boleh dijadikan sebagai suatu pengajaran;

Abu Bakar Al-Hazali berkata:
“Suatu hari kami bersama Hassan. Lalu Ibn al-Ahlam datang kepada kami hendak bercukur. Dia memakai jubah sutera tersusun di atas betis, tersingkap pula bahagian luarnya. Dia berjalan berlenggang. Perbuatannya yang sedemikian itu dilihat oleh Hassan, lalu Hassan pun berkata: “Sombongnya, dia memalingkan pipi dan menampakkan kebodohannya. Engkau akan terlihat kebodohanmu dalam nikmat yang tidak disyukuri dan tidak menggunakannya sesuai dengan perintah Allah serta tidak pula memberikan haknya pada setiap yang memerlukan. Nikmat itu hak Allah dan dengannya syaitan sentiasa mencari mangsa. Demi Allah, seseorang yang berjalan dengan wataknya atau bergerak seperti orang gila itu lebih baik daripada ini.” Ibn al-Ahlam mendengar lalu dia kembali dan minta maaf kepadanya. Hassan berkata, “Jangan kau minta maaf padaku, tapi bertaubatlah kepada Allah. Tidakkah engkau dengar firman Allah, (Yang maksudnya berbunyi): "Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau itu tiada dapat menembusi bumi dan tidak akan engkau sampai setinggi gunung.” (Al-Isra’ :37)

6) Kekuatan dan keperkasaan tubuh. Manusia amat mudah merasa amat bangga dan sombong apabila memiliki tubuh yang kuat dan perkasa. Kelebihan yang dimilikinya kadang-kadang menjadi bahan untuk mengancam orang lain yang lebih lemah. Atau untuk memaksa orang-orang yang lebih lemah menuruti kemahuannya. Di dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Orang yang paling gagah perkasa di antara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya pada waktu marah dan orang yang tersabar di antara kamu semua itu ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia mampu untuk membalasnya.”

7) Manakala perkara yang terakhir sekali yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali sebagai perkara yang boleh menimbulkan kesombongan ialah pengaruh ataupun kuasa. Pemimpin yang tertipu dengan perasaannya, walau di peringkat mana sekalipun kepimpinannya akan merasa bahawa dirinya sudah cukup hebat berbanding orang lain.

Journal 2012 ~ #305


Hi uols, baru berapa hari posa kn tp kt otak aku ni da terfikir pasal malam 7 likur, mesti best kn x sabar rs nya menanti saat2 akhir ramadan, kat situlah turun pelbagai nikmat n rahmat dr Dia yg Esa.

Sebut pasat malam 7 likur, pasti akan tertanya-tanya apa benda tu? hihi klau org brunei kata bercucur kita maksudnya pasang pelita di sekeliling rumah hihi.. Klau dulu pelita di buat sendiri sama ada mengunakan buluh atau pun tin kosong tp skg pelita da moden dan byk di jual kt kedai or supermarket yg penting ada RM jer hihi ($_$)

Citer kali ni bukan pasal pelita jer tp terimbau plak kenangan lalu.. kenangan sambut raya masa kecik2 dulu.. tp rsnya skrg ni pun x ramai lagi dah yang buat pelita buluh sekarang ni. Kat kg aku pun, mana de yg buat dah.. Pelita ni dibuat dan dipasang sempena mlm 7 likur, menyambut malam LailatulQadar… istimewanya malam ini adalah seumpama malam seribu bulan. Malaikat turun dari langit serta merta air yang mengalir akan membeku.. segala pohon akan tunduk… malam itu kita banyak berbuat ibadah doa kita akan di kabulkan oleh Allah SWT….

Sebenarnya seronok tgk bila pelita dipasang, rumah2 terang dilimpahi cahaya pelita raya.. pelita bukan setakat pasang disekeliling rumah, di sepanjang jalan.. malah ada yang kreatif siap buat pintu gerbang depan jalan masuk kampung lagi.. keadaan tu mg sgt cantik. Oleh itu, sama2 ler kita memelihara adat budaya kita yang semakin hari semakin luput. Adiosazz!!

Journal 2012 ~ #304

Hi uols, agak lama x update weblog ni, apa2 pun slmt menyambut ramadan pd uols k. Anywhere aku balik dr sabah, almost 2 weeks at sabah.. lama cuti sbb x sihat terpaksa balik kampung, duk kt kl ni x de sape nk jaga at least my mother bleh la jaga aku bila x sihat.. Hmm terpaksa berulang alik hospital tuaran n hospital queen, x kurang hebatnya kena buat ultrasound isk!! cam org ngandung plak, sib baik sakit lain :P 
Ok la uols, buat masa ni agak kurang ckit nk update sbb nk tumpuhkan pd ibadat posa n jg kesihatan yg perlu penjagaan yg rapi, ada masa aku update lg yer, adiosazz!!

Journal 2012 ~ #303

Hi uols, 1st word i wanna say thankQ to Allah, krn masih memberi pinjam nyawa ini n memberi nafas pd arini, alhamdulillah.. syukur nikmat Allah. Tiba masanya utk aku share artikal ini drpd ISLAMASLI PENEGAK KEROHANIAN UMAT tentang janganlah terpedaya dgn kehidupan dunia, ini kerana aku masih ingat lg beberapa minggu lepas nikmat kesihatan aku ambik sekejap bagai x larat mengerjakan ibadat namun itulah tandanya Allah masih syg pd aku utk aku baiki kesilapan aku yg mengabaikan kesihatan sendiri so apa kita tunggu lagji jom baca...

JANGANLAH TERPEDAYA DENGAN KEHIDUPAN DUNIA 

Jangnlah Terpedaya Dengan Kehidupan Dunia, Kerana Ia Adalah Permainan Belaka dan Pasti Akan Hancur Suatu Ketika Nanti, Ia Juga Adalah Kesenangan Yang Menipu dan Kehidupan Akhirat Adalah Sebenar-Benar Kehidupan. Dunia adalah pinjaman semata2 akhirat jua kekal selama-lamanya.Firma Allah SWT:Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56..

Alhamdulillah.. Syukur kita ke hadrat ilahi kerana masih lagi memanjangkan umur anak2 adam khasnya umat islam seluruhnya untuk menikmati keindahan alam citaan Tuhan yang bergitu cantik dengan panoramanya.Selawat dan salam serta hadiah Al-Fathihah buat para2 pembesar Allah,Malaikat2,yang berada diatas sana.terutamnya, para penjaga Arasy,kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW,sahabat2 baginda,aulia2,syuhadak,furqhuha,tabie..tabien,ulamak2 ,sultan aulia syaiidi Sheik Muyhiddin Abdul Qadir Al-Jalani,Ketua para2 wali,Tuan Guru2 Sheik Ahmad Kenali Kelantani,Sheik Omar Zuhdi,Sheik Mahmud Nasri Othmani, Guru Serta Penasihat 'Berijazah Pusat' Tuan Guru Ustaz Hj.Ahmad Bin Che Din, dan sembah dan salam buat semua Badal2 Negeri2 di Malaysia dan semua kaum muslimin wal muslimat... Bersama ini disertakan satu halaqah taqlim buat kawan2 semua sekadar mentalbiahkan buat diri kita semua.Sambutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.Zaman Metropolitan,Banyak Mengejar Harta Benda Dari Mengejar Waktu Untuk Bersama2 Menyukuri Nikmat Allah.Kelebihan Ilmu Diploma,Ijazah,Master,Phd, yang ada pada diri kita banyak yang menyesatkan.syahadah..Boleh kah kita sehari beribadat kepada ALLAH 8jam berjadual dibandingkan kita boleh bekerja sehingga 12jam berjadual sehari dengan majikan yang berpangkat Manusia Biase 'Seorang Hamba kepada Allah' khasnya: Marilah kita Kupaskan..Pandanglah dengan mata hati kita bukan dengan mata hitam kita....

Menurut Al-Qaradhawi, 2 tugas penting yang menjadi teras 2 pokok persoalan yang kita telah bincangkan 2 & 3 bulan yang lalu..yakni:

1. Menyeru kepada kema'rufan dan mencegah daripada kemunkaran.
2. Berjihad ke jalan Allah S.W.T.. Mengikut ulamak2 muktabar lagi qrooojeh..dalam kita 'Hidayatul Salikin.. 5 perkara wajib yang mesti ada iaitu:

1-AQIDAH,2-SYARIAT,3-IKHLAK/EHSAN,4-PENGORBANAN DIRI DAN 5-PENGORBANAN HARTA BENDA.
PERSOALAN PERTAMA
Dari mana kita datang? & HENDAK KE MANA PULA++KENAPA ALLAH MENJADIKAN & KEINGINANNYA++

Jawapannya kita dapati dari Firman Allah S.W.T.:
"Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari qiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani dan mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak kemudian sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada orang yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak dapat mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui."
- Surah al-Hajj: ayat 5.

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Allah berfirman:"Ketahuil ah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"(Al-Hadiid 57:20)


Allah berfirman dengan menetapkan hina dan rendahnya kehidupan dunia,"sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak", Yakni kesimpulan dari perkara dunia bagi penduduknya hanya lah spt ayat td.

Sebagaimana firman Allah swt,
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآَبِ
Allah berfirman:"Dijadika n indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)" (Ali Imran 3:14)


Selanjutnya Allah swt menggambarkan perumpamaan kehidupan dunia bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah keindahan yang fana dan kenikmatan yang pasti lenyap.Kerana itu Allah swt berfirman,"Seperti hujan", iaitu,hujan yang datang setelah manusia merasa putus asa terhadap kehadirannya, sebagaimana Allah berfirman, "Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa" (Asy Syuura 42:28)

Firman Allah swt "yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani" iaitu tumbuhnya tanaman oleh hujan mengundang kekaguman para petani.Sama hal nya dengan orang-kafir yang kagum mengagumi kehidupan dunia,sesungguhnya mereka adalah orang yang paling bercita-cita terhadap dunia dan paling cenderung kepadanya.

Firman Allah swt "kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur", padahal sebelum nya tampak hijau dan segar.Demikian pula kehidupan dunia,pada mulanya kelihatan muda lalu tumbuh menjadi dewasa dan semakin tua dan akhirnya nyanyuk dan sangat tua.Demikianlah manusia,yang pada mulanya kelihatan muda,segar,padat berisi, serta pernampilan menawan.Kemudian secara beransur-ansur dia memasuki usia separuh baya.Wataknya berubah dan sebahagian dari kekuatannya hilang.Kemudian dia menjadi tua,kekuatannya lemah,sedikit gerakannya dan tidak mampu lagi mengerjakan sesuatu yang remeh sekalipun. Allah berfirman:"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki- Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa" (Ar-Ruum 30:54)

Perumpamaan ini menunjukkan bahawa dunia ini pasti akan lenyap,hancur dan habis.Sebaliknya, negeri akhirat itu adalah pasti dan kekal.Maka Allah swt memberikan peringatan kepada manusia agar berhati-hati dalam menghadapi dunia.Allah swt menganjurkan untuk berbuat kebaikan,yang akan membawa pahala dinegeri akhirat nanti.

Allah swt berfirman "Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya" .Akhirat itu akan datang dalam waktu yang dekat.Tidak ada pilihan lain disana kecuali dua keadaan.Jika bukan siksaan keras (kita berlindungan kepada Allah swt darinya),maka ampuan dan keredhaanNya.

Allah swt berfirman "Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu",iaitu kesenangan yang fana' lagi memperdayakan orang yang cenderung kepadanya.Orang semacam ini terpedaya dan merasa kagum terhadap dunia,hingga berkeyakinan bahawa tiada kehidupan lain,tidak pula hari kebangkitan. Padahal kehidupan dunia ini amatlah hina dan rendah bila dibandingkan dengan kehidupan akhirat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Abdullah,ia berkata, Rasulullah saw bersabda,

الجنة أقرب إلى أحدكم من شراك نعله و النار مثل ذلك
"Sesungguhnya Syurga itu lebih dekat kepada salah satu dari kalian melebihi tali sendalnya dan Neraka juga seperti itu" (HR Bukhari, Fathul Bari (XI/328))


Hadis tersebut menunjukkan bahawa kebaikan dan keburukan itu dekat dgn manusia,Kerana itu lah Allah swt menganjurkan manusia untuk bersegara menunaikan kebaikan,mengerjaka n ibadah dan ketaatan,serta meninggalkan semua yang diharamkan sehingga diharapkan bisa menutup semua kesalahan dan dosa,disamping akan mendapat ganjaran dan derajat (yang tinggi). Berikut adalah hadis-hadis sahih dimana Nabi saw bersabda berkenaan hina nya dan rendahnya kedudukan dunia jika dibandingkan dengan kedudukan akhirat.

Hadis 1
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال جلس رسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر وجلسنا حوله فقال إن مما أخاف عليكم ما يفتح الله عليكم من زهرة الدنيا وزينتها
Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra,dia berkata,"Rasulullah saw pernah duduk diatas mimbar dan kami duduk (melingkar) disekitar beliau,lalu beliau bersabda,"Sesungguh nya diantara yang aku khawatirkan atas sepeninggalanku adlah apa yang akan dibukakan untukmu dari gemerlapan dunia dan perhiasannya" (HR Bukhari dan Muslim)


Hadis 2
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إن الدنيا حلوة خضرة وإن الله تعالى مستخلفكم فيها فينظر كيف تعملون اتقوا الدنيا واتقوا النساء
Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra,dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,"Sesungguh nya dunia ini manis dan mempersona,sedangka n Allah menugaskan kamu di dalam nya,maka Dia hendak melihat bagaimana kamu berbuat.Kerana itu takutlah terhadap (fitnah/godaan) dunia dan takutlah terhadap (fitnah) wanita" (HR Muslim)


Hadis 3
عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه و سلم كان يقول : اللهم لا عيش إلا عيش الآخره
Dari Anas bin Malik ra,bahawasanya Nabi saw bersabda,"Ya Allah,tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat" (HR Bukhari dan Muslim)


Hadis 4
رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول ما الدنيا في الآخرة إلا مثل ما يجعل أحدكم أصبعه هذه في اليم فلينظر بم يرجع
Rasulullah saw bersabda,"Tidaklah dunia itu dibandingkan dengan akhirat melainkan bagaikan salah seorang kamu memasukkan jari tangannya kedalam lautan,perhatikanla h apa yang dibawa oleh jari itu" (HR Muslim)

Journal 2012 ~ #302

Hi uols, arini aku nk share 4 syarat hidupkan hati dgn Al-Quran dipetik dr Aspirasi Emas weblog, aku rs elok jg shared benda2 mcm n, tambah2 lg nk ramadan ni patut jg la aku share dgn korg sume.. let check it out!!

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al Quran

Bersempena dengan bulan Syaaban ni marilah kita sama-sama mentalbiahkan hati kita denga Al Quran (persiapan Ramadan)


Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud :
"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud :
"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud :
"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud :
"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Journal 2012 ~ #301

Hi uols!! see uols again (^_^), oklah now it new mood, header baru, tamplet baru n yg penting wajah baru utk my weblog utk rakan blogger yg sudi mampir ke weblog ni. Actully arini aku nk shared pasal persiapan ramadan yg makin hampir.. wow ramai yg menundang utk hadir ke rumah utk kenduri menyambut ramadan.. maaflah pd mereka yg x dpt aku nk hadir sbb bz dgn study al-maklumlah exam makin dekat so study kenalah hard jg hihihi.. oklah x mo citer panjang now kita check what should be we do b4 ramadan coming okey!!


1- I’dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.
Orang-orang yang sholeh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya’ban. Biasanya mereka berdoa : “Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kedzhaliman sejak bulan Rajab.

Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan Rajab dan Sya’ban adalah masa pemanasan *(warming up),*sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak sudah terbiasa.

2- I’dad Jasadi, yakni persiapan fizikal.
Untuk memasuki Ramadhan kita sebaiknya menyediakan fizikal yang lebih kuat dan bersedia daripada biasanya. Sebab, jika fizikal lemah, boleh menjadikan kemuliaan yang dilimpahkan oleh Allah swt. pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimal.

Maka, sejak bulan Rajab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan al- Qur’an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktiviti seketika berkecimpung dalam masyarakat.

3- I’dad Maaliyah, yakni persiapan harta.
Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan berbuka puasa atau hidangan di hari raya sebagaimana tradisi kita selama ini. Mempersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah, karena Ramadhan padanya disediakan peluang yang banyak untuk bersedekah.

4- I’dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.
Agar ibadah Ramadhan dapat direbut seoptima mungkin, diperlukan bekal wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Antaranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.

Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah saw. seketika Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan pelbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.

Semoga persiapan yang dilakukan mampu menjadikan ibadah puasa kita kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah puasa yang kita lakukan. Dan semoga ianya diterima oleh Allah swt. dan diberikan ganjaran yang sewajarnya bila amal dihitungkan untuk diberikan pembalasan.
Insya Allah mari kita sama2 merebut dan meraih segala ganjaran di bulan Ramadhan yang Mulia ini… Kita jangan ketinggalan untuk melaksanakan segala amal2 ibadah.. kerana pahala dan ganjaranye akan dilipat gandakan…. dan moga kita semua Istiqamah untuk bulan2 seterusnye dengan amalan2 kita…amin.

Journal 2012 ~ #300

Hi uols, mungkin aku akan kembali lg utk sepenuhnya dlm bloggernya, dunia FB mula buat aku bosan n rasa x best sgt tp mungkin akan d kurangkan just utk promosi weblog aku ni jer kut FB n twitter. Now I'm fulltime a blogger again. mungkin selang seminit post atau sejam pasti akan weblog aku ni akan jd rancak isu yg di shared kn bersama, mayb i need to change the new one tamplet kut, kekadang boring jg color purple ni, but in planing okey!!

Hmm.. arini aku nk sembang ckit pasal lagu2 nasyid d M'sia ni, korg pasti akan alunkn irama nasyid ni time2 ada acara agama or bulan ramadan jer kan, anywhere mungkin kpd kekawan yg mng minta nasyid mayb always. Oklah aku bkn nk citer pasal bila lagu nasyid d alunkn, baru2 ni aku tune radio dlm keta aku ni tetiba IKIM.FM plak yg kuar then time tu lagu nasyid 'Adakah Kau Lupa' tengah berkumbangan. Hmm.. lagu ni mng best giler sbb lagu ni menceritakan tentang sejarah islam. Anywhere aku x reti sgt nk citer panjang uols dgr kn dulu lagu ni yerk!!

~ Adakah Kau Lupa - Saladin ~


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Journal 2012 ~ #299

Hi uols, weekend again!! arini aku x g mana2 saja nk lepak2 kt rumah sambil2 baca modul, al-maklumlah x lama lagi nk exam. Oh ya!! x smpi seminggu lg kita nk puasa da rupanya, Massyallah cepatnya masa berlalu.. Ahlan Wasalan Ya Ramadan!! x sabar nk menanti Ramadan selain dpt berpuasa, boleh la tambah2 kan lagi amalan sunat selain menambah poket money yerk!! hihi (^_^) anywhere arini aku nk share kt uols pasal bulan ramadan yang penuh istimewanya.

Alangkah gembiranya kerana dapat menyambut ketibaan Ramadhan yg dikenali sebagai Bulan Seribu Rahmat, Seribu Maghfirah..Ganjaran pahala ibadat fardhunya digandakan sehingga 7o kali berbanding di dalam bulan-bulan yang lain.

Hati bertambah lagi gembira apabila dapat melihat ramainya bilangan ahli jemaah yang datang ke masjid/surau. klau la sebelum dan selepas Ramadan, jumlah inilah juga yang memenuhkan ruang solat masjid/surau. Bilangan yang terpaksa dilimpah-ruahkan sehingga ke kaki lima/koridor masjid/surau hingga ada yang baru datang tetapi terpaksa pulang semula kerana ketiadaan ruang untuk bersolat.

Derma serta sumbangan ikhlas daripada para jemaah turut mencurah-curah membasahi bumi masjid/surau. Sebutlah apa sahaja aktiviti atau program yang nak diadakan atas nama masjid/surau, bendahari masjid/surau terus tersenyum lebar, apa tidaknya? Tak perlu susah-susahkan diri pergi keluarkan wang dari akaun bank masjid/surau, cukup dengan derma kilat ahli jemaah tak sampai seminggu, wang kutipan dah pun mencukupi.

Betapa hebatnya bulan ramadankn, well itulah keistimewaannya bulan yg penuh rahmat. Ikut pula fadhilat bulan ramadan yg menjadi kesukaan pada rasul kita iaitu Muhammad S.A.W kekasih Allah S.W.T:

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

So guys, jgn lepaskn peluang ini.. rebut peluang yg di beri anggaplah ramadan kali ini adalah ramadan yg terakhir buat diri kita, umur x taw bila kn, mna taw ini adalah ramadan terakhir buat diri kita ni.. renung2kn, selamat beramal.. (^_^)

Journal 2012 ~ #298

hi uols, whassup!! Tengelam sekejap weblog ni x update, nk kata bz x jg la tp penat dgn keje yg x pernah nk abis tp dlm otak aku ni rs nk cuti jer, boring tahap cipan da ni cipan pn x boring mcm aku lg dia gelak klau aku boring mcm dia (^_^)

Anywhere, sejak 3 minggu kebelakangan ni aku asyik ulang alik klinik panel jer utk urin test hmm, mcm2 hal da tu result tu buat aku rs kecut perut pn ada, tp nk buat mcmna kena lalui jg utk kebaikan, prestasi kesihatan aku buat masa ni x menentu, kekadang ok kekadang x ok. Aku mula bataskn pergerakan aku n pergaulan aku buat ms ni, mls nk sembang byk. Okey la ada ms aku update lg, x tau nk citer apa lg dlm weblog ni cuma nk smbg main game jer skg ni hihi, adiosazz!!

Journal 2012 ~ #297

Hi uols, x habis lagi citer rasuah aku nk shared pada uols agar uols dpt shared dgn kekawan yg lain k. Kali ni sumber aku ambik daripada inijalanku harap dpt ilmu n penjelasan lebih ok.

Allah melaknat jual beli undi Pilihanraya

“Allah melaknat Ar-Rasyi (perasuah) dan Al-Murtasyi (penerima rasuah)” (Hadis Nabi saw). Hakikatnya, membeli undi adalah merasuah pengundi.
Mengundi dalam pilihanraya adalah suatu proses penting dalam perjalanan negara dan perlaksanaan Syarak itu sendiri. Ia adalah salah satu penentu dalam membina sesebuah negara dan umat. Oleh itu wajib kita meletakkan kedudukan Pilihanraya itu dikedudukannya yang sahih, mengatasi segala bentuk tawar menawar atau jual beli yang salah. Membuat pemilihan dalam sesuatu pilihanraya adalah satu bentuk persaksian. Oleh itu tidak boleh seseorang muslim itu mengambil upah dalam mengemukakan persaksiannya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan tegakkanlah persaksian itu kerana Allah” (surah At-Talaq:2).

Membayar atau membeli undi juga adalah satu bentuk rasuah, sedang rasuah adalah pendapatan yang kotor (As-Suht) dan diharam oleh Islam sehingga Hari Kiamat. Jual beli undi dalam pilihanraya merosakkan akhlak, memusnahkan pandangan pengundi dan mempermainkan manusia. Apabila Rasulullah saw mengutuskan Abdullah bin Rawahah ra kepada satu kaum Yahudi untuk menailai kadar Kharaj (cukai) yang wajib mereka keluarkan kepada negara, mereka cuba mengemukakan ganjaran kepadanya lalu Abdullah bin Rawahah ra berkata, “Adapun apa yang kamu hendak kemukakan dari bentuk rasuah ini, sesungguhnya ia adalah pendapatan yang kotor dan kami tidak memakannya (kotoran seperti itu)” (hadis riwayat At-Tarmizi). Allah swt berfirman bermaksud, “Dan janganlah kamu memakan harta benda kamu  sesama kamu dengan cara yang batil, yang kamu kemukakannya kepada pemerintah agar sebahagian orang memakan dari harta manusia dengan cara dosa sedang kamu mengetahui” (Al-Baqarah:188).
 
Ulamak telah ijmak (sepakat) mengharamkan perbuatan-perbuatan seperti itu dan melaknat siapa yang melakukannya. Islam juga mengharamkan orang-orang Islam lelaki dan perempuan dari mengikut jalan seperti itu seperti menerima rasuah berkenaan jika ditawarkan kepadanya. Rasulullah saw bersabda, “Laknat Allah ke atas Rasyi (pemberi rasuah) dan Murtasyi (orang yang menerima rasuah)” (hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmizi). Dalam satu hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim dari Thauban bermaksud, “ Rasulullah melaknat Rasyi (pemberi rasuah), Murtasyi (penerima rasuah) dan Ra’isy (broker/orang tengah urusan rasuah)”.

Hendaklah kita faham bahawa tersebarnya penyakit ini didalam masyarakat-masyarakat di dunia adalah sebenarnya merosakkan masyarakat tersebut bahkan boleh memusnahkannya. Ini adalah kerana rasuah boleh mengkedepankan sesuati yang sepatutnya dikemudiankan dan mengkemudiankan sesuatu yang sepatutnya dikedepankan, lalu berubahlah masyarakat tersebut menjadi masyarakat yang naf’iyyah (opportunistic), masyarakat yang hidup atas kepentingan diri tanpa prinsip, tanpa memiliki akhlak, hati budi, tidak menunaikan kewajipan yang sepatutnya, bahkan hidup memakan harta benda haram dan pendapatan yang kotor dan memakan harta orang secara batil. Semua yang demikian adalah haram.
Generasi dan para pengundi Malaysia masadepan. Usaha merasuah dan membeli undi mereka mungkin akan sampai kepada mereka. Dari 2 golongan, manakah yang akan lebih mampu menolak tawaran membeli undi mereka, adakah golongan yang dibesarkan atas asas dan suasana hiburan Barat atau golongan golongan yang dibesarkan atas asas agama. (Atas : Foto hiasan).

Apabila kejadian rasuah yang diharamkan Allah swt hingga ke Hari Kiamat seperti ini semakin menjadi-jadi, khususnya ketika musim-musim Pilihanraya, jadilah operasi membeli undi sebagai perkara utama dan menjadi perkiraan, menggantikan prinsip yang sepatutnya diamalkan iaitu memberi khidmat kepada rakyat dan tanahair, berusaha untuk memberikan kehidupan sejahtera kepada mereka, menyediakan peluang pekerjaan yang mulia untuk mereka dan sebagainya. Oleh itu rasuah boleh meminggirkan orang yang mempunyai kebolehan, lebih mahir dan bermenfaat untuk masyarakatnya dan orang yang boleh mempertahankan hak-hak umat. Ini adalah kerana undi pengundi telah dimiliki oleh calon-calon yang memiliki wang ringgit semata-mata dan tiada lagi pertimbangan dan perkiraan yang lain.

Sesetengah tokoh parti politik memfatwakan “Jika orang beri duit, kita ambil. Jika orang beri kain pelikat, kita ambil. Tapi kita tetap tidak akan undi mereka”. Melihat kepada kemenangan jangka pendik, mungkin fatwa ini nampak kebenarannya. Juga apabila dikuatkan dengan alasan wang tersebut adalah wang rakyat, diberikan kepada rakyat juga dan atas alasan-alasan yang lain. Saya berpandangan yang berbeza. Menabur wang untuk membeli undi adalah rasuah. Allah swt melaknat pemberi dan penerima rasuah. Rasuah merosakkan jiwa umat dan boleh membunuh umat itu sendiri. Apabila Dakwah Islam itu adalah Dakwah Tarbiyah, iaitu mendidik umat dan merubah jiwa mereka, kita tidak boleh bersetuju dengan apa sahaja bentuk yang boleh merosakkan jiwa umat. Pertarungan sebenar kita adalah pertarungan merubah jiwa umat. “Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesebuah umat sehingg amereka merubah apa didalam jiwa mereka” (Al-Quran). Menang pilihanraya tetapi rosak jiwa adalah satu kekalahan, apatah lagi jika kalah dalam kedua-dua pilihanraya dan akhlak. Sebaliknya jiwa sesebuah umat itu menang jiwa, sudah pasti mereka akan menang bukan sahaja dalam pilihanraya tetapi juga mereka akan menang mendokong dan mempertahankan keputusan pilihanraya tersebut, seperti yang berlaku di Gaza, Palestin. Di sana, mereka bukan sekadar pengundi, tetapi mereka semua adalah pejuang, pembangun tamaddun baru, tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa maupun kanak-kanak. Adakah cita-cita kita mahu supaya umat Malaysia menjadi pemimpin dan pembimbing umat-umat di dunia, atau sekadar cukup mereka menjadi pengundi parti kita ?

Undi seseorang pengundi adalah amanah, persaksian dan tazkiah (recommendation). Kesemua itu disebut di dalam Al-Quran. Firman Allah swt bermaksud, “Wahai orang-orang beriman jangan kamu mengkhianati Allah, Rasul dan amanah-amanah yang diberi kepada kamu sedang kamu mengetahui …” (surah Al-Anfaal). “Dan jangan kamu menyembunyikan persaksian. Siapa yang menyembunyikannya sungguh berdosa hatinya” (Al-Quran). “Wahai ayahku (Nabi Syu’ib) ambillah dia bekerja. Sungguh pekerja yang terbaik ialah yang kuat (tekun dan cekap) dan amanah” (Al-Quran).
Perlembagaan Mesir disegi ruh dan objektif umumnya – (i) Syura, (ii) Hak umat memilih pimpinan, dan (iii) Kebebasan – adalah tidak bertentangan dengan kaedah dan ajaran Al-Quran Al-Karim, khususnya telah dinaskan bahawa agama resmi negara adalah Islam. Jika pun Perlembagaan itu perlu dipinda, maka ia sendiri telah menyebut bahawa pindaan dan usaha mematangkannya menjadi hak wakil rakyat, melalui cara yang berlandaskan undang-undang, maka perwakilan rakyat di Parlimen ketika itu adalah cara yang ideal kearah mencapai slogan Ikhwan Muslimin” [Imam Hasan Al-Banna]
Terlibat dalam pilihanraya pula adalah wajib disegi Syarak dan disegi kenegaraan. Tujuan mengundi ialah untuk memilih yang terbaik yang akan bekerja untuk kebaikan dan kebahgiaan umat, menyatukan dan membangunkan mereka di kedua-dua aspek moral dan material, menyelesaikan permasalahan dan menjauhkan umat dari kepincangan dan bahaya. Adalah wajib memberi undi kita kepada mereka yang mengajak kearah mengembalikan keagungan dan kepimpinan umat ini, mengembalikan struktur dan kedudukan umat Islam di tengah-tengah umat di dunia. Jika tidak ada calon seperti itu, maka dipilih calon yang terbaik yang ada, yang mahu menyebarkan kebaikan, membenteras mudharat dan kerosakan masyarakat, menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab. Adapun memberi undi di atas asas kabilah dan asabiah calon tanpa mengenali hal keadaannya, maka ini adalah amalan yang tidak sihat. Seorang Muslim adalah orang yang memiliki kesedaran yang sihat, memahami agamanya, tidak taasub melainkan untuk Kebenaran, tidak berdiri melainkan bersama-sama dalam barisan orang-orang yang menggunakan akal yang terbimbing (Al-Uqamak Ar-Rasyidin). Jauhilah orang yang merosakkan umatnya dan memusnahkan kepentingan tanahair. Dengan ini, seorang muslim itu diberi ganjaran kerana akhlaknya yang mulia. Firman Allah swt bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah. Bercakaplah dengan perkataan yang benar. (Nanti) Allah akan membaiki amalan-amalan kamu, mengampunkan dosa-dosakamu. Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar” (Al-Ahzab:71).

Sumber:
Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com
 
Rujukan : Tulisan Ustaz Abdullah Al-Khatib dari kalangan ulamak Ikhwan Muslimin

Journal 2012 ~ #296

Hi uols, pagi ni tetiba nk share satu atrikel ni pd uols, mungkin org tua2 kita tidak sedar akan kejadian ini, so pd uols sila la baca n ceritakan pd org2 tua kita ni, anywhere seperti yg sedia maklum hukum rasuah ni amat berat seperti dalam hadis ini:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum." (HR al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban) 

Penjelasan:
Hadis di atas adalah hadis yang menunjukkan hukum makan suap atau rasuah, pemberi dan penerimanya. Terdapat di dalam al-Quran, Firman Allah Taala:
"Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui." (al-Baqarah: 188)
Di dalam hadis lain:
Dari Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (HR al-Bazzar & Abu Ya'la)
Di dalam sebuah hadis lain:
Dari Thauban katanya: "Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya," (HR Ahmad & Hakim).
Rasulullah s.a.w. pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat orang Yahudi untuk menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar. Kemudian mereka menyogok sejumlah wang. Lalu Abdullah berkata kepada orang-orang Yahudi itu: "Wang suap yang kamu sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan menerimanya." (HR Malik) 

Takrif rasuah:
"Iaitu sesuatu yang disogokkan kepada penzalim kepada penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya, atau untuk menghilangkan hak dari yang empunya samada atas motif dendam atau penipuan dengannya, dan untuk mendapatkan satu kedudukan yang tidak sepatutnya atau pekerjaan yang dia tidak berkelayakkan." (Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)
"Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah/suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, suapaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau suapaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya."
(Lihat al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof al-Qardhawi)

Jenis-jenis rasuah:
Dari takrif di atas, dapat kita bahagikan rasuah itu kepada tiga jenis, iaitu:

Jenis pertama:
Sesuatu yang dengannya menyampaikan kepada mengambil sesuatu tanpa hak, seperti sesuatu yang disogok oleh seseorang kepada pemerintah/penguasa atau pihak yang bertanggungjawab untuk memperolehi pengguguran terhadap sesuatu yang semestinya ditunaikan, atau kerana mahu mendapatkan sesuatu sebelum tiba masanya, atau kerana mahu melariskan pengedaran barangan yang telah rosak atau sebagainya.
Ini adalah dari jenis rasuah yang paling teruk dan besar dosa dan mudaratnya kepada masyarakat Islam dan selain Islam. Inilah yang dimaksudkan oleh Firman Allah:
"Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui." (al-Baqarah: 188)
 (Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)
Sebagai orang asing dia semestinya mempunyai visa ketika berada di Malaysia, tetapi dia menyogok kepada pihak yang berwajib untuk melepaskan kewajipan ini dari dirinya.
Sepatutnya projek A di luluskan selepas mendapat kelulusan dan persetujuan dari beberapa pihak, tetapi syarikat B telah menyogok wang kepada mereka yang berkenaan agar projek itu diberi kelulusan segera.
Barangan yang telah luput tarikhnya atau yang tidak menepati standard yang dikehendakki, sepatutnya tidak boleh diberi kelulusan untuk diedarkan kepada pengguna. Namun pihak pengeluar telah menyuap pihak yang berwajib agar diberi kelulusan pengedaran.

Jenis kedua:
Iaitu sogokan yang dapat menghilangkan hak dari pemiliknya sebagai tindakan balas dendam kerana cemburu, dengki dsbnya. Jenis ini ada kemiripan dengan jenis yang ertama, malahan ia boleh dimasukkan ke dalam jenis berkenaan.
Apakah ada perbuatan yang lebih zalim lagi selain dari perbuatan menganiaya seorang saudara terhadap saudaranya yang lain dengan cara di atas? Ya, memang tiada perbuatan yang paling zalim, keji, runtuh akhlak, pemalsuan selain dari memakan harta manusia dengan cara yang batil dan keji. Ia tidak akan dilakukan melainkan oleh orang-orang yang keji, mati hatinya dan sesat pegangannya di dunia.
Di dunia ini, tiada sesuatu yang paling hina, keji dan jahat melainkan mereka yang curang dari kalangan pemerintah, penguasa dan pihak berwajib kerana menyia-nyiakan amanah yang diberikan, melenyapkan hak seseorang dari pemiliknya. (Ibid., hal. 613)

Kerana persaingan yang hebat, maka A menyogok pihak yang bertanggungjawab agar mengenepikan projek yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat B.

Kerana cemburu dengan kejayaan keluarga A, maka C telah menyogok agar permohonan bantuan pinjaman oleh anaknya yang belajar di Univerisiti dibangkusampahkan.
 
Jenis ketiga:
Iaitu sogokan yang diberikan untuk memperolehi satu-satu jawatan atau pekerjaan (&projek, kontrak dsbnya ).
Hukumnya adalah haram dengan ijmak umah, sebagaimana jenis pertama dan kedua. Dan, samada pemberi rasuah, penerima dan perantaranya, mereka kan memperoleh dosa yang sama. (ibid.)

Lebih-lebih diharamkan lagi ialah apabila seseorang itu menyogok untuk memperoleh satu jawatan yang dia tidak mempunyai kelayakan. (ibid.)

A tidak mempunyai kelayakan untuk menjabat jawatan C, tetapi kerana ayahnya seorang yang berharta maka pihak yang berkenaan disogok jawatan berkenaan diberikan kepada A.

Sykt A sepatutnya bersaing dengan syarikat-syarikat lain untuk mendapatkan tender kontrak/projek, tetapi sykt A telah menyogok sebahagian pegawai yang bertanggungjawab. Sykt A mendapat kontrak berkenaan.
En. A adalah salah seorang pegawai yang bertanggungjawab meluluskan standard bangunan atau jambatan di jabatan X. Dalam suatu  pemeriksaan yang dilakukan di tapak binaan jambatan kg B, di dapati boleh diluluskan. Dan sykt C yang bertanggungjawab menjalankan projek berkenaan telah menyogok En. A dengan sejumlah wang. Lalu.. Projek berkenaan telah diluluskan.

Berikut adalah artikel daripada weblog hajinalba

BRPM Malaysia
BRPM (Barah Rasuah Malaysia/Barah Rasuah Politik Malaysia), cerita yang tidak akan berakhir. Sedar tidak dengan filem ANAKKU SAZALI oleh P.Ramlee? Kisah anak digula-gulakan dengan kemewahan wang ringgit. Apa saja yang dikehendaki oleh Sazali ditunaikan. Pada akhirnya ia menjadi petualang kepada babanya sendiri. Kita tidak nampak ianya sebagai rasuah tetapi amalan ini adalah salah satu kaedah merasuah kepada anak.

Cerita ini akan berulang dan berulang lagi terutama dalam suasana hampir dengan pilihanraya. Saya mengalami sendiri BRPM telah digunakan sebagai senjata utama kepada kemasukan UMNO di Sabah. Rakyat di sogok dengan wang RM10.00 dan RM50.00. Amalan memberi atau merasuah tidak berlaku sebelum ini. Siapa yang mengundi UMNO ketika itu akan mendapat habuannya. Sehari atau malam sebelum pilihanraya maka RM tersebut akan diagih-agihkan kepada penyokong sahaja. Bagi penyokong yang mempunyai kedudukan dalam parti, bukan setakat itu saja, malah lebih dari itu. Setiap penggundi di Sabah ini tidak boleh menyangkal perkara ini.

Saya berpendapat bahawa kehancuran dan kejatuhan beberapa tokoh politik di Sabah ketika itu disebabkan oleh BRPM. Pemimpin politik dan rakyat yang cintakan BRPM menjual diri dan akhirnya pemimpin tersebut tidak berfungsi dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. 

Kesannya adalah lanskap politik serta-merta berubah di mana kuasa mutlak bukan lagi di tangan oleh pemimpin-pemimpin politik di Sabah akan tetapi dikuasai sepenuhnya oleh kuasa politik di semananjung. Kuasa sebenarnya telah dipindahkan tanpa disedari. Apa tidaknya, bila UMNO masuk ke Sabah, maka negeri inilah dalam sejarah mempunyai paling ramai ketua menteri. Idea ini siapa yang buat? Jawablah sendiri.

Tahun 2008, BRPM diteruskan, bukan RM10.00 atau RM50.00 tetapi RM100. Ini adalah untuk pengundi. Merasalah pengundi yang menyokong UMNOBN pada ketika itu. Nampaknya kaedah itu berjaya kerana pada masa itu genarasi tua mengungguli penggundi muda. Penggundi genarasi tua ini sebenarnya tidak mempunyai fikir tentang perkembangan dunia. Mereka merasa selesa dengan keadaan mereka kerana jauh dari arus media moden.  Konsep kenaikan harga, nilai ringgit jatuh, kemajuan pendidikan, kampung terjual, pengangguran, masalah PTI dan sebagainya, jauh sekali dalam kotak fikiran.  Mereka fikir mudah saja siapa bagi RM maka bagi undi atau ada duit ada undi. Meraka dalam keadaan selesa jadi mereka kata biarlah.

Tahun ini 2012, bahang pilihan raya begitu panas. Versi baru BRPM telahpun dilancarkan secara besar-besaran di seluruh negara. Bagi saya pemberian tersebut adalah sebagai gula-gula yang perlu dirasa sebelum pilihanraya. 
         
Saya berasa amat yakin bahaw BRPM akan berulang lagi. Oleh itu, saya ingin sangat supaya pilihanraya kali ini diadakan lebih awal, bukan kerana apa tetapi memang adalah apa-apanya….. Saya nak tahu berapa perkara iaitu:-

            i)     Berapa RM yang akan dihulur nanti sebelum pilihan raya
               
            ii)    Bagaimana Kesan RM ke atas penggundi genarasi muda.

           iii)    Sejauh mana sokongan genarasi muda kepada UMNO BN
                  dengan pembangkang PKR.

           iv)    Masih perlukah pemain import dalam kawasan dun dan
                   parlimen.
Sumber:http://hajinalba.blogspot.com

Journal 2012 ~ #295

Hi uols, x sempat nk update weblog ni, bz dgn assignment yg x menentu n keja yg ntah apa2 terutama skali dgn HTML coding, hmm.. klau citer pon bkn org phm pasal HTML terutama skali JavaScript dlm HTML org x de background IT mng x kn phm so diorg pikir senang jer!! 4get it 'bout that, so uols ari ni aku nk share satu klip video dr uTube iaitu lagu Sinar Ini nyanyian Yassin Featuring Maya Karin best gak pada halwa telinga aku ni tp x taw la pd korg kn.. so uols enjoy k!!



Sinar Ini

Ku menatap langit dari jendela
Di celah awan, bima suria
Ku merasakan Mu
Ku rasa kasih yang lindungi ku

Seakan aku dengar dikau berkata
Lalu dalam diam kita berbicara
Ku senyum pada-Nya
Dan seraya ku kata;

Bahagia yang sempurna
Perlukan lagi sikit masa
Dan ku tetap bahagia di sisi yang Kau pasti mana

Kau semestinya, yang terakhirnya
Ku luah rasa sebelum ku terlena
Pada impian ku dan yang Kau mahu, kerana;

Kau bahagia yang sempurna
Ku perlukan lagi sikit masa
Dan ku tetap bahagia di sisi yang Kau pasti mana

Dugaan ini hampir aku atasi
Dan kau pun tabah
Selama ini bagai pasti
Di sebalik menanti
Bahagia mengiringi sinar ini